Laman Webantu   KM2A1: 4893 File Size: 13.3 Kb *



TAG SP 191: Tenaga Bertahan [Asiaweek]
By Arjuna Ranawana

5/7/2001 7:42 am Thu

[Pelancaran Puteri Umno adalah bertujuan untuk mendekati dan meraih sokongan golongan muda yang telah lama tidak diberi fokus oleh Umno dengan sedikit lainnya. Pengalaman interaksi dua hala ala NGO Azalina cukup berguna untuk Umno menggoda sasarannya kerana Umno kelihatan aktif secara bermusim sahaja. Penubuhan Puteri telah menempelak Wanita Umno kerana itu petanda Wanita sudah gagal berfungsi sebaiknya dan tidak boleh diharap lagi untuk menjamin kemenangan Umno. Rakyat perlu didampingi sentiasa agar dapat memahami kehendak mereka. Dengan itu Umno akan dapat mengubah rentak mengikut irama semasa. Disinilah Azalina memainkan peranannya kerana Wanita Umno lebih kelihatan bersendiri sesama mereka sahaja.

Besar kemungkinan Puteri dilancarkan untuk mencuri kaum hawa yang mungkin cenderung untuk memasukki parti keADILan..... kerana mereka yang condong kepada PAS tentu sukar untuk menerima Azalina sebagai pemimpin teladan.
- Editor
]


Terjemahan SPAR-03-032


FEER Edisi Julai 6, 2001.

Tenaga Bertahan

(Defense Force)

Oleh: Arjuna Ranawana

Azalina Othman Said tiba di bilik itu untuk menghulurkan tangannya sambil senyuman menguntum di wajahnya. Di bahagian belakang beliau dalam bilik gym pusat kemasyarakatan di Kuala Lumpur itu, terdapat beberapa wanita muda yang bergiat mengangkat berat. Yang lainnya melakukan pergerakan tae-kwondo. Azalina ialah seorang peguam, dan mempersilakan kami memasuki sebuah pejabatnya yang kecil sahaja ruangnya tetapi merupakan ibupejabat sementara Puteri, pergerakan sayap politik terbaru dalam UMNO. Beliau sudahpun berusia 37, ketika dipilih sendiri oleh Mahathir untuk mengetuai sayap terbaru parti itu agar mampu menarik minat wanita muda untuk menyokong parti. Kemasukannya secara melonjak itu telah dicemuh oleh ramai wanita UMNO yang lain, dan diperhatikan dengan sindiran oleh pihak pembangkang. Malahan sudah muncul soalan terbuka mengenai seksualitinya dalam akhbar. Dia telah menafikan bahawa dia mempunyai kecenderongan seorang yang bernaluri l#####n, 'Saya tahu betapa besar risikonya,' kata Azalina. Memang, bukan dia seorang yang beranggapan begitu.

Ketika Mahathir melancarkan perang terhadap politik wang menjelang perhimpunan tahunan UMNO pada 21-23 Jun dulu, ramai perwakilan yang tertarik dengan usaha itu. Para pemimpin 'sudah pun mula sedar,' kata Zulkifli Alwi, timbalan setiausaha Pemuda UMNO. UMNO kini mampu bersidang tanpa banyak ketegangan untuk para perwakilan memberikan tumpuan terhadap masalah parti kekurangan sokongan dan merencana satu strategi untuk memenangi pemilu 2004. Namun, setelah berjaya memintas sebarang usaha mencerca kepimpinannya, Mahathir telah berpaling kepada satu tema yang biasa dijadikannya tajuk ucapannya kepada para perwakilan. Orang Melayu itu kumpulan yang tidak tahu berterima kasih, pemalas, korup dan tidak bersatu, demikianlah katanya. Malahan bukan itu sahaja, dia telah menyatakan pendirian untuk terus berkhidmat dan tidak akan bersara selepas pemilu nanti.

