Laman Webantu   KM2A1: 4884 File Size: 22.6 Kb *



TJ SP MGG: Julangan Api Kemarahan Belia?
By M.G.G. Pillai

4/7/2001 7:10 pm Wed

[Jika para pelajar mahu membakar DTC mereka tidak perlu mencetak poster kerana itu merugikan kertas sahaja. Tentunya poster itu dibuat untuk menyambut kedatangan diktator agar dia teraib keseluruh negara. Sikap menuduh melulu oleh Pemuda dan Puteri Umno menunjukkan mereka sudah terlalu geram sehingga mahu 'membakar' pelajar yang anti-kerajaan melalui memorandum yang berunsur tuntutan dan campurtangan agar tiada kritikan langsung ujud di kampus mengkritik pemimpin kerajaan.

Kebakaran itu jelas telah menjadi batu loncatan untuk mengaibkan pelajar. Siapakah yang suka mengaibkan orang secara luarbiasa dan terancang jika tidak seseorang yang sudah biasa melakukannya? Lagipun membakar dewan sehingga gersang memerlukan kepakaran luarbiasa yang selalunya dimiliki oleh orang terlatih sahaja - bukannya orang yang sedang belajar. Yang peliknya Azalina yang belajar undang-undang seperti belum habis belajar... sehingga polis pula terpaksa datang untuk mengajar. Itulah - lain kali kalau tidak pakar berpolitik jangan bingkas menunjuk pintar - nanti diri sendiri yang akan terbakar....
- Editor
]

Terjemahan SPAR-01-026?


Julangan Api Kemarahan Belia?

(Raging Fire of Youthful Anger?)


'Pengkhianat' telah membakar Dewan Tunku Chanselor (DTC) di Universiti Malaya akhir minggu yang lalu. Polis telah memberi amaran agar tidak ada sesiapa yang membuat spekulasi tentang apa dan siapa yang mencetuskannya. Sebenarnya tidak perlu semua itu: Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO telah menuduh kumpulan siswa-siswi anti-nasional (baca anti-Mahathir). Puteri UMNO mahukan Naib Chanselor, Anuar Mohd Zain, melepaskan jawatannya, dan sebagaimana biasa dilaksanakan oleh pegawai kerajaan, takkan dia akur dengan ugutan itu.

Lima jam selepas berlakunya kebakaran pada jam 3 pagi itu, seluruh kampus telah dipenuhi oleh poster-poster yang mahukan beliau undur, dan menuduh pihak berkuasa universiti kerana kebakaran itu. Yang anihnya, penduduk di persekitaran tidak pun sedar akan kebakaran yang telah meranapkan bangunan tersebut. Mereka hanya sedar pemberitaan itu melalui radio dan TV di pagi hari.

Tidak ada sesiapa termasuk pihak polis yang menafikan kisah ini. Malahan, pihak berkuasa sedang semakin digelumang perasaan tertekan untuk membina semula auditorium yang musnah itu. New Straits Times melancarkan satu tabung untuk membinanya semula. Perdana Menteri Mahathir telah pun menderma RM600 diikuti oleh segelintir menteri. Setiap usaha dilancarkan untuk memesongkan persoalan apa sebenarnya menyebabkan dewan itu terbakar: kemarahan siswa-siswi yang marah dengan Perdana Menteri itu.

Itukah penyebab sebenar DTC itu dibakar? Perkara ini serba mungkin, namun ia memerlukan perasaan yang melebehi idealisma dan darah muda untuk menjahanamkan bangunan konkrit yang begitu kukuh seperti DTC. Pada 1933, sebaik sahaja Adolf Hitler menjadi Cahnselor Jarman, satu kebakaran telah memusnahkan Reichstag, bangunan Parlimen negaranya tanpa sesiapa mengetahui apakah punca kebakaran itu. Peristiwa ini memberikan Hitler satu alasan istimewa untuk mengganyang dan menangkap mereka yang memusuhinya, kumpulan sosialis dan komunis, dan dia telah menuduh sorang komunis berbangsa Belanda sebagai punca kebakaran itu. Hanya selepas berakhirnya Peperangan barulah orang sedar bahawa kebakaran itu dirancang dan dilaksanakan oleh parti Nazi.

Ramai pengkritik berbisa Mahathir Mohamad sedang berada di universiti-universiti. Dia dijadualkan menghadiri upacara penutup satu simposium khas untuk siswa-siswi, yang bertujuan mempamerkan betapa dia adalah seorang pemimpin Malaysia yang disayangi oleh bakal pemimpin negara.

