Laman Webantu   KM2A1: 4840 File Size: 6.8 Kb *



Penjelmaan Presiden Baru UMCINO
By tv3

27/6/2001 4:38 pm Wed





Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Semua Pejuang REFORMASI



Segala pujian bagi Allah, Pentadbir sekian 'alam. Setelah beberapa minggu tidak menjelma diforum yang sungguh istemewa ini, masih dikurniakan dengan imaan serta kesihatan yang tidak terhingga. Tidak menulis, bukanlah kerana merajuk. Al-maklum, kami sibuk mengendalikan pengimpotan grenade-launcher dan kereta kebal untuk menggulingkan kerajaan. Yang susahnya kena mengelak dari dikesan oleh Tuan Haji Mamai. Silap silap...ISA, tauuuu... Sedangkan tanpa bukti pun boleh dipaksa bercuti ke Kemunting! Bayangkan crew tv3 pi PWTC naik kereta kebal!



Segala puji2an juga hanyalah untuk Allah, yang telah memperlihatkan akan apa yang sentiasa bermain didalam minda "fir'aun baik". Isian yang yang penuh maki hamun, penuh retorik dan penuh putar belit, Alhamdu Lillah, semuanya telah dijangka dan diduga oleh kami di tv3, lama sebelum perhimpunan bermula. Insya Allah, we can now read him like a book! Ketiadaan kami di alam siber disebabkan kesibukan membuat R & D, sambil "memasang telinga", seterusnya membuat beberapa rumusan agar strategi peperangan sentiasa dikemaskinikan.




Tora! Tora! Tora!



UMcino dihantui puluhan kemelut! Ini satu hakikat yang diakui oleh hampir kesemua ahli parti. Seperkara lagi yang diperakui ialah, ibu kepada kesemua kemelut yang melanda berpunca dengan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim. Tidak perlu lagi dihuraikan satu persatu permasalahan yang dihadapi, baik disegi sosial, ekonomi, rasuah, kronisma, nepotisma, keugamaan, politik, perundangan, krisis mata wang, pendek kata pelbagai lagi, kerana semuanya pasti termaklum kepada rakyat Malaysia, asalkan mereka tidak GILA. Dan keseluruhan yang sependapat akan punca kemelut, juga setuju bahawa tiada jalan keluar yang mujarab selagi isu kezaliman terhadap Anwar Ibrahim tidak ditangani dengan adil dan saksama, bukan dengan semangat kehaiwanan.



Perangai buruk mahafiraun diwaktu perhimpunan, hanya menguatkan lagi kepercayaan kita semua (termasuk ahli UMcino) yang parti kini tertekan dan terpaksa berada didalam keadaan bertahan (defensive). Kedua ucapan, baik dasar mahupun penggulungan, merupakan pengakuan (jikalau pengakuan diperlukan) berapa tertekannya presiden parti ini, sehingga terpaksa mempertahankan diri. Tepat sebagai yang kami jangka, mahafiraun tidak berminat untuk membawa ahli supaya memuhasabah diri. Untuk memperincikan segala kelemahan parti. Untuk menggariskan pendekatan yang perlu diambil untuk memertabatkan semula parti. Sebaliknya, mahafiraun terus mengasak dan mengasak. PAS - "penipu". keADILan - "idiots". Orang putih - "penjajah yang tak pernah sukakan kita dan amat benci kepada pemimpin kerajaan". Seluruh dunia salah, kejam, bodoh, dengki, jahat dsb. Semua tak betul melainkan dirinya sendiri dan parti yang dia nya pimpin. Adalah sepotong dua ayat yang menyeru kepada ahli supaya membetulkan parti hanya sekadar melepas batuk ditangga.



Mahafiraun mengasak demi untuk mengalihkan perhatian perwakilan kepada masalah sebenar. Mahafiraun menggunakan kaedah, "attack, is the best form of defence". Bagi kami di tv3, keseluruhan perhimpunan hanya memenuhi agenda satu manusia, ia itu, agenda Datuk Seri presiden! "Taatilah presiden!



