Laman Webantu   KM2A1: 4850 File Size: 9.6 Kb *



TJ SP MGG: IWK Gunakan Pengutip Hutang
By M.G.G. Pillai

28/6/2001 9:08 pm Thu

[IWK kini mengupah agen pengutip hutang untuk mendapatkan tunggakan bil sedangkan ia tidakpun mempunyai apa-apa perjanjian dengan pengguna. Ia seperti terdesak kerana sudah sesak. Sepatutnya ia melantik satu badan menyiasat kenapa bil itu enggan dibayar - bukannya ingin memeras agar ia terbayar. Rakyat sebenarnya tidak puas hati kerana kerap menjadi seorang pembayar sedangkan Mahathir mengatakan Malaysia amat kaya, makmur, maju dan lain-lainnya.

Jikakita pergi ke negara luar seperti Australia (kerana Mahathir mengutuk negara ini - kita ambil contohnya di sini), hanya bil elektrik yang perlu dibayar. Tiada bil air dan tidak ada cukai pintu. Itu semua percuma. Malah ada imbuhan jika tidak bekerja. Bukan itu sahaja, ada sistem perubatan percuma Medicare pula untuk rakyat yang tidak mampu. Kerajaan Australia telah memberi wang kepada rakyat - bukan sebaliknya. Sepatutnya kerajaan Malaysia yang angkuh ini bertindak serupa. Malangnya asyik kroni yang mendapat wang pula...
- Editor
]


Terjemahan SPAR-01-025


IWK Gunakan Pengutip Hutang

(IWK engages debt collectors)

Oleh: MGG Pillai

Satu ketika dulu, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) merupakan salah satu bahagian empayar niaga seorang peniaga yang tidak ada tolok bandingnya seantero dunia, Vincent Tan namanya. Semakin ketara kini, apa yang satu ketika dulu dianggap cengkaman kuasa peniaga hebat itu, sudah pun semakin terlepas daripada genggamannya. Kecuali McDonalds dan segelintir syarikat pilihan yang masih mengeluarkan telur emasnya. Empayar niaganya sudah semakin dihentak ancaman Akta Syarikat, lebih deras daripada yang dijangkakan.

Satu ketika dulu; IWK bertukar tangan dalam proses penswastan laksana seorang bayi yang tidak ada yang betul-betul meminatinya disebabkan dua perkara: harga pembelian mereka dulu begitu tinggi sekali sehingga tidak mungkin dapat menebus modalnya. Kedua, IWK beranggapan bahawa ia mempunyai kuasa munisipal sebaik sahaja ia mengambil alih perkhidmatan munisipal yang diswastakan itu. Akhirnya IWK menunjukkan proses penswastaan yang gagal segagal-gagalnya, kerana ia bukannya diilhamkan untuk berjaya dan terpaksa dipulangkan kembali kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (Ministry of Finance Incorporated).

IWK tidak pernah menjalin perjanjian kontrak dengan tuanpunya rumah yang kini mereka kejar untuk dapatkan bayaran kepada khidmat kumbahan. Kini ia menggunakan kaedah kesamsengan untuk mengugut bayaran itu sambil mengancam memotong bekalan air kalau bil kumbahan itu tidak dilunaskan. Ia juga terus mengeluarkan bil kepada penghuni rumah yang tidak wujud dan enggan memberikan penjelasan bagaimana mereka menghitung caj yang dikenakan itu.

Saya terperanjat membaca satu artikel di New Straits Times bertarikh 26 Jun, 01 - betapa IWK yang kini di bawah pengurusan baru (kerajaan) telah mendapatkan khidmat pengutip hutang untuk melunaskan sejumlah RM260 juta yang bertapuk selama ini. Mulai 1 Julai, kita akan ditageh hutang oleh IWK walaupun kita tidak berhutang kepadanya. Saya telah menerima tiga bil daripada mereka dengan menggunakan tiga nama, tidak satu pun merupakan nama saya, tetapi hutang tertunggak itu terus ditambah juga. Saya telah meminta mereka menunjukkan kontrak perjanjian saya untuk perkhidmatan mereka itu. Mereka gagal menunjukkannya.

