Laman Webantu   KM2A1: 4866 File Size: 16.1 Kb *



TAG SP 186: Piramid Di Malaysia
By Harun Rashid

1/7/2001 12:15 pm Sun

[Negara sudah semakin tidak berwang sehingga dana simpanan warga tua pun menjadi pertaruhan. Bank sudah tidak berani menjamin kerana hutang sedia ada pun masih belum dilangsaikan. Danaharta tenat kerana hartanah sukar dijual sehingga cukai levi dihapuskan. Pasaran saham pula menjunam teruk sehingga kawalan modal dihapuskan. Tetapi rezab dalam negara tidak pula bertambah melainkan berkurang dan sambutan pelabur masih tidak menyakinkan. Sekarang bon pula mahu dikeluarkan dengan janji sebagai manisan. Soalnya bagaimana pelabur mahu mempercayainya lagi jika janji royalti pun sanggup dimungkirkan? Malah Mahathir baru sahaja membidas teruk orang asing sebagai dalang dan mengejek negara Australia. Sudah tentu pelabur luar tidak akan berminat dan tawar hati untuk melabur di Malaysia. Lagipun skandal bon PNB masih belum diselesaikan - bagaimana pelabur tidak menjadi keresahan.

Mahathir sebenarnya tidak pandai menjaga mulut dan ini amat memudaratkan Malaysia. Dia semakin menambahkan hutang dan beban yang akan menghenyak generasi akan datang. Dia menguruskan ekonomi laksana sistem piramid untuk mengabui mata. Namun semua pelabur yang cerdik tahu tidak ada sistem piramid ekonomi yang berjaya... walaupun penjaminnya terkenal seluruh dunia. Jika satu di bawah tercabut, akan runtuhlah semua... dan ramai akan menderita. - Editor]


Terjemahan SPAR-05-013

29hb Jun 2001

Piramid Di Malaysia

(Pyramids of Malaysia)

Matawang negara-negara di Asia Tenggara jatuh dengan teruknya ketika 1997-98 dulu. Masih banyak lagi yang terperap di paras bawah berbanding dengan kadar tukaran dengan Euro dan US dollar dan besar kemungkinan trenda itu akan menunjukkan kadar yang di bawah juga.

Mantan menteri kewangan, Daim, telah menjadi bahan kemarahan dan kini masalah yang berkaitan dengannya sudahpun disorokkan di bawah hamparan sahaja sambil memberikan ruang untuk semua anak-didiknya menerima kumbahan kemarahan itu. Pelaburan yang ada kaitan dengan tajaannya dulu sudah menjadi sasaran jualan yang betalu-talu, menyebabkan keadaan pasaran semakin longlai, merudum sebagai bukti. UEM, Renong, Time, Time.Com dan berbakul lagi kaunter saham yang teruk tahap kemuflisannya sedang menantikan libasan algojo termasuklah saham-saham yang pernah menjadi pegangan mantan menteri kewangan itu. Kini sudah tidak ada sumber kewangan yang mudah untuk menyelamatkan syarikat itu semua.

Bank-bank yang dulu galak memberikan ruang melanjutkan tempoh hutang kini dihantui semakin banyak hutang bertapuk yang tidak akan ada tepiannya. Agensi-agensi kerajaan yang diwujudkan untuk menyerap hutang bertapuk yang tidak berbayar itu sudah semakin nazak kerana bebanan yang tidak tertanggung. Penyaluran dana kerajaan untuk Danaharta, Danamodal dan Agesi Penstrukturan Hutang sudah semakin semput, dan rancangan sudah diumumkan betapa rencana penyelamatan itu akan ditutup.

Setiap hari senarai nama penghutang semakin panjang. Permohonan untuk melanjutkan tempoh bayaran si penghutang lama semakin panjang juga disebabkan kedaan pasaran yang semakin menjerut disebabkan kenyataan yang karut-marut. Urusniaga 'put-option' yang terkenal itu kini ditangguhkan lagi sekali. Bagaimanakah pasaran negara boleh berwibawa dan dikira berkualiti seandainya janji mulut sesaorang tokoh niaga sudah tidak boleh dikira laku lagi? Pasaran dikira mulia seandainya janji mulut dianggap perjanjian yang tidak ada kemungkirannya.

