Laman Webantu   KM2A1: 4920 File Size: 34.1 Kb *



TAG SP 197: Peperangan Jijik Di Aceh Tajaan ExxonMobil
By Cheryl Seal

9/7/2001 5:33 pm Mon

[Rencana ini merungkai kenapa ramai pejuang Aceh terbunuh dan siapakah sebenarnya yang menjadi tuan di Indonesia. Bukan pejuang Aceh sahaja menjadi mangsa malah pemimpin NGO dan hak asasi manusia juga disembelih sama. Apa yang berlaku di sana turut dibaca oleh Mahathir sehingga dia menceduk beberapa idea. Lagipun Henry Kissinger adalah sifu lamanya.... - Editor]


Terjemahan: Tupaimas


Awalkata oleh Penterjemah:

Artikel ini seharusnya menyedarkan kita orang Melayu khasnya, kepada beberapa persoalan:



  1. Kenapa Mahathir sanggup menyerahkan pemimpin Aceh yang satu ketika dulu diberikannya suaka politik di negara ini kepada kerajaan Gus Dur.

  2. Mana datangnya ilham menuduh sebahagian rakyat Malaysia khasnya orang Melayu sebagai kumpulan militan, yang mempunyai pengalaman berjuang di Afghanistan dan Lebanon dan sebagainya

  3. Kenapakah Mahathir melantik seorang pegawai khas Cina yang diketahui sebagai ahli Freemason.

  4. Kenapakah royalti petroleum Terengganu boleh diselewengkan menjadi tabung ikhsan.

  5. Kenapakah gas dan minyak yang digerudi di bumi Kelantan disalurkan dulu ke Thailand untuk dimasukkan semula ke Kedah?


Fikirkan baik-baik dan bacalah artikel yang baik di bawah ini untuk memikirkan betapa jauhnya Mahathir tersasar dalam menegakkan apa yang diajarnya kepada orang UMNO sebagai ketuanan Melayu.


Peperangan Jijik Di Aceh Tajaan ExxonMobil

(ExxonMobil's dirty little war in Aceh)

Oleh: Cheryl Seal


12.20 p.m. Ahad: ILRF (International Labour Rights Fund: Dana Hak Asasi Pekerja Antarabangsa) yang mewakili 11 penduduk perkampungan Aceh telah mengemukakan surat saman di mahkamah Washington terhadap ExxonMobil (yang kerap berdagang di bawah jenama Esso), menuduh syarikat gergasi minyak ini bergiat cergas dalam kerja-kerja jijik mencemar hak asasi manusia di wilayah utara Sumatra. Tindakan mahkamah itu dikemukakan di bawah US Alien Tort Claims Act, yang memberi kemudahan mengadili perbuatan yang dilaksanakan di luar Amerika Syarikat.

Akhirnya ada juga peluang untuk mengenakan Exxon (ExxonMobil) ke muka pengadilan kerana segala kerja zalim yang bersistem, pembunuhan dan kemusnahan yang dilakukannya secara terus ataupun melalui orang suruhannya. Inilah kerja-kerja bajingan yang menzalimi pribumi yang menghuni sekitar kawasan pengeluaran gas cecair asli di Arun yang terletak dalam provinsi Aceh, Indonesia.

Sehingga hari ini, berita bahawa syarikat gergasi ini sedang dihadapkan ke mahkamah sengaja diperam di Amerika Syarikat. Kisah berikut ini telah diperam dengan kemasnya sehingga ia dapat diselongkar untuk siaran melalui 'US Indy Newswire.'

ExxonMobil mempunyai pangkalan pengeluaran gas cecair (LNG) yang bernama PT Arun di Utara Sumatra, di satu kawasan yang dikenali sebagai Lhokseumawe di daerah Aceh Utara. Pangkalan ini pada dulunya dimiliki oleh Mobil Oil Indonesia.

Pada awal 1960-an, sejurus terjumpanya simpanan gas asli yang besar itu syarikat ini telah memeteraikan satu perjanjian dengan Pertamina untuk mengambil-alih semua kawasan yang luas itu dengan mengnyahkan secara ganasnya segala penduduk yang menghuni kawasan itu.

