Laman Webantu   KM2A1: 4928 File Size: 13.4 Kb *



TAG SP 200: Bolehkah Perdana Menteri Ditahan bawah ISA
By Kim Quek

10/7/2001 11:44 pm Tue

[Mahathir begitu seronok menggunakan ISA untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa membawa bukti dan dibicara agar dia kekal popular. Tidak ada satu pun ugama di dunia ini menghalalkan tindakkan sedemikian rupa - mengapa perlembagaan yang dikatakan menghormati ugama dan Malaysia yang kununnya adalah sebuah negara Islam mengizinkannya pula? Ini bukan tindakkan seseorang yang berugama - tetapi orang yang sudah tiada ugamanya lagi.

Mahathir telah mencemarkan perjuangan Umno kerana mendera orang melayu sendiri sedangkan apa yang diperjuangkan oleh mereka yang tertangkap itu adalah untuk membela orang melayu sendiri dari dianiayai. Tidakkah Umno merasa malu negara yang tidak Islam pun tidak menggunakan ISA tetapi mampu aman makmur dan maju tanpa sengketa. Kalau adapun hanyalah 'bertumbuk' (betul-betul) di parlimen sahaja - itupun dibiarkan sahaja oleh polis kerana rakyatnya sudah tidak perlu lagi 'bertumbuk' diluar sana. Tumbukkan itu telah mengajar kerajaan supaya menjaga dan memerintah negara dengan sebetulnya sehingga ia menjadi pengekspot IT terbesar di dunia.

"If one loves you, he will criticise you" - Hadis - Editor]


Terjemahan: SPAR-08-005


Bolehkah Perdana Menteri Ditahan Bawah ISA?

(Can PM Be Arrested Under ISA)

Oleh: Kim Quek

09.07.2001.

Ramai manusia yang mungkin terkejut dengan soalan ini, atau berkemungkinan menganggapnya sebagai lelucon semata-mata. Tetapi, saya serius dan jawapan saya ialah: sudah tentu. Bukan sahaja dia harus ditangkap malahan juga Perdana Menteri itu boleh ditahan selama-lamanya di kem tahanan, mengikut 'modus operandi' (kaedah) penggunaan undang-undang ISA yang menyauk beberapa ahli pembangkang baru-baru ini.

Apakah modus operandi yang digembleng terhadap pembangkang Mahathir itu? Inilah caranya:



  1. Polis menangkap seorang pembangkang terhadap kepimpinan Mahathir dengan menggunakan ISA atas alasan dia menggugat 'keselamatan negara' walaupun tidak ada sebarang bukti menyokong tuduhan itu. Yang ditahan itu diperam secara berasingan tanpa melihat dunia luar, termasuk peguam dan ahli keluarganya, disebabkan 'keselamatan negara' seperti yang disarankan oleh polis.

  2. Orang awam membantah penangkapan itu kepada Menteri Halehwal Dalam Negeri, yang bertanggungjawab terhadap jabatan polis. Menteri yang brtanggungjawab memberikan jawapannya bahawa dia tidak mahu menganggu kerja-kerja polis dalam usahanya menjaga ketenteraman negara, dan memberi penjelasan bahawa mengikut peraturan ISA, polis mempunyai kuasa menahan seseorang selama 60 hari untuk siasatan.

  3. Seseorang ahli keluarga yang ditahan kemudiannya mengemukakan tindakan 'habeas corpus' (satu writ yang memestikan seseorang yang ditangkap dikemukakan di hadapan hakim untuk menyiasat kesahihan tangkapannya) untuk mendapatkan kebebasan orang yang ditahan itu. Asas tuntutan itu ialah bahawa penangkapn itu dianggap 'mala fide' (berniat jahat) kerana polis gagal menunjukan barang bukti yang pernah dilakukan oleh orang yang ditahan, dan hakikatnya bahawa penahanan itu telah menderanya kerana menidakkannya mendapatkan bantuan guaman dan didekati oleh ahli keluarganya.

