Laman Webantu   KM2A1: 4897 File Size: 28.0 Kb *



TAG SP 193: Mahathir Menjaja Pembohongan Kepada Pelajar
By Kim Quek

5/7/2001 6:14 pm Thu

[Mahathir mempersalahkan orang lain sahaja dan ingin menjajanya kepada pelajar. Pelajar Malaysia tidak pernah mengganas menentang kerajaan yang ada - tidak seperti pemuda Umno yang bukan sahaja membawa sepanduk mandi darah malah ingin membakar dewan kerana memarahi Suqui. Bukan itu sahaja, Puteri Umno pula mahu mengganyang TNC yang disukai oleh ramai pelajar. Itu satu campurtangan politik dalam universiti yang amat tidak wajar dan terlalu kurang ajar. Malah makin pelik lagi bila kedua-dua berdebah ini muncul di UM sedangkan tiada sesiapa mengundang mereka.

Saranan Mahathir langsung tidak ideal dan bertentangan dengan tajuk simposium itu sendiri. Negara yang dirundung malang sekarang memerlukan idea yang bernas yang selalunya berputik di universiti. Banyak negara menjadi maju kerana pelajarnya menyumbang kepada perkembangan minda negara - bukannya menyumbang undi sahaja. Demokrasi bukan setakat mengundi kerana ia bagai seorang manusia yang ada tangan tetapi tidak ada mulut untuk bersuara. Ini akan melahirkan masyarakat yang cacat mindanya - agar Mahathir dapat terus menipu dan memperdaya. - Editor]


Terjemahkan SPAR-08-004?


Mahathir Menjaja Pembohongan Kepada Pelajar

(Mahathir Feeds Fallacies to Students)

Oleh: Kim Quek


03.07.2001.

Ucapan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kepada pelajar pada 1 Julai 2001 bolehlah dirumuskan seperti berikut:

'Jangan campuri politik, jangan campuri cara saya menguruskan negara, atau anda akan hancurkan Negara ini dengan rusuhan pembangkang, seperti yang dilakukan oloeh pelajar-pelajar Indonesia. Seandainya anda tidak berapa puashati dengan alam sekeliling, dengan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat, dengan apa yang dikatakan korupsi, kronisme, penyalahgunaan wang dan projek mega, eloklah patuhi sistem demokrasi dengan mengundi pada pilihanraya umum (sekali setiap lima tahun), dan janganlah melakukan apa-apa lagi untuk menentang kerajaan.'

Sebelum menganalis ucapan itu, adalah baiknya kalau kita ambilkira latar belakang perkara itu semua.

Ucapan itu dihidangkan dalam satu simposium yang diberi nama 'Penegasan Arah Tuju Idealisme Mahasiswa Di Alaf Baru' di Dewan Perdanasiswa Universiti Malaya (universiti perdana di negara ini) di mana Dewan Tunku Chanselor telah terbakar beberapa hari yang lalu. (Mengikut rancangan asalnya, Mahathir dijadualkan berucap di dewan itu) Simposium itu telah ditaja oleh sekutu politik yang ikrab, bekas ketua menteri Melaka yang telah diturunkan setelah terlibat dengan skandal rasuah dan merogol seorang gadis bawah umur.

Oleh kerana adanya tentangan warga pelajar universiti yang membantah lawatan Mahathir itu dan juga kepada simposium tersebut; dan dikelamkan lagi oleh episod pembakaran dewan yang dikatakan disebabkan perbuatan khianat; keselamatan telah diperketatkan dengan pengembelingan sekitar 200 anggota polis di kampus. Kumpulan yang datang telah diramaikan lagi oleh kehadiran beratus-ratus penyokong parti pimpinan Mahathir yang diuruskan oleh pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.

Berbalik kepada ucapan itu, adalah satu ironis bahawa intipati ucapan Mahathir itu menjadi satu antitesis (pertentangan) kepada impian yang disarankan oleh tajuk simposium yang membangkitkan idelisma warga pelajar di universiti.

Sesabuah universiti ialah menara pembelajaran di mana pencapaian akademik menjadi satu hambatan. Pelbagai mata pelajaran didedahkan termasuklah falsafah, ugama dan politik. Untuk membolehkan penyuburan ilmu pengetahun ke tahap yang maksimum, sesabuah universiti itu mestilah menjadi satu taman nirwana untuk pendidikan di mana wujud otonomi dan suasana kebebasan (kecuali untuk mereka yang melanggari undang-undang) untuk mencari ilmu pengetahuan, untuk berfikir dan menyerlahkan pendirian. Ia seharusnya bebas daripada sebarang eksploitasi daripada sektor politik ataupun komersial masyarakat kita.