Khidmat pelanggan IWK seperti yang disediakan oleh tuanpunya yang lalu, memang bersedia menunjukkan ugutan seandainya anda culas membayar. Kalau kerajaan mengarahkan anda membayarnya, anda tidak mempunyai pilihan lain. Tidak perlu diwujudkan perjanjian. Lagi tinggi tahap pangkat orang yang anda temui untuk menyelesaikannya, lagi mudah anda berbalah sehingga mencetuskan kemarahan juga. Anda akan diberi khutbah mengenai semangat nasionalisma dan pengajaran mengenai kekurangan bekalan air. Tetapi, apakah kaitan semua itu dengan keperluan membayar bil perkhidmatan yang tidak pernah saya minta, adalah sesuatu yang memeningkan kepala. Memang lebih mudah bercakap kepada dinding. Lagipun mereka enggan memberitahu kenapa tidak ada sebarang pernjanjian dengan saya seperti yang wujud di antara saya dengan TNB, Telekom, Maxis dan pelbagai penyumbang perkhidmatan yang lain.

Ketua pengarah IWK, Suhaimi Kamaralzaman, pernah berkata: IWK akan melancarkan kempen kebangsaan mengenai kepentingan kumbahan...'untuk mendidik bagimana sistem kumbahan yang pincang akan menjejaskan rakyat jelata.... dengan cara pencemaran punca bekalan air.' Dia akan menggalakkan para pelanggan melunaskan bil tertunggak mereka. Tetapi, bagaimanakah dia mempunyai pelanggan sedangkan mereka tidak pernah merelakan diri menjadi pelanggannya? Bagaimana caranya beliau mendapatkan mereka?

Saya hanya menjadi pelanggan IWK dengan kerelaan saya. Suhaimi tidak boleh bertegas saya seorang pelanggannya tanpa kerelaaan saya. Kalau wujud kontrak antara saya dengan IWK, lainlah ceritanya. Tetapi, saya tidak mempunyai perjanjian itu, bagaimana pula saya berhutang kepada mereka.? Walaupun kerajaan ataupun beberapa menteri berfikiran begitu. IWK masih tidak dapat memberikan penjelasan kenapa saya dan berjuta rakyat negara ini mesti membayar hutang sedangkan tidak ada sebarang perjanjian mengenainya. 'Caveat emptor' adalah hukumnya. Selagi anda tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan IWK, anda tidak berhutang apa-apa. Seandainya ada pengutip hutang yang berlagak bagak untuk menageh hutang, laporkan sahaja di balai polis yang berdekatan.


Tamat

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR-01-025




Asal:


IWK engages debt collectors

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), once in the empire of that internationally known business man of unquestioned repute, one Tan Sri Vincent Tan, is in the news again. It goes without saying that what was once in the great man's domain would no longer be in it, unless it is a fast food restaurant like McDonalds and other cash cows. His empire is on course for protection under the Companies Act. It might be earlier than you think.

IWK was handed down, like an unwanted child, to successive business men who could not turn into the black for two reasons: the price they paid for it was too high and virtually unrecoverable, and IWK assumed that it assumed municipal powers when it acquired privatised municipal services. IWK is yet another privatisation that failed, was not meant to succeed, and has now returned into the Ministry of Finance Incorporated.

IWK signed no contracts with householders from whom they demand payment for sewage services. It used thuggish methods to force people to pay, threatening to cut off water supply if sewage bills were unpaid, issuing bills to non-existent residents, and refusing to explain how the charges were arrived at. We still do not know.

So, it is with surprise I learn today -- from the New Straits Times (26 June 01, p5) -- that IWK under new (government) management engages debt collectors to recover RM260 million "owed". From July 1, you are going to be dunned for not paying what you do not owe but IWK insists you do. I have been sent bills in three names, none of which mine, but the sum due are added on to the next. I asked them to show me a contract with IWK for the service it provides. They have yet to.

The IWK customer service, under its previous owners, was there to tell you perdition awaits if you did not pay. If the government orders you to pay, you have no choice but to. There is no need for a contract. When you went higher, you got more convoluted arguments and shorter tempers, and given a lesson in civic consciousness, nationalism and a civic lession in the coming shortage of fresh water. How all this had to do with why I should bills for a service I did not ask for escaped me. But it was easier talking to a brick wall. But they would not tell you why it does not have a contract with me, as I have with the Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Maxis and other service providers.

The IWK chief executive officer, Mr Suhaimi Kamaralzaman, says IWK would have a nationwide campaign on the importance of sewage ... "to stress on how an improper sewage system will affect citizens ... by way of polluting water sources". He would also ask customers to settle their sewage bills. How does he have customers if they have not agreed to be his customers? How did he get them?

I am an IWK customer only if I want to be. Mr Suhaimi cannot insist I am when I am not. If I have an agreement with IWK, fine. If I do not, how do I owe IWK money, even if some cabinet minister or government decide I do? IWK still has not explained why I, and millions of others, must pay it when it does not have a contract with them. Caveat Emptor is still the rule. If you have signed no contract with IWK, you do not owe it anything, whatever it might say. If debt collector harass you, go to the police stations and file a report.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my