Para penaja majlis ini, yang termasuk juga mantan ketua menteri Melaka, Rahim Tamby chik, tidak dapat memikirkan tempat yang lebih baik untuk menyerlahkan hasrat agenda mereka itu, namun mereka amat curiga kalau-kalau berlaku peristiwa ejekan, sorakan dan gelagat benci terhadap beliau dalam perjalanannya memasuki ruang dewan. Pembakaran DTC itu melencongkan perhatian dan ini membolehkan beliau berucap tanpa sebarang bangkangan.

Agen provokatur

Oleh kerana agen-agen provokatur mudah dilihat berkeliaran disetiap himpunan reformasi, dan majlis tajaan pihak pembangkang, adalah tidak mudah menafikan pembabitan kumpulan ini dalam episod pembakaran itu. Apatahlagi ketika Mahathir sedang menghadapi tentangan yang seiras dengan tentangan yang pernah menghantui Hitler satu ketika dulu. Memang tidak dinafikan, beberapa 'pesalah' akan ditangkap, dipenjarakan dan dinyahkan. Ini tidak akan menghakiskan tanggapan para penentangnya betapa dia sudah tidak relevan lagi sedangkan perkara ini kalau ditangani dengan bijak, dapat diselesaikan dengan saksama.

Sesiapa sahaja yang memusnahkan bangunan itu perlu mempunyai pengalaman teknikal yang lebih canggih lagi daripada bidang 'pyrotechnics' bertahap mainan bunga-api, dan telah merancangnya dengan begitu rapi. Pengetahuan dua bidang ini tidak mungkin dipunyai oleh golongan pelajar universiti yang tidak pun berpadu dan kumpulan reformis yang bersifat serupa itu. Ini tidak bererti kumpulan pelajar itu tidak terlibat, cuma mereka terpaksa menghadapi rintangan yang bukan kepalang besarnya.

Apabila diambilkira kisah betapa pantasnya perkara ini dikutuk dan semua orang bersungguh-sungguh mahukan seluruh negara mengutuk sama terhadap kemusnahan satu bangunan yang bersejarah ini oleh kumpulan bangsat (seperti yang saya dipengaruhi untuk mempercayainya), sudah tentu ia menyerlahkan sesuatu yang tidak kena. Apabila sebuah bilik komputer musnah terbakar di Universiti Pertanaian Malaysia, pihak polis bertindak cepat mengatakan kebakaran itu bukan disebabkan khianat, ia memberi satu andaian betapa dua episod ini seolah-olah terjadi lebih melewati sifat 'secara kebetulan'.

Sementara itu, reaksi Mahathir terhadap episod ini memang amat mengecewakan; dia berkata bahawa dia bebas seperti orang lain untuk memasuki kawasan universiti itu. Tidak ada sesiapa yang boleh menegahnya. Dengan kenyataan itu, secara tidak langsung dia memperakukan betapa dialah punca kenapa dewan itu dibakar. Menteri pendidikan, Musa Ahmad, yang sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara itu, diam membisu, melainkan menyebut rencana membina sebuah odotorium baru yang dua kali lebih besar daripada bangunan yang musnah. Kecuali segelintir pemimpin tertinggi UMNO tidak ramai yang berani bersuara untuk membuat komen mengaitkan Mahathir dalam kisah ini. Lagipun, satu minggu baru berlalu selepas berlangsungnya persidangan UMNO di mana Mahathir dengan angkuhnya memberitahu ahli-ahli UMNO betapa mereka terpaksa setia kepadanya kalau tidak mahu kantul dalam kehidupan mereka.

Melayu Yang Berfikir

Kerajaan mahathir sengaja meminggirkan segala masalah warga pelajar universiti, sambil memberi penekanan bahawa mereka harus belajar sahaja dan menyerahkan segala masalah mereka untuk ditangani oleh kerajaan. Sememangnya inilah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, dan setelah terpilih, rakyat seharusnya diam membisu membiarkan mereka melaksanakan apa yang mereka mahu. Sebagai pedomannya, rakyat Malaysia tidak boleh melibatkan diri untuk berpolitik, kecuali sebagai seorang ahli sebuah institusi politik, apatah lagi sebagai seorang pembangkang parti kerajaan. Akan tetapi, warga pelajar universti mahukan Mahathir bertanggungjawab keatas segala tindakannya, sedangkan inilah yang memang mahu dinafikannya.