  4. Ketika kes diadili, pihak polis enggan mengemukakan segala butiran untuk menyokong dakwaan mereka dengan alasan ia menggugat 'keselamatan negara', dan bertegas bahawa pendedahan segala butiran itu akan menjejaskan keselamatan negara. Hakim (dalam hal ini Augustine Paul) bersetuju dengan pendirian polis itu dan menolak tuntutan habeas corpus dengan alasan, apabila ISA digunakan, polis tidak perlu memberikan butiran terperinci untuk menyokong alasan penangkapan mereka.

  5. Sebelum berakhirnya tempoh penahanan 60 hari itu, Menteri Dalam Negeripun menandatangani surat perintah penahanan untuk tempoh dua tahun pula, langsung menghukum tahanan untuk dikurung di kem tahanan sepanjang tempoh itu. Menteri Dalam Negeri itu tidakpun menunjukkan sebarang bukti yang menjelaskan segala salahlaku orang yang dihukumnya. Mengikut peraturan ISA, menteri berkenaan boleh menyambung lagi penahanan untuk tempoh dua tahun itu berulang kali. Penahanan bawah ISA tidak termaktub dalam kajian penghakiman.


Jelas, seandainya modus operandi itu diikuti dengan patuhnya, bukan sahaja seorang yang tidak berdosa boleh dianiayai malahan Perdana Menteri pun boleh disumbat dalam kem tahanan itu untuk selama-lamanya. Ini boleh berlaku seandainya Menteri Halehwal DalamNegeri bersekongkol dengan seorang hakim untuk menangkap perdana menteri mengikut cara yang sama dilakukan terhadap semua tahanan politik yang baru terniaya. (Para pembaca diingatkan di sini, seorang perdana menteri yang diepram bersendirian sudah tentu kehilangan peluang untuk memperkasakan pengaruh dan kuasanya).

Saya bukannya mencadangkan cara yang sah untuk memeram Perdana Menteri di kem tahanan. Saya cuma mencadangkan betapa hapraknya undang-undang ISA dan kebinatangan perasaan dan keputusan para hakim seperti Augustine Paul. Penyatuan beberapa undang-undang kejam dan kuasa yang disalah-atur oleh para hakim telah memberikan kuasa yang berlebihan kepada sesaorang Eksekutif negara untuk merembat seorang rakyat yang tidak berdosa kepada satu proses pengazaban dan pemenjaraan yang sungguh kejam. Inilah yang telah berlaku terhadap mereka yang menentang kepimpinan Mahathir dan ditahan mengikut ISA.

Negara menjadi terkejut dan jelek apabila kekejaman ISA dipanjangkan pula untuk merembat sama pelajar universiti yang mengecam kerajaan yang berkuasa (salah seorang mereka ialah Presiden Majlis perwakilan Pelajar UM) dengan tujuan mencari pihak yang bertanggungjawab dengan kebakaran Dewan Tunku Canselor. Kalau diambil kira rekod jijik polis dalam memaksa mangsa mereka membuat perakuan dalam kisah perbicaraan Anwar Ibrahim, para pelajar yang ditahan tanpa sebarang bantuan luar itu, sudahpun menjadi bahan ratahan siksaan polis, yang memang terkenal dengan segala perilaku menzalimi dan memutar-belitkan minda mangsa tahanan mereka.

Semua parti pembangkang dan kumpulan NGO di negara ini sudahpun mendesak secara bersepadu agar pelajar yang ditahan itu dibebaskan dengan segera ataupun didakwa di mahkamah terbuka. Seandainya permintaan ini boleh diterima-pakai oleh pihak polis, setidak-tidaknya mereka mempunyai hati dan perasaan untuk membiarkan para tahanan itu menerima bantuan guaman dan bantuan ahli keluarga mereka. Dengan ini bolehlah dielakkan sebarang keraguan bahawa polis tidak mendera para pelajar ini, memandangkan rekod kekejaman polis dan bayangan dendam yang menggeram yang pernah diserlahkan oleh Perdana Menteri terhadap para pelajar itu.

