Laman Webantu   KM2A1: 4889 File Size: 24.4 Kb *



TAG SP 190: Kenapa Mahathir Tendang Daim [FEER]
By Terrence Gomez

4/7/2001 11:37 pm Wed

[Mahathir mempengerusikan PNB yang menguasai Maybank. Maybank telah membeli PhileoAllied Bank milik Mokhzani dengan kos RM1.3 bilion setelah tawaran asal RM1.2 bilion ditolak dengan alasan tidak memadai. Mokhzani sudahpun mengundurkan namanya (namun tangannya masih ada) dari beberapa syarikat besar yang dimilikkinya untuk menyelamatkan bapanya. Tetapi dia telah mengalihkan syarikat itu kepada orang bukan melayu sedangkan syarikat itu mendapat projek besar berdasarkan melayunya dan bumiputeranya. Mengapa pihak berkenaan tidak menegurnya menjadi satu tanda tanya.

Dengan Daim tiada lagi di sisi, Mahathir sudah menjadi amat berkuasa sekarang ini kerana dia menguasai kunci khazanah negara. Semua perlu melutut dan menyembah kepadanya - khususnya hartawan Umno yang sudah tercekik oleh krisis ekonomi. Dengan bank di tangannya semua pemimpin Umno yang sakit tenat terpaksa juga mengampunya jika tidak akan muflislah mereka. Mungkin MCA berani membeli Nanyang kerana wang boleh diminta darinya bila-bila masa jika sudah tiada.... Nampaknya yang asyik untung dan kaya raya adalah Mahathir dan anak-anaknya sahaja dan yang asyik tertipu oleh silap-mata adalah orang melayu juga... - Editor]


Terjemahan SPAR-03-031

FEER Edisi 5 Julai, 2001.


Kenapa Mahathir Tendang Daim

(Why Mahathir Axed Daim)

Oleh: Terrence Gomez

Walaupun Daim Zainuddin sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri kewangan Malaysia, pada awal Jun dulu, ramai pengamat bersikap berpihak-pihak beranggapan apakah sudah tercetus satu perbalahan antara beliau dengan perdana menteri Mahathir Mohammad. Oleh kerana Mahathir dan bekas sahabatnya yang paling setia, Daim, enggan menyatakan secara terbuka sebab musabab pengunduran Daim itu, makin semaraklah spekulasi mengenai dalil-dalil menyebabkan pengunduran beliau.

Beberapa peristiwa yang berkisaran dalam dunia korporat memberikan gambaran betapa perbalahan itu memang begitu serius dan berkemungkinan besar mempunyai hubung-kait dengan beberapa urusan niaga yang membabitkan anak lelaki kedua perdana menteri, Mokhzani Mahathir. Secara khususnya, pembabitan Mokhzani dalam rencana penggabungan bank yang dikatakan telah menjejaskan beberapa bidang perniagaan peribadi kepunyaan Daim.

Sebelum tercetusnya krisis kewangan pada 1997 dulu, kerajaan memang berminat menggabungkan sektor perbankan tempatan, yang ketika itu berjumlah lebih 50 institusi kewangan. Apabila kerajaan bertindak memaksakan penggabungan itu dan merancangkan kewujudan enam bank peneraju pada 1999, tercetuslah pelbagai bantahan daripada masyarakat perbankan.

Masyarakat Cina menjadi tersentuh apabila mendapati banyak bank kepunyaan usahawan Cina ditelan dan terhakis dalam proses penggabungan itu. Ketika itu pula pemilu sudahpun menghampiri masanya dan Mahathir semakin tertekan dengan hakikat betapa perlunya sokongan pengundian orang bukan-Melayu, terutama sekali pengundi Cina untuk memenangkan mereka menguasai parlimen semula. Kerana itu kerajaan bertindak menambah jumlah bilangan bank peneraju itu daripada 6 menjadi 10. Desas-desus mula berterbangan betapa keputusan itu telah mencetuskan satu pergeseran antara Mahathir dan Daim.

