Laman Webantu   KM2A1: 4904 File Size: 15.8 Kb *



TAG SP 194: Jangan Biarkan Rafzan Berjuang Bersendirian
By Salbiah Ahmad

8/7/2001 10:18 am Sun

[Apakah siswa dan siswi akan semakin berdiam dan me-layu setelah kerajaan semakin mengganas terhadap mereka? Tidak semestinya. Anwar telah dipukul hampir separuh mati tetapi dia tetap bernyawa dan masih menghantui Mahathir sampai hari ini. Anwar telah menjadi ikon perjuangan reformasi dan mungkin Rafzan juga begitu jua. Kalau Bahirah menjadi simbol kebangkitan kaum hawa, tidak mustahil Rafzan dan Khairul mencetus kebangkitan pelajar di negara ini. Mahathir nampaknya belum cukup belajar.... bukankah Anwar dulu seorang pelajar? Bukankah bukan senang untuk menundukkan kaum pelajar kerana bisa mereka amat jauh terpancar? - Editor]

Terjemahan: SPAR-09-014


Malaysiakini

Jangan Biarkan Rafzan Berjuang Bersendirian

(Let not Rafzan walk alone)

Oleh: Salbiah Ahmad

Apa yang kelihatan sebagai sesuatu yang sangat tidak adil buat Rafzan Ramli adalah penyingkirannya dari universiti kerana dikatakan terlibat di dalam bantahan aman luar kampus terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 8 Jun lalu.

Beberapa teman seniornya yang telah berdemo terhadap Israel tahun lalu, telah dilepaskan dengan hanya dikenakan denda. Senior-senior tersebut sedang menamatkan pengajian mereka pada minggu yang sama beliau disingkirkan. Kita mungkin dapat mengutip sesuatu dari kisah ini, di mana bantahan ISA terbukti tidak boleh diterima sama sekali.

Sesungguhnya, penyingkiran kerana menggunakan hak untuk membantah secara aman terhadap undang-undang yang tidak disenangi ramai tidak difahami. Rafzan Ramli telah memulakan langkah dengan mengemukakan satu aduan kepada SUHAKAM, pada 23hb. Jun.

Semenjak akhir tahun 1998, pelajar-pelajar universiti telah menghadapi tindakan disiplin dan sesetengahnya disingkirkan kerana pendirian politik mereka. Tiada sebarang kes penyingkiran yang telah dibawa ke muka pengadilan di mahkamah tinggi. Terlalu sedikit maklumat setakat ini, sama ada hak-hak pelajar telah benar-benar dipertahankan di dalam kes-kes perbicaraan disiplin ini. Aduan kepada SUHAKAM itu mungkin akan menyerlahkan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Pelajar-pelajar juga telah mengemukakan kepada SUHAKAM, berkenaan aduan keganasan polis semasa perhimpunan aman pada 8hb. Jun dan tentang mereka yang telah ditangkap. Rombongan pengiring pelajar telah bertembung dengan seramai 50 anggota FRU yang berkelengkapan pencegah rusuhan dan bilangan yang sama banyak atau lebih polis-polis berpakaian biasa di pintu masuk utama ke SUHAKAM pada 30hb. Jun. Pihak polis tidak akan membiarkan begitu sahaja. Penguatkuasa disiplin universiti yang tertentu dan pihak polis kelihatan sepakat dalam menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

Cara pihak polis menguruskan bantahan pada 8 Jun dengan menggunakan kekerasan dari memilih untuk berunding itu adalah yang pertama berlaku dari bulan April hingga Jun. Bantahan ISA yang serupa oleh kumpulan-kumpulan persatuan awam dan parti-parti politik yang dijalankan dalam tempoh yang sama didapati agak bebas dari keganasan dan gangguan polis.

'Double Jeopardy' :

Sesungguhnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 (AUKU) menganggap pelajar dan kakitangan seolah-olah seperti 'separa-rakyat', memandangkan hak-hak mereka di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan telah dikurangkan lagi dengan pindaan kepada AUKU pada 1975. Ini dikenali dengan nama lainnya sebagai 'double jeopardy'.

Beberapa institusi pengajian tinggi mempunyai undang-undang yang seakan-akan sama dengan AUKU yang digunakan ke atas mereka. Undang-undang induk ini membenarkan perlaksanaan ketetapan-ketetapan dan peraturan-peraturan tentang disiplin, terpulang kepada budibicara pihak berkuasa universiti sendiri dalam menentukan keperluan untuk mengenakan tindakan penalti termasuk penyingkiran dari universiti.

Secara ringkasnya , AUKU dan undang-undang yang seangkatan dengannya menyatakan bahawa para pelajar dan kakitangan tidak mempunyai hak untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa universiti. Sekali tersingkir, seseorang pelajar itu tidak akan mendapat kebenaran untuk memasuki mana-mana universiti di Malaysia atau universiti dari mana ia disingkirkan kecuali Menteri Pendidikan secara bertulis menyokong kemasukannya dengan atau tanpa syarat.

