Laman Webantu   KM2A1: 4914 File Size: 8.3 Kb *



TJ SP MGG: S/U Politik Yg Terperangkap Di dlm Komplot Jahat & Misteri
By M.G.G. Pillai

9/7/2001 12:21 am Mon

[Mahathir nampaknya mengambil seorang yang agak asing dan bermasalah serta janggal sebagai setiausaha politik Cinanya. Ini agak luarbiasa - tentunya untuk tujuan luar biasa juga. Mahathir memerlukan silap mata yang lebih menyakinkan untuk memperdaya masyarakat Cina yang semakin sukar diputar minda mereka. Sudah banyak kali Mahathir tidak memihak kepada pandangan masyarakat Cina dan pelantikkan kali ini pun serupa.

Matthias Chang mempunyai banyak persamaan dengan Vincent Tan dari segi ugama, nama, muslihat, dan cara mengerjakan sesuatu perkara. Patutlah Mahathir memilihnya.... - Editor]


Terjemahan: SPAR-09-016

Setiausaha Politik Yang Terperangkap Di dalam Komplot Jahat Dan Misteri

(A Political Secretary Wrapped In Intrique and Mystery)

Oleh: MGG Pillai

Perdana menteri, Dato' Seri Mahathir Mohamed, berfikiran, menjelang tiga dekad tempoh pemerintahannya, dengan kesulitan yang dihadapinya bersama masyarakat Cina, dengan masalahnya yang lebih dari biasa, adalah lebih baik beliau menggunakan khidmat seorang setiausaha politik berbangsa Cina. Maka seorang peguam yang tidak berapa dikenali berusia 51 tahun, Encik Matthias Chang, mengangkat sumpah untuk memulakan tugas. Akhbar-akhbar Cina tidak dapat memutuskan bagaimana untuk menulis namanya di dalam bahasa Cina dan setiap satu darinya mengenengahkan sesuatu yang berbeza di antara satu sama lain. Ini tidak akan berlaku sekiranya seorang tokoh yang popular di dalam masyarakat Cina diambil. Presiden MCA, Dato' Seri Ling Liong Sik, merasakan yang ia adalah satu pilihan yang bijak; sehinggakan beliau langsung tidak menghiraukan yang setiausaha politik Cina Perdana Menteri yang pertama itu bukanlah ahli kepada MCA, barangkali beliau sudah cukup berpuas hati yang ia bukannya dari Gerakan Rakyat Malaysia. Selain itu, beliau mungkin tidak dirujuk sama sekali tentang perlantikan tersebut.

Siapakah Encik Chang tidak pula kita diberitahu. Beliau merupakan seorang freemason yang aktif, ahli kepada beberapa rumah persinggahan di Lembah Kelang, tetapi disingkirkan dari salah satunya kerana perlakuan yang tidak bersesuaian. Beliau adalah anak didik Ketua Besar itu tetapi tersingkir kerana orang tua itu tidak mahu memberikan laluan kepadanya. Beliau menuntut gantirugi di mahkamah, kalah dan telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Beliau adalah di antara peguam yang pertama yang bersimpati dengan Tan Sri Eusoffie Abdoolcader, selepas penyingkirannya dari Mahkamah Agong di dalam peristiwa Tun Salleh Abas. Beliau begitu lantang di dalam mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, menyampaikan hujah-hujahnya dengan bernas sekali, dan, tidak seperti hakim yang disanjungi itu, relevan pada kebanyakan masa. Beliau merupakan bekas rakan kongsi perundangan Hakin Ariffin Jaka, yang telah menjatuhkan hukuman kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim, sebanyak sembilan tahun di atas kesalahan mel***t. Di kalangan masyarakat perundangan menyebut Encik Chang, semasa perbicaraan ini, sebagai 'saluran yang berguna dan boleh dipercayai' tetapi saya kurang pasti walaupun saya boleh mengagaknya.

