Laman Webantu   KM2A1: 4862 File Size: 16.2 Kb *



TJ SP MGG: Persidangan UMNO Membenci Orang Asing
By M.G.G. Pillai

1/7/2001 9:05 am Sun

[Perhimpunan agung Umno yang lepas lebih merupakan satu 'rekod pita rakaman' lama yang ditayang semula yang lebih menguntungkan Mahathir sahaja - bukannya ahli Umno dan bukannya Umno. Sepatutnya halatuju Umnolah yang terlebih utama - bukannya presidennya dan bukannya orang asing atau pembangkang yang ada.

Tidak mungkin kepupusan Umno adalah kerana orang lain belaka. Selagi Umno asyik berpandangan begitu selagi itulah ia tidak akan mampu membaiki dirinya dan kelemahan dan masalah itu akan tetap melekap pada dirinya. Selalunya sikap sebegini akan mempercepatkan ia reput dan mampus dari dunia sambil diiringi dengan gelak dan ketawa di seantero dunia. Memang anih - di antara banyak pemimpin Umno, Mahathir amat lantang dan begitu banyak melakar wawasan serta mendapat puji-pujian tetapi Umno semakin pula kecundang dan kepupusan.
- Editor
]


Terjemahan SPAR-01-025


Harakah
01-15 Julai 2001

Persidangan UMNO Membenci Orang Asing

(Malay Xenophobia at the UMNO Meet)

Persidangan UMNO yang berlangsung selama tiga hari pada 20-23 Jun yang lalu, menampakkan sekali lagi kepintaran Perdana Menteri, Dr. Mahathir memukau para perwakilan, yang turun untuk diceriakan, disakat oleh para pemimpin mereka, dan diberitahu betapa mereka gagal memenuhi agenda kebangsaan untuk memuaskan hati Perdana Menteri mengenai kejayaan mereka. Memang tidak ada yang perlu dibincangkan selama tiga hari itu. Walaupun berlaku satu peristiwa dramatik membabitkan pengunduran bendahari parti yang memegang jawatan selama 17 tahun, dan melepaskannya hanya tiga minggu sebelum perwakilan berhimpun. Perkara itu tidakpun diungkitkan, apalagi perkara yang lain-lain.

Dr. Mahathir telah menjadikan perhimpunan tahunan UMNO itu sebagai majlis istimewa putar-belitnya. Selepas menguasai parti selama 20 tahun, sudah tentu dia pakar menaikkan semangat para perwakilan untuk membenci orang asing. Dia memberitahu mereka apa yang mereka suka dengar sedangkan tidak ada satu pun mesej ucapannya itu yang laku untuk dipakai. Itulah caranya tahun demi tahun. Dia berucap kepada persidangan untuk memukau mereka agar terus memberikan sokongan kepadanya.

Semua perdebatan adalah lakonan yang mengikut skrip yang disediakan. Para pendebat dipilih kerana keupayaan mereka untuk menghiburkan dan menjadikan tajuk perbualan harian menjadi isu perdebatan, untuk menceriakan para perwakilan agar mereka pulang dengan hati yang gembira betapa semua perkara hidup ini ditangani dengan sempurna. Setiap kali suasana bertukar menjadi mencabar, seperti yang berlaku di awal tahun ini, dia akan melencongkan perhatian semua dengan cara menyerang orang asing dan kaum Cina dan juga India. Xenophobia ialah sejenis penyakit membenci orang asing yang sudah dijadikan satu pilihan alternatif oleh Mahathir untuk menjentik perasaan orang Melayu agar mereka bangkit dengan marah secara melulu. Persidangan UMNO yang terbaru memang tidak dikecualikan daripada jangkitan wabak itu.

