Laman Webantu   KM2A1: 4838 File Size: 17.9 Kb *



TJ SP MGG: Kemenangan Presiden MCA Yang Tidak Berbaloi
By M.G.G. Pillai

27/6/2001 7:22 pm Wed

MGG 1301

[Sejak dari awal lagi langkah membeli Nanyang itu tidak disenangi oleh masyarakat Cina termasuk ahli MCA sendiri. Keputusan EGM itu membayangkan Nanyang dan MCA akan kepupusan hampir separuh pembeli dan pengundi. Malah MCA sendiri telah retak dan mungkin muflis dengan tindakkan ini kerana sudah tiada lagi penulis dan editor yang hebat dalam Nanyang. Mereka sanggup cabut pergi dan tidak bergaji dari bersekongkol memutar dan membunuh minda anak bangsa sendiri.

Isu Nanyang menunjukkan Ling mengikut kehendak SEORANG presiden Umno dan membelakangkan RAMAI ahli dan masyarakat Cina negara ini. EGM itu sebenarnya cuba mengabui tindakkan Ling yang membeli dulu tanpa merujuk kepada peraturan dan AJK pelaburan parti. Dia menerajui MCA bagai 'membuat dulu kemudian kira' - bukannya berkira dan merujuk dulu. Walaupun Ling menang, dia telah mendedahkan siapakah dirinya yang sebenarnya. Dia tidak mendengar suara di dalam dan diluar parti kerana dia sudah 'beristeri' dengan perdana menteri. Jika tidak dia dan anaknya akan masuk penjara menangis dan teraib seantero negeri. Dia lupa agaknya pengundi dan masyarakat Cina yang lebih ramai itulah yang akan menentukan hidup mati semua - termasuk dirinya dan pemimpin Umno yang menjadi 'isteri'nya.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-01-023

Kemenangan Presiden MCA Yang Tidak Berbaloi

(The MCA President's Phyrric Victory)

Presiden MCA, Ling Liong Sik, tentu mengidamkan hari di mana dia mampu mempengaruhi masyarakat Cina, agar mampu melaksanakan apa yang diingininya ke atas mereka. Inilah kesilapan yang telah dilakukan oleh presiden parti yang mendahuluinya, Lee San Choon, Neo Yee Pan, dan Tan Koon Swan. Mereka tidak berjaya bertahan memimpin parti itu, Ling Liong Sik akan menerima nasib yang sama juga. Apatah lagi setelah munculnya beberapa tuntutan guaman melibatkan urusan niaga yang membabitkan anak lelakinya dan kemarahan masyarakat Cina yang semakin membara yang menganggap beliau bukan lagi sahabat mereka.

Kejatuhan Ling, diperhebatkan oleh tindakannya membeli Nanyang Press tanpa persetujuan menyeluruh jawatankuasa pusat parti. Dia membelinya, dengan merujukkan perkara itu kepada jawatankuasa pusat selepas tercetusnya bantahan terhadap urusan itu. Dia bertegas bahawa adalah menjadi haknya berbuat demikian, dan sesiapa yang berani menyanggahnya adalah dianggap seteru masyarakat bangsanya yang seharusnya dimusnahkan sama.

Demikianlah anggapannya yang berlagak laksana seorang diktator yang mesti diikuti oleh masyarakatnya tanpa sesiapa yang mempersoalkannya. Dia pernah mengancam meletakkan jawatan, tetapi menariknya semula apabila presiden UMNO tidak merestuinya. Dia terpaksa memungkiri janjinya terhadap timbalannya sendiri. Apabila dia membeli kumpulan akhbar itu, mereka yang menentangnya telah bernekad menghumbankannya juga.

Mesyuarat agong luarbiasa kelmarin, memberikan kemenangan tipis kepada Ling - dia mengharapkan kemenangan pada kadar 60 hingga 70 persen, tetapi mampu merangkul cuma 53 persen sahaja, dan inilah yang menghenyaknya. Namun, dia berlagak kemudiannya dengan mengatakan, walaupun dia menerima hanya kelebihan 10 undi, satu kemenangan itu tetap menjanjikan makna yang serupa. Dia telah memenangi pertempuran tetapi tidak semesti peperangannya. Ling sudah menang sorak tetapi besar kemungkinan telah menggadaikan kampungnya. Hanya masa yang akan menentukannya.


