Laman Webantu   KM2A1: 4841 File Size: 13.2 Kb *



TJ SP MGG: Hakim Telah Melaksanakannya
By M.G.G. Pillai

28/6/2001 5:41 pm Thu

[Kerajaan BN sudah keresahan dengan keputusan hakim Md Kamil sehingga cuba memperlekehkan beliau melalui media sedangkan itu bukan saluran yang sepatutnya. Oleh kerana hakim Md Kamil sudah pun bersara, sebarang komen darinya kini sudah tidak boleh diguna pakai (not binding anymore). Pendeknya semua ini takkan kemana tetapi keaiban pula yang mungkin tiba. Hakim Kamil jangan terjerat oleh mainan kata.

Kerajaan BN sudah menngelupur sekarang ini. Keputusan Hakim Kamil telah mengaibkannya. Ia membawa implikasi parlimen Gaya pun perlu dikosongkan segera. Oleh kerana pengundi Cina adalah kaum majoriti di sana, bahang isu Nanyang mungkin akan tertempias dan menggugat BN. Lagipun siapa lagi mahu mengundi kerajaan yang telah pernah menipu rakyat melalui pilihanraya? Inilah isu sebenar - kerajaan sudah MENIPU rakyatnya dan SPR TIDAK CEKAP dan seperti memihak kepada kerajaan sahaja. Catatan 'Obiter dicta' hakim Kamil itu sebenarnya adalah satu SINDIRAN kepada SPR, JPN dan lain-lainnya yang #@!#@!@!.. (isikan perkataan yang sesuai mengikut kemarahan anda!) - Editor]


Terjemahkan SPAR-01-024


Malaysiakini

Hakim Telah Melaksanakannya

(The judge did it)

Tindakan Hakim Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pemilu DUN Likas dan kemenangan mantan ketua menteri Yong Teck Lee, sebagai tidak sah, dia sebenarnya telah mencetuskan gegaran pada kerajaan negeri.

Apabila dia menyebut bahawa bekas Ketua Hakim Negara pernah cuba mempengaruhi agar mengenepikan petisyen itu, ia mendedahkan banyak perkara yang memang ramai orang yang sudah lama menjangkakannya. Para hakim kerap ditekan dan dipengaruhi untuk melaksanakan arahan terhadap kes-kes yang mereka hakimi.

Sudah jelas, betapa intipati penghakiman, yang membuktikan adanya daftar pengundi yang songsang, yang tidak mahu diperbetulkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) walaupun terdapat aduan mengenainya, malahan calon sendiri yang terlibat dengan kesalahan pilihanraya, telah diketepikan dengan sengaja.

Yang pentingnya beliau ada mengatakan bahawa masalah seperti itu merupakan aduan setiap parti pembangkang pada masa yang lalu. SPR terlalu tidak berlaku adil kepada mereka itu. Inilah pertama kalinya seorang hakim mengatakan betapa wujudnya kesahihan dalam semua aduan itu.

Obiter dicta

Kini dia diperlekehkan kerana isu 'obiter dicta' kerana mengaitkan masalah peribadinya dalam memberikan penghakimannya itu. Dia menjawab, perkara itu sengaja didedahkannya dengan tujuan menyerlahkan betapa para hakimpun mudah dikotak-katikkan. Bagaimana pula gamaknya dengan rakyat marhaen? Namun demikian, seandainya kerajaan merasa tertekan dengan penghakiman itu, kerana memikirkan wujudnya dalil yang dianggap laku, kerajaan harus membatalkan penghakiman itu berasaskan sikap hakim yang cenderung berpihak dalam pengadilannya.

Adalah penting, untuk diterima setiap keputusan yang telah dihakimkan. Lainlah kalau keputusan itu dikira tidak sah. Mengutuk seseorang hakim tidak akan menjernihkan kekeruhan. Malahan, oleh kerana hakim itu sudahpun bersara, dia sepatutnya diam membisu dan biarkan keputusannya menjadi penentu.

Sebaliknya hakim itu sengaja mengundang masalah dengan menonjolkan muka di sidang akhbar untuk menjadikan isu itu semakin besar. Itu bukannya tugasnya lagi dan penghakimannya itu seharusnya dikira laku dan bukannya penjelasannya selepas itu.

