Laman Webantu   KM2A1: 4886 File Size: 6.6 Kb *



DTC: Membakar Dewan Atau Orang?
By Warga UM

4/7/2001 9:24 pm Wed

[Dipetik dari FGR]

http://disc.server.com/discussion.cgi?id=29561&article=397811


Kebakaran DTC UM.

saudara,

Kami sebagai warga Universiti Mmalaya merasa amat sedih di atas kebalaran yang berlaku di Bangunan DTC kami.

Walau bagaimanapun kami bertambah sedih dengan adanya campurtangan si andartu 'azalina' osman dari Puteri UMNO. Kami percaya perkara ini bukanlah angkara pelajar-pelajar disini. Yang pertamanya, hampir 98 pertus penghuni di dalam kampus adalah pelajar tahun satu dan pelajar asasi sains. Kami merasa tidak mungkin budak-budak yang mentah ini sanggup melakukan perkara ini pada pukul 3 pagi. Tambahan pula setiap kolej mempunyai 'security guard yang dapat memantau pergerakan pelajar di waktu malam.

Yang keduanya, di dalam kawasan kampus ini, terdapat banyak warga Indonesia yang telah lebih 2 tahun tinggal di dalam kawasan UM ini kerana adanya banyak bangunan yang sedang di bina. Kemungkinan mereka di UPAH juga boleh kita andaikan.

Ketiganya empat pintu UTAMA ke kampus ini ditutup dan setiapnya mempunyai pengawal. Kecualilah jika kempat-empat pengawal ini tertidur.

Memang sejak VC yang baru ini memegang tampuk pentadbiran UM, terdapat banyak percubaan untuk menjatuhkan beliau. Mereka-mereka ini ialah terdiri dari professor yang bercita-cita untuk menjadi VC tetapi tidak dipilih. Contohnya Zainal Keling, datuk Latif. Mereka ini adalah orang yang paling rapat dengan Khalid Jefri.

Khalid Jefri bebas datang pada bila-bila masa di Jabatan Media, fakulti Sastera. Perihal VC sekarang pula, beliau merupakan Orang yang sangat Alim. Setiap mesyuarat di mulakan dengan Doa. Memang terdapat segelintir pengurusan tertinggi yang merasa marah dan malu apabila disuruh membaca doa, kerana terbongkar bahawa mereka sebenarnya tidah pernah mengenal sejadah!. Inilah hakikat sebenar.

Sebenarnya VC sekarang ini banyak menanggung beban angkara yang di tinggalkan oleh VC terdahulu iaitu Tan Sri Abdullah sanusi yang sekarang ini Presiden Universiti Terbuka Malaysia. Oleh kerana kealimannya, maka dia diCOP orang Anwar Ibrahim.

Sebenarnya belaiau tidak pernah menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti. Sikap rendah diri ini terbukti apabila kami mendapati beliau hanya tinggal di rumah teres satu tingkat 3 bilik, yang mana lamannya hanya boleh memuatkan satu kereta.

Jiwanya adalah UM. Beliau datang bekerja seawal Pukul 4 pagi dan sembahyang berjemaah di dalam biliknya dengan beberapa kawan hampir setiap hari. Beliau pulang berkerja seawal 10 malam. Kami rasa tidak ada VC mana-mana Universiti seperti Beliau.

Maka Orang UMNO amat marah mendapat VC yang alim begini. Mereka beranggapan budaya PAS telah menyerap di UM kerana VCnya orang PC. Sungguh aneh mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri.Mereka tidak fikir bahawa menjadi alim itu wajib bagi setiap Umat Islam. Inilah sikap BODOH SOMBONG orang UMNO.

Akan tetapi rata-rata kami beranggapan perkara ini dilakukan oleh orang luar yang di upah. Ini kerana jalan masuk dari persimpangan ke Damansara Height menghubungkan Lebuhraya Sprint, masih dalam pembinaan yang memudahkan orang luar menyeludup masuk. Kawasan ini berbukit dan gelap. Pengawal Keselamatan hanya meronda setiap 30 minit. Tambahan pula di waktu dinihari (3.45 pagi).