Sebelum penggabungan bank itu mula dicadangkan, para kroni Daim telahpun menguasai Multi-Purpose Bank (MPB) daripada T.K. Lim yang pada satu ketika itu memang rapat dengan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan Anwar Ibrahim. Di tahap awalan dulu, Multi-Purpose Bank telah direncana agar bergabung dengan PhileoAllied Bank yang dikuasai oleh Tong Kooi Ong, yang juga rapat dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Tong mula menceburi dunia perbankan pada 1994, dia berjaya memajukan PhileoAllied Bank menjadi sebuah bank yang sungguh dinamik, berteknologi inovatif di Malaysia. Apabila rencana penggabungan itu disemak semula, PhileoAllied Bank telah dicabut daripada cadangan asal untuk bergabung dengan MPB untuk diregukan pula dengan Malayan Banking, ataupun kumpulan Maybank. Kumpulan Maybank adalah dikuasai oleh Perbadanan Nasional, ataupun PNB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Seorang lagi pemegang saham (terbesar) PhileoAllied Bank ialah anak Mahathir, Mokhzani, yang memang sudah lama mempunyai pegangan berpada sebelum rencana penggabungan dicadangkan. Ada sebuah syarikat Mokhzani yang tersenarai di BSKL, Tongkah Holdings, yang mempunyai pegangan bersilang dengan sebuah lagi syarikat tersenarai, Pantai holdings. Pantai dan Tongkah mempunyai milik bersama setakat 28 persen saham Phileo Land, yang juga tersenarai. Phileo Land merupakan pemegang saham terbesar kerana mempunyai 18.4% saham dalam PhileoAllied yang merupakan pemilik PhileoAllied Bank. Phileo Land kemudiannya menukar namanya menjadi Avenue Assets.

Satu ketika dulu Mokhzani memang rapat dengan Daim, namun Tong dilaporkan liat dengan rencana menggabungkan banknya dengan MPB. Mengikut rencana penggabungan yang disemak semula itu, Maybank telah menawarkan Avenue Assets satu rencana tukar pegangan saham (share swap) bernilai 1.2 bilion ringgit (US $316 million) untuk mengambil-alih PhileoAllied Bank. Tawaran itu ditolak oleh Avenue Assets kerana lembaga pengarahnya berpendapat harga saham PhileoAllied bank sengaja diturunkan harganya, dan tidak pula ada tawaran bayaran dana tunai dalam cadangan itu. Avenue Assets mahukan cadangan yang lebih lumayan dan akhirnya bersetuju menerima tunai sebanyak 1.3 bilion daripada Maybank sebagai bayaran saham bank itu. Dengan penjualan itu PhileoAllied menjadi sebuah syarikat induk yang kaya-raya.

Dengan penjualan PhileoAllied Bank pada bulan Januari itu, Suruhanjaya Sekuriti yang tertakluk kepada Kementerian Kewangan, memberi para pemegang saham PhileoAllied, yang termasuk juga Avenue Assets, memberitahu bahawa mereka tidak boleh melepaskan pegangan saham di dalam syarikat yang kaya dengan wang tunai ini. Mereka juga tidak dibenarkan menukar jumlah pegangan tanpa mendapatkan kebenaran awal Suruhanjaya.

Peraturan ini belum pernah dikuat-kuasakan oleh Suruhanjaya Sekuriti ke atas mana-mana syarikat Malaysia dalam sejarahnya. Ia menjadi lebih menarik kerana peraturan yang serupa tidak pun dikenakan terhadap Tajuddin Ramli yang merupakan rakan kongsi Daim, ketika syarikat beliau, Naluri menerima sejumlah 1.8 bilion ringgit daripada penjualan saham MAS kepada kerajaan. Sedangkan proses jual beli itu berlaku pada waktu yang sama proses yang sama dilakukan oleh PhileoAllied Bank.

