Laman Webantu   KM2A1: 4843 File Size: 14.4 Kb *



TAG SP 185: Likas: Penghinaan Mahkamah
By Anonymous

28/6/2001 5:24 pm Thu

[Teguran Mahathir kepada Hakim Kamil adalah sesuatu yang tidak wajar kerana komen peribadi hakim itu adalah satu SINDIRAN yang memang wajar. Jika Mahathir tidak berpuas hati dia sepatutnya berdiri di dalam mahkamah kerana di situlah tempat sebenar - bukannya di luar sana. Itu kurang ajar (atau menghina mahkamah) namanya.

Hakim Muhd Kamil telah melakukan apa yang sepatutnya. Dia tidak mendedahkan nama pemanggil dan sudah melapurkan kepada Dzaiddin, Ketua Hakim Negara. Tidak perlu dia memberitahu Mahathir kerana masa berada di tangannya dan itulah yang sebaiknya.

Dengan melentingnya Mahathir dalam isu ini ia membawa petanda dia sudah kepanasan telinga. Dia sudah menunjukkan siapakah dirinya yang sebenarnya. Jika dia cerdik sedikit dia sepatutnya menyuruh pihak ketiga mempertikaikannya. Malangnya mungkin sudah tiada orang lain lagi yang mahu menjadi hamba suruhannya. Atau mereka mungkin merusakkan lagi namanya. Sedarlah Mahathir - kalau sudah berat tidak akan terpikul juga walaupun seribu datang untuk mengangkatnya. Siapakah yang sanggup patah tengkuk dengan percuma? - Editor]


Terjemahan SPAR ??-??

[Artikel asal ada di MR2, Minda Rakyat 26 Jun, 2001]


Penghinaan Mahkamah

(Contempt of Court)


Mahathir yang merupakan perdana menteri Malaysia yang paling korup, seharusnya dipanggil oleh Mahkamah Persekutuan kerana kelakuannya menghina mahkamah. Gelagatnya mengkritik keputusan Hakim Muhamad Kamil tentang pilihanraya Likas dan caranya menghina Muhamad Kamil itu, telah mengaibkan badan kehakiman negara menjadi satu ejekan dan skandal. Jelas Mahathir sudah melebehi kuasanya dan badan kehakiman seharusnya tidak menganggap ini sebagai satu perkara enteng sahaja.

Sepanjang pemerintahannya sebagai seorang perdana menteri, badan kehakiman negara telah diaibkannya sehinggakan martabat badan kehakiman itu jatuh begitu haprak sekali sampai menggugat keupayaannya melaksanakan keadilan. Kejijikan ini bermula dengan kaedah Mahathir mengisi badan kehakiman itu dengan insan yang taksub kepada kepimpinannya seperti Hamid Omar dan Eusoffe Chin. Melalui hakim-hakim bajingan yang haprak seperti inilah membolehkan Mahathir mendalangi kerja-kerja jijik badan kehakiman itu. Bajingan yang korup seperti ini kemudiannya melantik beberapa khadam seperti Lamin, Ahmad Fairuz, Mohtar Sidin, Augustine Paul, Ariffin Jaka, RK Nathan, dan beberapa hakim haprak lagi untuk menguasai keseluruhan badan kehakiman itu. Sememangnya, kini mereka dicampuri pula oleh si bedebah Mohtaar Abdullah.

Mahkamah Rayuan yang kerap mendengar rayuan daripada mahkamah rendah dan mahkamah tinggi selalunya diketuai oleh Lamin yang dibantu oleh bedebah seperti Ahmad Fairuz dan Mohtar Sidin. Mereka bertiga ini selalunya akan menentukan semua kes membabitkan Mahathir dan kerajaannya akan dihakimi dengan memihak kepada kepentingan Mahathir. Memang tidak ada peluang lagi mendapatkan keadilan kerana rayuan seterusnya kepada Mahkamah Persekutuan akan tersekat dengan kehadiran si bedebah Eusoff Chin.

Eusoff dan Lamin sudah pun bersara. Mohtar tidak lagi memegang jawatan Ketua Peguam Negara. Para hakim kini mengadili kes mengikut keluhuran undang-undang dan sumpah setia jawatan mereka. Para hakim kini melaksanakan tugas mereka tanpa takut-takut dan rasa tergugat. Inilah yang manakutkan Mahathir. Sesaorang yang korup selalunya menjadi takut apabila adanya manusia yang jujur dan ikhlas menjalankan tugas mereka mengikut kedaulatan undang-undang. Sesaorang yang jujur dan ikhlas adalah insan yang tidak mudah disogok dan dipengaruhi.

