Laman Webantu   KM2A1: 4837 File Size: 13.8 Kb *



TAG SP 184: Mahathir Yang Terdesak Memperbodohkan Perwakilan
By Spirit Of Truth

27/6/2001 5:22 pm Wed

[Ucapan Mahathir yang berjela itu kelihatan lebih menyasarkan kepada pengundi - bukannya para perwakilan yang menghadirkan diri. Dengan melemparkan tuduhan kepada orang lain bertubi-tubi dia sebenarnya mempamirkan sikap ingin melepaskan diri. Seolah-olah orang luar dan sikap orang melayulah puncanya segala kemerosotan imej Umno selama ini. Dan seperti yang dijangka ahli Umno telah tertipu oleh lakunannya yang siap dengan sebak tangis ini.

Soalnya mengapa Umno begitu kuat satu ketika dulu dan hanya jatuh bila Anwar diaibkan dan disisihkan daripada parti? Bukankah tektik mengaibkan orang ini bermula oleh presiden yang berdebah ini? Inilah orang yang sama yang digelar "batu api" oleh bapak Umno sendiri. Dan dialah juga orang yang mencetuskan beberapa tragedi sehingga nyawa sudah tiada nilainya lagi. Bukankah banyak kematian misteri pemimpin pembangkang dan ahli mereka berlaku dalam era kekuasaan Mahathir selama ini? Malah pemimpin Umno sendiri banyak yang mati identiti kerana dapat menyaingi presiden sendiri. Bukankah itu bermakna Mahathir lebih sayangkan diri sendiri daripada parti. Akibatnya Umno sekarang sudah kepupusan kepimpinan untuk menandingi lawan. Malah Umno masih tidak menang walaupun sudah 1,000 hari Anwar diaibkan, sudah berpuloh ditahan di demo jalanan dan sudah diISAkan beberapa pemimpin reformasi yang mengancam. Mahathir sudah memilikki segala-galanya tetapi masih belum menang kerana hati manusia tidak boleh dibeli walaupun dengan wang, ugutan, mahupun lakunan - biarpun ia melibatkan kematian. Rakyat sebenarnya sudahpun pandai menelah keadaan sehinga Mahathir dan Umno kini kebingungan dan meracau membebel ketidak-tentuan. - Editor ]


Terjemahan SPAR-06-005


FeU

Mahathir Yang Terdesak Memperbodohkan Perwakilan

(Frustrated Mahathir Stupefies A domesticated UMNO Delegate 'HERD')

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara ini apabila rakyat Malaysia disaji dan dihidangkan satu ucapan perdana seorang presiden yang sungguh haprak seperti yang disaksikan pada Persidangan Tahunan UMNO 2001. Intipati ucapan dasar dan juga ucapan penangguhan oleh presiden yang memenangi jawatan yang tidak boleh dipertandingkan itu, tidak membawa sebarang kualiti kerana ia penuh dengan sampah sarap yang dipenuhi pembohongan dan penipuan belaka. Ucapannya itu memberikan bayangan yang amat jelas betapa beliau sudah menjadi seorang pemimpin yang terdesak dan sedang ketakutan yang amat sangat kerana dibenci oleh rakyat jelata. Inilah dia seorang pemimpin yang terlalu dihenyak oleh kebencian rakyatnya. Ucapannya itu memperakukan betapa beliau sudah semakin nyanyuk sambil usianya yang mencecah 76 tahun itu menyebabkan dia menghadapi situasi antara rahang harimau yang sedang menganga dan jerung buas yang sedia menantinya. Segala jenayah dan dosa politiknya membuatkannya takut dengan bebayangnya sendiri, sehingga semakin biul pertimbangannya, sehingga mendorong beliau menuturkan kata-kata haprak dan tongong yang memperlekehkan maruahnya sendiri.

Keengganan Melepaskan Kuasa Akan Membinasakan UMNO

Ketegasan Mahathir untuk terus mencengkam kuasa ketika sudah berusia 76 tahun, akan menjadikan UMNO sebuah parti yang lemah dan mereput seperti juga pemimpinnya yang mempunyai kualiti kenyanyukan, kesewelan, mudah terusik perasaannya dan taksub kepada sejarah sehingga kerap mengulang-ulang yang sudah-sudah, penuh keangkuhan dan kedegilannya. Di sebalik segala senarai yang melumpuhkan martabat itu, kepimpinan Mahathir yang berterusan akan meneruskan pengekalan segala kejijikan rasuah dalam UMNO, budaya politik wang, dan ideologi perkauman yang ketinggalan zaman. Lambang kemusnahan UMNO ialah Mahathir, politik penipuannya, putar-belit, pukauan, sogokan, ugutan, penderaan dan kezaliman akan menjerumuskan Umno ke kancah kehinaan yang akan mengheretnya menjadi satu parti yang akan ditelan zaman dan akhirnya pupus tanpa pusaranya. Tidak ada pun perkara yang boleh diberikan pujian daripada intipati ucapannya yang penuh dengan penipuan, fitnah, putar-belit dan pukauan massa yang mahukan kesetiaan membabi-buta daripada perwakilan yang telah dicucuk hidungnya sehingga menjadi jinak sejinak-jinaknya disebabkan ketakutan yang amat sangat daripada seorang penyangak berhati syaitan.