Inilah satu senario yang berulang-ulang beberapa kali sebelum itu lagi ketika terjumpanya gas ataupun minyak di dunia ini sejak dulu kali. Baik di Oklahoma hinggalah ke Afrika. Malangnya, seperti yang mengejutkan Mobil, rakyat Aceh telah bernekad untuk mengnyahkan penjajahan yang cuba mendominasi mereka yang diberikan restunya oleh kerajaan Suharto yang korup dan pentadbiran yang amat ghairah mahu melihatkan permulaan kerja-kerja eksploitasi itu.

Sebagai reaksi kepada pembantahan Aceh itu, pihak angkatan tentera Indonesia yang bertindak sebagai proksi Mobil, untuk menumpaskan bantahan itu dengan ganasnya. Contohnya apabila segelintir penentang Aceh berusaha mensabotaj pembinaan saluran paip pada 1977, pihak tentera telah membunuh secara bersistem sekitar 900 penduduk di situ.

Dibunuh, diseksa

Apabila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dilancarkan pad 1980, kerajaan bertindak dengan mengenakan kuatkuasa ketenteraan di sana. Di tahap awalannya lagi, Mobil (yang kini bertukar menjadi ExxonMobil) telah menyokong kekejaman pihak tentera.

Kebanyakan keganasan jenayah telah dilaksanakan dalam kawasan kepunyaan syarikat itu oleh 'pegawai keselamatan' yang digaji oleh syarikat. Dua berek tentera telah dibina oleh Mobil untuk menampung satu ketumbukan gerak gempur elitis ketenteraan untuk mempertahankan pangkalan LNG yang diberi nama Post 13 dan Rancong Kem.

Mengikut laporan pengamat yang mahukan pemantauan dan siasatannya, Post 13 itu pernah digunakan sebagai pangkalan untuk mendera dan menyoal-siasat.

Sejak 1980, ratusan rakyat Aceh telah dibunuh dan/ataupun dizalimi ataupun menghilang begitu sahaja. Dianggarkan antara 15,000-20,000 kanak-kanak telah menjadi yatim piatu pada waktu yang sama hasil kerja-kerja jijik 'pasukan pelindung' Mobil.

Operasi penyelenggaraan pangkalan LNG itu telah menjejaskan kualiti kehidupan manusia dan mencemarkan persikataran alam. Syarikat gergasi itu kerap mencemarkan air yang diperlukan untuk penanaman padi dan juga kolam-kolam udang yang menjadi punca pencarian dan makanan orang kampung.

Tidak pernahpun syarikat itu menawarkan pampasan kepada segala pencemaran itu. Malahan pada 1972, penduduk Pu'uk telah menyaman syarikat itu kerana mencemar perkampungan mereka. Namun, Mobil telah menggunakan kuasa sekumpulan peguamnya yang berjaya mengalahkan penduduk kampung yang papa kedana yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Pada 1997, sekitar 1,600 penduduk kampung terpaksa berpindah-randah apabila telaga LNG meledak dan terbakar, memuntahkan bertan-tan lumpur dan lahar bumi ke rumah persekitarannya. Ada juga satu peristiwa apabila empat orang penduduk kampung telah menyaman syarikat itu kerana merampas tanah mereka tanpa bayaran pampasan yang sepenuhnya dan kerana mengambil-alih satu kawasan perkuburan untuk dijadikan landasan pesawat udara untuk PT Arun.

Seperti biasa, sekali lagi penduduk kampung itu kalah di mahkamah. Senarai segala perkosaan yang menyerlah (terminologi yang sama digunakan terhadap Exxon oleh seorang peguam di Alabama apabila syarikat itu kerugian US$ 3.4billion dalam satu kes penipuan) sabit hak asasi manusia dan etika pencemaran alam yang dilaksanakan oleh Mobil, Exxon dan Exxon Mobil, yang sememangnya menakjubkan. Ini adalah kisah sebuah syarikat Amerika. Bayangkan apabila cerita ini tercetus pada era abad ke 20 dan 21 ini.

Kuburan Manusia

Para penentang kekejaman ini telah dilayan dengan zalim sekali. Memanglah, Mobil dan Exxonmobil telah membuat tuntutan betapa mereka tidak tahu menahu akan keganasan yang berlaku, walaupun sering menerima aduan dan di sebalik bayaran berjuta dollar yang dilakukan oleh Mobil(ExxonMobil) kepada angkatan tentera Indonesia setiap tahun. Pembayaran itu adalah untuk tenaga tentera untuk melindungi kerja-kerja penggemblengan alat-alat jentolak yang menggali lubang besar untuk dijadikan kubur raksasa untuk menampung manusia yang tidak lagi bernyawa ataupun untuk membuka jalan mengangkut para banduan dan mengangkut mayat-mayat yang mati bergelimpangan.