Tindak-tanduk UMNO

Kini, Nanyang Press sudah pun berada dalam cengkaman UMNO walaupun UMNO tidak perlu memilikkinya. Pemilikan itu memang tidak perlu kalau presiden UMNO mampu mengeluarkan arahannya sahaja. Presiden UMNO telah menyebutkan alasan yang paling kukuh kenapa MCA harus memilikki Nanyang Press; dua akhbar yang terbabit memang terlalu kritis terhadap Barisan Nasional ketika pilihanraya Lunas dilangsungkan.

Dr. Mahathir telah memberitahu rakyat marhaen kenapa MCA harus membeli dua akhbar itu. Dia juga yang memberitahu MCA adalah wajar mereka menjual sebahagian besar saham akhbar itu sambil menyimpan sebahagian kecil sahaja. Apa juga tindakan MCA terhadap saham syarikat yang dibelinya itu, tentunya tidak ramai yang percaya ia dilaksanakan oleh sebab-sebab yang diluar kepentingan sendiri.

Adalah bukannya satu hal yang besar kalau Ling menyebut bahawa Huaren Holdings bukannya milik MCA yang sah dan kerana itu, soal mencagarkan aset parti tidak perlu dipertikaikan. Jika demikian, apa perlunya dicetuskan mesyuarat agong luarbiasa itu? Seandainya Huaraen Holdings tidak punyai hubungan dengan parti kenapa perlunya segala keributan ini? Semua itu adalah usaha melencongkan perhatian daripada masalah yang dihadapinya.

Tetapi, dia berlagak seolah-olah dia mempunyai banyak kuasa sedangkan kuasa itu tidak ada di tangannya. Tekanan untuk menyingkirkannya sudah semakin bertambah setiap hari. Sepatutnya dia mengambil langkah berhati-hati, sebaliknya dia mencabar mereka pula. Mereka pun menyambut cabarannya itu membuatkan dia menggelupur laksana ikan yang tersadai di atas darat.


Penasihat India

Apabila tekanan semakin berbahang, dia cuba bertahan dengan menggunakan senjata perundangan. Malahan pada mesyuarat jawatankuasa pusat pada hari Sabtu, dia telah mendapatkan bantuan seorang peguam India sebagai penasihat korporatnya untuk memberi nasihat mengenai soal perundangan. Dia berjaya menegah soal perundangan dibincangkan pada mesyuarat tergempar itu. Walaupun isu itu merupakan perkara berat, perjalanan mesyuarat dikendalikan dengan pintarnya. Ling telah kalah. Untuk memperlekehkan para pengkritiknya dia sepatutnya mendapatkan sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga. Tetapi, dia hanya mampu menang tipis sahaja.

Apabila pergeseran semakin hebat, Ling telah diasak ke satu sudut. Masyarakat Cina sudah menunjukkan penentangan mereka. Pergerakan pemuda telah sebulat suara menolak urusan itu menandakan mereka memihak kepada kumpulan tua yang semakin curiga akan terhakisnya budaya mereka sehingga menjerut MCA di dua hujung kuasanya. Inilah yang semakin meminggirkan MCA.

Pemboikotan akan berterusan, walaupun MCA dapat mencari pembeli untuk mengambilalih sebahagian saham Nanyang. Adalah sukar untuk MCA meminta pemboikotan itu ditarik semula. Lebihlagi kalau saham yang dibeli itu masih dalam simpanannya. Ling tidak pula memberi penjelasan kenapa MCA membeli hampir 75 persen saham Nanyang Press sedangkan ia bercadang menjual kepada pihak yang mesra dengannya kemudian kelak. Malahan, penjelasan yang ini pun muncul setelah penentangan terhadap tindakannya itu semakin menonjol.

MCA boleh berbaik semula - walaupun ketika Ling masih menjadi presiden mereka - menyebabkan berlakunya keretakan dalam parti. Sememangnya, setiap kali tercetusnya masalah yang berkaitan dengan masyarakat Cina, MCA kerap mengambil kedudukan yang menentang mereka. Tidak kiralah apa masalahnya, sekolah wawasan, Nanyang Press, budaya Cina. Apakah masyarakat Cina boleh menyokong MCA di bawah kepimpinan Ling?