Dalam masyarakat yang lebih maju, seperti yang terdapat di Amerika Syarikat, Switzerland, ataupun Australia, sesabuah universiti itu ialah satu tempat yang penuh ketenangan untuk belajar, tanpa adanya cemaran politik. Namun, di negara yang lebih miskin sistem politik dan sosial sudah menjadi terjejas dan muncul sebagai satu hambatan kepada pencapaian kecermelangan rakyatnya dan juga sumber negara, menyebabkan institusi universiti mengambil peranan yang bermakna dalam menentukan arahtuju kemajuan negara. Kerana itu ia kerap menjadi kawah menggelegak di mana pelbagai ideologi politik dicerna dan diperincikan, dan di mana gerakan untuk meransang perubahan dalam suasana berpolitik dilancarkan.

Apabila wujud kerajaan totaliter yang korup di mana rakyatnya sudah kehilangan kebebasan mereka dan segala upaya untuk menyuarakan keinginan untuk berpolitik, para pelajar universiti yang mempunyai ilham berpolitik yang tinggi kerap menjadi peneroka untuk bersuara lantang dan melancarkan gerakan tunjuk perasaan dengan tujuan mahukan pembaharuan. Pergerakan begini selalunya mampu mengatur rentak dan momentum yang menghebat sehingga mampu menumpaskan regim yang tidak disukai oleh rakyat, akhirnya. Contoh yang menonjol ialah: kejatuhan beberapa diktator militer di Korea Selatan dan Thailand, Shah Iran, mantan Presiden Marcos dan Estrada di Filipina dan Suharto di Indonesia.

Memang tidak ada salahnya apabila warga pelajar berminat dengan politik. Malahan, dalam sebuah negara membangun yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendah, di mana sistem politik amat rapuh dan kerajaan mudah korup dan mereput, universiti merupakan tempat utama untuk menetaskan pemikiran dan mencetuskan gerakan menuntut reofrmasi kerana di sanalah letaknya banyak daya fikir, yang paling idealistik dan diharapkan juga yang paling berani untuk menyuarakan tuntutan perubahan. Para professor dan pelajar universiti yang memberikan tenaga dan membuat pengorbanan untuk menyelamatkan negara mereka, di luar tugas utama mereka terhadap akademia, adalah lambang patriotisma di tahap yang tertinggi. Melalui semangat patriotisma yang beginilah yang menyelamatkan China daripada kehilangan kedaulatan negaranya kepada serangan asing dalam sejarah peradabannnya. Pada kali yang pertama ialah dengan kejatuhan Dinasti Manchu di abad yang lalu, dan pada pusingan kedua pula ialah melalui kekalahan regim Kuomintang yang korup selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Ada satu contoh yang baik berlaku di Singapura. Idealisma politik dan keberanian untuk mengorbankan diri yang dilaksanakan oleh para pelajar sekolah cina di Singapura pada 1950-an dulu telah menolong PAP untuk melemahkan penjajah dan musuh yang lainnya, sehingga memberikan kemenangan dan seterusnya mencapai kejayaan dalam membangunakan satu negara bebas yang berjaya.

Sambil menjana minat berpolitik, warga pengajar dan pelajar universiti akan gagal dalam usaha mereka menyumbang kepada negara hanya seandainya mereka membiarkan minat berpolitik itu menjejaskan kesan pencapaian akademik mereka. Perkara ini mudah dielakkan, seandainya wujud jatidiri, dan kepintaran memprioritas (memberikan keutamaan) serta susun atur masa yang terselia. Terlalu banyak contoh yang boleh diambil daripa pengalaman pemimpin dunia yang unggul yang telah memberikan pujian kepada kejayaan negara mereka terhadap pembabitan berpolitik ketika menjadi pelajar di universiti. Sebaliknya, sesabuah negara membangun yang tidak ditadbir dengan baiknya, ketiadaan idealisma berpolitik di insituti pengajian tinggi memberikan bayangan betapa negara itu akan terus dihantui masalah masa depannya, disebabkan warga terpelajar di kalangan muda-mudi negara itu sudah tersasara jauh ke kancah kehaprakan, sehingga menafikan peluang negara menonjolkan calon kepimpinan yang berwibawa.