Lubang perkuburan yang besar-besar telah digali menggunakan peralatan Mobil di Bukit Sentag dan Bukit Tengkorak di Utara Aceh pada 1998 dan telah ditemui oleh penyiasat hak asasi manusia. Ini menunjukkan betapa syarikat itu telah menguasai keadaan sehingga mencetuskan huru hara dan menyebabkan kerja-kerja produksi tergendala.

Pada 1998, aktiviti Mobil itu terus membuak hingga mendorong pencantuman Exxon dan Mobil untuk bergelar ExxonMobil. Dengan itu, dunia luar terutama mereka yang berada di Amerika Syarikat, nama baru ExxonMobil itu tentulah diharapkan sebagai satu jenis syarikat yang baru yang mempunyai warna yang baru juga.

Untuk mengharumkan suasana ketika itu, Exxon telah melancarkan satu kempen 'we're so good to the environment' (jasa kami kepada persekitaran alam) dengan melancarkan kempen 'Selamatkan Harimau'. Bayangkanlah, betapa manusia yang prihatin ini boleh bertindak begitu ganas dengan melakukan segala kerja bajingan terhadap penduduk Aceh?

Baru-baru ini syarikat yang sama telah memberikan berjuta dollar derma terhadap kajian malaria. Besar sungguh pengorbanan mereka!!! Lagipun malaria adalah satu penyakit yang menjadi masalah besar kepada syarikat itu kerana kekerapan menghantar manusia bertugas di kawasan hutan belantara yang belum pernah dimasuki manusia.

Harta kekayaan Syarikat

Akan tetapi kalau kita amati sejarah syarikat ia akan mendedahkan satu perkara yang sungguh menyerlah: syarikat bedebah ini tidak pernah melaksanakan sesuatu yang tidak mempunyai kepentingan dirinya.

Lagipun penggabungan dua syarikat itu dulu belum lagi dapat melupakan kesan pertumpahan darah yang mengorbankan banyak nyawa di Utara Aceh dulu. Pada tahun lalu, seorang petugas hak asasi manusia bernama Jafar Sidiq Hamzah yang lahir di Aceh dan menetap untuk seketika di Queens New York, telah menerima banyak ugutan yang mengancam nyawa, sebaik sahaja dia mulakan siasatan kepada keganasan Mobil itu.

Tidak lama kemudian dia telah diculik. Satu bulan kemudiannya, dia telah dizalimi dan mayatnya yang dizalimi dengan kejamnya telah dijumpai bersama dengan empat lagi petugas hak asasi manusia. Tidak berapa lama selepas terbongkarnya tragedi ini, Safwan Idris, seorang calon berwibawa untuk pemilihan jawatan Gabenor Aceh, telah dijumpai terbunuh juga.

Para penyiasat hak asasi manusia telah mengutuk syarikat itu dan juga kerajaan Amerika Syarikat kerana bersubahat, secara terus ataupun sebaliknya dalam pertumpahan darah itu. Indonesia Democracy Japan (sebuah pertubuhan di Jepun) telah mengecam dengan tegasnya betapa Amerika Syarikat 'telah bersekongkol dan turut bersalah dengan segala perkosaan hak asasi manusia.'

Sepanjang 1990-an, satu per empat (25%) pendapatan Mobil di peringkat global datangnya daripada pangkalan perniagaanya di Aceh Utara. (MasyaAllah.....!!!!!!) Seorang timbalan presiden korparat itu telah menyebut betapa pangkalan di Aceh itu merupakan butiran permata di mahkota-niaga syarikat itu. Ia seolah-olah bernilai laksana berlian yang bernama 'Hope' itu.

Lombong Emas Kissinger

Di waktu yang sama kerajaan Indonesia menyauk sekitar US 2 bilion per tahun daripada pangkalan Mobil itu. Kita mungkin menganggarkan betapa keadaan sudah menjadi kelam sejak satu tahun setengah yang lalu. Pada 20 Oktober, 1999, Wahid Gus Dur dilantik menjadi presiden Indonesia Oleh Dewan Perundangan Rakyat (bukannya oleh rakyat, jangan lupa fakta ini..)