Pergerakan Pemuda UMNO telah bersuara lantang mahu dihentikan rencana membina sekolah Tamil dan Cina. Perdana Menteri yang merangkap Presiden UMNO cuba menafikannya. Pada waktu yang sama dia mengipas bara xenophobhia dengan menyerang akhbar-akhbar Cina kerana menyebabkan kekalahan Barisan Nasional di Lunas pada pilihanraya kecil yang lalu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Badawi memberitahu bagaimana kementeriannya memantau semua akhbar. Kalau ada yang melanggari undang-undang, para pengarang akhbar dipanggil untuk diberikan amaran.

Ketika Mahathir menghentam akhbar-akhbar Cina itu, ia bukannya sebarangan hentaman. Ia memang bertujuan untuk menaikkan kemarahan para perwakilan untuk mempercayainya bahawa kekalahan BN di Lunas dulu adalah disebabkan oleh akhbar-akhbar Cina. Sebenarnya kekalahan itu disebabkan UMNO gagal mendapatkan sokongan pengundi Melayu. Pemimpin pergerakan Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein, merupakan ketua yang bertanggungjawab dengan kempen BN ketika itu. Dia 'bungkus' lari di pertengahan kempen untuk memenuhi agenda percutian yang lebih penting lagi untuk keluarganya di luar negara.

Keangkuhan UMNO yang digambarkan oleh puluhan Mercedes Benz, dan BMW yang ditayangkan di Lunas, disulitkan lagi oleh kesilapan besar memilih calon. Apatahlagi dengan kegagalan menandingi usaha kempen pihak lawan, telah menyebabkan kekalahan itu. Undi orang Cina memang penting tetapi tidaklah sepenting undi orang Melayu. Apabila UMNO gagal mendapatkan undi orang Melayu, mereka kantul dengan pertempuran politik di situ. Jika tidak, dan seandainya pengundi Cina tidak memulaukan mereka, segala aduan Perdana Menteri itu tidak akan begitu berbisa.

Hakikatnya kini, setiap kali undi Melayu menjadi undi penentu kepada UMNO, akan muncullah masalah penyakit xenophobia. Itu sebabnya Mahathir menyerang akhbar Cina. Tidak pula dia memberitahu kenapa dia diam membisu ketika akhbar Cina berperangai songsang, dulu. Malahan, kalau betullah mereka berlagak begitu, sudah tentu kerajaannya yang bertindak dulu. Tidak pula berlaku perkara itu. Ini membayangkan betapa cadangan Perdana Menteri itu terhadap Nanyang Siang Pau dan China Press adalah gambaran betapa dahsyatnya gelagat orang Cina apabila mereka suka dan apabila tiba masanya.

Tidak ada sesiapapun yang bercakap mengenai masalah UMNO dan kenapa keangkuhannya selama ini yang sedang diserang oleh rakyat marhaen bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu malahan daripada semua lapisan rakyatnya. PAS diserang kerana mendekati rakyat marhaen dan bermesraan dengan masyarakat Melayu. UMNO memang kerap bercadang mendekati akar umbi untuk memerangi cabaran yang semakin membesar terhadap ketuanannya.

Ramai di kalangan barisan pemidato yang diperlukan untuk menjawab pelbagai kempen pembangkang. PAS telah dicemuh kerana pandangannya terhadap ajaran Islam, yang mengikut Mahathir bukannya amalan Islam sebenarnya kerana PAS menutup pintu hatinya terhadap pembangunan. Tetapi, selagi pemimpin UMNO berdegil untuk bergaya dengan Mercedez mereka di majlis ceramah di kampung yang terpinggir sedangkan orang PAS terus selesa berbasikal sahaja, sokongan Cina yang bertambahpun tidak akan mampu menyelamatkan mereka semua.

Daripada membincangkan masalah ini untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya, para perwakilan diberitahu betapa orang lain - MCA, MIC, PAS, Keadilan, DAP, orang Cina, India, kumpulan India yang anti-UMNO, Dato Seri Anwar Ibrahim - semuanya makhluk dan kumpulan ini mahukan UMNO dan juga Barisan Nasional kehilangan kuasanya. UMNO adalah yang terunggul daripada kalangan parti komponen BN dan hanya UMNO yang mempunyai kunci hikmat yang memperkasakan segalanya. Semua yang lain adalah anti kebangsaan.