Kesannya, ialah kekelaman parti yang semakin mereput walaupun kegiatannya masih wujud. Mereka yang menunggukan giliran - terutama sekali Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi - mendapati tempoh percubaan (aperantis) dilanjutkan tanpa ada tepiannya. Yang lebih teruk lagi, persepsi bahawa Mahathir sudah tidak lagi berpegang dengan bumi nyata terhadap budaya politik Melayu itu terus bertiup kencang. 'Kami membazirkan terlalu banyak masa menuntut kesyukuran generasi muda,' kata Zulkifli. 'Orang melayu telah melalui anjakan paradigma. Mereka mahu serbatahu apa yang telah berlaku, dan menyalahkan mereka sudah tentu tidak akan laku.' Sememangnya perwakilan tidak mendengar bagaimana Mahathir bercadang menangani masalah keresahan warga muda luar bandar, ataupun bagaimana mahu membetulkan ekonomi negara yang dikatakan akan semakin merosot tahun ini. 'Lagi banyak UMNO membebel akan sejarah silam, lebih besar kemungkinannya UMNO sendiri akan menjadi kelam," kata P. Ramasamy, seorang professor sains politik di Universiti Kebangsaan.

Jadinya, Azalina merupakan salah satu caranya bagaimana UMNO merancang untuk memancing undi. Mungkin Mahathir telah terdengar gema suaranya sendiri dalam jiwa 'gadis' yang lantang bersuara ini. Apapun perlantikan beliau adalah satu muslihat politik. Lebih separuh daripada pengundi di Malaysia adalah wanita dan pada 2004 nanti, 26% penduduk negara adalah di kalangan mereka yang berusia antara 21-35 tahun. Ramai wanita profesional takut akan kebangkitan PAS, yang mempunyai ideologi yang tidak dianggap mesra terhadap wanita di khalayak ramai. 'Sebenarnya kami memang takutkan PAS,' kata Masnita Abdullah, seorang pegawai syarikat di Kuala Lumpur. Azalina ada berkata: 'Cabaran terbesar saya ialah menyarankan agar golongan muda - golongan wanita - menerima UMNO sebagai sebuah parti yang masih relevan.'

Ini bukannya satu kerja yang mudah. Sebagai anak kepada pegawai kerajaan, Azalina menceburkan diri dalam pergerakan wanita sebaik sahaja pulang selepas menggenggam ijazah sarjana dalam perundangan daripada London School of Economics. Dia menganggotai UMNO sepuluh tahun yang lalu, dan bersikap lantang mengkritik sistem pemerintahan - terutama sekali mengenai hak asasi wanita. Pada 1995, dia daftar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Women's Sport dan Fitness Foundation. Sejak itu dia menjadi semakin dikenal sebagai juara tae-kwondo yang bertali-pinggang hitam dan seorang peguam mahkamah syariah. 'Saya mahu lakukan sesuatu untuk memperkasakan wanita dan bukan bercakap sahaja mengenainya.' Demikian keyakinan Azlina. Ivy Josiah daripada kumpulan aktivis WAO ada berkata: 'Azalina telah menjadikan peralihan daripada seorang peguam kepada seseorang yang mahu melaksanakan reformasi dalam perundangan.'

Para pengumpat berkata bahawa Azalina hanya merupakan bahan menceriakan suasana. Dia tidakpun mempunyai sokongan akar umbi dalam parti, dan juga di kalangan kumpulan wanita yang sudah berusia. Pergerakan wanita sudah mencemuhkan usahanya. Pas menganggap kerja-kerja Azalina sebagai 'satu usaha desperado' yang tidak akan berjaya. Pemimpin wanita Keadilan, Fuziah Salleh, berpendapat cara pendekatan Azalina yang garang tidak melayakkannya menjadi sebagai pemimpin contoh untuk wanita Islam. Para pengkritik dalam UMNO berpendapat, walaupun Azalina mampu menarik hati kumpulan muda di bandar-bandar, dia tidak akan mampu mempengaruhi penduduk di perkampungan. Dina Zaman, seorang kolumnis Malaysiakini, berkata kumpulannya memang mengkagumi Azalina, tetapi masih ragu akan pendekatan politiknya. 'Kami memerhatikannya di tepian dan memerlukan masa untuk berfikir sebelum turut serta,' kata beliau lagi.

Mahathir terus menggalakkan Azalina - sepertimana dia menyokong aktiviti anaknya Marina dalam kegiatan bidang pencegahan AIDS. Puteri UMNO akan dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan. Azalina sudahpun dilantik menganggotai Majlis Tertinggi UMNO. 'jangan hakimi saya berasaskan pakaian ataupun rupa saya,' kata beliau. "Hakimilah saya berdasarkan kerja yang saya laksanakan.' Ramai pengamat berkata, kata-kata Azalina seperti itu merupakan asas apa sebenarnya akan terjadi kepada UMNO pada masa hadapan.

