Laman Webantu   KM2A1: 4913 File Size: 8.5 Kb *



TAG SP 195: Hentikan Taktik Kasar dan Penindasan Hak-hak Pelajar
By PPRM

8/7/2001 11:41 pm Sun

[Mengapa kerajaan Mahathir begitu agresif sekarang ini sehingga pelajar pun mahu ditangkap juga tetapi tidak berbuat apa-apa kepada pemuda Umno yang ingin membakar dewan kerana marahkan Suqui. Bukan Pemuda Umno sahaja, malah ADUN Umno sendiri menampar ADUN DAP satu ketika dulu. Dan bukan ADUN sahaja samseng, malah MP mereka pun sama sehingga mencabar Mahfuz untuk bertumbuk di parlimen ekoran tragedi Kesas tahun lalu. Ahli Umno mengganas bukan terhadap pembangkang sahaja malah mereka bercakaran sesama sendiri sehingga membaling kerusi dan bertumbuk dalam mesyuarat peringkat bahagian lagi.

Inilah budaya Umno yang tiada dalam kamus reformasi tetapi tidak pula mereka diapa-apakan sehingga hari ini. Yang peliknya aktivis reformasi asyik menjadi mangsa tangkapan dan dihukum ISA tanpa dibicarakan sama sekali. Pelajar tidak sebodoh itu mahu membakar dewan kerana ia akan membakar diri mereka sendiri. Tetapi yang pastinya ada pihak yang terbakar hanya oleh tulisan-tulisan berbisa di majalah Varsiti. Tangkapan ISA menunjukkan mereka sudah tewas untuk mematikan hujah penulis reformasi.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-015

Hentikan Taktik Kasar dan Penindasan Hak-hak Pelajar

(Stop The Rough Arm Tactics and Trampling of Student Rights)

Oleh: Pemuda Parti Rakyat Malaysia

Angkatan Pemuda Parti Rakyat Malaysia (APPRM) merasa terkejut apabila ISA yang terkenal zalim itu sekali lagi digunakan ke atas mangsa yang terbaru, pelajar yang bernama Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. Kami menggesa pihak kerajaan untuk menghentikan tindakannya menyalahgunakan hak-hak pelajar untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap kerajaan masakini sejajar dengan amalan demokrasi. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin patut dibebaskan dengan segera memandangkan ketiadaan fakta-fakta yang kukuh dan pertuduhan terhadapnya.

Khairul, yang lebih dikenali di kalangan teman-temannya sebagai Jonna, bahkan telah diganggu berkali-kali oleh polis cawangan khas (SB) sejak sebelum penahanannya lagi. Sepucuk surat telah dihantar ke kolejnya memberikan laporan terperinci tentang apa yang dikatakan 'aktiviti-aktivitinya' dan mendesak agar beliau disingkirkan. Ini telah menyebabkan pihak kolej mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepadanya. Sebelum itu beliau merupakan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) tetapi meninggalkannya selepas dikeluarkan dari asrama dan dikenakan pelbagai bentuk tekanan. Satu lagi insiden yang melibatkan tindakan rasmi kerajaan untuk menafikan hak mendapat pendidikan kepada aktivis-aktivis pelajar bermula dua hari lalu apabila Menteri Pendidikan mengisytiharkan bahawa pelajar-pelajar yang disingkirkan tidak boleh diterima masuk ke dalam institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini berikutan penyingkiran Rafzan, seorang pelajar UiTM disebabkan penahanannya di hadapan Masjid Negara.

Kedua-dua individu ini adalah ahli kepada kumpulan pelajar, Universiti Bangsar Utama (UBU). UBU, ekoran daripada gerakan Reformasi telah mengenengahkan idea untuk menggiatkan gerakan reformasi melalui teater, salah satunya yang paling popular 'Tok Ampoo' di samping mara ke hadapan secara terbuka dalam menyuarakan keperihatinan mereka tentang masalah-masalah yang melanda negara ini. Kumpulan UBU juga begitu aktif memberikan khidmat tiusyen percuma kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di dalam komuniti kelas bekerja di sekitar rumah-rumah pangsa dan kuarters kakitangan KTM berdekatan Bangsar Utama.