Ciri-ciri kejam penyingkiran yang telah menafikan hak seorang rakyat Malaysia terhadap pendidikan seharusnya menuntut penumpuan dan perhatian yang mendalam tentang undang-undang keadilan yang sebenar, kesamarataan dan hati nurani yang baik. Apa sahaja yang kurang dari ini perlu dinilai semula dari segi undang-undang.

Autonomi universiti :

Pindaan 1975 yang semua sedia maklum dibuat berikutan dari penangkapan beberapa orang pemimpin-pemimpin pelajar di bawah ISA dalam tahun 1974, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim nampaknya tetap bertahan. Ia telah berjaya menghadapi sekurang-kurangnya dua pergerakan reformasi (pergerakan menuntut perubahan) dari ahli-ahli akademik sebelum itu.

Gelombang reformasi yang pertama tercetus apabila Piagam Universiti 1978 diumumkan secara rasmi, dibangkitkan oleh para kakitangan akademik dari lima buah universiti yang ada. Gelombang kedua bermula dengan sebuah memorandum dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, yang pada masa itu disandang oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1980an.

Usul untuk reformasi itu adalah selari dengan tahap kebebasan akademik dan autonomi universiti yang sedang berkembang. Terdapat beberapa deklarasi (pengisytiharan) berkaitan dengan isu kebebasan dan autonomi universiti, deklarasi-deklarasi dasarnya terdiri dari Deklarasi Lima 1988, Deklarasi Dar Es Salaam 1990 dan Deklarasi Kampala 1990. Perlulah difahami bahawa ketiga-tiga dokumen ini datangnya dari dunia ketiga dan menggambarkan kerumitan negara-negara selepas merdeka (dunia ketiga) yang menghadapi pertentangan dengan masyarakat awamnya.

Deklarasi Kampala sebagai contohnya mempunyai beberapa peruntukan yang menyentuh tentang campurtangan kerajaan dalam kebebasan akademik dan autonomi universiti. Muqaddimahnya (sebahagian darinya) menyebut bahawa ?perjuangan untuk kebebasan intelektual merupakan bahagian yang penting dari perjuangan rakyat kita untuk hak-hak asasi manusia.?

Dokumen Dar Es Salaam menyediakan muqaddimah yang berbunyi sebahagiannya sebagai, ?Oleh kerana kewujudan kebebasan dan kemerdekaan rakyat dipertikaikan, mereka mula mempersoalkan tentang kewujudan politik yang tidak bebas dan tidak berhaluan kanan. Kami sebagai ahli-ahli akademik, intelek dan penyalur-penyalur pengetahuan mempunyai kewajipan kemanusiaan dan tanggungjawab sosial terhadap perjuangan bangsa kami untuk mendapatkan hak, kebebasan, perubahan sosial dan pembebasan berkenaan manusia.

Ketiga-tiga deklarasi itu menekankan tentang hak untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan kepada kaitangan dan pelajar-pelajar sebagai sebahagian dari kebebasan dan autonomi institusi-institusi pengajian tinggi dan kebebasan dari campurtangan pihak kerajaan.

Pemegang amanah pelajar-pelajar :

Deklarasi-deklarasi ini dan beberapa lagi yang lain di Eropah Timur adalah sebahagian dari dokumen-dokumen yang dirujuk oleh Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk Seminar Dunianya tentang Pendidikan Tinggi dalam tahun 1998, yang membawa kepada Deklarasi Dunia tentang Pendidikan Tinggi untuk abad ke-21 : Wawasan dan Tindakan.

Dokumen Unesco mengisytiharkan sebagai tindakan utama pada peringkat kebangsaan yang menyatakan bahawa, termasuk kerajaan-kerajaan negara mereka, parlimen-parlimen dan lain-lain pihak yang terlibat dalam menentukan satu-satu keputusan itu perlulah mengiktiraf pelajar-pelajar sebagai pusat tumpuan bagi pendidikan tinggi dan salah seorang dari pemegang amanahnya.

Para pelajar sepatutnya dilibatkan dalam menggubal polisi termasuk perubahan kurikulum dan pelajar-pelajar mempunyai hak untuk membentuk diri mereka sendiri secara autonomi (tanpa sebarang kawalan dari mana-mana pihak).

Perubahan tidak adapat dielakkan lagi. AUKU dan undang-undang yang seangkatan dengannya tidak lagi selaras dengan tahap dan kelaziman hak-hak asasi manusia yang baru. Bahkan undang-undang ini juga tidak selaras dengan alat dasar antarabangsa iaitu Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat tahun 1948! (UDHR)

Mujur juga UDHR dapat memberikan garis panduan kepada SUHAKAM bagi mempertimbangkannya di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, 1999.

Aduan Rafzan Ramli itu tidak seharusnya dibiarkan untuk dihadapi oleh dirinya bersendirian. Ia adalah satu gambaran tentang semua perjuangan kita dan dari itu kita perlu bersama-sama menyusuri perjalanan bagi mendapatkan kebebasan tersebut.


