Laman Webantu   KM2A1: 4876 File Size: 14.7 Kb *



OH 5: Perjuangan Yang Tak Akan Selesai
By Qalam Kencana

3/7/2001 5:48 am Tue

[Reaksi Azalina menghantar memorandum menunjukkan beliau begitu marah dan kecewa sekali ekoran tragedi kebakaran dewan UM itu. Apa tidaknya, kerana hasrat untuk menambah si Puteri turut terbakar sama. Sayang marahnya sedikit terlebih sehingga ia tempias kepada pemimpin tertinggi Umno kerana orang besar UM itu adalah lantikkan yang direstui oleh bapak Puteri Umno. Sabar sedikit Cik (Puan?) Azalina... jangan tendang seikut suka nanti diri sendiri tertendang kan nanya? Belum setahun jagung mengikat kain pun masih tidak kena inikan pula untuk memimpin sekalian Puteri di seluruh Malaysia. Belum lagi cukup besar sudah nak mengetuk kepala orang tua....

Umno amat memerlukan sokongan golongan muda - sebab itulah Puteri menjelma. Capaian Wanita Umno tidak memuaskan hati memanda kerana banyak yang tua dari yang muda akibat pendekatan yang tidak kena. Hanya Puteri yang muda mungkin mampu menggoda pelajar - sebab itulah Mahathir memilih mereka.

Apa yang menarik Mahathir menutup dan Dollah membuka. Nampak sangat kebimbangan sesuatu melayang diudara menghempap muka. Tektik sebegini membolehkan Mahathir menambah tukang sorak agar Dollah tergaru kepala... kenapa si tua itu lebih popular sedangkan dia mengulang-ngulang benda yang sama dan lama.
- Editor
]


Siri 5: Oh Malaysiaku.....!!!!!


Perjuangan Yang Tak Akan Selesai

Pembakaran Dewan Tunku Canselor UM yang dikatakan sebab khianat itu telah menyerlahkan banyak tekateki yang sudah pasti tidak diduga lebih awal oleh para penulis skrip 'Drama Menara Gading' di Babak Pertama itu.



  1. Tulisan 'Kebakaran Yang dipentaskan' oleh Dr.Nologareng menunjukkan betapa rakyat bukannya bodoh untuk mengagak siapa sebenarnya yang membakar dewan itu. Orang kampung di pendalaman pun tahu sebelum PM ataupun TPM tiba di sesuatu kampung, orang jabatan khas sudah lama berkampung di situ dulu. Apatah lagi di UM.

  2. Rahim Tamby Chik dan Dasuki sanggup menyengehkan muka terpampang di akhbar dengan memegang 'risalah menghasut' yang diedarkan di merata kampus. Sekaligus, risalah itu dikatakan bertanggungjawab untuk mengerakkan orang membakar dewan. Sekaligus tuduhan dikiaskan kepada 'pelajar militan' yang bertindak membakar. Siapakah pelajar militan itu sehinggakan terpaksa menunggu kemunculan Mahathir membakar dewan mereka? Apakah mereka tidak ada otak untuk membakar tempat mereka berkampung? Sampai begitukah tongongnya pelajar Melayu sehingga sanggup membakar dewan kerana marahkan Mahathir. Padahal mereka cuma belajar membakar kelambu kerana bencikan nyamuk?

  3. Apakah yang dibuat oleh Rahim Tamby Chik dan Dasuki? Melibatkan diri mereka dengan pelajar untuk berpolitik? Bukankah UMNO dan Mahathir tidak mahu pelajar berpolitik? Bukankah Mahathir menekankan agar pelajar tumpukan tenaga kepada pelajaran? Kalau itulah tema ucapan Mahathir kenapa khaskan ucapan itu hanya pada 1,000 pelajar pilihan? Kenapa tidak bercakap diTV dan diedarkan TV itu kepada segenap IPT untuk didengar oleh semua golongan pelajar? Kemudian siarkan ucapan itu secara bersisi agar ibubapa pelajar boleh turut mendengarnya? Kalau tujuan Mahathir ialah untuk menasihati pelajar, kenapakah program itu tidak diuruskan sendiri oleh universiti, dan Mahathir menunggu hingga Ogos ini ketika universiti itu mengadakan konvokasinya? Apa sebenarnya tujuan pembabitan Rahim TC dan Dasuki?