Tamat

Terjemahan SPAR-03-032




Asal:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/ magazine/nations/0,8782,165852,00.html


Asiaweek
Issue 6th July 2001

Defense Force

One of Mahathir Mohamad's hopes for rebuilding his party is an uncompromising feminist with a love of martial arts. But can Azalina kick hard enough?

By ARJUNA RANAWANA

Azalina Othman Said strides across the room and extends a strong hand backed by a warm smile. Behind her, in a Kuala Lumpur community center gym, young women work out with weights. Others practice taekwondo moves. Azalina, a lawyer, leads the way briskly to her small office - the temporary headquarters of Puteri, the newest wing of Malaysia's ruling party. At 37, she has been called the new face of the United Malays National Organization, hand-picked by Prime Minister Mahathir Mohamad to lead Puteri and to attract young women into the fold. Her sudden elevation has drawn sniping from other UMNO women, dismissive snorts from the opposition and an open questioning of her sexuality in the press. She has denied she is gay. "I know I am risking a lot," says Azalina. She's not the only one.

When Mahathir declared war on money politics on the eve of the June 21-23 UMNO general assembly, most delegates were impressed. Leaders "have gone out of the denial mode," said Zulkifli Alwi, deputy chief of UMNO Youth. UMNO could now sit down soberly over the remaining assembly days, take stock of its waning popularity and devise a strategy for winning the 2004 general election. But having ambushed any complaints about his leadership, Mahathir then returned to a more familiar theme when he addressed delegates. Malays were ungrateful, corrupt, lazy and disunited, the prime minister said. Not only that, he was thinking of sticking around for a while rather than retiring after the next poll.

The resulting party gloom was discreet, but palpable. Those awaiting their turn in power - particularly Deputy Prime Minister Abdullah Badawi - saw their "apprenticeships" extended indefinitely. Worse, the perception of Mahathir as out of touch with the Malay body politic was merely enhanced. "We are wasting too much time demanding gratitude from our younger generation," says Zulkifli. "The Malays have gone through a paradigm shift. They want an accounting, and faulting them is not going down too well." Indeed, the assembly heard very little about how Mahathir plans to staunch a rising tide of rural and youth dissatisfaction, or how to turn around a shaky economy that is forecast to deteriorate further this year. "The more UMNO harps on history, the more it might be history," observes P. Ramasamy, a political science professor at the National University of Malaysia.

Azalina, then, represents one of the few UMNO moves that might conceivably translate into votes. Perhaps Mahathir heard an echo of himself in this unconventional, outspoken Malay woman. In any case, her appointment was canny politics. More than half of Malaysia's voters are women and, by 2004, 26% of the population will be aged 21-35. Many professional women dread the rise of leading opposition group Parti Islam SeMalaysia (Pas), whose ideologues look askance at women in public life. "Frankly we are terrified of Pas," says Masnita Abdullah, a company executive in Kuala Lumpur. Says Azalina: "My biggest task is to make young people - young women - see UMNO as a party that is still relevant."

It's a tough job. The daughter of civil servants, Azalina plunged into Malaysia's fledgling feminist movement soon after gaining her Master's in law from the London School of Economics. She joined UMNO 10 years ago, but has been bold enough to criticize the system - especially over women's rights. Since forming a non-government group called the Women's Sports and Fitness Foundation in 1995, the black belt taekwondo master also has won considerable respect as a civil and Islamic litigator. "I wanted to do something to empower women, not just talk about it," says Azalina. Remarks Ivy Josiah from the activist group Women's Aid Organization: "Azalina has made the transition from being just another lawyer to someone who wants to actually make reforms in the law."

Detractors say Azalina is mere UMNO window dressing. She has no power base in the party, and even the senior women's group, Wanita, has been hostile toward her. Pas calls Azalina a "desperate measure" that won't work. The women's leader of opposition party Keadilan, Fuziah Salleh, claims Azalina's hard-line feminist stance makes her a poor role model for Muslim women. Critics in UMNO think that while she might appeal to urban youth, she will have trouble reaching rural people in the villages. Dina Zaman, a columnist for Internet newspaper Malaysiakini, says her peers admire Azalina but are wary of her politics. "We're waiting on the sidelines and thinking before we jump in," she adds.

Mahathir continues to encourage Azalina - just as he supports his daughter Marina, a high-profile AIDS activist. Puteri-UMNO will be officially inaugurated next month, and Azalina already has been appointed to the UMNO Supreme Council. "Don't judge me by what I wear and how I look," she says. "Judge me by my work." Upon that verdict, some say, hinges much of UMNO's future.