Dengan pantasnya, Wahid merencana agar diluluskan satu resolusi membenarkan firma asing seperti ExxonMobil daripada peraturan mendapatkan dulu kelulusan kerajaan. Kemudian, pada 28 Februari 2000, empat bulan selepas menduduki kerusi empuk Presiden Indonesia, Wahid telah melantik Henry Kissinger, salah seorang musibat yang bertanggungjawab dengan kemusnahan negara itu, sebagai penasihatnya.

(Hooohooohooo, bukankah musibat ini yang memperkenalkan Mahathir untuk menjual Proton di Amerika? Apa jadinya dengan segala kereta yang dikirim untuk ujian kelulusan Amerika itu, selepas didapati tidak sesuai untuk digunakan di jalanraya Amerika...? - penterjemah)

Pada waktu yang sama dan di hari yang sama, Wahid telah mengumumkan nama-nama sekitar enam penjawat baru di Pertamina dan industri mineral (galian) - satu industri yang bersamaan dengan lombong emas Indonesia yang amat diminati oleh Henri Kissinger (dinamakan juga sebagai lombong hitam kerana minyak diiktiraf dunia sebagai the 'black gold' (emas hitam).

Pelbagai jenis mainan yang berbahaya pun bermula, apalagi sejak Bush dilantik menjadi Presiden Amerika terbaru, dan mainan itu semakin rancak menggila.

Cuba kita menyorot ke belakang dan lihat akan semua mainan itu. Pada Mac tahun lalu, kedutaan Amerika telah melaporkan betapa kawasan LNC di Utara Sumatra sedang diganggu-gugat dan dijangkakan pada 2001, beberapa operasi di situ akan dihentikan.

Laporan yang sama melaporkan projek yang baru dan besar yang direncana di kawasan lain, termasuk di Iran Jaya (di satu tempat di mana terletaknya lombong kepunyaan peribadi Henri Kissinger). Tambahan pula ada pihak Amerika yang berminat untuk melipat-gandakan pengeluaran arang batu di Sumatera dalam masa lima tahun yang akan datang.

Sokongan Amerika

Kalau dianalisa semua maklumat ini dan anda rumuskan segala rancangan pembangunannya, tentu kita akan dapat melihat satu laporan yang dipengaruhi konsep Machiavelli (yang menghalalkan cara). Cuba teliti cara permainan ini:

Pertama, dicetuskan satu krisis di pangkalan LNG di Aceh Utara dengan menggambarkan wujudnya aktiviti pengganas sehingga mengganggu keselamatan pembekalan bahan tenaga itu.

(Menuduh pembabitan pengganas memang sudah merupakan kerja lama Kissinger dan CIA pada 1966 untuk menjatuhkan Sukarno. Begitu juga dengan masalah di Timor pada 1975, di Chile, di Congo, di Bangladesh, memang hebat penipuan semua itu.) Tetapi, satu penelitian mesti menjaminkan agar kerajaan Amerika tidak masuk campur dan menjahanamkan semua itu.)

[Hoohoohoo!!!, bukankah itu taktiknya sekarang ini di Malaysia? Anasir asing, kumpulan militan yang mempunyai bom dan pelancar roket, dan berpengalaman 'berjihad' mengikut tafsiran Mahathir kerana dia fikir 'berjihad' itu adalah laksana gerakan polis hutan yang mabuk menyerang rumah Ibrahim Libya dulu. Henri Kissinger mempunyai 'lodge' tersendiri dalam pergerakan Freemason di mana ramai pemimpin dunia Ketiga adalah ahli istimewanya - penterjemah]

Kedua, mulakan ugutan kenaikan harga bahan bakar

Ketiga, tutup dulu pangkalan operasi LNG dan menjerit minta bantuan kerana tergugatnya keselamatan. Di waktu yang sama, tentukan kawasan lain yang baru mahu dimulakan, seperti perairan North Ace di mana sudah didapati simpanan minyak yang banyak. Tidak ada sesiapa yang tahu kecuali orang tertentu akan kedudukan sebenar North Ace itu.

Keempat: Mainkan terus dengan penuh semangat akan 'bahaya' militan itu sambil berdiam membisu melihat lebih ramai lagi wirawan bangsa yang terkorban nyawa mereka. Inilah caranya untuk menakutkan kumpulan pejuang bangsa yang lain yang ingin mempertahankan hak mereka di kawasan yang mahu diteroka.