  4. Memberi syarahan khas dan membabitkan pelajar kepada syarahan itu sedangkan sebilangan besar pelajar lain tidak pun terlibat, membawa banyak konotasi. Ibubapa harus mempertikaikan program semacam ini, kerana ini tidak termasuk dalam agenda pembelajaran universiti. Hubaya, hubaya adanya program putaran minda oleh UMNO. Mahathir bukan menghadiri program khas itu sebagai Perdana Menteri, tetapi sebagai Presiden UMNO. Sampai bilakah rakyat marhaen mahu ditipu?

  5. Penglibatan Puteri UMNO dan juga Pergerakan Pemuda UMNO dalam perjumpaan itu adalah bukti bahawa itu adalah program UMNO untuk memikat golongan pelajar universiti, terutama sekali golongan siswazah untuk menganggotai Puteri dan Pemuda UMNO. Puteri UMNO mempunyai sasaran untuk menarik sekitar 1,000,000 (satu juta) ahli menganggotai pergerakannya, sebelum pelancaran rasmi. Pemuda UMNO diberikan taklimat khas supaya setiap pemuda menarik 5 orang pemuda lain menganggotai parti. Kerana itu sasaran dibuat untuk menjemput wakil-wakil pelajar daripada semua universiti dan institusi pengajian tinggi. Untuk melicinkan proses menyauk ahli baru ini Paklah membuka bengkel khas itu dan Mahathir menutupnya. Ini adalah satu 'reverse proceedings' yang jarang dilakukan dalam protokol diplomasi, tetapi kerana UMNO sudah nazak, ia dipraktikkan juga.

  6. Rahim TC adalah insan yang merupakan sebahagian sejarah hitam UMNO. Tanya ibubapa kepada ahli persatuan anak Melaka di ibukota. Tentu ada kisah gadis sunti Melaka yang 'termengandung' dan dibiayai oleh seorang pemimpin politik UMNO Melaka. Ini bukan cerita melibatkan seorang gadis Melaka yang menjadi GRO ataupun adiknya yang akhirnya mengandungkan anak luar nikah yang diisytiharkan di mahkamah Melaka sebagai hasil kerja sepuluh 'budak kaki dadah' yang mengaku menyondolnya. Ramai lagi gadis Melayu Melaka yang menerima pengalaman yang sama sehinggakan ada beberapa gadis Melayu itu mencari 'perlindungan' di gereja dan akhirnya bertukar agama. Cerita aib ini tidak terbongkar kerana terlalu aib hingga mampu mendorong seorang dua golongan ibu dan bapa di Melaka membunuh diri sendiri. Tetapi, kini perkara ini terpaksa didedahkan sedikit. Kalau begitulah taktik UMNO yang terbaru untuk mendapatkan keahlian barunya terutama sekali dengan pembabitan Azalina Othman, Rahim TC, Dasuki dan Aziz Shamsuddin eloklah Pergerakan Wanita UMNO mengambil peranan sebelum terlambat. Wanita UMNO harus kipaskan isyarat kepada semua ibu-ibu Melayu yang mempunyai anak-anak gadis di menara gading agar menjauhi suasana seperti ini kerana bahananya nanti adalah lagi gadis sunti di menara gading itu yang akan retak mahkotanya. Rahim Tc dan Dasuki bukannya pelahap sembarangan. Begitu juga Aziz Shamsuddin.

  7. Sebaik sahaja berita kebakaran DTC disiarkan oleh akhbar Azalina Othman sudah pun menyiapkan memorandum Puteri UMNO yang mahukan Naib Chanselor UM, Dato' Dr. Anuar meletakkan jawatan. Alasan Azlina ialah Dr.Anuar gagal menjalankan tugas. Gesaan Azalina itu disokong oleh Aziz Shamsuddin tanpa mengambil kira siasatan polis yang belum selesai.

    'Kalau pendapat Azalina berasas kita sokong bukan untuk saya, saya tak akan jadi NC kerana orang yang akan jadi NC ialah orang yang layak memimpin untuk kepentingan negara,' katanya.

    Beliau juga berkata; 'Saya menghormati cadangan yang baik, kalau kita pilih NC yang lebih bertanggungjawab dan boleh memberi prestasi yang lebih baik kepada universiti kita cari.'