Senarai sejarah dosa-dosa Mahathir merakamkan kecenderungan beliau melantik orang yang korup di jawatan penting negara. Selain badan kehakiman, kita boleh melihat betapa perkara yang serupa berlaku juga di banyak perkhidmatan kerajaan. Dia telah melantik Abul Hassan yang rakus sebagai gabenor bank Negara dan kini menjadi salah seorang penasihat kewangannya. Dia sengaja mengekalkan dan memberikan sokongannya kepada politikus yang korup seperti Rafidah, Khalil, Ling Liong Sik, Sammy dan ramai lagi. Dia melantik khadam-khadam mengepalai perkhidmatan Polis dan Tentera dan juga KWSP. Senarai itu memang tidak ada hadnya. Jawatan yang penting tidak diisi dengan manusia yang berwibawa tetapi oleh khadam yang rakus dan lemah yang mudah dikotak-katikkan kerana mereka mudah datang menyembah. Inilah caranya beliau memerintah Malaysia dan bagaimana dia terlepas daripada pendakwaan terhadap jenayahnya dan segala kerja jijik berkaitan korupsi dan salahguna kuasa. Dia putar-putarkan polis, jabatan ketua hakim negara dan badan kehakiman untuk melumpuhkan para penentang politiknya. Dia berjaya dengan putarbelit itu kerana semua jabatan ini dikepalai oleh bedebah yang lemah yang telah dilantiknya. Semua bedebah ini tidak mempunyai sebarang semangat bertugas untuk negaranya dan untuk kepentingan bangsanya.

Manusia bedebah dan haprak ini menyalahgunakan kuasa untuk terus melantik manusia yang sama hapraknya di semua tempat dan jawatan penting dalam perkhidmatan awam. Strategi beginilah yang menjaminkan dia mendapat kesetian membabibuta daripada mereka semua. Mahathir pernah melindungi Eusoff menangani dua krisis yang besar. Pertama ialah dakwaan korupsi yang dikemukakan oleh mantan hakim Syed Aidid terhadap Eusoff dan yang lagi satu ialah episod New Zealand-Lingam yang telah mencemarkan martabat badan kehakiman negara. Mahathir memang gembira dengan dua episod ini kerana ia membolehkan beliau mengetatkan tali penjerut yang membelit leher Eusoff untuk diputarbelitkannya. Raja bedebah ini tidak ambil pusing akan martabat badan kehakiman negara selagi badan kehakiman itu dapat dikotak-katikkannya dan mengikut sahaja kerakusannya.

Seandainya badan kehakiman negara mahu mengembalikan kegemilangan martabatnya yang telah lama hancur itu, seharusnya mengheret si bedebah Mahathir ini ke muka pengadilan kerana segala kritikannya terhadap penghakiman Hakim Muhamad Kamil dan cara beliau memperlekehkan hakim itu. Serangannya yang haprak itu telah menjejaskan martabat badan kehakiman negara. Dia harus dikenakan dakwaan menghina mahkamah dan diarahkan membuat penjelasan akan gelagatnya itu. Sebagai Ketua Penguasa, seandainya dia mempunyai sebarang masalah terhadap sesiapa di kalangan hakim yang bertugas, perkara itu harus dikemukakan kepada Ketua hakim Negara yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan mengikut keluhuran undang-undang. Kenyataannya yang haprak seperti memerlukan Hakim Kamil melaporkan masalah beliau kepadanya menunjukkan betapa beliau memang tidak faham akan perjalanan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia, dan peranan kehakiman sebagai jentera kerajaan.

Terpulanglah kepada para hakim terutama Mahkamah Persekutuan menghukum Mahathir. Mungkin penjara selama 6 bulan memadai untuk menghukum bedebah haprak ini. Inilah masa yang baik untuk tujuan itu memandangkan ketidakupayaan agensi penguatkuasa yang lain dan juga Ketua Peguam Negara untuk mendakwa beliau di mahkamah kerana gelagat rasuah dan salahguna kuasanya.

Oleh kerana Hakim Kamil sudah pun bersara dan tidak boleh mendakwa Mahathir kerana menghina mahkamah, saya harap rakyat Malaysia akan mengalu-alukan tindakan Mahkamah Persekutuan mengambil tindakan terhadap Mahathir dan mendakwa beliau kerana menghina mahkamah. Bedebah ini sudah menjadi seorang petualang negara. Kita seharusnya takut kepada kuasa pencipta Yang Maha Esa dalam menjalankan tugas kita. Mahathir sebenarnya adalah seorang bedebah dan penjenayah yang tidak perlu diberikan sebarang kehormatan, simpati dan kedudukannya. Para hakim seharusnya menganggap beliau dengan jijiknya dan mendakwa beliau berasaskan segala tindakannya yang salah dalam usaha menghancurkan badan kehakiman yang satu ketika dulu sungguh dihormati.