Demikianlah, betapa senario di atas terdedah satu persatu laksana perjalanan perakam waktu. Pada Februari dan Mac tahun ini, ExxonMobil mula membuat aduan akan ancaman GAM yang dianggap semakin memuncak. Sebaliknya, GAM yang memang tidak bermasalah untuk menerima pujian kerana pencabulan itu terhadap tentera dan Mobil seandainya mereka bersalah, tidak pula mengaku akan tuduhan itu.

Pada awal Mac, Exxon telah mengadu betapa seorang pejuang Aceh telah melontar sebiji bom tangan ke arah pengkalan mereka secara berahsia. Tetapi tidak pula sebarang catatan akan berlakunya kematian ataupun kecederaan dalam 'serangan' ini. Timbalan ketua GAM Tengku Sofyan Daud, telah marah dengan tuduhan itu. 'Kami tidak pernah mengancam syarikat itu dan kami tidak pernah meminta mereka menutup operasi itu.'

Pada 8 Mac, ExxonMobil telah menutup pangkalan operasi mereka seiring masa Gus Dur mengumumkan ugutannya untuk menaikkan harga minyak. Sementara itu, Bush telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan tentera Indonesia terhadap para wirawan marhaen Aceh. Ketika itu pula, Collin Powell telah membuat kenyataan bahawa dia tidak mahu adanya hubung kait antara hak asasi manusia dengan penjualan senjata (jadi, apakah lagi ada hubung-kait antara dua isu itu, bukan?).

Pada bulan April Wahid telah mengarahkan dilancarkan satu serangan menyeluruh terhadap rakyat Aceh, dan kali ini menyeluruhi masyarakat marhaen. Semakin banyak mayat yang bergelimpangan, para pegawai Exxon semakin diam membisu, melepaskan tangan menyaksikan semuanya berlaku; merelakan tercetusnya pengorbanan manusia yang tidak berdosa itu.

Sejak Februari, sekurang-kurangnya 400 marhaen Aceh telah terkorban, ada antaranya masih bayi, mati dengan dahsyat sekali. Di waktu yang sama, terpampang di laman webnya, Pertamina mengeluarkan kenyataan memberi nasihat kepada para pengusaha minyak betapa 'kekacauan' yang berlaku itu bersifat sementara dan sudah tentu tidak akan menjejaskan prestasi mereka seluruhnya.

Laman web yang sama mengulang-ulang kenyataan majlis keselamatan PBB keluaran 1953, yang mencatatkan kesanggupan melancarkan 'tindakan wajar' seandainya syarikat minyak dihalang untuk beroperasi.

Pemegang Saham Yang Membisu

Yang lebih menakutkan saya - seperti yang sepatunya menakutkan juga semua warga Amerika - ialah betapa negara kita ini sedang dikendalikan oleh para eksekutif - manusia yang datang daripada kelab yang sama dianggotai oleh para perompak besar-besaran ExxonMobil di Indonesia itu.

Semakin jelas kin betapa semua manusia ini mempunyai sikap yang serupa. Kini diulang tayang kembali episod lama yang menjatuhkan Sukarno dan melonjakkan nama Suharto yang kemudiannya mengeluarkan upahan tinggi kepada mereka yang membantunya. Konsortium Bush-Cheney, kini tidak pun membuang masa untuk menunjukkan hadiah yang digantung tinggi-tinggi, meminta dikendurkan segala peraturan, mahukan dibenarkan kerja-kerja penggerudian yang lebih bebas, memomokkan ugutan adanya krisis kekeringan bahan tenaga dan menaikkan harga minyak di pam bekalan. Di waktu yang sama segala kawasan dara dikaut dan sauk peluang yang ada untuk memperkenalkan perundangan negara agar tanah persendirian pun boleh diambil-alih untuk kerja-kerja penggerudian minyak.

Beberapa peristiwa kebakaran di kilang penapisan minyak dan peristiwa kegelapan yang sering berlaku adalah fenomena yang tidak banyak bezanya dengan kisah misteri adanya bom tangan yang dicampakkan.