Pada awal April, Daim menyuarakan hasratnya mahu bercuti panjang, dan tidak lama kemudiannya, Mokhzani mengumumkan niatnya melepaskan semua pegangan korporatnya. Oleh kerana pegangan korporatnya secara terus berada pada Pantai dan Tongkah, yang mempunyai sebahagian besar saham Avenue Assets, dia tidakpun mencela syarat-syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya Sekuriti ketika membuat penjualan tersebut.

Mokhzani mengumumkan penjualan semua pegangan korporatnya itu dicetuskan oleh pelbagai tohmahan yang dihumbankan kepada ayahnya yang berbentuk tidak berasas. Untuk menjaga nama baik bapanya itulah dia bertindak mahu memberikan tumpuan kepada politik. Ketika itu dia merupakan bendahari Pergerakan Pemuda UMNO. Pada bulan Jun, dia melepaskan juga jawatan itu. Oleh kerana menjual sahamnya dengan kerugian, ada beberapa faktor lain yang telah mempengaruhi tindakannya untuk keluar daripada dunia perniagaan.

Ketika Mokhzani melepaskan pegangan sahamnya untuk menumpukan perhatian kepada politik, Daim mengeluarkan satu kenyataan agar rakyat menghormati keputusan Mokhzani itu. Yang lebih menarik, bekas menteri kewangan Razaleigh Hamzah, yang satu ketika dulu merupakan pengkritik hebat terhadap pembabitan anak-anak perdana menteri dalam dunia perniagaan, telah mengeluarkan kenyataan betapa Mokhzani sepatutnya memegang terus saham-saham korporatnya. Ada desas-desus mengatakan bahawa Razaleigh memang sudah lama memasang harapan agar dilantik menggantikan jawatan Daim itu, dan memberi ruang kepadanya untuk timbul semula dalam hiraki kepimpinan UMNO.

Mokhzani telah mengalihkan saham penguasaan Pantai kepada Lim Tong Yao, seorang peniaga yang tidak menonjol yang menguasai sebuah syarikat pembuatan sabun, Paos Holdings. Lim menyatakan bahawa Pantai mempunyai ruang yang luas untuk membesar dalam bidang barangan kesihatan. Lagipun syarikat itu mempunyai pegangan berpada dalam syarikat yang banyak hutangnya, Tongkah. Pantai kemudiannya melepaskan sekitar 1,2% daripada sejumlah 16% pegangan saham dalam Tongkah, sementara Tongkah menjual pula pada kadar kerugian, 12 persen daripada pegangannya sebanyak 32.5 persen saham Pantai untuk mengurangkan bebanan hutang. Tongkah masih mempunyai bon bernilai 462.5 juta ringgit yang matang pada 2004.

Pada akhir Mei, perkhidmatan pos kerajaan, Pos Malaysia telah dijual kepada PhileoAllied. Sebelum itu tidak pun ada sebarang isyarat daripada kerajaan akan cadangan menjual institusi yang menguntungkannya itu untuk penswastaan ataupun mendapatkan peluang penyenaraiannya di BSKL dengan cara menyuntiknya kepada PhileoAllied. Malahan, adalah bukannya sukar untuk Pos Malaysia memasuki pasaran berasaskan kekuatannya sendiri, namun ahli lembaga syarikat itu dikatakan tidak berminat menyenaraikan syarikat itu pada tahun ini kerana keadaan pasaran yang lengang.

PhileoAllied perlu membayar kerajaan sebanyak 800juta ringgit untuk membeli Pos Malaysia - 550 juta ringgit dalam bentuk tunai dan bakinya setara 5% melalui bon terbitan pinjaman jenis boleh-tukar daripada kerajaan. Kerajaan boleh tukar pinjaman itu menjadi saham ekuiti, bererti kerajaan berkemungkinan menjadi pemegang saham terbesar di PhileoAllied pada satu masa dalam tempoh lima tahun. Oleh kerana Pos Malaysia diswastakan ketika Daim sedang bercuti, keputusan mengalihkan kuasa kepada PhileoAllied sudah tentu bukan keputusannya.