Tawaran harga secara laungan yang satu ketika dulu dikira laku, adalah satu urusniaga yang dikira sah kerana orang keliling mendengarnya dan menyaksikan urusannya. Kegagalan memperakukan perjanjian lisan itu boleh membuat sesaorang disingkir daripada sesuatu pasaran bursa seperti juga mereka yang memberi arahan kepada seorang broker melalui telefon dikehendakki menghormati urusan itu apabila terlaksana. Mereka yang culas, tidak kira apa alasannya, mendapati akaunnya ditutup dan namanya pun disenarai-hitamkan juga. Itulah cara panduannya.

Bertentangan dengan amalan dunia, di Malaysia, sesuatu kontrak perjanjian boleh dikira bukan begitu sehinggalah seorang perdana menteri membuat perakuannya kepada perjanjian tersebut. Ada satu peristiwa bersejarah di mana beliau mengumumkan betapa pembayaran yang menyangkuti kontrak perjanjian bayaran royalti boleh ditukar kepada taraf pembayaran wang ihsan sahaja. Dengan itu beliaupun membalun jumlah wang yang patut dibayar itu untuk dirinya dan juga parti politik pimpinannya.

Para pemerhati tahu dia tidakpun merupakan satu pihak dalam kontrak itu. Si penerima bayaran yang kini merupakan satu negeri pantai timur yang sudahpun dikuasai oleh parti pembangkang, sudah mengemukakan saman. Kini mahkamah sedang menimbangkan permohonan itu. Perdana menteri tidak punyai alasan kerana membalun hak orang lain selain dari amat memerlukan wang itu. Dia seharusnya bersedia untuk melunaskan wang itu termasuk faedah, denda, kos mahkamah dan apa yang berbangkit semuanya. Keadilan akan terlaksana juga dan dalam hal ini adalah diharapkan keadilan itu dilaksanakan sebaiknya.

Perdana menteri telah menetapkan kadar tukaran ringgit kepada dollar US secara tetap dengan kadar RM3.80 kepada setiap dollar. Namun, di pasaran bebas ia masih terapung-apung berbanding matawang lain. Dengan megah dia berkata, penetapan kadar itu telah menyelamatkan negara berbanding nasib yang menghenyak negara jirannya. 'Tidak siapa yang untung berniaga matawang kita,' katanya. 'Ringgit kita hanya laku di negara kita.' Dia memang benar dalam dua perkara itu. Tetapi ada pula masalah yang lainnya.

Ada beberapa perkara yang dia sengaja pengapkan. Malaysia yang dihuni oleh 23 juta manusia terpaksa menjadi penjamin kepada ringgit. Ini bererti, Bank Negara memberikan jaminan kepada sesiapa sahaja dalam dunia ini bahawa setiap RM3.80 adalah sama nilainya dengan satu dollar. Samalah dengan Bank Negara bersuara: 'Bawalah RM3.80 dan saya akan tukarkan dengan satu dollar.'

Ini juga membawa makna betapa seorang yang haprakpun akan tahu bahawa jaminan itu hanya laku selagi ada simpanan dollar untuk menukar ringgit yang dibawa itu. Kalau si haprak itu membawa ringgitnya untuk ditukar selepas simpanan dollar kehabisan, bererti dia akan kecewa akhirnya. Apabila semua dollar sudah disorokkan dan si haprak itu masih perlu menggunakan dollar itu, terpaksalah beliau menerima kadar tukaran matawang yang ditetapkan oleh pasaran. Apabila bank negara culas melunaskan permintaan tukaran ringgit, bererti hancurlah jaminan kadar tetap matawang negara.

Inilah yang mencetuskan satu soalan, berapa banyak lagi simpanan dollar negara? Mereka berkata cukuplah untuk mengongkosi pengimportan barangan selama empat bulan dengan menggunakan dollar yang tersimpan. Mungkin betul dan mungkin tidak.

Bank Negara sedang mengaturkan penjualan bon dengan beberapa institusi Amerika sebagai penjamin urusan itu untuk mendapatkan dollar. Si haprak tadi tentu faham kenapa Malaysia memerlukan banyak wang dollar sekarang ini. Ada yang diperlukan bagi menaja pembangunan haprak. Ada yang diperlukan untuk menyelamatkan perusahaan para kroni yang sudah kantul. Tentu kita masih ingat kisah Timedotcom di mana agensi kerajaan menjadi penjamin urusan jualbeli saham terbaru syarikat itu. Tentu ramai yang teringatkan bagaimana dana awam daripada Tabung Pencen dan dana pelaburan telah digunakan untuk memenuhkan saku dan kantung mantan menteri kewangan dan para sahabatnya.