Pegawai-pegawai kerajaan pada semua peringkat telah menafikan hak pelajar-pelajar untuk menyuarakan bantahan terhadap korupsi dan keperihatinan mereka secara aman dan mengikut undang-undang. Para pelajar telah digertak semasa sessi temuramah biasiswa disebabkan penglibatan keluarga mereka di dalam parti-parti pembangkang, undang-undang yang menindas digubal untuk mengawal hak pelajar-pelajar dan tindakan disiplin diambil terhadap mereka yang gagal mengikut arahan yang dikeluarkan. Tindakan-tindakan ini adalah bertentangan dengan hak sebagai rakyat negara ini. Akhir-akhir ini, pertuduhan-pertuduhan yang tidak sah telah dilemparkan terhadap aktivis-aktivis pelajar berikutan kejadian kebakaran di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya. Kami tidak akan terkejut sekiranya cerita yang tidak munasabah direka-reka terhadap Jonna berdasarkan aspek ini.

APPRM mendapati insiden-insiden ini dengan seriusnya melanggari hak-hak asasi manusia di dalam negara ini dan menggesa pihak kerajaan agar menghormati hak pelajar-pelajar di dalam negara ini. SUHAKAM sebagai pembela hak-hak asasi manusia di dalam negara ini perlulah segera meneliti perkara-perkara ini dan tampil ke hadapan dengan penuh persediaan untuk menghentikan pemangsaan dan penindasan terhadap hak-hak pelajar.

HENTIKAN PENGANIAYAAN HAK-HAK PELAJAR! BEBASKAN JONNA DAN SEMUA TAHANAN ISA!

Muhammad Ali Syed Hussein
Angkatan Pemuda Parti Rakyat Malaysia 5hb. Julai 2001

Terjemahan: SPAR-09-015





Asal:


From: Parti Rakyat Malaysia

Stop the Rough Arm Tactics and Trampling of Student Rights

Parti Rakyat Malaysia Youth Wing (APPRM) is appalled that the notorious ISA has again been used on its latest victim, student Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. We call the government to stop its abuse of the rights of students to voice their opposition to the current government in accordance to the democracy. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin should be released immediately in absence of firm facts and charges against him.

Khairul, more familiarly known among his friends as Jonna, has been harrassed by the special branch even before his detention. A letter was sent to his college detailing his alleged ?activities? and demanding for his dismissal. This resulted in the college issuing a show cause letter to him. Previously he was a student of Universiti Putra Malaysia (UPM) but left after being removed from the hostel and subjected to various pressures. Another incident involving official government action to deny the rights of education to student activists came two days ago when the Education Minister declared students expelled should not be accepted into institutions of higher learning in the country in relation to the expulsion of Rafzan ,an UiTM student for his detention in front of Masjid Negara.

Both individuals are members of a student group, University Bangsar Utama (UBU). UBU, in the wake of the Reformasi movement have promoted the idea of reform through theater, one of which is the very popular ?Tok Ampoo? as well coming out openly in voicing their concerns of the problems of the country. The UBU group has also been very active in giving free tuition to secondary school students in the working class community around the flats and KTM staff quarters near Bangsar Utama. Jonna is the principal of this tuition group.

Government officials at all levels have been denying the rights of students to voice opposition to the corruption and their concerns in a legal and peaceful manner. Students have been harrassed during scholarship interviews due to their family involvement in opposition parties, repressive laws enacted to curb the rights of students and disciplinary action taken against those failing to toe the line. These actions are againts their right as citizens of the country. Lately, unsubstantiated allegations have been hurled against students activist in relation to the fire in Dewan Tunku Canselor in Universiti Malaya. We would not be surprised if a tall tale is concocted against Jonna in relation to this aspect.

APPRM finds these incidents serious breach in human rights in the country and call for the government to respect the rights of the students in the country. SUHAKAM being a defender of human rights in the country should immediately look into these matters immediately and come out strongly to stop the victimisation and trampling of student rights

STOP THE ABUSE OF STUDENT RIGHTS!
RELEASE JONNA AND ALL ISA DETAINEES!

Muhammad Ali Syed Hussein
Angkatan Pemuda Parti Rakyat Malaysia
5th July 2001