Laman Webantu   KM2A1: 4910 File Size: 12.7 Kb *



TDPWN 2: Prolog - Ekonomi Mengangkat Martabat Bangsa
By Khalid Jafri

8/7/2001 11:16 am Sun

[Mahathir sebenarnya telah gagal kerana orang melayu semakin punah sejak beliau menerajui negara. Penagih dadah melayu lebih ramai dari penuntut universiti dan negara menjadi semakin miskin serta jenayah menggila kini semakin menjadi-jadi sehingga pelajar sekolah dan polis sendiri terlibat sama. Sudah tidak ada ketakutan lagi untuk melakukan jenayah kerana wang sudah menjadi raja di negara ini. Padahal ini semua boleh dielakkan jika Mahathir betul-betul bekerja malangnya dia telah mengerjakan segala-galanya sehingga punah semuanya. Dia bukan sahaja melindungi penyangak malah memartabatkan pula penyangak bersiri seperti Daim sedangkan ada banyak lagi tokoh ekonomi yang bersih dan amat pakar di negara ini.

Mahathir sebenarnya pakar yang paling tidak berguna yang asyik berpura dan bermain silap mata. Apabila ribut ekonomi melanda terserlahlah semua rahsia. Jika beliau hebat Malaysia sudah lama dapat menyaingi Singapura. Sekarang dana dan rezab negara sudah bagai kerak nasi sahaja bakinya sedangkan yang lapar berjuta-juta. - Editor]

Ihsan FeU


Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara


PROLOG

Ekonomi Mengangkat Martabat Bangsa

Tanggungjawab mengangkat martabat bangsa adalah satu agenda untuk memantap dan memapankan kedudukan ekonomi negara. Ia tertumpu kepada perpindahan paradigma tentang ekonomi perpindahan dari paradigma yang lama kepada paradigma yang baru. Oleh itu, apa yang wajar ditekankan di sini ialah, ekonomi kebendaan. Sebaliknya, ekonomi adalah sebahagian dari masalah kemanusiaan serta permasalah moral dan akhlak.

Secara khususnya, agenda mengangkat martabat bangsa menekankan kepada perubahan paradigma, perubahan pendekatan dan perubahan pengertian mengenai ekonomi perubahan dari pandangan barat kepada pengertian pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang serasi dengan negara ini.

Seperti yang diperkatakan oleh Perdana menteri menerusi Wawasan 2020, pertumbuhan ekonomi di negara maju terkini hanya berasaskan kepada kekuatan industri dan teknologi.

Corak kemajuan barat ini wajar dijadikan perbandingan kepada kemajuan yang hendak diwujudkan di negara ini. Malaysia mahu mencapai taraf negara maju. Kemajuan yang mahu dicapai pula bukan cuma berasaskan kepada kekuatan industri dan teknologi sahaja. Malaysia mahu kemajuan yang digandingi oleh institusi kekeluargaan yang kukuh, dimensi budaya yang segar serta kekuatan akhlak dan rohani yang tetap sebati dengan cara hidup rakyatnya.

Jadi pengertian ekonomi barat diguna-pakai di negara ini perlu drombak. Ini perkara pokok supaya orang Melayu, umat Islam serta rakyat Malaysia seluruhnya dapat membezakan pengertian ekonomi yang dikupas, dimengerti dan diolah oleh Barat dengan pengertian ekonomi yang serasi dan selaras degnan perkembangan terkini tanahair, khususnya dalam konteks menjayakan Wawasan 2020.

Inilah satu tanggungjawab utama yang harus ditekankan dalam melaksanakan agenda mengangkat martabat bangsa. Tanggungjawab ini penting kerana sesuatu bangsa tidak akan bermartabat semata-mata kerana ia kaya dari segi ekonomi kebendaan.

Sesuatu bangsa akan hanya bermartabat sekiranya kekayaan ekonomi itu menonjol dan diagihkan dengan saksama. Sesuatu bangsa akan hanya bermartabat jika ia memiliki kekuatan rohani, akhlak dan berbudaya. Sesuatu bangsa itu akan hanya bermartabat kalau ia mempunyai wadah memperjuang dan meningkatkan mutu hidupnya sendiri.

Sebaliknya, sesuatu bangsa itu tidak akan bermartabat sekiranya kesejahteraan ekonomi masih menyaksikan penindasan, kerakusan kuasa, penyelewengan serta ketidak-adilan sosial yang meluas. Sesuatu bangsa juga tidak bermartabat kalau ia lesu dari segi budaya dan lemah dari segi ilmu dan teknologinya akibat perjuangannya yang tidak mempunyai isi.

Kalau rakyat Malaysia mahu mentafsir ekonomi tanpa melihatnya dari sudut permasalah kemanusiaan, moral dan akhlak maka beberapa masalah besar yang melanda barat pasti akan berlaku di sini.