Itulah yang terjadi sebelum mantan menteri kewangan itu cabut lari. Apakah bon-bon terbitan perbandaharaan Malaysia disokong oleh kredit yang sahih kepunyaan kerajaan Malaysia? Perdana menteri yang mengatakan bahawa dia masih baru menjadi menteri kewangan negara mengsahkan kewujudan kesahihan itu.

Beberapa tawaran bon telah dipasarkan pada tahun yang lalu. Kebanyakannya gagal mendapatkan pembeli yang memuaskan. Tidak ramai orang yang berwang berminat berniaga dengan sebuah negara yang curang dengan janjinya. Terlalu tinggi risikonya. Inilah kenyataannya yang dihadapi oleh para pengurus yang bertugas dengan bersenjatakan statistik berasaskan panduan pelaburan, dan diamanahkan untuk menggunakan (dan merugikan) dana kepunyaan orang lain. Kisah ini tentunya mudah diceritakan oleh mantan menteri kewangan yang kini mudah ditemui di segenap penjuru dunia untuk merayu pegawai bank antarabangsa untuk membeli tawaran baru bon negara.

Sebab sebenar bon Malaysia tidak berapa laku ialah kerana para menteri negara ini adalah manusia haprak yang tidak memenuhi janji mereka. Mereka gemar berbohong untuk menyelamatkan diri dan negara. Menteri perdagangan antarabangsa telah mencabar satu kumpuan peniaga untuk mewujudkan satu agensi pencegah rasuah dan seandainya didapati bukti wujudnya rasuah ataupun kelakuan yang tidak beretika, 'beritahu kami mengenainya' kata menteri wanita ini.

Inilah cakap kosong yang tidak membawa sebarang erti, kerana perdana menteri dan para jongosnya memang sudah mempunyai BPR yang tidakpun bergigi untuk menghalang proses pihak yang berkuasa membalun harta negara. Terdapat sumpah mahkamah betapa perdana menteri sengaja menyekat siasatan BPR sedangkan seluruh dunia mengetahui betapa hapraknya perdana menteri bedebah ini. Dia pernah memperlekehkan seorang hakim yang berani mengatakan betapa pihaknya bersalah kerana meliwat proses pilihanraya dan melakukan manipulasi kepada perkiraan undi sambil berkata: 'Dia sepatutnya membawa perkara itu untuk pertimbangan saya.'

Hakim itu dan juga seluruh dunia sedar akan gelagat perdana menteri setiap kali perkara semacam itu dikemukakan kepadanya. Dia mudah melindungi kejijikan itu semuanya untuk menyungkup perjalanan pengadilan negara. Dia menentukan kekebalan imuniti kepada semua sukusakat, pak-pacak, kroni dan ahli keluarganya. BPR pernah mengumumkan satu siasatan melibatkan pemalsuan bon bernilai lima bilion dollar, yang boleh disediakan dalam tempoh dua minggu. Pengumuman itu dibuat Januari dulu, ekoran siasatan Julai yang lalu. Sejak itu pengarah BPR telahpun dialihkan, dan selepas itu tidak ada lagi sebarang berita mengenai siasatan itu. Tidakpun ada sebarang tindakan terhadap perdana menteri yang menyekat proses pengadilan, tidak juga mengenai bon palsu, seperti juga berdozen kes-kes yang sepatutnya didakwa sejak lama dulu.

Berbekalkan keburukan ini Malaysia kini berusaha menawarkan bon yang berbilion nilainya di pasaran dunia. Bukannya dalam matawang ringgit, tetapi dalam US Dollar. Untuk menarik sokongan dalam negara, Perdana Menteri telah melancarkan siri cemuhan terhadap 'barat yang keparat', yang dipenuhi jentera media yang 'membohong dan berfitnah' serta mempunyai 'penyangak matawang yahudi' yang rakus. Kini dia sendiri meminta-minta masyarakat barat yang dicercanya itu agar membeli surat janji Malaysia kerana terlalu memerlukannya untuk membazirkan lagi wang itu semua untuk projek yang membazir seperti Ampangan Bakun, dan untuk menentukan rencana Piramid Kewangan Malaysia terus bernyawa.

Untuk membolehkan negara membayar balik hutang dollar yang sudah semakin matang kini, Malaysia memerlukan lebih banyak dollar lagi untuk disediakannya. Hutang semakin bertapuk kerana keperluan membayar pokoknya mengikut perjanjian dulu termasuk faedah 'bunga' yang terkumpul kini. Setiapkali seseorang cuba mendapatkan bekalan wang baru untuk memberi nafas kepada pembayaran hutang lama yang tertunggak, usahanya itu mempunyai ciri-ciri pembikinan piramid ataupun Skim Ponzi. Ponzi telah dipenjarakan, kerana rencana para pengendali bilik dandang, dan bukannya oleh pegawai perbendaharaan negara.

