Laman Webantu   KM2A1: 4896 File Size: 5.7 Kb *



TAG SP 192: Kenyataan Hadi Sejajar Dengan Manifesto BA
By Penyokong BA

5/7/2001 5:13 pm Thu

[Pihak BA perlu membuang apa yang keruh dan mengambil apa yang jernih. Tetapi itu semua bukannya di dada akhbar milik Umno yang penuh dengan agenda. Selain itu jangan lupa setengah yang keruh itu berada di dalam parti sendiri juga mungkin kerana tiada usaha yang serius untuk mengikisnya atau mereka telah terpedaya oleh putarbelit pemimpin Umno.

Mungkin perkataan berbalah atau bertengkar itu tidak sesuai. Ia cuma satu silap faham sahaja yang dibesar-besarkan oleh pihak tertentu. Sepatutnya pihak BA tidak terikut oleh rentak itu dan tidak membiarkan pemimpin bawahan membuat kenyataan secara melulu. - Editor]


Malaysiakini

Terjemahan SPAR-09-013


Kenyataan Hadi Sejajar Dengan Manifesto BA

(Hadi's statement consistent with BA manifesto)

Oleh: Penyokong BA


Sebagai seorang penyokong kuat Barisan Alternatif, saya tidak mahu perbalahan yang sedang berlaku di antara DAP dan PAS terhadap isu Negara Islam menjadi bertambah buruk sehingga menjejaskan perpaduan BA dalam menghadapi Barisan Nasional. Oleh hal yang demikian saya ingin mengemukakan beberapa pendapat dengan harapan dapat menjernihkan kembali suasana yang berbangkit dari isu tersebut.

Perbalahan tersebut bermula daripada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Hadi Awang (PAS), sebagaimana yang disebut oleh beberapa akhbar pada minggu yang lalu dan bagi saya kesahihannya amat diragukan. Ia telah membangkitkan respon yang keras dari Karpal Singh (DAP).

Namun apa sebenarnya yang telah diperkatakan oleh Hadi? Dari maklumat yang dapat saya kumpulkan, Hadi telah membuat kesimpulan bahawa seandainya sebuah kerajaan baru dapat didirikan oleh BA selepas tahun 2004, PAS akan secara beransur-ansur memperkenalkan undang-undang Islam kepada orang-orang Islam - iaitu menukarkan undang-undang sivil yang masakini kepada undang-undang Syariah bagi mentadbir orang-orang Islam atau memperkenalkan Hudud untuk menggantikan undang-undang jenayah masakini yang dikenakan terhadap orang-orang Islam.

Bagi orang-orang bukan Islam pula, mereka boleh memilih untuk terus ditadbir oleh undang-undang jenayah dan sivil yang sedia ada. Dengan lain perkataan undang-undang Islam dan undang-undang yang sedia ada akan berkuatkuasa bersama-sama, seperti juga di bawah sistem masakini yang tidak memaksakan undang-undang Syariah ke atas orang-orang bukan Islam.

Saya merasakan bahawa apa yang difikirkan oleh Hadi adalah untuk memperkenalkan undang-undang Islam di kalangan orang-orang Islam sahaja dan bukannya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam semata-mata. Dari itu kenyataan Hadi adalah sejajar dengan manifesto BA iaitu ''..untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih baik melalui penyediaan infrastruktur, pendidikan dan perundangan ke arah memperkukuhkan Islam sebagai satu cara hidup di kalangan orang-orang Islam, di samping memastikan hak-hak orang-orang bukan Islam untuk terus mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing..''

Maka biarlah kewarasan akal terus diamalkan di kalangan para pemimpin BA kita. Saya merayu kepada mereka agar menyelesaikan isu yang mengelirukan ini secepat mungkin agar perpaduan kita tidak akan tergugat dalam menghadapi musuh kita yang satu, BN.


Terjemahan SPAR-09-013




Asal:

http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/07/2001070409.php3

Wednesday July 4

Hadi's statement consistent with BA manifesto BA Supporter

3:35pm, Wed: As a strong supporter of Barisan Alternatif, I do not want the ongoing row between DAP and PAS over the issue of the Islamic state to escalate to the detriment of BA's solidarity in facing Barisan Nasional. In this regard I would like to offer some thoughts with the hope of clearing some air on the issue.

The row started over a statement made by Ustaz Hadi Abdul Awang of PAS, quoted by several newspapers last week and the authenticity of which I strongly doubt. It evoked a strong response from DAP?s Karpal Singh.

But what was really said by Hadi? From what I gleaned, Hadi was inferring that should a new government be set up by BA after 2004, PAS will gradually introduce Islamic laws to the Muslims - i.e. replacing the present civil laws to Syariah laws governing the Muslims or even introduce Hudud to replace the present criminal laws that Muslims are subject to.

As for the non-Muslims, they can opt to be governed by the present criminal and civil laws. In other words the Islamic laws and the present laws will co-exist, just like under the current system which does not subject the non-Muslims to Syariah laws.

I think what Hadi had in mind is the introduction of Islamic laws governing the Muslims only and not the creation of an Islamic state per se. Thus Hadi's statement is consistent with the BA manifesto which is "...to create a favourable atmosphere through the provision of infrastructure, education and legislation towards affirmation of Islam as a way of life among Muslims, while ensuring the rights of non-Muslims to practice their respective religion or beliefs..."

So let common sense prevail among our BA leaders. I am appealing them to clear up this misunderstood issue quickly so as not to jeopardise our solidarity in facing our common enemy, the erstwhile BN.