UMNO sudah jauh tersasar daripada matlamatnya. Ada tanggapan haprak bahawa kuasa yang begitu lama di tangan sudah memberikannya satu kuasa kekebalan daripada serangan yang kini mencabarnya. Inilah yang menonjol ketika mantan timbalan perdana menteri Dato Sri Anwar Ibrahim diaibkan, dihenyak dan dilebamkan matanya sehingga beliau kini terpenjara. Inilah yang meletupkan kemarahan rakyat marhaen Melayu apalagi setelah suara mereka diperam, melainkan dalam suasana yang terkawal.

Para pemimpin UMNO yang bertaraf khazanah purbakala mempunyai pelbagai jawapan kepada masalah mereka dan menuduh sesiapa sahaja melainkan diri mereka sendiri. Mereka enggan mengakui betapa merekalah masalahnya. Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sudah ketinggalan zaman. Seolah-olah ada satu semangat berlumba-lumba antara pemimpin UMNO dan Barisan Nasional siapa yang mampu lebih bertahan lama memimpin negara.

Akan tetapi, cucu-cicit kepada para pejuang kemerdekaan dulu sudah begitu tetinggal oleh keadaan hidup yang jauh bezanya dengan keadaan 1955, dulu. Dr. Mahathir adalah ahli UMNO sejak penubuhannya pada 1946. Penyambung kuasanya tidak akan datang daripada golongan yang seangkatan dengannya. Mahathir adalah sebahagian masalah UMNO seperti juga beberapa faktor yang lain. Namun, dia tidak mempercayainya dan UMNO yang sedang dikuasainya tidak akan mendesaknya untuk mundur dan bersara.

Adalah lebih penting untuk Perrdana menteri menyambungkan kepimpinannhya daripada melepaskan kuasa, buat kepentingan negara. Cengkamannya yang autokratik memang amat menyeluruh namun dia semakin terpinggir. Tidak ada pun sebarang tanda perubahan itu boleh berlaku. Jadi, xenophobia UMNO akan menjadi satu perkara kelaziman pada tahun tahun yang mendatang. Hubungan kaum akan menjadi satu masalah besar di tahun yang mendatang. UMNO perlu berjuang bermati-matian untuk memperkasakan sokongan akar umbi Melayu. Penyebab utama semua itu sudah tentulah orang lain sahaja. Sindrom menafikan kebenaran inilah yang menyebabkan segala masalah itu terus menggelegak Inilah perkara yang tidak semestinya digembar-gemburkan dengan pujian kita.

MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR-01-025




Asal:

Harakah

01-15 July 01

COLUMN

Xenophobia at the UMNO meet

By M.G.G. Pillai


The three-day UMNO general assembly last month (20-23 June) was yet another occasion for the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, to wean his magic over the delegates, who came down for some entertainment, hectoring from the leaders, to be told how they failed the national agenda by not making the Prime Minister proud of their achievements. Nothing that should have been discussed was. The most dramatic was the resignation of its treasurer of 17 years three weeks before the general assembly. It was barely raised at all. Nor were other issues.

Dr Mahathir has turned UMNO general assemblies into one of his own creation. With 20 years experience of it, he has become a past master in directing the delegates to rise up in xenophobic support. He tells them what they want to hear. None of his speeches at these gatherings can stand close muster. In fact, he has had the same theme year after year. He talks to the gallery, and they rise in enthusiastic support.

The debates are scripted to the last detail. Speakers are chosen for their ability to entertain, to make irrelevant comments on issues of the day, to send the delegates home happy in the belieft that everything is in safe hands. When the going gets rough, as this year when too many issues he did not want discussed had to be sidetracked, he attacked the foreigner and the Chinese and Indians. Xenophobia is an attractive option in any Malay crowd to rouse them to injured anger. This UMNO meet was no exception.