Kalau kita cuba memperhatikannya, rencana bahan bakar Bush ini telah diceduk dengan bulat-bulat daripada laporan Baker Institute yang berjodol 'Strategic Energy Policy Challenges for the 21st Century Report'. Inilah laporan yang disediakan oleh satu pasukan petugas yang termasuk dua dozen pakar industri minyak dan juga Kissinger Associates (yang kini bertukar nama menjadi McCarty Kissinger).

Bagaimanakah mungkinnya menghalang raksasa (itulah perkataan yang digunakan oleh seorang penulis Indonesia sebagai menggambarkan kerajaan yang diransang oleh industri minyak) bajingan ini? Persoalan yang mendesak agar dikemukakan ialah: Kenapakah para pemegang saham diam membisu terhadap segala jenayah yang dilakukan oleh syarikat mereka sedangkan mereka mempunyai hak ke atas kepentingan itu?

Kenapakah masih ada lagi manusia yang sanggup memegang saham Exxon setelah mengetahui akan segala jenayah ini? Apakah wang sudah menjadi begitu penting - walaupun sudah ternyata kebajingannya - sehingga perkara kebajingan itu didiamkan sahaja? Tibalah masanya untuk semua rakyat yang berfahaman demokrat yang kini merupakan parti pembangkang, menyedari betapa adalah sukar berkompromi dalam hal ini. Malahan bersekongkol dengan penjenayah yang kaya raya ini akan membawa padah yang amat besar bahananya.


Catatan Penterjemah:

Cheryl Seal ialah seorang penulis bebas Amerika. Tulisannya ini harus mencelikkan mata kita, rakyat Malaysia akan episod penyerahan ketua pejuang marhaen Aceh dan kepada beberapa pembunuhan pendatang Aceh yang mencari perlindungan di negara ini.

Yang lebih penting harus difikirkan ialah segala taktik yang dipelopori oleh Henri Kissinger sudah masuk meresap untuk menghantui keharmonian negara ini. Kissinger nampaknya sudah berjaya mengirimkan rencana dan sumber tenaga untuk mempertahankan rakan sekongkolan Pergerakan Freemason yang juga merupakan Presidennya di Malaysia.


Tamat





Asal:

http://sydney.indymedia.org/front.php3?article_idH57&group=webcast


Exxon Mobil's Dirty Little War Against the Acehnese

by Cheryl Seal

cherylseal@hotmail.com


This week, FINALLY, there is a chance that Exxon (ExxonMobil) will be brought to justice for the systemmatic torture, murder and devastation it directly and indirectly inflicted on the natives living around its Arun liquid natural gas facility in the Aceh province of Indonesia. Even today, the news about the suit brought against the company is being suppressed in the U.S. The following story, written some time ago, has been hard-pressed to find a U.S. outlet (it is now in the U.S. Indy newswire, also).

ExxonMobil's Dirty Little War

By Cheryl Seal


ExxonMobil's liquid natural gas (LNG) production facility (PT Arun) in Northern Sumatra, Indonesia (an area known as Lhokseumawe in the district of North Aceh) was originally owned by Mobil Oil Indonesia. The first thing the company did back in the 1960s as soon as it had identified the rich LNG reserves in the forests and cut a deal with the Indonesian state fuel company Pertamina, was to seize a huge tract of land and summarily displace all of the resident natives. It is a scenario that has repeated itself following countless oil/gas discoveries in the past, from Oklahoma to Africa. However, to Mobil's dismay, the Aceh people were committed to throwing off domination by exploitive foreign interests and the corrupt Suharto government that was so eager to aid the exploitation.

In response to the Aceh resistance, the military, acting on behalf of Mobil, beat down the opposition with a brutal fist. For example, when a handful of Achel rebels tried to sabotage a gas pipeline in 1977, the military systematically killed an estimated 900 natives. When the Aceh freedom movement GAM (Gerakan Aceh Merdeka) was officially launched in 1980, Aceh was promptly placed under military occupation. From the start, Mobil (and now ExxonMobil), has supported and condoned the military's atrocities. Many such crimes have, in fact, been committed on the company's own land, by 'security officers' on the company's payroll. Mobil built two military barracks for the elite security division the Indonesian military sent them to protect the LNG facility.: Post 13 and Camp Rancong. According to eyewitness reports recounted to human rights investigators, Post 13 was on at least one occasion used as a torture/interrogation facility.