    Lihat, kenyataan haprak seorang menteri yang separuh gila.,tetapi amat besar kuasanya untuk memutarkan minda Mahathir. Kerananyalah tujuh pemimpin UMNO (termasuk seorang exco Negeri Kedah) terpaksa dikorbankan dengan tuduhan rasuah. Kerananya guru-guru wanita terpaksa memikirkan bila mahu susun jadual mengandungkan anak. Inilah juga manusia yang merancang pengaiban Anwar Ibrahim sehingga Mahathir sanggup menangkapnya dan mengaibkannya.

    Apakah status Aziz Shamsuddin kalau bukan sebagai Menteri Pelajaran yang sebenarnya. Cuma jawatan itu diproksikan kepada Dr. Musa. Kerana itu, apabila dewan di universiti itu terbakar, menteri pelajaran rasmi tidak buat apa-apa komen sedangkan dia ada dalam negara. Aziz Shamsuddin yang mengatakan dewan itu dibakar dan sokong apa yang dicadangkan oleh Azalina Othman.

  8. Kebakaran yang dipentaskan itu secara tidak langsungnya merupakan sambutan 'bunga api' satu fenomena baru dalam aktibiti UMNO. Aziz Shamsuddin sudah mengisytiharkan pengganti kepada Umi Hafilda yang dulu merupakan primadona Episod Anwar Ibrahim. Besar kemungkinan Azalina Othman akan menjadi satu 'primadona' terbaru untuk menjahanamkan siapa pula? Kalau rencana terkini ialah untuk menjatuhkan Paklah, tentu Aziz Shamsuddin telah mengambil kira kewujudan saki-baki Nasrul Haq sebuah persatuan silat yang dulunya dinaungi oleh Paklah.

  9. Apabila DTC di UM terbakar, Azalina Othman dengan pantas menyiapkan memorandum meminta NC Anuar meletakkan jawatannya. Tetapi dalam masa dua puluh empat jam sebuah dewan metamatik dan komputer terbakar di UPM. Kenapakah Azalina Othman dan Aziz Shamsuddin tidak menghantar memorandum meminta NC di sana meletakkan jawatan? Ada dua jawapan dalam tekateki ini: Satu, kebakaran di UPM adalah kebakaran biasa sebagai pengajaran daripada Allah agar orang Melayu sedar akan erti satu kebenaran ketika memantau episod DTC. Kedua, Aziz Shamsuddin berjaya meletakkan patung politik bikinannya di UUM dan memindahkan NC yang dulu ke Tanjung Malim. Ini bererti, Aziz Shamsuddin ada niat jahat untuk memperalatkan keseluruhan institusi menara gading sebagai satu 'force' untuk didalanginya dalam masa yang terdekat. Memang licik si bedebah ini sehinggakan orang UMNO sendiri takut kepadanya dan jijik mahu meletakkannya sebagai ketua bahagian. Terpaksalah disembelih ketua bahagian yang menerima undi yang terbanyak untuk membolehkan Aziz menang secara tipu muslihat.

  10. Persidangan Tahunan UMNO baru sahaja selesai. Bil-bil pembelian yang dibayar melalui kad kredit oleh para pemimpin, tentu belum dilunaskan sepenuhnya. Tetapi, kita nampak satu agenda terbaru UMNO sudah pun bermula. Pada persidangan di PWTC dulu, majlis hanya berupa 'Majlis Pok-amai-amai' sahaja. Tidak ada sesuatu yang menarik selain kisah Melayu yang malas, dungu, tidak pandai belajar, tidak tahu bersyukur dan mudah pelupa. Semua itu dirumuskan dalam satu sajak haprak 'Melayu Mudah Lupa'.


    Selangor baru sahaja selesai melaksanakan Konvensyen UMNO ke-10 yang 'menggariskan pelbagai resolusi berhubung politik,ekonomi, sosial,agama dan pendidikan yang perlu diberi perhatian bagi menetapkan sistem masyarakat sesebuah negara.' Demikianlah orang Melayu ditipu dan dipukau lagi. Apakah gunanya satu resolusi untuk sistem masyarakat sesabuah negara selepas dilangsungkan persidangan tahunan? Kenapa tidak tunggu melaksanakannya tahun hadapan sebelum persidangan tahunan yang baru? Ini adalah satu gambaran betapa Persidangan tahunan di PWTC hanya untuk bertemu muka dan bersuka-suka.

