Laman Webantu   KM2A1: 4925 File Size: 2.5 Kb *



Mesej Ringkas Untuk Kak Wan
By CDB

10/7/2001 9:50 am Tue

[Mahathir nampaknya semakin tidak berhati perut sehingga siswa pun ingin dicekiknya dengan ISA - inikan pula Anwar. Jangan Mahathir menyangka orang melayu dalam negara ini akan terus menikus sahaja dicengkam sebegitu rupa kerana darah pahlawan terbilang memang ada dalam zuriat orang melayu - jika tidak semua petua dan ilmu sudahpun lenyap ditelan waktu. Bukankah sejarah merakam orang melayu kerap mengejutkan dunia bila sesuatu itu dipisahkan dari mereka?

"Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepala nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. (A. Samad Said - Daerah Zeni) - Editor]


Mesej Ringkas Untuk Kak Wan

Saya tak pasti samada cadangan ini praktikal ataupun tidak, tetapi demi keselamatan dan nyawa Abang Anwar, saya rasa lebih baik Kak Wan menjemput Dr Hoogland untuk datang membedah Anwar di salah sebuah hospital swasta di negara ini yang boleh dipercayai integritinya. Ataupun kalau mungkin dan dibenarkan, salah sebuah hospital di Singapura, sebagai jiran terdekat. Mengharapkan belas ihsan dari musuh seperti Mahathir umpama menunggu mentari bersinar di waktu malam. Selagi si bedebah tua tu hidup, apalah nak diharap akan belas dari hatinya yang kering bagai serigala itu. Keadaan Abang Anwar makin kritikal, kita mengalah atau berundur setapak ke belakang bukan bermakna kita kalah, tapi berundur untuk mengatur seribu langkah ke hadapan. Jika Anwar mati atau lumpuh, mungkin akan kelamlah perjuangan ini. Jadi, demi untuk memelihara nyawanya, alangkah moleknya kalau kita beralah seketika dari bertegang dengan penguasa yang tidak mempunyai bukan sahaja nilai kemanusiaan, malah nilai kebinatangan pun mereka tidak punya. Rasanya Dr Hoogland atas dasar simpati, tidak keberatan untuk membawa peralatannya ke sini atau Singapura. Mungkin warder-warder Penjara Sungai Buloh boleh dikerah untuk menjaga Anwar ketika beliau dibawa ke Singapura, kalaupun mungkin. Soal kos pembedahan rasanya kalau disumbang seringgit seorang daripada kalangan rakyat pun sudah memadai. Kak Wan tolong sampaikan salam saya kepada Abang Anwar ~ Berundur selangkah bukan bererti kita kalah !

Yang Pilu dan Hiba,

Cucu Datuk Bahaman
10 Julai 2001