Beberapa isu yang membabitkan PhileoAllied, rencana penggabungan bank dan penswastaan Pos Malaysia telah mencetuskan banyak persoalan mengenai pentadbiran kerajaan dan korporat di Malaysia. Kenapakah PhileoAllied dijual kepada Maybank, yang tidak berapa berminat dengan penggabungan itu kerana ia mempunyai peluang untuk bergabung dengan satu ataupun lebih bank peneraju kecilan yang berjumlah sembilan semuanya itu? Apakah sebenarnya kriteria yang menentukan bank peneraju dan rakan gabungan mereka? Kenapakah Suruhanjaya Sekuriti mengenakan syarat terhadap PhileoAllied tetapi tidak pula terhadap Naluri sedangkan kedua syarikat ini menerima bahagian besar wang kerajaan ketika menjual asset mereka?

Kenapakah Pos Malaysia dijual secara tergesa-gesa tanpa sebarang notis, kepada sebuah syarikat yang akhirnya dikuasai oleh seorang manusia yang telah membeli syarikat-syarikat milik Mokhzani? Mungkinkah putar-belit perniagaan ini mempunyai satu kaitan kepada tergugatnya kemesraan antara Daim dan Mokhzani? Yang lebih menarik lagi, perbalahan yang tercetus antara Mahathir dan Anwar dulu berpunca daripada penentangan Anwar terhadap cadangan kerajaan untuk mengambil-alih aset daripada syarikat yang dibebani hutang kepunyaan anak Mahathir yang bernama Mirzan Mahathir.

Semua sepak terajang politik untuk menguasai aset korporat memang menunjukkan kepada beberapa pembangunan penting sejak 1998. Apabila Anwar diaibkan dan tercampak daripada UMNO, segala aset korporat yang pernah dimiliki oleh para penyokongnya telah pun diambil-alih oleh manusia yang tidak menyokongnya. Para peniaga yang mempunyai hubungan baik dengan Daim telah meraih keuntungan besar daripada pengagihan semula segala aset itu. Bersabit dengan itulah tercetusnya pelbagai perbalahan antara kelompok elitis politik dan perniagaan dan mendedahkan Daim kepada kritikan yang berbisa yang membabitkan juga ahli partinya. Yang lebih pening lagi, cubaan Daim untuk mencengkam pengaruh yang besar ke atas industri perbankan yang digabungkan itu menjadi satu punca perbalahan yang hebat antara beliau dan Mahathir.

Walaupun Daim yang sungguh berpengaruh itu sudah pun tertendang, adalah tidak mungkin kerajaan akan mengamalkan satu pentadbiran yang telus dan lebih bertanggungjawab. Kerajaan sudah pun mengumumkan 10 bank yang digabungkan itu akan dikenakan satu proses penggabungan lagi. Hanya empat hingga lima bank besar sahaja yang akan muncul daripada perencanaan terbaru itu nanti. Walaupun Daim tidak berkemungkinan mempunyai kuasa pemilik terhadap satu ataupun lebih lagi daripada satu daripada hasil penggabungan itu nanti, namun tidak ada sebab kenapa rakyat marhaen mampu beranggapan semua bank itu tidak akan dicemari lagi di masa depan.

Tanpa pemeriksaan dan seliaan kerajaan nampaknya segala rencana reformasi Mahathir tidak akan menyuntik sebarang keyakinan kepada sektor korporat Malaysia. Sebaliknya, tumpuan utama akan terfokus kepada cara mana Mahathir mahu menangani segala perniagaan para juak dan jongos Daim termasuklah segala aset dan hutang berkarat yang masih lagi dalam penguasaan mereka semua.


Tamat

Terjemahan SPAR-03-031




Asal:

http://www.feer.com/_0107_05/p050shroff.html

FEER
Issue cover-dated July 05, 2001

Daim Resignation Suggests Rift With PM

By Terence Gomez

Even after Daim Zainuddin submitted his resignation as finance minister of Malaysia in early June, most analysts remained divided over whether a rift had emerged between him and Prime Minister Mahathir Mohamad. Since Mahathir and his once most-trusted ally Daim have refused to state explicitly the reasons for the latter's resignation, speculation is rife over the factors that led to the finance minister's departure.