Tetapi, kerajaanpun tidak merasa senang dengan keputusan itu. Menteri haprak kehakiman Rais Yatim, mahu mewujudkan mahkamah rayuan untuk kesalahan pilihanraya. Mahathir pula menyebut bahawa hakim berkenaan sepatutnya berjumpa beliau apabila ditekan oleh bekas ketua hakim negara itu. Takkan dua kesilapan boleh membetulkan keadaan.

Tidak ada Hak

Eusoff Chin memang sepatutnya tidak menghubungi hakim itu secara terus, kerana itu adalah di bawah bidang kuasa Ketua Hakim Sabah dan Sarawak (Hakim Besar Borneo). Apakah Mahathir kini memberi kiasan bahawa para hakim boleh mengenepikan ketua-ketua mereka dan berhubungan terus dengannya? Apakah dia akan melayan hakim yang berkenaan setelah mengambil kira keadaan sebenarnya?

Keresahan kerajaan itu bukannya disebabkan seorang hakim membabitkan masalah peribadi dalam penghakimannya. Ia lebih disebabkan sikap SPR yang tidak berlaku adil dan menunjukkan sikap berkecuali dalam semua hal. Apabila daftar pengundi Likas boleh dipertikaikan, ia membawa makna semua daftar pengundi bagi kawasan pilihanraya yang lainpun boleh dipertikaikan juga. Parti pembangkang, Parti Bersatu Sabah (PBS), kini mempunyai satu senarai panjang yang mempersoalkan daftar pengundi yang akan dikemukakannya di mahkamah.

Permintaan agar pilihanraya kecil diadakan semula sebaik sahaja daftar pengundi diperbetulkan, adalah satu pertanda kepada masalah yang lain pula. Kalau Yong Teck Lee didapati bersalah di Likas, apakah ini akan menjejaskan kedudukannya sebagai ahli parlimen kerusi Gaya?

Likas ialah sebahagian wilayah parlimen Gaya, dan pilihanraya persekutuan dilaksanakan selepas selesainya pilihanraya peringkat negeri. Ini bermakna kedudukan beliau itu tergugat juga, tetapi bergantung kepada wujudnya satu bantahan terhadap pemilu itu dan kerusi itu dikira kosong semula.

Faktor KeCinaan

Kerajaan semakin gelabah kini kerana Likas ialah kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Cina. Kerajaan menjadi tertekan selepas tercetusnya kemelut Nanyang Press yang berkemungkinan mendorong pengundi Cina memilih pihak pembangkang. Persidangan UMNO minggu lalu menunjukkan betapa UMNO sudah kehilangan sokongan padu orang Melayu. Episod Nanyang Press menunjukkan tekanan yang serupa menghantui MCA pula.

Seperti yang dirasai oleh Sarawak, pendidikan Cina dan beberapa isu budaya yang lain menyebabkan kerajaan dihantui kerunsingan.

Satu pilihanraya kecil terpaksa dilaksanakan di Likas. Rais Yatim beranggapan perlu diwujudkan satu mahkamah rayuan untuk mengahalang keputusan yang berbahaya yang menghenyak martabat kerajaan. Yang lebih dipentingkannya ialah satu kod etika yang perlu dikenakan terhadap hakim yang mengadili kes pilihanraya. Mereka mesti mengadili rayuan dalam masa yang tertentu selepas petisyen dikemukakan, dan membuat penghakiman dalam masa tiga bulan sahaja.

Tetapi kenapakah para hakim mesti dikhususkan kepada petisyen pilihanraya? Apakah kerja itu tidak boleh dibiarkan terbuka kepada semua hakim yang ada? Nampaknya sudah ada satu usaha untuk menyulitkan keadaan di sebalik pengalaman pahit masa yang lampau.

Hakim pilihanraya mengumumkah penghakiman mereka beberapa tahun selepas berlakunya pilihanraya itu, sehingga menjadikannya satu bahan lelucon semata. Harus diingatkan di sini, Hakim Kamal mengeluarkan penghakimannya dua tahun selepas berlangsungnya pilihanraya itu, walaupun pada dasarnya tindakannya itu masih boleh dikira cepat juga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya mencadangkan agar mereka yang mencapai usia 21 tahun didaftarkan secara automatis. Ini bererti ada tambahan 500,000 pengundi baru setiap tahun dalam daftar pengundi.