UMNO sudah terjebak dalam perangkap bikinan sendiri. Ketuanan Melayu, yang merupakan falsafah politik, yang dicerna selepas tercetusnya rusuhan kaum Mei 1969 dulu, kini sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Malahan, sudah muncul satu perubahan dalam percatuan politik negara betapa peniga Cina sudah tidak lagi bersedia menjamin Ketuanan Melayu itu berasaskan syarat-syarat yang dilakar oleh Mahatihr ataupun oleh UMNO. Semua itu sebenarnya adalah dalam jangkauan Mahathir kalaulah dia pandai menjananya secara terperinci. Malangnya, inilah yang dibiarkan sahaja oleh Mahathir untuk mereput sebaik sahaja dia menjadi presiden UMNO dan perdana menteri negara yang keempat.

Sebaliknya Mahathir lebih berminat mencengkam negara dan partinya, sambil memperlekehkan kritikan dan bertegas dia mahu melaksanakan cengkaman itu mengikut istilah acuan 'My Way' beliau yang haprak itu. Dia memperlekehkan kabinet, kerajaan dan rakyat sambil bertegas betapa kaedah mara ke hadapan untuk menjadi sebuah negara maju ialah dengan mengheret orang Melayu melompat memasuki gerbang abad ke-21 sedangkan dia sedang hidup senang-lenang ala kehidupan abad ke-18. Dia amat bencikan pembangkang. Rancangannya hanya difikirkan boleh barjaya kalau dia terus mengapikan suasana poltik negara.

Umpan dan Rotan

Mahathir mahu terus menjajah mengikut hukum-hakamnya sahaja. Dia telah melupakan segala pergolakan yang membolehkannya menguasai UMNO. Ketika mahkamah mengharamkan UMNO pada 1987, Ketuanan Melayu sudah tergugat. Mahathir beranggapan, kejayaan orang Melayu akan menyelesaikan masalah itu. Anggapannya itu tidak pula berlaku. Dasar Ekonomi Baru adalah lebih daripada bidang ekonomi, kerana ia bertujuan untuk mengampu orang Melayu memasuki dunia moden yang baru. Inilah rencana yang memberikan orang Melayu satu tanggapan yang baru, dengan ruang yang bebas untuk berfikir sendirian dan secara tepatnya inilah yang telah pun berlaku.

UMNO dan Mahathir telah mengcop bangsa Melayu seperti itu sebagai golongan yang tidak bersyukur apabila kumpulan ini menyanggahnya dan dia mahu mereka ini didera. Ketika Tengku Razali Hamzah mencabar Mahathir bagi jawatan presiden UMNO pada 1987, para penyokongnya telah diganggu-gugat oleh sistem perbankan. Demikianlah bahana yang menanti sesiapa juga yang mahu mencabar ketuanan Melayu bikinan Mahathir. Itulah yang dialami oelh para penyokong Musa Hitam ketika dia melepaskan jawatannya. Itulah juga yang ditanggung oleh para penyokong Anwar Ibrahim setelah dia diaibkan. Kini, para penyokong Daim Zainuddin mula merasakan bahangnya pula.

Tetapi, rencana Mahathir terhadap Anwar tidak pun berjaya sepenuhnya. Masyarakat Melayu yang sudah muak dengan gelagat 'mesti ikut perintah' itu, bangkit untuk membantah. Pergerakan reformasi adalah hasil kebangkitan masyarakat muda-mudi yang sebahagian besarnya adalah warga pelajar universiti. Pada 1970-an dulu, Anwar melancarkan kebangkitan pelajar, bersama Ibrahim Ali dan ramai pelajar lagi, berasaskan kemiskinan di (Baling) Kedah sehinggakan beliau dipenjarakan di bawah ISA selama dua tahun. Kebangkitan itu boleh dianggap kecilan sahaja jika dibandingkan dengan cetusan kebangkitan masakini.

Para pemimpin UMNO dan menteri-menteri kabinet kerap berucap kepada warga pelajar universiti di Malysia dan juga di luarnegara. Mereka menjadi rimas dengan beberapa isu yang dikemukakan kerana mengharapkan isu itu boleh lenyap begitu sahaja. Apabila timbalan perdana menteri Abdullah Badawi memasuki kampus Universti Malaya satu ketika dulu (1999?) dia terpaksa berucap sambil diejek-ejek oleh para pelajar seperti yang mereka lakukan juga kepada menteri yang lain. Kumpulan pelajar itu tidak akan begitu mudah bersikap selembut itu terhadap Mahathir.