Contohnya, Amerika Syarikat. Negara ini terkenal sebagai satu kuasa besar dan maju. Tetapi, ia masih berhadapan dengan suasana yang paling mendukacitakan seperti rusuhan secara berleluasa di bandarya Los Angeles beberapa tahun lalu. Setelah berlaku tragedi tersebut barulah timbul sedikit kesedaran tentang perlunya campur tangan Kerajaan untuk memastikan supaya golongan yagn miskin wajar dibantu dan kaum-kaum minorit pula wajar diberi pembelaan dan sebagainya.

Apa maksudnya sebuah negara yang besar dan kaya raya kalau kaum kulit hitam hidup melarat dan warna kulit dijadikan simbol perbezaan mutlak.

Inikah yang dikatakan birokrasi aygn paling berjaya dan sistem ekonomi liberal yang harus dijadikan model untuk Malaysia?

Bagaimanapun di Malaysia kesedaran mengenai tanggungjawab tersebut telah wujud sejak 70-an. Tanggungjawab membela golongan miskin dan minoriti ini akan diteruskan melalui dasar ekonomi yang lebih pragmatik..

Sebab itulah Malaysia perlu lebih bijaksana dan wajar mewujudkan model yang lebih baik. Malaysia harus memperlihatkan model ekonomi yang subur dan lebih berjaya. Malaysia harus menghasilkan teknologi yang canggih serta kewujudan sebuah masyarakat yang bergerak maju berlandaskan kekuatan akhlak dan moral yang tinggi.

Jadi jelaslah di sini bahawa satu dari tanggungjawab mengangkat martabat bangsa ialah untuk mengisi kekuatan dan perjuangan bangsa dalam pelbagai bidang. Ini signifikan kerana Malaysia mahu menjadi negara maju dan pada waktu yang sama, mahu juga muncul sebagai sebuah negara yang berbudaya dan prihatin terhadap permasalahan rakyatnya.

Apa yang dilakukan di Malaysia adalah serasi dengan latarbelakang sosial, ekonomi dan budaya di negara ini. Namun begitu, apa yang dilaksanakan di negara ini juga kelihatan sebagai sesuatu yang universal.

Contohnya kini wujud kalangan cendekiawan Barat yang insaf bahawa ekonomi tidak dapat dipisahkan dengan persoalan moral dan akhlak. Beberapa golongan pemerhati sosial antarabangsa juga telah lama berpendapat bahawa kemelesetan ekonomi sejak Perang Dunia Kedua adalah manifestasi kepada kelesuan moral.

Hakikat ini adalah realiti yang nyata. Lihatlah kewujudan sektor korporat yang tenggelam dalam nafsu mengaut keuntungan meskipun mereka menyedari kerakusan tersebut boleh menghancurkan kekuatan ekonomi.

Contohnya Pasaran Saham New York. Menurut istilah seorang wartawan Wall Street Jounal, Pasaran Saham New York telah menjadi sarang penyamun dan tempat penjenayah yang bergerak secara berleluasa.

Contoh-contoh lainnya memang berbagai. Umpamanya terdapat negara maju yang sanggup berbelanja berbillion dollar untuk perlumbaan senjata. Tetapi, segolongan rakyatnya tetap mencemuh perbelanjaan untuk golongan miskin dan melarat di negaranya sendiri.

Inilah di antara contoh klasik tentang dasar ekonomi yang kehilangan prioritinya dan masyarakat yang telah kehilangan wawasan moralnya. Realiti ini menjadikan negara terbabit terjebak dengan beberapa permasalahan besar.

Satu lagi contoh ialah tentang beberapa skandal jenayah kolar putih seperti skandal kewangan yang dilakukan oleh orang-orang yang berkuasa dan ahli-ahli perniagaan sama ada kecil, sederhana atau peringkat korporat ini menginsafkan semua pihak di Malaysia bahawa sesuatu usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan memajukan negara wajarlah mempunyai wawasan moral demi mengangkat martabat bangsa.

Sebab itulah strategi pembangunan ekonomi Malaysia haruslah memberi penekanan kepada aspek keilmuan, moral dan budaya. Inilah yang membezakan pengurusan sistem ekonomi Malysia dengan yang wujud di Barat.

Beberapa ahli sosiologi barat, seperti Peter Berger kini mengakui bahawa kepesatan pertumbuhan ekonomi di Asia Timur adalah bertunjangkan budaya Asia. Hakikat ini amat bertentangan dengan beberapa pandangan sebelumnya. Dulu beberapa sarjana barat berpendapat bahawa jika Timur ingin maju, ia perlu meniru kebudayaan Barat.