Berbalik kepada AZALINA OSMAN. Perempuan ni adalah perempuan yang sangat keras kepala. Kebetulan saya pernah tinggal sebilik dengannya di Hostel Compaka ITM shah Alam tahun 1983. Masa itu dia belum cacat seperti sekarang. Untuk pengetahuan, dia sebenarnya cacat iaitu berjalan senget sebelah, kerana urat buku lalinya yang putus tidak dapat di sambung. Ini adalah angkara Tea Kwan Doe. Perkara ini berlaku pada tahun Nov 1982. Waktu itu dia mengambil Diploma In law. Habis ITM dia mengambil Ijazah Di UM.

Apa yang saya nampak Azalina ini tak pernah sembahyang dan berpuasa. saya kira ramai yang yang terlupa siapakah sebenarnya bapak AZALINA ni??. Bapaknya adalah Datok Osman, bekas Ketua Pengarah RISDA yang telah menggelapkan wang Pekebun kecil getah sebanyak 8 juta dan telah disiasat oleh BPR. kalau tak silap perkara ini berlaku pada tahun 1983.

Utusan Malaysia pernah menyiarkan banglow mewah Bapaknya yang berharga 3 juta pada masa itu dan mengalahkan kediaman PM sendiri. Orang yang berusaha mendakwa beliau ialah Datuk Hassan Ibrahim. Kes beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan sehinggalah pada tahun 1996, dibawah pengadilan Yusof Chin sendiri, beliau di dapati tidak bersalah. Mahkamah telah mengarahkan Risda untuk membayar tunggakan gaji dan elaun kepadanya selapa ia di pecat. Pada hari keputusan mahkamah tersebut, umur beliau sudah pun 55 tahun dan hanya ada 2 hari untuk mencapai tarikh peraraan wajib. Maka oleh kerana keangkuhannya, belaiu telah pergi ke bangunan Risda dan menuntut untuk menduduki semula kerusi Ketua Pengarah Risda yang pada masa itu telah diisi oleh orang lain. Mahkamah sebenarnya memutuskan pemecatanya sebagai tidak sah tetapi tidak pula mengarahknanya untuk kembali bekerja di Risda. Tetapi oleh kerana sikap keras kepala dan ingin membalas dendam, maka di telah mengarahkan Ketua pengarah tersebut untuk mengosongkan bilik yang suatu masa dulu adalah bilik beliau.

Maka berlakulah pertengkaran sehingga polis dipanggil datang untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Hampir semua kakitangan RISDA membenci beliau. keesokannya adalah tarikh beliau bersara wajib. Lihatnya betapa laknatnya manusia macam ini. Maka tidak hairanlah "Bapak Borek Anak Rintik".

Pengedaran Varsiti 2000 yang didakwa palsu itu sebenarnya adalah berbentuk Cut and paste dari artikal yang terdapat di laman2 reformasi. Kualiti kulitnya adalah bermutu. Mustahil Pelajar melayu mempunyai wang sebanyak itu kalau tidak di dalangi oleh orang-orang tertentu. Walau bagaimanapun mereka tetap menuduh PAS yang mendalangi perkara ini. Tuan VC kami tidak menuduh sesiapa pun dan hanya menyerahkan polis untuk menyiasat. Mungkin juga ini angkara Khalid JEFRI sendiri???. Hanya tuhan yang tahu.

Ada juga berpendapat ini adalah angkara penuntut Cina yang marah dengan pengurusan Universiti yang tidak membenarkan mereka mengadakan Upacara Tanglong yang cuba menyerapkan budaya kecinaan di UM.

Kemungkinan ini memang ada!!!

Walahua'lam...

sekian