Membina Semula Dewan Tunku Chanselor

Kerajaan akan menghadapi masalah untuk mencuci tangannya dalam episod ini. Marilah kita sama-sama lihat berapa ramai manusia yang akan menderma kepada New Straits Times yang telah memulakan tabung dana membina semula dewan itu. Kita boleh menjangkakan, semua para kroni, walaupun mereka pemandu lori ataupun agen insuran yang muda-muda yang menderma kepada dana ini. Mampukah mereka melakukannya?

Betapapun UMNO mencuba menyorokkan masalahnya dengan masyarakat Melayu itu sebagai masalah dalaman, ia mudah terdedah juga seperti yang berlaku kini. Pertelingkahan ini adalah lebih serius daripada yang pernah dialaminya yang melibatkan Anwar Ibrahim. Ini adalah satu cabaran terbuka agar masyarakat Melayu kembali semulake pangkuan UMNO. Inilah satu cabaran yang sudah hilang semua bisanya.

Dari satu segi, Dewan Tunku Chanselor telah menjadi satu tangkal azimat untuk menyelesaikan satu masalah tempatan. Ia memerlukan satu usaha besar untuk meyakinkan semua pihak betapa warga pelajar universiti yang bertangggungjawab dengan kerja bedebah ini. Sudah tentu ia memerlukan barang bukti yang lebih meyakinkan lagi daripada apa yang telah disogokkan kepada kita semua. Selagi semua itu tidak didedahkan, peristiwa kebakaran di Reichstag pada 1933 dulu dan Dewan Tunku Chanselor pada 2001 memang mempunyai banyak kesamaannya berbanding apa yang telah diasap-perabunkan di depan mata.


MGG Pillai

pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR-01-026?




Asal:

02 July 01


The Raging Fire Of Youthful Anger?


MGG Pillai


Arsonists gutted the Dewan Tunku Canselor at the Universiti Malaya over the weekend. Police warned Malaysians not to speculate what or who caused it. There is no need for that: UMNO Youth and Puteri UMNO blame anti-national (read anti-Mahathir) undergraduates. The latter wanted the vice chancellor, Anuar Zaini Mohd Zain, to resign, and he, as one has come to expect of public officials, would not.

Five hours after the fire at 3 am, the campus was awash with posters demanding his removal, and blaming the university authorities for it. Curiously, residents in the neighbourhood did not know of the fire, which razed the building to the ground, until they heard it on the radio and television in the morning.

No one, not the police, has denied this account. Indeed, official panic is writ in the rush to rebuild the gutted auditorium. The New Straits Times opens a fund to rebuild it, the prime minister, Mahathir Mohamed, throws in a RM600 donation; few ministers have followed his example. Every attempt is made to divert what caused it: undergraduate anger at the Prime Minister himself.

Is that why Dewan Tunku Canselor was gutted? While not impossible, it requires more than youthful anger and idealism to pull down a massive concrete building as the Dewan Tunku Canselor. In 1933, shortly after Adolf Hitler became the German Chancellor, the Reichstag, Parliament, was gutted in an unexplained fire. It gave Hitler the raison d'etre to crack down on those who opposed him, the socialists and the communists, with a Dutch communist, blamed for it. It became clear, after the war, the Nazi party was behind it.

The prime minister, Mahathir Mohamed's most vehement critics now are in the universities. He was to deliver the closing speech at a Malaysian conference of undergraduates, one to show he is Malaysia's belowed leader who has the trust of her future leaders.

Its organisers, who include the former Malacca chief minister, Rahim Tamby Chik, could find no better venue to reflect it, but would have had their noses tweaked and worse if he had been badgered, hectored or insulted en route to the hall. The gutting of the Dewan Tunku Canselor diverted attention away from students, and he gave his speech withouth opposition.

Agent provacateurs

Since agent provacateurs are seen in reformasi gatherings, and other areas of opposition discussions and action, it is not fanciful to reflect on their role in this fire. Especially when Mahathir now faces as intractible an opposition as Hitler then. No doubt "culprits" would be arrested, jailed and expelled. It would not resolve his irrelevance to his opponents, but if handled well, as it was not, it could have been pulled off.

Whoever set to gut this building needed more than a working technical knowledge of pyrotechnics, and planned it meticulously. Both are beyond the capacity of the still disorganised undergraduates and reformasi elements. This, of course, does not mean the students could not have been involved, only that they would have had to overcome hurdles they normally could not.