Mahathir Mengaibkan Melayu Sebagai Pemalas dan Dungu

Adalah sesuatu yang malang mendengarkan suara seorang pemimpin Melayu yang telah berkuasa dua puluh tahun lamanya, yang menuduh orang Melayu sebagai dungu dan malas. Ini hanya membuktikan betapa kepimpinan Mahathir itu yang gagal segagal-gagalnya apabila dibandingkan dengan kemajuan orang Melayu secara keseluruhannya. Seharusnya dia memikul bebanan terbesar kerana mengecewakan harapan orang Melayu, memperlekehkan sebahagian besar harapan orang Melayu di luar bandar, sambil berusaha mencipta satu warga Melayu yang kaya raya di kalangan sukusakat, pak-pacak dan jongosnya sambil mengenepikan majoriti bangsanya. Jelas, Mahathir gagal sebagai seorang negarawan, disebabkan sikapnya yang kuat berbohong dan menipu sebagai amalan hidupnya selama ini. Kerana pintar menelah perwatakan orang Melayu yang berlemah lembut, bersopan santun dan beradab dalam cara hidup mereka, dia telah merancang pelbagai cara untuk memutar-belitkan perwatakan itu untuk menjinakkan mereka sehingga mereka sanggup berdiam membiarkan segala rencana jenayah besarnya tanpa sebarang halangan yang menyekat salah guna kuasa. Memang amat malang sekali, apabila majoriti Melayu sanggup merelakan segala kejijikan itu terus berleluasa dilaksanakan oleh pemimpin mereka.

Minda pemimpin UMNO yang sudah dipukau oleh Mahathir

Pemimpin UMNO sudah dipukau sehingga menjadi bisu dan tidak lagi mampu berfikiran bebas. Setiap gerak-geri mereka, betapa kecil pun tindakannya, rencananya, dan keputusannya mesti difikirkan dan diluluskan oleh si penyangak ini. Tidak ada seorang pemimpin UMNO pun yang mampu berfikir sendirian tanpa gangguannya. Mereka telah dipukau untuk mengikuti arahannya dan setia kepada segala keputusannya. Kalau pemimpin mereka menyuruh mereka makan tahi pun mereka akan akur arahan itu. Kalau pemimpin mereka menegah mereka berfikir lagi, mereka pun akan berhenti untuk berfikir. Apabila pemimpin mereka berkata yang hitam itu adalah putih, mereka akan percaya cakapnya itu. Beginilah keadaan pemikiran para pemimpin UMNO setelah dipukau oleh Mahathir sehinggakan otak mereka sudah terpalit dengan tahi.

Kereputan UMNO Yang Semakin Nyata

Kerelaan mematuhi seorang pemimpin yang semakin nyanyuk dan ternyata kesewelannya, yang kini mahukan sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi, dan kerelaan meneruskan budaya politik wang dan korupsi, UMNO sebenarnya memilih jalan menuju kepupusannya. Kini, semakin meluap kebencian marhaen Melayu terhadap Mahathir ekoran ucapannya yang mengaibkan orang Melayu. Semakin ramai orang Melayu yang menganggotai Keadilan ekoran tuduhan beliau mengatakan Melayu itu malas dan dungu. Mereka semakin sedar Mahathir sudah gila, takut dan tertekan, dan mahu menyelamatkan dirinya bertopengkan UMNO. Kedegilan Mahathir ini akan menjejaskan masa depan UMNO. Sebenarnya Mahathir telah mengaibkan UMNO dengan memperakukan betapa selepas 44 tahun, UMNO hanya berjaya mencipta Melayu yang malas dan haprak.

Sampailah masa orang Melayu bangkit dan sedar untuk meninggalkan UMNO dan menganggotai Keadilan untuk menendang UMNO ke pusaranya sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran dan keaiban. Malaysia memerlukan satu parti politik yang dianggotai pelbagai kaum yang tidak mengirakan fahaman perkauman dan feudalisma. Marilah kita alu-alukan percantuman PRM dan Keadilan dan memasuki satu era baru dalam suasana politik yang terbaru di mana penduduk negara ini daripada pelbagai kaum dan agama dihormati, dikasihi dan dilindungi.