Events that have occurred in the corporate sector suggest, however, that the rift is serious and may be partly linked to the business affairs of Mahathir's second son, Mokhzani Mahathir. Specifically, Mokhzani's involvement in the bank-consolidation exercise seems to have affected Daim's private business interests.

Long before the onset of the financial crisis in 1997, the government had been keen to consolidate the domestic banking sector, then comprising more than 50 banks and financial institutions. When the government decided to forcibly merge Malaysia's financial institutions into just six anchor banks in 1999, there was considerable protest from the banks.

The Chinese business community was upset that the merger of some of the most enterprising Chinese-owned banks would diminish its presence in the industry. A general election was looming and Mahathir was aware that his ruling coalition needed non-Malay, especially Chinese, support to secure a strong presence in parliament. So the government decided to raise the number of anchor banks from six to 10. It was widely reported that this decision sparked a rift between Mahathir and Daim.

Before the bank-consolidation exercise was first proposed, Daim's allies had taken control of Multi-Purpose Bank from T.K. Lim, who had been closely associated with former Deputy Prime Minister and Finance Minister Anwar Ibrahim. Multi-Purpose Bank was originally supposed to be merged with PhileoAllied Bank, controlled by Tong Kooi Ong, who was also closely associated with Anwar. Although Tong only ventured into banking in 1994, he quickly developed PhileoAllied Bank into one of the most dynamic, technologically innovative banks in Malaysia. When the bank-consolidation exercise was revised, PhileoAllied Bank was re-assigned from Multi-Purpose Bank to the Malayan Banking, or Maybank, group. Maybank is controlled by Permodalan Nasional, or National Equity Corp., also known as PNB, which is chaired by the prime minister.

Another shareholder of PhileoAllied Bank was Mahathir's son, Mokhzani, who had acquired an indirect stake in the bank before the consolidation exercise was first proposed. Mokhzani's publicly listed company, Tongkah Holdings, had cross-holdings with another quoted company, Pantai Holdings. Pantai and Tongkah jointly owned a 28% stake in Phileo Land, a listed company. Phileo Land, with 18.4%, was the single largest shareholder in PhileoAllied, the owner of PhileoAllied Bank. Phileo Land was later re-named Avenue Assets.

Although Mokhzani was then close to Daim, Tong was reportedly reluctant to merge his bank with Multi-Purpose Bank. Under the revised bank-consolidation scheme, Maybank offered Avenue Assets a share-swap deal valued at 1.2 billion ringgit ($316 million) to take over PhileoAllied Bank. Avenue Assets rejected Maybank's offer as its directors felt that PhileoAllied Bank's equity was underpriced and the deal involved no cash. Avenue Assets held out for more, and eventually ensured that PhileoAllied got 1.3 billion ringgit in cash from Maybank for the bank's equity. With the sale of its bank, PhileoAllied became a cash-rich shell company.

In January, soon after the sale of PhileoAllied Bank, the Securities Commission, under the control of the Finance Ministry, informed PhileoAllied's shareholders, which included Avenue Assets, that they could not divest their interests in their now cash-rich shell company. Nor could they make any changes in substantial shareholding without the prior consent of the commission.

This stipulation by the Securities Commission was unprecedented in Malaysian corporate history. It was also noteworthy because similar conditions were not imposed by the Securities Commission on Tajuddin Ramli, Daim's former business partner, whose company, Naluri, controversially received 1.8 billion ringgit for the sale of Malaysia Airlines to the government, a takeover implemented around the same time as the PhileoAllied Bank sale.

In early April, Daim voiced his intention to take long leave, and not long after, Mokhzani announced that he intended to divest himself of all his corporate interests. Since Mokhzani's direct corporate holdings were in Pantai and Tongkah, which owned a sizeable chunk of Avenue Assets, he did not violate the conditions imposed by the Securities Commission when he sold.

