Laman Webantu   KM2A1: 4883 File Size: 16.5 Kb *



Kebangkitan Hakim-Hakim - Mahathir Bakal Terkenc*ng
By CDB

4/7/2001 5:36 pm Wed

[Hakim Augustine Paul yang ingin lari dari keaiban kini teraib juga akhirnya. Dan kali ini ia terlalu dahsyat kerana ia terpahat dalam lembaran sejarah kehakiman negara ini. Dia bagai sudah 'mati' walaupun masih 'bernyawa' lagi. Keputusan bertulis tiga hakim yang mengadili Zainur menunjukkan Hakim Augustine sudah tidak 'hakim' lagi - sebaliknya seseorang yang amat bersalah dan perlu dihakimi. Bukan itu sahaja - ia juga telah mempertikaikan bekas AG Mohtar dan PP Gani secara halus dan lembut atau berkias yang mungkin akan menggegarkan negara tidak lama lagi. Itu bergantung kepada hakim yang berani oleh itu rakyat perlu memberi dorongan dan semangat buat mereka sebagai satu perang saikologi.

Nampaknya seorang demi seorang yang berkonspirasi mula teraib sekarang ini. Yang menariknya mereka dihukum oleh Mahathir awal-awal lagi melalui pengunduran secara diam-diam ubi. Kini sudah ada khabar angin mengatakan Hakim Paul 'mabuk' ketika mengadili kes Anwar tempoh hari agar Mahathir terlepas lagi... Khabar seperti itu jugalah yang membuat Daim pergi cuma mabuknya pada wang yang semakin sukar dicari....
- Editor
]


KEBANGKITAN HAKIM-HAKIM - MAHATHIR BAKAL TERKENC*NG?

Sudah hampir dua bulan saya tidak menulis. Mulanya rasa macam malas sikit nak menulis. Lepas tu demam pulak. So, bila bercampur keduanya, maka tak terkeluarlah tulisan-tulisan saya seperti biasa. Kali terakhir saya menulis ialah pada 10 Mei lepas, iaitu satu surat terbuka kepada Ketua Hakim Negara. Pembaca boleh merujuk semula tulisan saya itu di http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_cd_bahaman_19.html dimana dalam surat terbuka tersebut saya telah menyentuh secara menyeluruh betapa perlunya hakim-hakim bangkit kembali dengan suatu tahap keberanian dan kejantanan seperti di era kegemilangan institusi kehakiman dahulu, sebelum ianya dilacurkan oleh Mahathir. Zaman keberanian Tun Salleh Abas dan rakan-rakannya. Dalam surat itu saya juga telah menyeru para hakim agar mengembalikan semula maruah mereka dan institusi yang selama ini begitu disanjung dan dijunjung tinggi oleh rakyat itu.

Selepas tersiarnya tulisan saya kepada Ketua Hakim Negara itu, walaupun sebenarnya saya tujukan kepada kesemua hakim-hakim, muncul seakan-akan suatu momentum di kalangan hakim-hakim untuk 'bangkit' kembali dari lena panjang mereka selama ini. Saya merasa amat bersyukur kepada Allah s.w.t. andainya surat saya itu telah membangunkan hakim-hakim dari mimpi panjang mereka akibat kegersangan sikap berani dan semangat jantan yang telah dipadamkan oleh pihak eksekutif selama hampir 15 tahun ke atas mereka! Saya tidak mengharapkan pujian sesiapa andainya surat saya itu telah menyedarkan hakim-hakim dan KHN untuk mengembalikan maruah mereka yang telah, bukan sahaja tercemar malah kelihatan jijik dan memualkan. Apatah lagi ketika Eusoff Chin dan Hamid Omar menjadi KHN, institusi kehakiman seolah-olah menjadi seperti sarang pelacuran orang-orang politik yang jijik dan menghinakan.

Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Yunus dari Mahkamah Tinggi Shah Alam merupakan 'hero' baru yang pertama muncul di barisan depan untuk membawa kembali hakim-hakim yang masih menjunjung tinggi nilai moral, keadilan dan kebenaran ke landasan yang betul sepertimana dahulu. Keberanian Hakim Hishamuddin melawan arus dan memecahkan 'tradisi' lembu dicucuk hidung hakim-hakim selama 15 tahun di bawah regim Mahathir telah menyinari alam baru institusi kehakiman dengan menelurkan suatu suntikan semangat yang sukar digambarkan dan perasaan gembira yang bukan kepalang di kalangan rakyat yang selama ini seperti berada di dalam gua kegelapan yang tak kunjung padam. Bukan setakat membenarkan permohonan hearbus corpus Gobala dan Ghani Harun, malah Hishamuddin telah mencabar kesombongan para pemimpin bebal seperti Rais Pembakar Jambatan dan Mahathir sendiri selaku penjenayah kehakiman yang paling berkuasa ketika ini, dengan mengkritik undang-undang draconian ISA dan mencadangkan ianya disemak semula oleh Parlimen. Keberanian Hishamuddin ini telah membuatkan regim diktator itu tersentak dan terpukul sehinggakan melatahlah beruk-beruk dan ungka yang masih bergentayangan di dalam parti usang itu.