Since 1980, hundreds of Aceh natives have been murdered and/or tortured or have disappeared. An estimated 15,000-20,000 children have been orphaned during this same period as a direct result of Mobil's 'protective forces.' The company's operation of the LNG facility has taken a direct toll on the quality of human life and the integrity of the environment. The company repeatedly contaminated the crucial rice paddies or shrimp farms the villagers relied on for food. Not once did the company offer fair compensation for these transgressions. In fact, in 1992, when the village of Pu'uk sued the company for contamination of its land, Mobil marched out its high-powered battery of lawyers and (surprise, surprise!) defeated the poor villagers. In 1997, 1,600 villagers were displaced when LNG wells erupted, dumping tons of contaminated mud on their homes. In another case, four villagers sued the company for seizing their land without adequate compensation and for taking over a village cemetery for use as an airstrip for PT Arun. Of course, once again, the villagers lost their case. The list of egregious violations (the same terminology recently applied to Exxon by a lawyer in Alabama when the company recently lost a $3.4 billion fraud case) of human rights and environmental ethics perpetrated by Mobil, Exxon, and ExxonMobil is astounding. This is supposed to be an American company?Hell, this is supposed to be the 20th/21st century!

Any protestors against this reign of terror are treated viciously. Of course, Mobil and ExxonMobil have claimed total ignorance of such abuses, despite repeated complaints, despite the fact that Mobil (ExxonMobil) pays the military millions of dollars each year for the use of the military, despite the fact that their own earth-moving equipment has been used to dig mass graves and its roads have been used as regular routes for transporting prisoners and bodies. Mass graves dug with Mobil equipment were identified at Sentag Hill and Tengkorak (Skull) Hill in North Aceh in 1998 by human rights investigators. Bottom line: the company is ultimately in complete control of the situation, as was clearly pointed up by the chaos their recent suspension of production caused.

It was in 1998, during the increasing controversy over Mobil's activities that Exxon and Mobil merged, becoming ExxonMobil. Now, to the outside world, especially to the U.S., which, alas, rarely pays attention to the details of what is happening beyond its own borders, the name 'ExxonMobil' would seem like a whole new horse of a different color. As a 'nice touch,' around the same time, Exxon started pushing its touchy-feely 'we're so good to the environment' Save the Tiger PR campaign (how could these nice people ever do those awful things the Aceh accuse them of?). The company has recently also donated millions of dollars to malaria research. So self-sacrificing! Especially, since malaria will be a major problem and (God forbid!) expense for the company as it deploys workers into new unexploited mosquito-laden forests in Indonesia. But a look through the company's history reveals one clear point: this monster does nothing that is not completely motivated from self-interest.

In any case, the merger hasn't abated the carnage centered around the North Aceh facility. Last year, a human rights worker named Jafar Siddiq Hamzah, who was born in Aceh and lived for a while in Queens, NY, began receiving death threats after he started investigating Mobil's transgressions. Soon after, he was kidnapped. A month later, his tortured, mutilated body was found, along with those of four other human rights workers. Within days of this tragedy, Safwan Idris, a promising candidate for Aceh governor, was found murdered as well. Human rights investigators have condemned the company and the U.S. for their complicity, direct or indirect, in the bloodbaths. Indonesian Democracy Japan has asserted that the U.S. 'by association, is guilty of major human rights violations.'

No wonder they don't want us on the UN human rights commission. But human rights apparently pale in comparison to the stakes for which Mobil and the Indonesian government are playing. Through the 1990s, one-fourth of all Mobil's global revenue came from the North Aceh facility. One corporate VP calls the facility 'the jewel in the company's crown.' If so, it is like the gory Hope diamond. Meanwhile, the Indonesian government scoops in an estimated $2 billion per year from the plant.

Things have, if one can imagine it, gotten worse in the past year and a half. On October 20, 1999, Wahid was elected the new President of Indonesia by the People's Consultiuve Assembly (not by the PEOPLE, mind you). Almost immediately, Wahid sought to pass legislation to release foreign firms like ExxonMobil from regulatory approval requirements. Then, on February 28, 2000, just four months after being named Pres., Wahid appointed Henry Kissinger, one of the original authors of the nation's ongoing woes, as his advisor. On the same day, in fact the same hour (undoubtedly because the two things are so intimately intertwined), Wahid announced half a dozen new appointments to Pertanima and the mineral industry - an industry close to Indonesian gold mine majority stock holder Kissinger's 'heart' (or the black hole where one may once have been).