Especially when when you take into account the speed with which it was condemned, and everyone rushing hither and thither to get the country incensed at this horrifying spectacle of a national monument (so I am led to believe it is and now was) burned down by miscreants, something clearly is amiss. When the police quickly blame the burning down of a computer room at the Universiti Putra Malaysia, not to arson but something else, that must be more than coincidence.

Mahathir's own response is pathetic: he says he is free as any to come to the university. No one can stop him. By so saying, he admits offhandedly that he is at the centre of why Dewan Tunku Canselor burned down. The education minister, Musa Ahmad, who should take ultimate responsibility, is silent, except to call to build an audoitorium double that of the burnt building. None apart from high UMNO officials ventured to comment on this huge slap on Mahathir within a week of the UMNO general assembly, where he arrogantly told UMNO members that theirs is to obey him or die.

The thinking Malay

The Mahathir government deliberately ignores what ails the undergraduates, insisting they should study and let it worry about their concerns. Indeed, it is elected by the people, and once elected, they should shut up and let it do what it wants to do. Malaysians, as a rule, cannot be involved in politics, except as a member of a political party or political body, more so if against the official position. But the undergraduates demand a right to hold him to account, which he denies them.

UMNO is caught in a trap of its own making. The Malay Dominance, as a political philosophy, in place after the May 1969 racial riots, cannot be sustained. More than that, in a further twist to Malaysia's tangled politics, the Chinese business man is no more prepared to guarantee Malay Dominance on his, or UMNO's terms. He would have if it had been nurtured and fine-tuned. But Mahathir left it to rot after he became UMNO president the country's fourth prime minister.

He went on to stamp his image on the country and party, ignoring criticism and insisting his is the only way. He rode roughshod over his cabinet, government and country, insisting that the only way to move forward into the first rank of nations is to frogmarch the Malay into the 21st century when he is most comfortably living in the 18th century. He brooked no opposition. It could work only if he could keep the political fire burning.

Carrot and stick

That he could not, nor would he, except on his terms. He ignored the political prime pumping to keep UMNO in control. When UMNO was declared illegal in a court action in 1987, Malay Dominance was on notice. He thought economic success would overcome that. It could not. The New Economic Policy was more than economics, it was to nudge the Malay to the modern world. It gave him a fresh worldview, allowed him to think for himself, and, what is more, did.

UMNO and Mahathir branded them ungrateful when they opposed him, and made them pay for it. When Tengku Razaleigh Hamzah challenged Mahathir for the UMNO presidency in 1987, his aides and backers were harassed by the banks. Anyone who challenges the UMNO president's view of Malay Dominance is so treated. When Mahathir's first deputy prime minister, Musa Hitam, resigned, his people went through the same hassles as those of Anwar Ibrahim and, now, Daim Zainuddin.

But with Anwar it did not work. The Malay, fed up with being told what to do, rose in revolt. The reformasi movement was fuelled by the youngsters, many of whom undergraduates. In the 1970s, Anwar rose in revolt, with Ibrahim Ali and others, over a famine in Grik in Kedah, and spent two years in detention under the Internal Security Act. But that was minor compared to the current upheaval in the universities.

Few UMNO politicians and cabinet ministers would address undergraduates in Malaysian or overseas campuses. They cannot stand close questioning of issues they would rather hope would disappear into the woodwork. When the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, came to the University of Malaya campus (EDITOR: CDST CHECK DATE FOR THIS, THINK IT WAS IN 1999, BUT NOT SURE), he was forced to talk to the undergraduates who heckled him and other government ministers. They would not have been as accommodating with Mahathir.

Rebuilding Dewan Tunku Canselor

The government will be hard put to rid itself out of this mess. Let us also see how many people would contribute to this New Straits Times fund to rebuild Dewan Tunku Canselor. One should expect all the cronies, even if they were lorry drivers or insurance agents in their early life, to contribute handsomely. But would they?

For however hard UMNO tried to keep its problems with the Malay community to itself, it is now out in the open. This clash is more serious than the one it has over Anwar Ibrahim. It is an open challenge to the Malay community that it should return to the fold. But it can no more threaten any more.

In a sense, the Dewan Tunku Canselor fire became a convenient deux et machina to sidestep an expected local problem. It would take a lot more convincing to blame it on the students. And it needs more incontrovertible evidence than we have been offered so far. Until that is forthcoming, the fires at the Reichstag in 1933 and the Dewan Tunku Canselor in 2001 have more in common than would seem at the surface.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my