Selepas Hishamuddin menjadi 'pemula' kepada kebangkitan semula hakim-hakim, ianya diikuti oleh Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam kes petisyen pilihanraya Likas. Kamil bukan sahaja membatalkan keputusan pilihanraya 1999 bagi kerusi berkenaan, malah turut dengan beraninya mendedahkan kedurjanaan Eusoff Chin yang menelefonnya meminta supaya kes tersebut dibatalkan tanpa dibicarakan. Malah Kamil juga turut menghentam kebejatan orang-orang politik yang mewujudkan pengundi-pengundi hantu semata-mata untuk memenangi pilihanraya. Dalam soal ini, saya teringat bagaimana ketika pilihanraya umum 1999 lepas, keputusan pilihanraya telah diumumkan sebegitu awal, iaitu sekitar jam 7.30 petang dan 8.00 malam walhal peti undi baru sahaja ditutup pada jam 6.00 petang. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah jin-jin turut membantu BN mengira undi di kedua buah negeri berkenaan sehinggakan dalam masa 1 - 2 jam kesemua peti-peti undi telah selesai dikira? Jadi, apa yang didedahkan oleh Hakim Muhammad Kamil tersebut bukan sahaja jelas dan nyata malah dapat menjawab segala kemusykilan kita selama ini mengapa dan bagaimana BN dapat membolot majoriti kerusi-kerusi dalam pilihanraya Sabah dan Sarawak dalam pilihanraya umum lalu.

Keberanian dua orang hakim yang muncul sebagai hero rakyat dan kebenaran tersebut seterusnya memberikan suntikan pula kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan untuk 'menyanggah adat' kesukaan Mahathir apabila mereka sepakat untuk membebaskan Zainur Zakaria daripada hukuman penjara 3 bulan yang dijatuhkan oleh Hakim 'tengkorak' si keparat celaka Augustine Paul kununnya kerana menghina mahkamah. (menghina kepala bapak dia !). Bukan sahaja membebaskan Zainur daripada hukuman yang dikenakan oleh Augustine Paul, malah mereka sempat pula melanyak Si Tengkorak keparat itu sehingga mendatangkan aib besar kepadanya.

Ketiga-tiga segmen yang diperlihatkan oleh 5 orang hakim tadi telah membawa harapan baru kepada rakyat yang selama ini begitu merindui sinar keadilan setelah sekian lama ia dijahannamkan oleh si Mamak Tongkang bangsat itu. Saya percaya keberanian 5 orang hakim tersebut akan mula menetaskan imej baru terhadap citra institusi kehakiman yang begitu buruk dan hodoh selama ini kesan bangsat dan hinanya perilaku Ketua Hakim Negara sebelum ini yang bukan sahaja kaki rasuah, malah sanggup melontarkan prinsip kebenaran dan keadilan ke dalam tong taik yang busuk lagi membusukkan. Sekurang-kurangnya, buat masa terdekat ini rakyat beroleh sedikit kegembiraan dan rasa harap yang tinggi untuk melihat maruah dan wibawa para hakim dijernihkan kembali dari daki-daki hitam yang dicemarkan oleh mereka yang sanggup menjadi anjing dan diperanjingkan oleh tuan-tuan politik mereka.

APA REAKSI MAHATHIR ?

Sebagai reaksi kecewa dan marahnya beliau terhadap keputusan Hakim Muhammad Kamil, Mahathir sekali lagi, bukan setakat menghina mahkamah (kerana beliau sedar beliau teramat kebal) malah mengutuk Hakim tersebut seraya berkata yang mahkamah kini sukar lagi dipercayai. Betulkah mahkamah kini sukar dipercayai? Atau sudah menjadi sukar dipercayai kerana ianya tidak lagi memihak kepada kerajaannya? Kalau selama 15 tahun lepas, adakah mahkamah sangat boleh dipercayai kerana ianya sentiasa memihak kepada kerajaan? Adakah hanya apabila sesuatu keputusan mahkamah itu memihak kepada kerajaan, maka barulah mahkamah boleh dipercayai? Atau cuma apabila hakim-hakim sanggup menjadi beruk suruhan seperti Augustine Paul dan Ariffin Jaka, maka segala keputusan mahkamah sangat benar dan sangat dipercayai ? Dan apabila ada hakim-hakim yang kelihatan mahu berdiri sendiri dengan keputusannya serta tidak mahu membuat keputusan yang menggembirakan hati kerajaan, maka dengan mudahnya mahkamah tersebut 'dihukum' selepas menghukum?