All sorts of deadly games are being played out now, games which, since Bush was elected, have become increasingly more vicious.

Let's back track and look at these games. In March of 2000, a US embassy report states that LNG gas fields in Northern Sumatra are being played out and that by 2001, some production will be discontinued. The same report mentions major new LNG and oil projects that are being planned for other areas, including Irian Jaya (the same area where Kissinger's mine is located). In addition, U.S. interests have expressed their intention to double coal output in Sumatra in the next five years.

Now, put those pieces and recent developments together and what you come up with is truly Machiavellian. Here's how the game goes:

First, you create a crisis in the LNG situation in North Aceh by making it appear that terrorists are escalating and threatening the security of the energy supply. (Hey, blaming terrorists worked for Kissinger and the CIA in 1966 to get rid of Suharno, in Timor in 1975, in Chile, in the Congo, in Bangladesh?it's a great scam). But better make sure the U.S. government doesn't step in and muck things up.

Second, start threatening higher energy prices

Third, shut down your LNG operation and scream about needing more security, while keeping your eye on other places you'd REALLY like to exploit, like the waters off North Aceh where a rich oil reserve has been found. Almost no one but you knows your Aceh facility is on the way out anyway.

Fourth, play the terrorism card to its end and stand aside wringing your hands as rebels are massacred, thereby daunting any other rebels who might try to make life difficult for you in other areas you plan to exploit.

Just like clockwork, the above scenario has unfolded. In February and March, 2001, ExxonMobil began complaiing of escalating terrorism by GAM. GAM, on the other hand, which has never had any trouble claiming credit for its incursions against the military or Mobil when they WERE guilty, denies the charges. In early March, Exxon security claims an Aceh rebel lobbed a hand gredande into the facility - mysteriously, I could find no record or a death or injury from this 'attack.- Tengku Sofyan Daud, deputy of GAM, was angered by the charge. 'We never threatened the company and we never told them to close down the plant.-

On March 8, ExxonMobil closes down the plant and around the same time, Wahid threatens to jack up fuel prices. Meanwhile, in early March, G.W. Bush expresses his support for the Indonesian military's tough stance against the rebels, while, Colin Powell makes it plain he does not want to link human rights issues to arms sales (I mean, what POSSIBLE link could there be between the two, right?). By April, Wahid has called for an all-out assault on the Aceh natives, this time specifically targeting civilians. As the bodies mount up, ExxonMobil officials stand on the sidelines wringing their hands and saying and doing nothing - condoning the slaughter by their very inaction.

Since February, at least 400 Aceh civilians have bee murdered, some, like the baby in Part I, horribly. Meanwhile, on its website, Pertanima reassures prospective oil entrepreneurs that the current 'unrest- is temporary and won't affect their ability to do business. The same site echoes the National Security Council's 1953 statement in which it indicates it will take 'appropriate action- to insure companies are unimpeded.

Most frightening to me - as it should be to all Americans - is that our country is now RUN by oil executives - men from the very same club to which the ExxonMobil's Indonesian robber barons belong?men with, it is becoming obvious, the very same attitude. In a reined-in repeat of the Suharno Coup and post-coup corporate feeding frenzy in which Suharto richly rewarded all those who aided him, the Bush-Cheney consortium has lost no time handing out the prizes, seeking to reduce regulations, promoting wholesale drilling, creating a phoney energy crisis and driving up fuel prices, stalking unspoiled wildlands and even trying to push for legislation to allow the fed to seize private land for energy interests. The series of coincidental fires at oil refineries and the rolling blackouts aren't so different from mysteriously lobbed hand-grenades.

And lest we overlook it, the basic Bush energy plan appears to have been taken almost it for tat from the Baker Institute's 'Strategic Energy Policy Changes for the 21st Century- report - a report created by a task force that includes two dozen major oil/energy moguls and also Kissinger Associates. (now McCarty Kissinger)

How can the behemoths (as one Indonesian writer described the American corporate-fueled government) be stopped? The question that screams to be asked is: Why are the stockholders silent on the crimes of the company in which they hold a material interest? For that matter, why are there still any stockholders in Exxon at all, in the face of such crimes? Is money so important that nothing - however evil - matters any more?

It is time for the Democrats, as the only opposition party to the new leadership, to realize that compromise is not only impossible with these robber barons, it would be suicidal.