-Semangat Kebenaran-
(Spirit of Truth)

Terjemahan SPAR-06-005




Asal:

FeU

http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_85.html


A Frustrated Mahathir Stupefies a Domesticated UMNO Delegate "Herd"

Never ever before Malaysians witnessed a more rotten UMNO General Assembly's presidential address as that of the year 2001. The contents of both the opening and the closing address by the unelected UMNO President Mahathir was nothing more than rhetoric garbage clothed with deceit and lies. The address in no uncertain terms reflected the gross fear and desperation of a leader hated by the people, a leader who is entrenched in deep trouble with his people and himself. The speech confirms the growing senility of the 76 year old tyrant who is caught "between the devil and the deep blue sea". His accumulated political sins and crimes, has made him shit scared of his own shadow, benumbed his rational faculties, forcing him to utter words which only makes him not only stupid but paranoid and dumb.

Mahathir's refusal to give up power will devastate UMNO

Mahathir's insistence to remain power at 76 , will make UMNO old and weak, just like the leader it will acquire qualities of a senile dictator, paranoid, irritable, obsessed with history, dwelling in the past, arrogant and stubborn. Adding to this list of paralysing damage, Mahathir' s continued leadership will only preserve the corrupt image of UMNO, its money hungry organisational culture, its outmoded racist ideology, and its lost of social relevance to the need of times. UMNO's death warrant is Mahathir, his politics of deceit, trickery, illusion, bribery. intimidation,threat, punishment and torture all will throw UMNO into greater and greater disarray, leading it to a state of total irrelevance, and eventually to ultimate ignominy and rupture.There was nothing in the presidential address that was worthy of praise, it was lies, slander, mesmerisation, demanding blind loyalty from a "castrated delegation" domesticated by a treacherous tyrant in utmost fear.

Mahathir's humiliated the Malays by saying they are lazy and dumb

It was tragic to hear from the Malay leader for twenty years, that Malays are still dumb and lazy, it only proves that Mahathir's leadership was a total failure with respect to the overall development of the Malay race.He must singly take the full responsibility for letting the Malays down, neglecting the major portion of rural and ordinary Malays, and creating a handful of artificial billionaires among his kith, kin and cronies, leaving the majority of Malays in the lurch. It is clear that Mahathir is not a capable statesman, nay he is more of a profound political trickster, with lying as his second nature. Having realised that the Malays are gentle race, feudal in their mindset, he figured out ways and means to exploit this nature to subdue, manipulate and keep them domesticated and servile, allowing him to do the greatest of crimes and yet get away unscathed through the gross abuse of power. It is tragic that the Malays , despite decades of independence, still cannot see the wrongdoings of their own leader.

UMNO leaders mentally incapacitated by Mahathir

UMNO leaders have been silenced to a point that they are unable to even think for themselves, every move, every small decision, every act, every plan, and every programme must be conceived and decided by the tyrant Mahathir. No UMNO leader has now have the mental capacity to exercise their minds and brain. They have been conditioned to a state of "obey the leader and be loyal to him at all cost". If the leader says, eat shit they must eat shit, if the leader says, stop thinking they must stop thinking, if the leader says, black is white they must believe it as gospel truth. Such is the miserable state of affairs of the UMNO leaders, who having arse licked Mahathir, have nothing in their head except Mahathir's stinking shit.

UMNO's doom coming to a reality

By helplessly harbouring a senile half mad leader, who demands forcefully for loyalty and support, by keeping a corrupt dictator as their leader, and by perpetuating a political culture of corruption and deception, UMNO has no other way but invite its own doom. There is greater hatred for Mahathir after the UMNO Assembly, his speech made the Malays furious, disappointed and disgusted. More and more Malays are joining KeADILan after Mahathir malicious attack on the Malays calling them names, and branding them lazy and dumb.They have realised that Mahathir is mad, scared and desperate, he wants to save himself at the expense of UMNO. Mahathir personal survival , costs UMNO is whole future. Mahathir dealt the mortal blow for UMNO by admitting that UMNO for the last 44 years, ended up creating lazy and stupid Malays.

Malays must now wake up, desert UMNO, join KeADILan and bury the capitalistic feudal UMNO for good, in order to save Malaysia from utter destruction and doom. Malaysia needs a full blooded multiethnic party, beyond the limitations of outmoded racism and feudalism. Let us hail the merger of PRM and KeADILan and move into a whole new era of unified politics where people of all races and creeds are respected loved and protected.

- Spirit of Truth -