Melihat penghinaan dan kemarahan Mahathir terhadap mahkamah yang membuat keputusan yang tidak menggembirakannya itu, tidaklah menghairankan kerana beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang mula-mula sekali menyerang bidang kehakiman. Misalnya dalam tahun 1986 dahulu, Committee for Human Rights dalam buku kecilnya bertajuk 'Assault On The Judiciary' telah menyifatkan Mahathir sebagai orang yang pertama menyerang bidang kehakiman. Manakala majalah Malaysian Business dalam satu wawancara dengan Mahathir pada 1 Januari 1988 telah menyebut betapa Mahathir telah menghentam bidang kehakiman dengan kata-katanya yang pedas seperti berikut;

'There are black sheep in every group who want to be fiercely independent. When you want to be independent, you are implying that you'd forget your duty to be just and fair. You stretch things a bit. You have to prove that you can hammer the government'

Ha tu dia. Kepala bapak punya PM. Cabul macam perempuan jalang sahaja mulutnya. Dari zaman muda hingga tua nak mampus pun pasal cabul mulut, Mahathir dah boleh masuk Guiness Record. Pasal mencari dan mencipta musuh juga Mahathir masih belum boleh ditandingi oleh mana-mana tokoh. Jadi, serangannya ke atas Hakim Kamil tersebut merupakan suatu siri sambungan dari amalannya sejak berbelas-belas tahun yang lalu.

Mahathir mesti ingat, 15 tahun dulu mungkin rakyat masih rabun dan buta dengan tindakannya meskipun PAS terutamanya, ketika itu begitu lantang membela hakim-hakim yang disingkirkan secara zalim oleh Mahathir dalam Tragedi Tun Salleh Abas dan 5 orang hakim Mahkamah Agung ketika itu. Namun kini, sikap dan tindakan yang bakal diambil oleh Mahathir untuk menganiayai para hakim yang berani menyanggah 'kegembiraan' regim diktator itu bakal mengundang penentangan massa seperti mana tentangan rakyat terhadap ISA. Dulu, di tahun 1988 apabila Tun Salleh Abas disingkirkan oleh diktator itu, tiada rakyat yang berani bangkit berarak di jalan-jalanraya, tetapi kini bukan sahaja penyokong-penyokong parti pembangkang yang berani berarak, malah kanak-kanak berumur 5 - 6 tahun pun akan turut serta menyatakan sokongan terhadap demonstrasi. Mahathir patut sedar akan hal ini. Jadi, hakim-hakim kini patut menjadi lebih berani lagi kerana mereka didokong oleh majoriti rakyat yang akan berdiri teguh di belakang mereka jika apa-apa berlaku dan cuba dilakukan oleh regim Mahathir.

APA KESUDAHAN NASIB ANWAR?

Apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang Zainur Zakaria tidak bersalah dan menempelak Augustine Paul kerana kebebalannya menghukum Zainur tanpa mengikut prinsip-prinsip perundangan, maka ianya mendatangkan kesan yang begitu signifikan kepada kes rayuan Anwar bersabit hukuman penjara 6 dan 9 tahunnya. Kes Zainur tidak dapat dipisahkan sama sekali impaknya dengan kes Anwar kerana ianya saling berkaitan meskipun berlainan. Pembebasan Zainur daripada hukuman songsang yang dibuat oleh Augustine Paul bererti telah membenarkan fakta kes yang terdahulu iaitu bagaimana tuduhan yang dibuat oleh peguam Manjeet Singh yang menyebut betapa pendakwaraya dalam kes Anwar dahulu telah memaksanya mereka-reka bukti dan pengakuan jahat dan palsu terhadap Anwar. Jika Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Zainur, maka secara tidak langsung pendakwaan ke atas Anwar telah membawa kepada singkapan yang semakin jelas bahawa ianya adalah pendakwaan paling keji dan kotor yang dipaksakan oleh regim Mahathir selama ini.