    Apakah pentingnya konvensyen ke-10 itu jikalau dibandingkan dengan Kongres Kebangsaan Sains dan Teknolgi Melayu yang dilangsungkan hanya satu bulan yang lalu di Shah Alam di mana 16 resolusi telah diumumkan? Kongres ini ditaja oleh UMNO dan menyeluruhi negara kerana pembabitan Ahmad Sarji dan Pergerakan Pemuda UMNO Pusat? Sila lihat Utusan Malaysia Rabu 30 Mei muka surat 11, ada disebutkan segala resolusi yang berjumlah 16 semuanya.

    Kalau semua pelajar Melayu di universti mahu diperkasakan mindanya, kenapakah mereka tidak ditaja untuk melibatkan tenaga fikir mereka dalam KKSTM itu dulu?

    Jawapan kepada beberapa soalan di atas ialah kerana UMNO mahu menambahkan keahlian yang semakin terhakis. Semua usaha untuk meraih sokongan Melayu kini ditumpukan kepada warga mahasiswa dan siswi dan semua belia yang akan menjadi pengundi pada 2004 nanti.

  11. Kini, Mahathir membabitkan dirinya dalam setiap majlis bersama rakyat. Tidak kira untuk membukanya lagi, cukup setakat menutup majlis sahaja. Kenapa? Taktik ini ada satu muslihat menentukan jumlah penonton yang bersesuaian tetap ada untuk mendengar bebelan seorang diktator nyanyuk dan separuh gila. Dia akan bercakap dengan tajuk 'Perjuangan yang Belum Selesai'. Ini adalah satu tajuk yang menjadi kuncikata untuk memukau dan memutarbelitkan fakta sejarah Melayu. Melayu tulen di seluruh negara tahu perjuangan mereka baru sahaja bermula selepas diculik dan diliwat oleh kumpulan malbari yang disokong oleh golongan atasan Melayu yang rakus dan berpura-pura dengan ajaran Allah. Kalau mereka ini betul-betul bertakwa mereka tentu sudah lama sedar bahawa dalam hidup ini sesuatu perjuangan itu hanya selesai apabila si pejuangnya masuk ke liang lahad. Apakah anihnya dengan cogankata 'Perjuangan yang Belum Selesai?' Ini hanya satu kuncikata untuk terus memukau dan memperlekehkan Bangsa Melayu. Inilah cogankata yang menipu bangsa Melayu sejak dua puluh tahun yang lalu.

    Kuncikata yang menipu dan memukau inilah membuatkan Melayu menjadi satu bangsa yang semakin bingung dan mencelaru. Contoh terbaik ialah kenyataan Hisyamuddin Husein yang mahu mendedahkan bukti adanya pelajar yang menentang kerajaan. Benarkah ini? Apakah salahnya kalau ada pelajar yang tidk sehaluan dengan pemikiran kerajaan? Kalau itu dianggap salah, kenapa tidak ditangkap sahaja semua ahli parti pembangkang. Bodoh sangat Hishammudin ini rupanya. Dia terpukau dengan kuncikata 'perjuangan yang belum selesai' sehingga terlupa betapa dia naik hasil 'telunjuk dan undi nostalgia' sahaja. Dia mengkiaskan apabila DTC terbakar, pelajar yang tidak sehaluan dengan UMNO mesti ditangkap. Kenapa tidak ditangkap timbalannya yang mengugut membakar sebuah Dewan perhimpunan Cina?



UMNO bikinan mamak malbari yang memperkasakan budaya malbari (seperti tulisan Amin Sapiro) mempraktikkan apa sahaja untuk memperkasakan ketuanan UMN Baru(a) yang ada. Ini diperkokohkaan dengan kuncikata 'Perjuangan yang Belum Selesai'. Kini ia diperkasakan oleh sejak 'Melayu yang Mudah lupa'. Sebenarnya Melayu tidak mudah lupa walaupun sudah 20 tahun perjuangan Mahathir belum selesai. Cuma, Melayu terus bersabar mengunggu harinya. Orang Melayu tulen sudah lama sedar betapa perjuangan yang belum selesai itu sudah sampai ke tepian kerana negara sudah semakin muflis dan tidak ada lagi yang boleh dibanggakan. Fikirkanlah dalilnya dulu dan sambunglah kisah ini..........


Qalam Kencana
2 Julai, 2001