UMNO Youth calls to stop building Chinese and Tamil schools. The Prime Minister and UMNO president, Dato' Seri Mahathir Mohamed, denies it, but fans the xenophobic flames by attacking Chinese newspapers for ensuring the National Front's defeat in the Lunas byelection. The home minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, says his minister tracks all newspapers and if any breaches the law, their editors are hauled up and told.

So, when Dr Mahathir attacked the Chinese newspapers, it was more than the bearer of bad tidings attacked; it was to rouse the gathering to believe that its electoral failure in Lunas was caused by Chinese newspapers. The National Front lost Lunas because UMNO's failed to bring in the Malay vote. The UMNO youth leader, Dato' Hishamuddin Hussein, was in charge of the National Front campaign there, but he deserted it mid-way to answer a pressing need for a holiday with his family overseas.

The UMNO and National Front arrogance, compounded with more Mercedes Benzes and BMWs seen in Lunas, the wrong choice of candidate, and unable to counter the opposition's smooth campaign, caused its defeat. The Chinese vote was important, but it was not as important as the Malay. When UMNO could not deliver the Malay vote, the battle was all but lost. If it had, and the Chinese had not, the Prime Minister's complaints would have been valid.

The long and short of it is when the Malay vote is critical to UMNO, xenophobia surfaces. So, Dr Mahathir attacks the Chinese newspapers. He did not explain why he did nothing when the newspapers did. Indeed, if they had, his government would have acted quickly. It did not. Which suggests that the Prime Minister's remarks about Nanyang Siang Pau and China Press was to show how rascally the Chinese can be when it suits them.

None at the UMNO general assembly spoke of what was wrong with UMNO, and how its arrogant prescription on how Malaysia should be governed is now under attack, not just from the Malay community but from Malaysians in general. PAS is attacked for going to the ground and nurturning the Malay community. UMNO talks of going down to the ground to counter the growing challenge to its governance.

It talks of a cadre of speakers who could answer the opposition campaigns. It attacks PAS for its Islamic worldview, which in Dr Mahathir's view is not Islamic at all for it "shuns" development. But so long as UMNO leaders insist on attending ceremahs in remote villages in their Mercedes Benzes and PAS men on their bicycles, no amount of Chinese support can save them.

Instead of addressing these issues, the delegates were told the others -- MCA, MIC, Gerakan, PAS, Keadilan, DAP, the Chinese, the Indians, the anti-UMNO Indians, Dato' Seri Anwar Ibrahim -- want to see UMNO and the National Front out of power. UMNO, more than the National Front, alone has the key to national wisdom. All others are anti-national.

UMNO loses sight of its goals. The glib belief that long years in office gives it immunity from attacks is now challenged. This came to the surface starkly in how the former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, was humiliated, battered and jailed. It released the pent-up anger of the Malay community whose voice could not be heard, except in controlled sequences.

The geriatric UMNO leaders had an answer for every problem, and blamed everyone else for it but themselves. They did not accept they are the problem. UMNO and National Front leaders are out of touch with the rising generation. There seems to be a race amongst UMNO and National Front leaders who would remain longest at the helm.

But the grandchildren of the fathers of independence are out of touch with the National Front that has been in power since 1955. Dr Mahathir was a member of UMNO at its formation in 1946. His successor can never be, but that he is is as much the problem in UMNO as other factors. But he does not see it that way, and UMNO is in his absolute control for it to want to ask him to retire.

It is more important for the Prime Minister to continue at the helm than give way in the larger interests of the country. His autocratic hold is near total, but he is also isolated. There is no sign of this changing yet. So, the UMNO xenophobia is bound to be an important feature of the coming years. Race relations is headed for a rocky patch in the coming years. UMNO must fight to earn its support from its support base, the Malays. The cause for that is, of course, every one else. It is this denial syndrome that raises the ante. It is not one we should laud.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my