Sudah menjadi satu hakikat, betapa sebilangan besar warga pelajar universiti di negara ini amat membenci Mahathir kerana gelagatnya mengaibkan Anwar Ibrahim dan kerana kerakusannya menjahanamkan demokrasi negara ini denan cara menjahanamkan pentadbiran negara. Itulah sebabnya beliau mendapati pentingnya mementaskan simposium itu dengan membawa masuk beribu ahli UMNO untuk menghadiri apa yang sepatutnya satu himpunan khas warga pelajar (sedangkan himpunan seperti itu adalah amat bercanggah dengan ketegasan Mahathir bahawa politik tidak seharusnya dibiarkan cambah di kampus).

Ketegasan pelajar universiti memang patut dipuji, memandangkan kerakusan parti yang memerintah mencengkam media massa untuk menyibarkan propaganda yang penuh kepalsuan untuk membohongi rakyat. Sikap para pelajar itu berpendirian bebas memberikan bayangan betapa mereka mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pengamatan yang kritis, dibantu secara bertahap oleh aliran maklumat alternatif melalui ruang siber.

Ucapan Mahathir itu sememangnya berhasrat untuk melunturkan tentangan para pelajar terhadap beliau. Namun, segala fakta dan logika beliau dipenuhi terlalu banyak pembohongan yang boleh dirakamkan seperti berikut:


1. Mahathir membayangkan betapa penentangan para pelajar terhadapnya sebagi usaha menghancurkan negara melalui cara yang ganas.

Ini adalah satu tuduhan yang sungguh haprak.

Pertama, selama ini para pelajar hanya turut serta dalam himpunan aman, yang sememangnya dibenarkan oleh perlembagaan. Sebarang keganasan yang tercetus dalam peristiwa itu selalunya berpunca daripada keganasan polis, pasukan gerak gempur, dan anggota para-militier, dan bukannya daripada pelajar ataupun peserta di kalangan orang awam.

Kedua, seandainya Mahathir mundur, ataupun kerajaannya tumpas disebabkan gesaan tekanan rakyat, ia tidak membawa erti negara ini dan warisannya akan turut hancur lebur seperti yang didakwa oleh Mahathir. Sebaliknya peristiwa seperti itu adalah satu rahmat kepada negara ini, kerana dari situ nanti akan terhumban segala bentuk kepimpinan pincang yang korup (seperti yang diperakuinya) dan lembab untuk diganti dengan kepimpinan yang lebih bermaruah dan berkaliber. Jikalau ktia mahu bercakap mengenai warisan negara, Mahathir adalah manusia yang telah menghancurkannya kerana sebelum itu di zaman Husin Onn, Tun Razak dan Tunku, perkataan politik wang dan kronisme adalah perkataan yang tidak pun didengari, korupsi amat jarang sekali dan badan kehakiman negara diberikan kehormatan yang paling tinggi menyeluruhi negara-negara Komanwel dan seantero dunia, berbanding dengan masalah kejijikan yang menyelimuti negara di mana Malaysia diberikan taraf yang sama dengan politik wang, dan kronisme dan badan kehakiman diperlekehkan dan dicemuh, terutama sekali setelah berlakunya kejijikan penghakiman episod Anwar.


2. Mahathir menyalahkan suasana politik dan kepincangan ekonomi Indonesia kepada para pelajar yang menunjuk perasaan jalanan dan memberi amaran bahawa perkara yang sama akan berlaku di Malaysia seandainya pelajar di sini menunjuk perasaan di jalanraya.

Pertama, nasib yang murung melanda rakyat Indonesia kini bukannya disebabkan para pelajar, tetapi kerana pemerintahan yang otokratik dan sungguh korup yang dilakukan oleh bekas presiden Suharto. Sepanjang pemerintahan Suharto yang haprak itu korupsi sudah begitu terpahat disetiap lapisan masyarakat Indonesia yang kini memerlukan beberapa tahun lagi untuk membina semula satu pentadbiran yang berwibawa untuk membolehkan negara itu bangkit semula, membangun ke jalan yang selesa dan bersih pertumbuhannya. Hanya dengan cara ini barulah negara itu dapat menonjolkan satu barisan kepimpinan yang cekap dan bersih untuk mempelopori kemajuan negara.