Terjemahan: SPAR-09-014




http://www.malaysiakini.com/ Column/2001/07/2001070201.php3

Monday July 2

Let not Rafzan walk alone MALAYA!

Salbiah Ahmad

1:51pm, Mon: What appeared most unfair to Rafzan Ramli was his expulsion from university for allegedly participating in a peaceful protest off-campus against the Internal Security Act (ISA) on June 8.

Several of his seniors who had demonstrated against Israel last year, were let off with only a fine. These seniors were graduating the same week he was expelled. One may glean from this tale, that an ISA protest is evidently not kosher.

Indeed, the expulsion for exercising the right of peaceful protest against an unpopular law is incomprehensible. Rafzan Ramli had set the pace with a complaint lodged with the Human Rights Commission, Suhakam, on June 23.

Since the end of 1998, university students have faced disciplinary action and some expelled for their political beliefs. No case of expulsion has gone for judicial review to the High Court. There is very little information thus far, as to whether the rights of students are adequately safeguarded in these disciplinary hearings. The Suhakam complaint could be opening a can of worms.

Students have also lodged with Suhakam, complaints of police violence on the June 8 peaceful assembly and of those arrested. The student entourage was met by some 50 FRU personnel in riot gear and an equal number or more police in plainclothes at the main entrance to Suhakam on June 30. Police will not let up. Certain university disciplinary authorities and police appear to be in consensus in the show of force.

Police use of force instead of negotiated management of the June 8 protest is the first in the months of April to June. Similar ISA protests by civil society groups and political parties around this time were relatively free of police violence and agitation.

Double jeopardy

Indeed, the University and University Colleges Act, 1971 (Uuca) deem students and staff as some kind of 'sub-citizens', as their rights under Article 10 of the Federal Constitution on speech, assembly and association are additionally curtailed by the 1975 amendments to the Uuca. Its double jeopardy by any other name.

Several institutions of higher learning have similar laws akin to the Uuca applicable to them. These parent laws allow the making of rules and regulations on discipline, according a wide discretion to university authorities in the meting out of penalties including expulsion.

In brief, the Uuca and related laws say that students and staff have no right to speech, assembly and association except with approval of university authorities. Once expelled, a student is not be allowed admission to any other university in Malaysia or the university from which he was expelled from unless the Minister of Education approves admission in writing with or without conditions.

The draconian nature of expulsion thus depriving a Malaysian of his right to education would demand scrupulous attention and application of the laws of natural justice, equity and good conscience. Any detraction thereof must invite judicial review.

University autonomy

The notorious 1975 amendments coming in the wake of several ISA arrests of student leaders in 1974, including the former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim appear resilient. It has withstood at least two reform movements from the academia before this.

The first wave of reform came with the promulgation of the University Charter 1978, drawn by the academia of the existing five universities. The second wave began with a memorandum to the Minister of Education, then Anwar Ibrahim in the 1980's.

The proposals for reform were in line with developing standards of academic freedom and university autonomy.

There are several declarations on the issue of university freedom and autonomy, the principal declarations being the Lima Declaration of 1988, the Dar Es Salaam Declaration of 1990 and the Kampala Declaration of 1990.

It is to be noted that these 3 documents emanated from the Third world and reflect the complexities of the post-independent (Third world) state at odds with its civil society.

The Kampala Declaration for instance has several provisions addressing the state's interference in academic freedom and university autonomy. Its preamble (in part) states that ?the struggle for intellectual freedom is an integral part of the struggle of our people for human rights?.

The Dar Es Salaam document has a preamble which reads in part, ?As people's free and independent existence is in question, they are beginning to question the existence of unfree and right-less politics. We as academics, intellectuals and purveyors of knowledge have a human obligation and a social responsibility towards our people's struggles for rights, freedom, social transformation and human emancipation.?

All three declarations emphasised the right of speech, assembly and association of staff and students as part of freedom and autonomy of higher institutions and freedom from state interference.

Student stakeholders

These declarations and several others in Eastern Europe were part of the documents referred by Unesco (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation) for its World Conference on Higher Education in 1998, culminating in the World Declaration on Higher Education for the 21 Century: Vision and Action.

The Unesco document declares as a priority action at the national level that states, including their governments, parliaments and other decision-makers should recognise students as the centre of attention of higher education and one of its stakeholders.

Students should be involved in policy decisions including curriculum reform and students have the right to organise themselves autonomously.

Change is inevitable. The Uuca and its related laws are not in sync with new human rights standards and norms. These laws are not even in sync with the principal international instrument that being the Universal Declaration of Human Rights of 1948! (UDHR).

The UDHR fortunately guides Suhakam in its deliberations under the Human Rights Commission of Malaysia Act, 1999.

Rafzan Ramli's complaint is not his alone to bear. It is a reflection of all our struggles and in that we should walk the journey for freedom together.