Tamat




Asal:

Mindarakyat (MR2)

http://mindarakyat0.tripod.com/2001jun/2001-1946.htm

Corrupt Mahathir should be cited for contempt of court

Mahathir, the most corrupt Malaysian Prime Minister, should be hauled up by the Federal Court for committing contempt of court. In criticising Judge Muhamad Kamil's decision in the Likas election petition and in castigating Muhamad Kamil, he has brought the image of the judiciary into disrepute, public odium and scandal. Mahathir has clearly overstepped the limit of his boundary and the Judiciary should not take this very lightly.

During Mahathir's premiership, the Malaysian judiciary had been brought to such a low level that its integrity and its ability to mete out and dispense justice is very much suspect. This is because Mahathir packed the judiciary with servile-like creatures with the like of Hamid Omar and Eusoffe Chin who are completely beholden to him. It is through these corrupt weaklings that Mahathir was able to manipulate and direct the judiciary. These corrupt weaklings in turn appointed several servile-like creatures like Lamin, Ahmad Fairuz, Mohtar Sidin, Ausustine Paul, Arrifin Jaka, RK Nathan and a few others to control the whole judiciary. Of course they are now joined by the serviled Mohtar Abdullah.

The Court of Appeal which hears appeals from the lower and High courts are always headed by Lamin supported and packed by the like of Ahmad Fairuz and Mohtar Sidin. These trio would ensure that all cases involving Mahathir and his government would be decided in his favor. There is practically no chance to get justice since further appeal to the Federal Court would be met by Eusoff.

Both Eusoff and Lamin are now gone. Mohtar is no more the AG. Judges are now dispensing justice in accordance with the law and their oath of office. Judges are now performing their actual judicial role without fear and favor. This is what frightens Mahathir. A corrupt man is always frightened when honest and righteous man does their job in accordance with the law. An upright and honest individual would be difficult to manipulate and control.

A record of Mahathir's misdeeds shows his tendency to put corrupt people in important public posts. Apart from the judiciary, we could see this in other areas of government service. He put the corrupt Abul Hasan as the Central Bank governor and now one of his financial advisor. He retained and supported corrupt politicians in his cabinet like Rafidah, Khalil, Ling Liong Sik, Sammy and the rest. He put servile creatures to head the Police,the Army and the EPF. The list is endless. Key posts are filled not by meritorious individuals but by corrupt weaklings which he could manipulate and dictate. This is how he governed Malaysia and how he escaped criminal prosecutions for his massive corruption and abuse of power. He abuses and misuses the police, the AG chambers and the judiciary to fight and finish off his political opponents. He gets away with it because these institutions were headed by corrupt weaklings, appointed by him. These weaklings have no sense of public duty and committment towards national interest.

This man in fact abuses his public office by putting and supporting corrupt individuals in important public post. It is through this strategy that he managed to exact complete loyalty from these creatures. He protected Eusoff through two big crisis. One is the corrupt allegations made by former judge Syed Aidid against Eusoff and the other is the New Zealand- Lingam's affair which brought the image of the judiciary in disrepute. Mahathir in fact was overjoyed by these incidents because this gives him the opportunity to tighten his stranglehold on Eusoffe more tightly. This man couldn't give two hoots about the image of the judiciary as long as the judiciary could be manipulated and does his bidding every time he wants.

The judiciary in order to regain its once prestine role as enshrined in the constitution should display great judicial courage in hauling up Mahathir in court for the disparaging remarks he made against the judgement of Judge Muhamad Kamil and for his unwarranted remark on the Judge itself. His mindless attack has smeared the reputation of the judiciary. He should obviously be cited for contempt and asked to explain for his unwarranted remarks. As head of the executive, if he has any grievance or dissatisfaction with a particular judge, this should be brought to the head of the Judiciary who should take action in accordance with established judicial principles. His unwarranted remarks like Judge Kamil should report to him shows his lack of understanding of the system of parliamentary democracy as practiced in Malaysia, and the role of the Judiciary as one of the organs of the government. This man has no respect for the Malaysian constitution and is a danger to this country and the future generation.

It is for the judges especially the Federal Court to put him in place. Perhaps a 6 month prison sentence would be a good dose for this corrupt creature. This would be a good time to bring him to court considering the inability of other enforcement agency and the AG to charge him in court for his corruption and abuse of power.

As Judge Kamil had already retired and could not cite Mahathir for contempt, I think most Malaysians would welcome the Federal Court to take upon the simple judicial duty of citing Mahathir for contempt and to put him in his proper place. This man is a real menace to his own country. We should fear god in discharging our duty. Mahathir is nothing but a rotten and corrupt criminal who deserve no respect, courtesy and sympathy. Judges should treat him with disdain and contempt for all the wrongful acts which he has done in gradually destroying the once respected institution.