Berbeza dengan apa yang diucapkan oleh Mahathir, para pelajar Indonesia, telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada negara mereka dengan membantu menjatuhkan satu pemerintahan diktator yang rakus untuk mengembalikan suasana demokrasi. Ini adalah satu tugas yang amat sukar dalam sebuah negara yang kecil yang mempunyai satu masyarakat yang bersahaja. Apabila ia dilaksanakan di Indonesia ia merupakan satu peranan yang menakjubkan yang penuh dengan cabaran serta banyak kesangsiannya. Apalagi kalau diambil kira luas negara itu dan kepalbagaian kedaerahan, rakyat dan budaya serta institusi negaranya yang lemah pentadbirannya hasil warisan pemerentah yang terdahulu.


Kedua, keadaan di Malaysia amat berbeza dengan Indonesia. Tunjuk perasaan secara aman oleh pelajar universiti Malaysia membantah salahlaku kerajaan akan membantu membetulkan arahtuju negara ke jalan yang benar dengan mendesak kerajaan membetulkan kesilapannya dan sedar betapa rakyat marhaen amat perihatin kepada segala kerakusannya. Bercanggah dengan saranan Mahathir, sikap ketegasan para pelajar dan rakyat marhaen kepada korupsi yang berleluasa dan salahguna kuasa yang akan menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke kancah kemusnahan yang kini melanda Indonesia.


Kita boleh menerima pakai saranan Mahathir yang berpendapat bahawa para pelajar mungkin tidak selalu betul dalam kritikan mereka terhadap kerajaan. Akan tetapi, jika demikian halnya, kerajaan boleh mengatasi masalah ini dengan mudahnya dengan memberikan gambaran keadaan sebenar kepada para pelajar dan masyarakat awam. Oleh kerana Kerajaan menguasai sepenuhnya segala bentuk media massa, sebarang bantahan pelajar seharusnya tidak menjadi satu cabaran besar kepada kerajaan, apatahlah lagi seandainya kerajaan itu benar dan jujur. Akan tetapi, seandaianya telah terjadi perlakuan jenayah yang serius, seperti kepimpinan kerajaan terbabit dalam pengaiban mantan timbalan perdana menteri melalui kerenah konspirasi politik, ataupun korupsi yang berleluasa dan salahguna kuasa, makanya adalah satu kemestian kalau-kalau kepimpinan kerajaan itu menjadi tergugat dan gelabah terhadap sebarang pertanda kebangkitan rakyat marhaen, kerana takutkan terdedahnya kebenaran yang membolehkan kebangkitan marhaen itu merebak ke satu tahap yang tidak terkawal lagi.

Gelagat histeria Mahathir mencemuh himpunan pelajar secara aman sebagai rusuhan untuk menhancurkan negara adalah satu gambaran kepada kategori sikap kesangsian yang baru disebut tadi.


3. Apabila para pelajar mengadu terhadap korupsi, kronisma, salah guna kuasa dan pembaziran projek mega, Mahathir menasehati mereka agar bersabar dan tunggu giliran mereka pula, ataupun sebagai alternatif, menghormati sistem demokrasi dengan tidak menentang kerajaan selain daripada melaksanakan tugas mengundi pada pilihanraya umum (sekali setiap lima tahun) untuk menentukan perubahan yang mereka impikan.

Fahaman Mahathir terhadap demokrasi ialah setakat mempunyai hak mengundi pada pilihanraya, dan bukannya kepada hak membantah antara pilihanraya itu. Inilah cadangan yang tongong dan boleh ditertawakan.


Peringatan beliau agar pelajar memerhatikan sahaja negara mereput daripada satu krisis keyakinan kepada yang lagi satu adalah untuk membolehkannya terus memerintah tanpa gangguan.

Di waktu yang sungguh mencabar ini, ketika negara dilanda gelombang revolusi ICT dan kebebasan pasaran yang pasti akan tiba, kita sepatutnya tidak boleh leka dan alpa untuk menentukan negara maju ke hadapan pada satu hala tuju yang baru yang bersesuaian untuk menangani segala cabaran yang datang dan menanganinya dengan penuh keyakinan.


Kim Quek

Terjemahkan SPAR-08-004?