Beliau adalah penganut agama Kristian, seorang 'bible basher' bak kata salah seorang rakannya, kurang mahir ataupun tidak tahu langsung berbahasa Cina. Beliau sangat lantang di dalam mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, memberikan pandangannya dengan penuh semangat dan keyakinan. Para pengumpatnya, bahkan rakan-rakannya sendiri, mengatakan yang ia menonjolkan dirinya lebih dengan keyakinan yang diperlihatkan dari apa yang diperjuangkannya. Beliau dilantik untuk memberikan nasihat kepada Perdana Menteri berkaitan dengan perkembangan di dalam masyarakat Cina, tetapi mampukah ia melakukannya dengan pengalaman politik dan kebudayaannnya yang serba kekurangan itu?

Selain itu, adakah wajar bagi Perdana Menteri melantik seseorang yang tidak dapat dipisahkan, sekalipun jika ianya bukan secara langsung, dengan masalah politik yang terbesar yang dihadapinya : Dato' Seri Anwar. Insan yang terpenjara ini telah menyebabkan Perdana Menteri berada di dalam ketakutan politik yang tidak kunjung padam. Encik Chang tidak akan dapat menolong melepaskan dirinya dari keadaan itu. Beliau sendiri mempunyai masalah yang yang tidak kurang beratnya dengan masyarakat Cina. Encik Chang tidak mungkin boleh berada di sini juga. Beliau datang dengan beban yang sudah cukup besar kini untuk lebih menghalang dari membantu. St. Matthias, atau, sepertimana yang dikenali secara rasminya, St. Mattathias, telah dipilih oleh nasib untuk menggantikan Judas Iscariot yang khianat, adakah Matthias yang di kemudian hari terpilih dengan cara yang sama?

Terjemahan: SPAR-09-016




Asal:

A Political Secretary Wrapped In Intrigue And Mystery

The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, thinks, into his third decade in office, with his difficulties with the Chinese community, with his more than usual share of problems, he is better off with a Chinese political secretary. So a little-known 51-year-old lawyer, Mr Matthias Chang, is sworn in. The Chinese newspapers could not decide how his name should be written in Chinese and each had its own variation. This would not have arisen if he was a popular figure in the Chinese community. The MCA president, Dato' Seri Ling Liong Sik, thought it a good choice; it did not bother him that the Prime Minister's first Chinese political secretary is not an MCA member, perhaps only glad he is not from the Gerakan Rakyat Malaysia. Besides, he probably was not consulted about the appointment.

Who Mr Chang is we are not told. He is an active freemason, a member of several lodges in the Klang Valley, but sacked from one for conduct unbecoming. He was a protege of the District Grand Master but fell out when the old man would not make way for him. He sought redress in the courts, lost, and has appealed to the Court of Appeal. He was amongst the first lawyers to sympathise with Tan Sri Eusoffie Abdoolcader, after his dismissal from the Supreme Court in the Saleh Abas affair. He is vocal in meetings of the Bar, makes his points succintly, is, unlike the esteemed judge, relevant most of the time. He is the former legal partner of Mr Justice Ariffin Jaka, who sentenced the former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, to nine years jail for s###my. Legal circles mention Mr Chang, during this trial, as a "useful and reliable conduit" but for what I could not ascertain though I can guess.

He is a Christian, "a bible basher" in the words of one of his friends, knows little or no Chinese. He is vocal in Bar meetings, putting his point of view with verve and confidence. His detractors, even his friends, say he promotes himself with more self-confidence than the causes he espouse. He is appointed to advise the Prime Minister of developments in the Chinese community, but could he with his political and cultural handicaps?

Besides, was it wise of the Prime Minister to appoint one linked inextricably, even if not directly, with the biggest political problem he faces: Dato' Seri Anwar. The prisoner puts the prime minister in mortal political fear. Mr Chang cannot help him with that. He has an equally pressing problem with the Chinese community. Mr Chang could not here either. He comes with enough baggage on him now to be more hindrance than help. St Matthias, or, as he is formally known, St Mattathias, was selected by lot to replace the treacherous Judas Iscariot, Was the latter day Matthias chosen the same way?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my