Hakikatnya, presiden haprak ini tidak ada pilihan lain melainkan memesongkan (atau membuat percubaan) pandangan daripada isu isu sebenar yang menggigit parti haprak kini.




Terpegun dan Terpengaruh



Sebenarnya kami lebih leka dan seronok memerhatikan serta meneka reaksi "sebenar" ahli perhimpunan terhadap ucapan. Kami langsung tidak berminat kepada reaksi "resmi", yang pastinya berbeza dengan reaksi "sebenar" bagaikan langit dengan bumi! Kami juga tahu bahawa reaksi yang dipertuntunkan adalah sekerat dua ahli yang baru "diturn-over kan" untuk menjadi cheer leaders saban tahun perhimpunan diadakan.



Alhamdu Lillah, reaksi "sebenar" amat memberangsangkan! Rata rata ahli perhimpunan yang kami "temubual" diruang legar PWTC dan hotel berhampiran, meluahkan perasaan mual dan jijik terhadap ucapan yang baru didengari. Rata rata meluahkan rasa keciwa dan tak puas hati kerana perkara pokok, yakni, kebencian orang Melayu terhadap UMcino langsung tidak dikupas secara objektif dan bijaksana, padahal perhimpunanan ini merupakan forum terbaik bagi isu isu pokok diperbahaskan. Tidak kurang pula yang secara terang terang menggunakan perkataan nyanyuk, "bankrupt of ideas", memalukan, serta ungkapan yang sedemikian! Bolehlah dirumuskan bahawa fir'aun tua yang baik kini tidak lagi menyengat kebisaannya, hatta, dikalangan kelompok perwakilan nya sendiri!




Senyap Sunyi Tanpa Berita



Didalam keghairahan presiden sampai mati UMcino menyampaikan "amanatnya" kepada sesiapa yang sudi mendengar, beliau sengaja terlupa akan dua bangkai gajah yang cuba disembunyikan dan kini semakin membusuk. Kedua bangkai ini melibatkan pemimpin kanan UMcino.



Pertama berkenaan kes salah guna kuasa oleh setiausaha agong parti ketika menjadi menteri besar Pahang. Kes Khalil Akop. Lapuran polis telah dibuat oleh seorang ahli UMcino. Rakyat Malaysia langsung tidak mempunyai harapan (walau sebesar habuk) sebarang tindakan dari anak buah Tuan Haji Mamai. Bukankah mereka digajikan oleh UMcino? Kini jelas, diperingkat parti yang (kununnya) berhempas pulas memerangi politik wang pun, tidak ada sebarang tindakan yang boleh diharapkan. Kini agaknya sampailah masa bagi Datuk Fauzi untuk membuat langkah seterusnya. Namun demikian, ada juga kedengaran desas desus bahawa kes ini akan dihidupkan semula selepas perhimpunan minggu lepas. Sama sama kita tunggu.



Apa pun, yang paling menarik ialah TIDAK ADA nya sebutan oleh mana mana pihak atasan UMcino terhadap yang syaitan yang "DIAM". Langsung diam! Pelbagai andaian berlegar dipasaran. Kami di tv3 yakin, yang DIAM tu akan kembali kepersada UMcino, sedikit masa lagi. Bila dan macam mana, Allah sahaja yang mengetahui. Mungkin pada pemilihan 2003? Perebutan kerusi nombor satu? Sebelum pengundian, "orang tua" tarik diri, kerana uzur? Andaikata ini menjadi kenyataan, siap sedialah rakyat Malaysia untuk berperdana menterikan syaitan yang DIAM! Harapannya? Terselamatlah legacy "diktator baik"!




Tak mungkin? Skrip Hindustan?




Allahu 'a'laam bis sawab....!!!