Dulu, contohnya Weber berpendapat bahawa Islam dan dinamisma ekonomi adalah dua aspek yang bertentangan. Sekarang, Peter Berger menyebut bahawa ekonomi di Asia Timur amat berbeza dengan pola pembangunan ekonomi Barat.

Perkembangan pendapat seperti ini, jelas membuktikan bahawa beberapa sarjana barat kini mulai menerima hakikat bahawa sudah wujud pola pembangunan bukan Barat yang boleh diterima dan dipraktikkan.

Kini, sudah terbukti, hakikat bahawa kebudayaan bukan barat boleh menghasilkan kemajuan adalah benar. Pandangan seperti ini telah menimbulkan kesulitan kepada sarjana Barat yang selama ini beranggapan hanya Barat dan kebudayaan barat sahaja yang boleh membawa kemajuan.

Justeru itu, Samuel Huntington, seorang professor dari Universiti Harvard, berpendapat bahawa pergeseran di masa hadapan adalah pergeseran tamadun, bukannya pergesran idealogi atau antara negara.

Dalam keluaran terbaru jurnal Foreign Affairs, beliau menulis

'The fundamental source of conflict in this new world will not be primarily ideological or primarily economic. The great divisions among humankind and the dominating source of conflict will be cultural. The clash of civlisation willl dominate global politics.'

Huntington meminjam istilah 'clash of civilisation' ini daripada Orientalis terkenal yang sentiasa mengingatkan dunia Barat tentang kebangkitan pengaruh Islam yang akan mencetuskan pertembungan peradaban. Dulu, ideologi memang amat penting. Sekarang ideologi tidak lagi penting akibat terkuburnya fahaman komunis di Russia dan Eropah Timur.

Tetapi, apa yang Huntington nampak sebenarnya ialah, seolah-olah satu amaran tentang munculnya blok budaya baru. Umat yang bermaruah mampu dan perlu mengurus politik dan ekonominya.

Sebenarnya dalam konteks ini, Huntington mengingatkan semua pihak, atau memberikan ingatan kepada pentadbiran Amerika Syarikat, supaya melihat gejala di atas dari perspektif yang baru. Sesiapa yang cuai akan tenggelam dan tersisih dengan dunia seluruhnya.

Pihak Barat kini melihat kekuatan budaya dan peradaban ini sebagai suatu kekuatan baru yang akan mencabar kekuatan politik mereka. Sebab itulah mereka menekankan soal pertembungan budaya ini sebagai suatau yang baru dan begitu mencabar.

Bagi semua pihak di Malaysia, perbicaraan tentang mengangkat martabat bangsa itu bukannya untuk 'clash'. Sebaliknya ini adalah untuk menebus maruah, untuk memelihara kemerdekaan, memperkukuhkan ekonomi dan membuktikan rakyat Malaysia mempunyai harga diri sebagai manusia. Inilah perbezannnya. Sebab itulah Islam menekankan prinsip perbezaan kaum dan budaya untuk kenal mengenal dengan maksud hormat menghormati.

Sebenarnya, pandangan Huntington tentang 'clash of civilisation' ini bukan baru. Lima puluh tahun yang lalu, seorang pemikir Arab yang terkenal pernah menyebut tentang dialog antara tamadun dan budaya. Orang Islam yang waras menganjurkan dialog untuk kenal mengenal.

Sebab itulah Huntington berpendapat bahawa perbezaan atau pertembungan antara manusia dan kekuatan yang menyebabkan konflik dan pertembungan. Pertembungan budaya akan menguasai politik dunia. Pandangan tersebut kini menggemparkan. Majalah-majalah akademik antarabangsa dan pemikir-pemikir Barat bertelagah mengenainya.

Sebab itu dianjurkan supaya golongan eksekutif di Malaysia mengikut pemikiran terkini supaya mereka lebih bersedia dan tidak terjebak dengan perancangan dan perencanaan mereka sendiri. Semua pihak di negara ini juga seharusnya menerima hakikat bahawa akan berlaku perubahan dalam pemikiran masyarakat Barat.

Lebih ramai sarjana barat akan menerima kenyataan bahawa akuilah dunia ini bukan milik satu kaum, satu agama atau satu budaya. Terimalah kenyataan tentang wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan kaum. Dan yang penting dan paling utama sewajarnya kita menerima kenyataan bahawa Malaysia akan menentukan sistem politik, ekonomi dan mengangkat mertabat bangsanya.

Atas hujah ini beberapa golongan di Malaysia kini sering menganjurkan supaya sektor korporat turut sama dalam memberikan sumbangan kepada usaha memperkukuhkan dan memperbaharui budaya bangsa. Penganjuran idea seperti ini amat relevan kerana kekuatan dan kesuburan budaya bangsa pasti akan memberikan sumbangan secara langsung terhadap kemantapan ekonomi negara.

(daripada ms 1-17)