Suatu sebab yang mudah difahami mengapa Mahathir bertindak menyerang Hakim Muhammad Kamil baru-baru ini sambil menuduh mahkamah sudah sukar dipercayai ialah kerana wujudnya kebimbangan yang semakin mendekati dirinya bersabit dengan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan itu. Apabila kes Anwar telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang akan didengar oleh beberapa orang hakim, maka agak sukar untuk Mahathir 'menelefon' kesemua hakim-hakim tersebut. Apatah lagi jika Ketua Hakim Dzaidin kini sudah semakin berani dan sanggup 'menghempas' gagang telefon apabila Mahathir membuat panggilan nanti. Atas sebab inilah maka Mahathir telah mengarahkan Ariffin Jaka si Jakun itu supaya melambat-lambatkan penghakiman bertulisnya ke atas kes liwat Anwar supaya rayuan tidak dapat dibuat dalam masa yang singkat.

Rentetan dari kebimbangan itu juga menyebabkan Mahathir kehilangan sifat sebagai manusianya dengan tidak membenarkan Anwar dibedah di luar negara kerana bimbang Anwar yang sihat akan menelanjangkannya lagi di mahkamah nanti. Rasional penarikan semula 5 lagi pertuduhan ke atas Anwar dua bulan lepas di Penjara Sungai Buloh juga mempunyai pertalian dengan hal ini. Melihat kepada perkembangan terkini 'kebangkitan' yang ditunjukkan oleh beberapa orang hakim-hakim, maka peluang Anwar untuk dibebaskan adalah teramat cerah. Malah saya mendengar kabar terbaru mengatakan bahawa Anwar akan melepasi rayuannya nanti di Mahkamah Persekutuan kerana sudah jelas dan nyata keputusan Augustine Paul dan Ariffin Jaka sama sekali tidak mempunyai 'nilai undang-undang' dan tidak boleh dijadikan rujukan oleh mana-mana mahkamah dan budak-budak universiti yang belajar undang-undang. Pembebasan Zainur mungkin petunjuk awal bahawa kes Anwar juga terlalu rapuh untuk dijadikan asas menghukumnya selama 15 tahun! Agak seronok untuk meneka apa yang bakal diperkatakan oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan nanti ke atas Augustine Paul dan Ariffin Jaka dalam penghakimannya ke atas kes Anwar dahulu. Saya cukup yakin, nasib Anwar akan berubah sekiranya hakim-hakim Mahkamah Persekutuan menjadi anak jantan dan berani berkata 'TIDAK' kepada Mahathir apabila mereka meneliti kes rayuan Anwar nanti. Sampai bila mahu diperkudakan ?

Sebenarnya Mahathir sudah mula mencium akan kebangkitan hakim-hakim ini semenjak akhir-akhir ini. Sebab itulah beliau cepat-cepat menuduh bahawa mahkamah sudah sukar dipercayai, semata-mata untuk mewujudkan kesangsian di kalangan rakyat terhadap apa-apa keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah. Tapi beliau harus ingat bahawa rakyat kini sudah terlampau cerdik berbanding beliau sendiri. Keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar nanti akan menjadi bom nuklear buat Mahathir kerana ianya akan memalukan beliau di seluruh dunia. Pembohongannya ke atas Anwar selepas beliau memecat Anwar akan terjawab dengan sendiri. Kerajaannya akan hilang wibawa dan tidak akan dipercayai lagi. Paling dibimbanginya ialah kalau-kalau parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan akan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai BA ekoran hilang percaya terhadap ketua kerajaan. Mahathir akan berbuat apa sahaja untuk menghalang perkara ini dari berlaku. Namun saya merayu kepada kesemua hakim-hakim yang masih mempunyai nilai insan dan masih menjunjung tinggi prinsip keadilan dan kebenaran agar jangan sekali-kali takut dan jadi penakut dengan Mahathir. Jika tuan-tuan mendapati sesuatu kes itu tidak memihak kepada kerajaan Mahathir berdasarkan bukti-bukti yang kukuh, maka katakanlah TIDAK. Jangan jadi pak turut dan pondan celaka macam Augustine Paul dan Ariffin Jaka itu kerana tuan-tuan akan dikutuk dan disumpah seranah sepanjang hayat oleh rakyat. Jadilah orang yang berani menegakkan yang hak. Katakanlah yang hak itu hak dan yang bathil itu bathil. BANGKITLAH WAHAI HAKIM-HAKIM YANG ARIF LAGI BIJAKSANA. Rakyat berdiri teguh di belakang anda ! Ayuhlah, kita pencilkan diktator yang tidak pernah sedar diri itu ! HARUMILAH NAMA ANDA SEPANJANG ZAMAN DENGAN TINTA EMAS YANG TERPAHAT DARI UKIRAN KEADILAN YANG ANDA LAKARKAN !

Salam hormat, salam perjuangan
dari yang menyanjung tinggi keadilan dan kebenaran,

Cucu Datuk Bahaman
4 Julai 2001