Semua kad kredit negara sudah habis digunakan sehingga hadnya. Kini, lebih banyak kredit kad baru diusahakan pula untuk membayar hutang kad kredit yang lama. Tidak adapun usaha menyatukan segala hutang yang bertapuk itu. Tidakpun ada perunding kewangan untuk memberi nasihat bagaimana berbelanja, ataupun berusaha merencana jadual bayaran semula. Sebaliknya, hanya rencana berbelanja besar dan cemuhan terhadap orang asing, yang dikatakan mempunyai 'nafsu globalisasi' sebagai sandaran motivasinya.

Perdana Menteri sudah ditagih takdir untuk makan sendirian. Tidak ada sesiapa yang akan menghampiri meja makannya. Dia telah mungkir janji terlalu banyak kali. Bukan sahaja dia mungkir tetapi juga suka berbohong dan menipu. Seorang pembohong memang mudah kehilangan penyokong, dan dalam hal ini negara akan turut menerima padahnya. Dia suka membenci dan dirinya memang penuh kebencian. Cemuhannya yang terbaru yang berbau perkauman adalah seiras gelagat Korporal Shickelgruber yang telah memukau para bajingan untuk mengimpikan ketuanan kebangsaan (Germany over everyone - Jerman mengetuai semua). Inilah saranan yang memperakukan tindakan pengkebumian beramai-ramai sebagai satu pencapaian masalah terakhir untuk menyelesaikan masalah negaranya. Kerana itu dia telah mampu menarik pengaruh penyokong haprak si perdana menteri.

Seandainya bon terbaru Malaysia itu tidak laku, kerana para pembeli akan memperlekehkannya, burung-burng hantu akan pulang ke sarangnya membawa kembali segala taiknya untuk menghujani Putrajaya. Akan tegaklah segala menteri haprak parti yang berkuasa, berdiri tegak dan akur kepada arahan haprak yang terbaru tanpa menyedari dan melihat apa yang berlaku dan mencatatkan segala peristiwa.

Namun, generasi muda akan sedia bercerita, seperti juga orang luar negara. Malangnya, para menteri hanya sanggup mendengar suara tuannya, yang semakin nyaring dan gering, membebel sebagai penghasut perkauman, yang berselindung di sebalik pakaian seorang Melayu beragama Islam. Sekumpulan manusia haprak dalam partinya itu turut menjadi bebal sama.

Semakin meninggi harapan rakyat yang mengaggap beliau laksana seorang pemain seruling dalam satu hikayat purba, yang akan mengundurkan diri bersama tikut-tikus mondok yang begitu setia mengekori gelagatnya. Hanya selepas itu barulah segala penangkapan palsu dihentikan, dan akan berkhir juga sandiwara mahkamah yang dilakonkan selama ini. Barulah tahanan politik dapat dibebaskan. Barulah kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, dan kebebasan berhimpun secara aman dapat dikembalikan. Hanya selepas itu barulah dapat dijamin perlindungan terhadap keganasan polis, dan pendakwaan politik boleh dipertahankan, diselia dan dikuat-kuasakan oleh badan kehakiman yang bebas dan dihormati.

Hanya selepas itu barulah kedaulatan para Sultan dan raja-raja dapat dikembalikan, dan martabat Suruhanjaya Pilihanraya dapat dikekalkan seperti yang dimestikan dalam perlembagaan. Barulah rasuah, kecurian dan gelagat tidak bermoral dikalangan orang atasan dapat dibenterasdan sesiapa yang melakukannya didakwa oleh pegawai yang bebas dan amanah di mahkamah terbuka. Hanya selepas itu barulah semua hakim mengeluarkan keputusan pengkhakiman yang bijaksana dan adil, bebas daripada segala tekanan daripada penguasa yang berdendam ataupun mengkritik. Hanya selepas itu barulah pembunuhan politik dapat dihentikan.

Hanya selepas itu semua, barulah sesuatu bon yang dihiasi mohor kerajaan Malaysia dianggap laku dan sesuai untuk dipasarkan sebagai satu alat komersial yang berharga.

Tamat

Terjemahan SPAR-05-013

Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Pyramids of Malaysia