Kerajaan menjadi runsing dengan tanda-tanda yang akan tercetus. Kemarahannya sudah dihalakan kepada kesan penghakiman yang ada dan bukannya kepada gelagat hakim yang mencetuskannya. Ia sudah nampak akan masalah yang perlu dihadapinya dan yang pasti tidak mudah dapat ditanganinya.


M.G.G. Pillai


Terjemahan SPAR-01-024




Asal:

Malaysiakini

http://202.56.157.37/Column/2001/06/2001062701.php3


Wednesday June 27

The judge did it

CHIAROSCURO

MGG Pillai

12:22pm, Wed: When Justice Muhammad Kamil Awang declared the Likas state assembly seat in Sabah vacant, and found the assemblyman, former chief minister Yong Teck Lee, guilty of election offences, he sent shivers down the government's spine.

When he alleged that the former chief justice pressured him to dismiss the petition, it revealed what many had suspected; that undue pressure is brought on judges to give the judgement expected.

Typically, the guts of the judgement - that the electoral list is flawed, that the Elections Commission (EC) did not address the complaints, the candidate himself had committed an election offence - were conveniently ignored.

But what he said is the complaint of every opposition party over the years. The EC is unfair to them. For the first time, a judge says there is merit in those complaints.

Obiter dicta

But he is flayed for his obiter dicta: that he brought in his personal problems into the judgement. He says he did to show that if judges could be pushed around, what then the common man. Be that as it may, if the government is so horrified at this judgement - and I believe it has a good case - it should act to nullify it on the grounds of the judge's apparent bias.

It is important judicial decisions must be accepted, unless overruled. Sniping at the judge is neither here nor there. The judge, since retired, should not have elaborated on his judgement, which should have stood by itself.

He opened the floodgates against him with his press conferences and explanations. It is not his business to do so, and his judgement should be what he delivered and not his later explanations.

But the government would not leave well enough alone either. The de facto law minister, Rais Yatim, wants an appeal court for election offences. Mahathir says the judge should have come to him if he had been pressured by the former Chief Justice. But two wrongs do not make one right.

No right

Eusoff Chin should not have had any direct contact with the judge, only the Chief Justice of Sabah and Sarawak could. Is Mahathir now saying that judges and others should bypass their superiors and go straight to him? Would he have entertained the judge considering the circumstances?

The government's discomfiture is not that the judge brought personal matters into his decision, but that the Elections Commission has shown itself to be not fair and impartial. If the Likas electoral rolls is questioned, so should that for every constituency. The opposition Parti Bersatu Sabah (PBS) has a long list of questionable electoral rolls it would now bring to court.

That there were calls for the by-election to be held after the electoral rolls are corrected is a sign of future problems. In any case, if Yong Teck Lee is guilty of an electoral offence in Likas, would it affect his position as the Member of Parliament for Gaya?

Since Likas is part of the Gaya parliamentary constituency, and federal elections held later than the state assembly, it should, but only if there was an election petition against that election and the seat is declared vacant.

The Chinese factor

The government acts in heat because Likas is a Chinese-majority seat, and it is worried the Nanyang Press fiasco could make the Chinese voters vote for the opposition. The Umno convention last week reflected Umno's uncertain hold on the Malay community and the Nanyang Press fiasco MCA's.

Like in Sarawak, Chinese education problems and other cultural issues put the government in some fear.

A by-election must be held in Likas. Rais Yatim thinks there should be an electoral court of appeal to prevent ?capricious? decisions which upset the government's sanguinity. More important though, to have the judicial code of ethics brought to bear upon the election judges. They should hear the appeals within months of the petitions being filed, and decisions within three months.

But why should judges be specially assigned to hear election petitions? Could not every judge hear election petitions, acting as an election judge when he does? We have incredible experience in making things more difficult than they are.

Election judges release judgements years after the election, making a mockery of the process. It must not be forgotten Justice Kamal handed down his judgement two years after the election, though by the standards of others, it is quick enough.

The Elections Commission chairman suggests that those attaining 21 are automatically registered. This would mean 500,000 new voters every year to the electoral rolls.

The government is uncertain and frightened what this forebodes. Its anger is directed at what the judgement represents, not the judge's foibles. It sees the future staring in its face and cannot cope with it.