Antara Politik dan budaya

Masyarakat Cina, seperti juga masyarakat Melayu dan sebahagian besar masyarakat India, sudah semakin berpecah-belah disebabkan ideologi politik dan kefahaman budaya mereka. Penentangan terhadap MCA bukannya muncul daripada DAP, tetapi daripada para penyokong MCA itu dulu yang kini sudah tidak lagi sanggup meneruskan sokongan mereka disebabkan pelbagai alasannya.

Parti politik wujud di negara ini untuk menyokong presidennya samada ia benar ataupun sebaliknya. Sesiapa yang menentang presiden dihumbankan keluar. Seandainya presiden itu mahu dihumban ia memerlukan isu yang akan mencetuskan kemarahan masyarakat itu seluruhnya. Keanggotaan sesabuah parti politik tidak memberikan hak sesaorang untuk menyatakan pendapatnya, kerana dia harus mengikut pendapat ketuanya sahaja. Para pemimpin mesti dipatuhi dengan penuh kesetiaan. Malahan sesaorang tidak punyai hak untuk menarik diri dan menjadi ahli kepada sebuah parti yang lain. Tanggapan ini bukan sahaja terhad kepada parti komponen Barisan Nasional. DAP, sebagai contohnya, amat berang apabila ada bekas ahlinya yang menganggotai Keadilan.

Ling Liong Sik membesar dalam suasana seperti ini. Kalaulah dia ligat seperti Mahathir tentu sekali dia mampu mencapai apa yang dikehendakinya. Tetapi, dia tidak mampu berbuat begitu, kerana dia bergantung harap kepada kepintaran Mahathir untuk terus berkuasa. Inilah yang menjeratnya apabila Mahathir pun berdolak dalik. Pada satu ketika Mahathir kata dia merestui pembelian akhbar itu sedangkan pada satu hari yang lain pula dia menafikannya. Mahathir pernah berkata dia bersetuju kalau sayap pelaburan MCA membeli akhbar itu. Kemudian dia memburukkan keadaan lagi dengan tuduhan Nanyang Press menulis laporan yang menyebabkan pengundi cina menarik diri daripada Barisan Nasional.


Huaren bukannya MCA dan MCA bukannya Huaren....

Dengan kemenangannya itu, bukan sahaja Nanyang Press yang menjadi serbasalah, malahan Ling pun turut gelabah sama. Kini dia tidak boleh berkata, disebabkan Huaren Holdings adalah berbeza daripada MCA, parti itu sepatutnya tidak perlu sibuk-sibuk dengan prestasinya. Apa juga pun dan betapa dia cuba mempertahankannya, Ling sudah melangkaui kuasa yang diamanahkan kepadanya. Kalaulah dia merancangnya dengan teliti adalah amat mudah dia membeli Nanyang Press sambil mewarisi segala kehebatannya yang ada.

Kini, Ling berdepan dengan luka yang masih besar parutnya. Tentu dia sedar kini sebaik sahaja perang diishtiharkannya, mereka yang telah menyokong timbalan presiden Lim Ah Lek adalah insan-insan yang menentangnya secara peribadi. Dia telah tersilap congak kekuatan kuasa yang menyanggahnya.

Ketika presiden UMNO masuk campur, masalah Ling sudah pun ada di atas bara. Lagi lama dia berkubu sebagai presiden parti itu, lagi banyak masalah yang akn menjelma yang menjejaskan pengaruh MCA dan juga masyarakat yang diwakilinya. Kemenangan Ling yang tidak berbaloi itu kini menjerut lehernya sendiri.

M.G.G. Pillai

Pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-023




Asal:


www.malaysiakini.com

25 June 01


The MCA President's pyhrric victory

CHIAROSCURO

MGG Pillai


The MCA president, Ling Liong Sik, must rue the day he thought he was the voice of the Chinese community, and could do as he pleased. It is the mistake his predecessors, Lee San Choon, Neo Yee Pan and Tan Koon Swan committed. They did not survive. Neither could he. Not with the law suits swirling around him over business commitments involving his son and the growing anger of the Chinese community which sees him as no more a friend.

Ling's fall accelerated when he bought Nanyang Press without his central committee on board with him. He bought it, consulted it only when opposition was raised to the deal. He insisted it was his right to do as he did, any who questions are enemies of the community, and ought to be destroyed.

But he is a fading dictator so full of himself that what he says the community must accept without question. He threatened to resign, but pulled back when the UMNO president did not want him to. He broke promises made to his own deputy president. So, when he bought the newspaper group, those who opposed it also wanted to throw him out.