Asal:


MAHATHIR FEEDS FALLACIES TO STUDENTS

03.07.2001

Prime Minister Mahathir Mohamad's speech to university students on 1st July , 2001 can be summarized in a nutshell as:

"Stay off from politics, don't meddle into the way I am running this Country, or else you will destroy this Country with your violent opposition, the way Indonesian students did. If you are not happy to see what you consider as corruption, cronyism, abuse of power, wasteful mega projects etc, then adhere strictly to the democratic system by casting your votes in an election (once every 5 years), and refrain from doing anything else to oppose the government."

Before analysing into this speech, it is pertinent to take note of the backdrops to it.

The above speech was delivered in a symposium called "Reaffirming the Idealism of Undergraduates in the New Millennium", and it took place in the University of Malaya (the premier university in this Country) where the Tunku Canselor Hall was gutted down only a few days ago (Mahathir was originally scheduled to make his speech in this Hall). The symposium was sponsored by Mahathir's close political associate, a former Chief Minister of Melaka State, who was toppled in a scandal involving corruption and statutory rape.

Due to strong student opposition to Mahathir's visit and to this symposium, and amidst speculation of arson to the burnt Hall, security was stepped up with the presence of some 200 policemen in the campus. And the audience was bolstered with hordes of young supporters from Mahathir's own political party - from UMNO Youth and Puteri UMNO.

Coming back to the speech, it is ironical that the main thrust of Mahathir's speech should be the antithesis to the very ideal that the title of the symposium evokes the idealism of university students.

University is the highest seat of learning where academic excellence is pursued. And the subjects include philosophy, religion and politics, among others. For knowledge to flourish to the maximum, university must be made a sanctuary of learning, so to speak, where there is autonomy and an atmosphere of freedom (save those infringing the laws) to pursue knowledge, to think and to express oneself. It must be free from exploitation from either the political or commercial sector of our society.

In advanced societies, such as those in US, Switzerland or Australia, university is a place of tranquility for learning, with absence of political agitation. However, in poorer countries where the political and social system is defective and a hindrance to the realization of the potentials of its people and its resources, then the university assumes a significant role in the political progress of the country. It is often the hotbed where political ideologies are conceived and perfected, and where agitation for political changes is initiated.

In the case of corrupt totalitarian governments where the people have lost their freedom as well as the means to express their political will, university students with lofty political ideals often pioneer vocal and public demonstration to clamour for reforms. These movements often gather so much momentum that unpopular regimes are eventually toppled. Eminent examples are: several former military dictators of South Korea and Thailand, the Shah of Iran, former Presidents Marcos and Estrada of Philippines and Suharto of Indonesia.

There is nothing wrong with students taking interests in politics. In fact, in a developing country of relatively low educational level, where the political system is found badly wanting and the government fallen to corruption and decadence, university is the premier place to hatch ideas and initiate moves for reforms, for therein lies some of the best brains, the most idealistic, and hopefully the bravest to spearhead changes. Professors and students, who devote their energy and make sacrifice to save their country, after attending to their primary duties to the academics, are examples of patriotism of the highest order. It is through this kind of patriotism that China was saved from loosing its sovereignty to foreign aggressors in its recent history, the first time through toppling the weakling Manchu Dynasty at the turn of the last century, and the second time through defeating the corrupt Kuomintang regime after World War II.

A case nearer to our shore is Singapore. It was the political idealism and the courageous self-sacrifice put up by the Chinese school students in Singapore in the 1950s that gave PAP the backbone to overcome the colonialists and other adversaries, to emerge victorious, and subsequently to succeed in building a successful independent state.

In pursuing their interests in politics, university professors and students would be failing their obligations to the nation only if they allow such interests in politics to adversely affect their academic pursuits. This need not be the case, if proper self-discipline and prudent priority and time allocation is maintained. Precedence abounds of eminent leaders who attribute their success to the political nurturing and development that take place in their student days. In fact, the contrary is true that, in a badly governed developing country, the absence of political idealism in the institutions of higher learning bodes ill for the future of that country, for the cream of the country's youth has fallen to mediocrity, denying the country the promise of inspiring leadership.

It is a well known fact that the vast majority of university students in this Country detest Mahathir for his unjust persecution of Anwar Ibrahim and for trampling democracy and mismanaging the Country; hence the necessity to stage manage this symposium by importing hordes of party members from UMNO to this supposedly an undergraduate affair (in itself an ironical retort to Mahathir's own cry to keep politics out of the campus).