Mokhzani said he was getting rid of all his corporate holdings because his involvement in business was giving rise to baseless allegations of nepotism. To protect his father's name, he had decided to focus on his involvement in politics -- he was then treasurer of the youth wing of the ruling United Malays National Organization, or Umno Youth. But in June he relinquished that post, too. Since Mokhzani sold his assets at a loss, other factors could have influenced his decision to get out of business.

When Mokhzani divested his equity holdings, ostensibly to concentrate on politics, Daim issued a statement that the public should respect his decision. Interestingly, former Finance Minister Razaleigh Hamzah, once a strong critic of the involvement of the prime minister's children in business, made a statement that Mokhzani should retain his corporate interests. Razaleigh is widely believed to harbour hopes of being appointed Daim's replacement in the Finance Ministry, thus providing him with an avenue to make a comeback in the Umno hierarchy.

Mokhzani divested his controlling stake in Pantai to Lim Tong Yong, a little-known businessman who controls a listed soap-making company, Paos Holdings. While Lim has pointed out that Pantai has a potentially profitable interest in the health-care sector, the company also has a large stake in debt-ridden Tongkah. Pantai subsequently divested 1.2 percentage points of its 16% equity in Tongkah, while Tongkah sold off, at a loss, 12 percentage points of its 32.5% equity in Pantai to help reduce debts. Tongkah also has 462.5 million ringgit worth of bonds due in 2004.

In late May, the government's postal service, Pos Malaysia was sold to PhileoAllied. There was no prior disclosure by the government of its intention to privatize the profitable Pos Malaysia or to secure a backdoor listing for it by injecting it into PhileoAllied. In fact Pos Malaysia could have secured a public listing on its own merits, but its board of directors had reportedly decided not to list the company this year because of poor market conditions.

PhileoAllied is to pay the government 800 million ringgit for Pos Malaysia -- 550 million ringgit in cash, and the balance through a five-year, 5% convertible loan from the government. The government can convert its loan into equity, so it has the option of becoming a major shareholder in PhileoAllied at any time over the five years. Since Pos Malaysia was privatized while Daim was on leave, the decision to transfer control to PhileoAllied is unlikely to have been his.

These issues involving PhileoAllied, the bank-consolidation exercise and the privatization of Pos Malaysia raise many questions about corporate and public governance in Malaysia. Why was PhileoAllied Bank sold to Maybank, which was reportedly not keen on this merger, when it could have been merged with one of the other nine smaller anchor banks? What, indeed, were the criteria for determining the anchor banks and their merger partners? Why did the Securities Commission impose conditions on PhileoAllied but not on Naluri when both firms received huge sums of government money from the sale of assets?

Why was Pos Malaysia sold, without notice, to a company that is ultimately controlled by a person who bought out the firms owned by Mokhzani? Were these corporate manoeuvrings linked to an apparent souring of the relationship between Daim and Mokhzani? Interestingly, the differences between Mahathir and Anwar were due to the latter's opposition to a proposed government acquisition of the assets of a debt-ridden company owned by Mahathir's eldest son, Mirzan Mahathir.

All this political manoeuvring for control of corporate assets does, however, point to important developments since 1998. With Anwar out of the frame following his expulsion from Umno, corporate assets owned by his allies have been taken over by men not aligned to his faction. Businessmen linked to Daim appear to have benefited most from redistribution of these assets. That, in turn, precipitated disputes between political and business elites and exposed Daim to severe criticism from even his own party members. More important, Daim's attempt to secure overwhelming influence over the consolidated banking industry was a major cause for the rift between him and Mahathir.

Although the influential Daim is out of favour, it is unlikely that the government will practise a more transparent, accountable form of governance. The government has announced that the 10 anchor banks will be put through another consolidation exercise. Only four or five banks are expected to emerge from this new consolidation. Although it is unlikely that Daim will secure control or ownership of one or more of these enlarged financial institutions, there is no reason why the Malaysian public should believe that these banks will not be abused in future.