So, the extraordinary general meeting yesterday gave him a wafer thin majority -- he had expected 60 to 70 per cent, but got only 53 -- and put him on notice. He said a win is a win even if by ten votes. But he won the battle to lose the war. For lose the war he would. It is a matter of time.

At UMNO's bidding

Now the Nanyang Press is firmly in UMNO hands. UMNO need not own it. Why should it when its president can instruct? The UMNO president gave the most convincing reason why the MCA should own the Nanyang Press: the two newspapers were most critical of the National Front during the Lunas by-election.

It is Dr Mahathir who tells Malaysians why it is all right for MCA to own the two papers. It is he who tells MCA that it is all right to sell most of the shares and keep a small portion for itself. Whatever MCA does with its shares, few will believe it is done for reasons other than self-interest.

So, it does not matter if Ling now claims Huaren Holdings is not legally the MCA, and therefore mortgaging party assets does not arise. If this is correct, why then was this EGM held? If Huaren Holdings is not linked to the party, why all this fuss? It was an attempt to divert attention from his problems.

But he assumed a power he did not have. The pressure to force him out as president rises by the day. Instead of watching his back, he dared them to do their worst. They did. And he is now a fish out of water.

Indian adviser

As the pressure grew, he resorted to legal niceties. Indeed, at the central committee meeting on Saturday, he brought in a leading Indian corporate lawyer to advise him on legal issues; and promptly forbade the raising of legal issues at the EGM. For an issue as serious as this, the EGM was stage managed. He lost. For him to damn his critics, he had to have at least a two-thirds majority. He barely scraped through.

When the battle lines were drawn, Ling was forced into a corner. The Chinese community objected vehemently. The Youth wing unanimously rejected the deal, indicating that it aligns community elders worried about the erosion of culture to squeeze MCA from both ends. The MCA stands alone.

The boycott would continue, even if the MCA could find buyers for the majority of the Nanyang shares. The MCA cannot call for the boycott to be removed. Not so long as it officially holds shares in it. Ling has not explained why it bought nearly three quarters of the Nanyang Press share capital if it was to divest itself to friendly parties later on. But this explanation only came after the community's opposition became marked.

The MCA can close ranks -- if that is ever possible with Ling as president -- but the damage is done. In every issue dear to the Chinese community, the MCA holds a contrary position. It does not matter what the issue is: visions schools, Nanyang Press, Chinese culture. So, could the Chinese community rally behind the MCA under Ling?

Politics versus culture

The Chinese community, like the Malay and increasingly the Indian, is split seemingly irrevocably between its political and cultural components. The opposition to the MCA does not come from the DAP, but from those who once supported it but cannot for a myriad of reasons.

Political parties exist in Malaysia to support its president right or wrong. Those against are forced out. And it requires issues which anger the community to force him out. Membership in political parties does not give you the right to an opinion, only to echo the sentiments of the leaders. The leaders must be obeyed without question. It is not even an option for you to resign and join another party. This view is not confined to National Front parties. The DAP, for intance, is annoyed that ex-DAP members join Keadilan.

Ling Liong Sik grew up in this environment. If he is as agile as Dr Mahathir is, he can force his way through. But he is not. He depends upon Dr Mahathir to survive. So, he is thrown to the winds when Dr Mahathir himself says one day he approved the sale and an another he did not, he only agreed to the propriety of the MCA buying a newspaper. Then he spoils it all by accusing Nanyang Press of writing reports which made the Chinese voters to desert the National Front.

Huaren is not MCA is not Huaren is ...

Now that Ling has won, it is not only Nanyang Press that is on tenterhooks. He also is. He cannot now say that since Huaren Holdings is a different entity from the MCA, the party is not bothered by how it does. All in all, whatever the justification, he overshot his limits. If he had considered the matter seriously, he could well have bought the Nanyang Press and retained much of the goodwill.

All Ling can now do is lick his wounds. He must have realised that once the battle began, aligning with the deputy president Lim Ah Lek's faction were those who were against him personally. He miscalculated the force of that combination.

When the UMNO president stepped in, Ling's goose was cooked. The longer he remains in office, the more problematic MCA's influence in the National Front, let alone the Chinese community it claims to represent. Ling's pyrrhic victory earned him an albatross around his neck.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my