The politically enlightened stand taken by the university students is commendable, considering the ruling party's monopolistic grip on the mass media to spread false propaganda to deceive the people of the truth. This independence of thought of the students speaks well of their ability to conduct analytical and critical thinking, helped to some extent by the availability of alternative information through the Internet.

Mahathir's speech is obviously intended to talk the students into abandoning their opposition to him. However, his facts and logic are strewn with fallacies, which are elaborated as follows.


1. Mahathir describes the students' opposition to him as attempts to destroy the Country with violent means.

This allegation is outrageous.

Firstly, the students have so far only participated in peaceful assembly, which is perfectly constitutional; and any violence arising there from always originate from the police, riot squads or other para-military personnel, and never from the students or public participants.

Secondly, if Mahathir should resign or his government buckles under the pressure of public opinion, it does not follow that the country and its heritage will be destroyed as alleged by Mahathir. In fact, such an event is a blessing to the country, for we will then be getting rid of a corrupt (self-confessed) and retrogressive and inefficient leadership, which will be replaced by a leadership with higher integrity and caliber. Talking about the Country's heritage, it is Mahathir himself who has destroyed this Country's heritage, as before his reign, in the times of Hussein Onn, Razak and the Tunku, money politics and cronyism were unheard of, corruption was rare, and our judiciary was held in the highest respect throughout the Common Wealth and around the world, in contrast to our present predicament when Malaysia is synonymous with money politics and cronyism and our judiciary universally held in ridicule and contempt, particularly following the infamous trials of Anwar.


2. Mahathir attributes the present political and economic turmoil in Indonesian to the students making street demonstrations, and warns that the same will happen to Malaysia if the students here also stage street demonstration.

Firstly, Indonesia's present misfortune is not caused by the students, but by decades of corrupt and autocratic rule by former President Suharto. Under Suharto's long misrule, corruption has become so ingrained in every strata of Indonesian society that it will take more than a few years to build up a creditable administration to put the country on the path of healthy growth, if a clean and able leadership emerges to take the whelm. Contrary to Mahathir's suggestion, the Indonesian students have made a positive contribution to their country by helping to topple a corrupt dictatorship. What transpired after the fall of Suharto is a process of transition from corrupt autocracy to democracy, by its nature a difficult job even in a small and simple society, and in the case of Indonesia, it is an awesome task fraught with challenges and uncertainties, considering the vastness and diversities of its territories, peoples and cultures, and the poor administrative institutions it has inherited from the previous ruler.

Secondly, Malaysia differs vastly from Indonesia. Peaceful demonstration by Malaysian university students protesting the wrongdoings of government would only help to put the country on the right path by pressuring the government to rectify its mistakes and awakening the public to such misdeeds. Contrary to Mahathir's claims, it would be the indifference by the students and the public to the rampant corruption and abuse of power that will put Malaysia on the slide towards an Indonesian style chaos.

Granted that Mahathir is entitled to say that the students may not be always right in their criticism of the government. However, in that event, the Government can easily overcome the problem by giving the true picture to the students and the public. Since the Government is in absolute control of all the mass media, such student protests should pose no challenge to them, if the government is honest and right. However, if it has committed serious crimes against the state, such as the government leadership being involved in an unlawful conviction of a former deputy prime minister through a political conspiracy, or massive corruption and abuse of power, then it would be natural for the government leadership to feel panic at the slightest indication of public protest, for fear that the truth may emerge and public protests may spread to an unmanageable level.

Mahathir's hysterical labeling of peaceful student demonstrations as violence to destroy the country is a symptom of the latter category.


3. To students' complaints of corruption, cronyism, abuse of power and wasteful mega projects, Mahathir's advice is that they should be patient and wait for their turn to rule, or alternatively, adhere to the democratic system which is they should not do anything to oppose the government other than casting their votes in an election (once every 5 years) to effect the change they want.

Mahathir's interpretation of democracy as merely the right to vote in an election, but not the right to oppose in between elections, is a laughable nonsense.

His exhortation to students to watch idly while the Nation slips from one crisis of confidence to another so that he can continue his misrule in peace is sheer wishful thinking.

In this hour of intense competition, thrown up in the fast pace ICT revolution and imminent market liberalization, not a day is to be lost in steering the Country onto a new course geared towards meeting these challenges.

Kim Quek