Menggunakan ISA untuk menghenyak pembangkang politik yang sah adalah satu kerja penyangak bedebah. Tetapi untuk menggunakan akta yang sama terhadap kumpulan pelajar semata-mata kerana mereka tidak sehaluan dengan Perdana Menteri adalah merupakan perbuatan yang bacul yang tidak boleh dimaafkan lagi. Perdana Menteri mungkin sudah keseronokan melihatkan betapa mudahnya beliau menggunakan ISA untuk menekan para penentangnya. Akan tetapi, dia harus sedar bahawa dia sudah menghina rakyat negara ini dan mencuit kesabaran mereka ke tahap yang paling maksima dengan cara menangkap, mengaibkan dan menyiksa golongan pelajar dengan cara yang begitu kejam semata-mata mahu terus berkuasa dan bermegah dengan menghapuskan tentangan politik yang sah.

- Kim Quek

Terjemahan oleh SPAR-08-005




Asal:



CAN PM BE ARRESTED UNDER ISA?

09.07.2001

Many people may be shocked by this question, or even consider this as a distasteful joke. But I am serious, and my answer is yes. Not limited to being arrested, the Prime Minister can even be put away permanently in a detention camp, if the modus operandi with which the Internal Security Act (ISA) has been used recently to detain opponents of Mahathir's leadership is strictly adhered to in arresting the PM.

And what is this modus operandi that has been applied to Mahathir's opponents? It is as follows:



  1. Police arrest an opponent of Mahathir's leadership under the ISA, on the ground that he threatens 'national security', though no such evidence has been produced. The detainee is kept incommunicado to the outside world, including his lawyers and family members, 'for security reasons' as claimed by the police.

  2. The public protests this ISA arrest to the Minister of Home Affairs, whose portfolios include the police department. The Home Minister replies that he does not wish to interfere with what he calls a police decision to maintain law and order, and clarifies that under the ISA, the police has the authority to detain a person for 60 days for investigation.

  3. A family member of the detainee then makes a habeas corpus application to the court to release the detainee. The ground of application is that the arrest is male fide, as the police have failed to produce any evidence of unlawful act committed by the detainee, and it has also inflicted unnecessary cruelty on the detainee by denying him access to his lawyers and family members.

  4. During the hearing, the police refuse to submit details to substantiate their allegation of 'threats to national security', on the ground that disclosure of such details will compromise 'national security'. The Judge (as in the case of Augustine Paul) concurs with the police and rejects the habeas corpus application on the ground that under the ISA, the police are not obligated to give details to justify their arrest.

  5. Prior to the expiration of the 60 day detention by the police, the Home Minister duly signs on a 2 year detention order, committing the detainee to a detention camp for the same period. The Home Minister does not give any evidence or details of the detainee's alleged wrong-doings. Under the ISA, the Home Minister can renew this 2 year detention order for an unlimited number of times. Detention under the ISA is not subject to judicial review.


It will be seen that if the above modus operandi is followed strictly, not only an innocent ordinary citizen but also the Prime Minister can be put into a detention camp forever, that is, if the Home Minister and the Judge behave exactly as they have behaved against the recent political detainees. (Readers are reminded that a prime minister detained incommunicado looses the opportunity to exercise his authority or influence).

I am not suggesting a legal way to push the Prime Minister into a detention camp. But I do suggest the nonsensicality of the ISA law and the unconscionable judicial decision by judges such as Augustine Paul. The combination of nonsensically abusive laws and moral-less judges has given the Executive unbridled power to condemn an innocent citizen to unlimited torture and imprisonment. And this is what happened to the recent series of ISA detention on opponents of Mahathir's leadership.

To the horror and indignation of the Nation, this inhuman ISA cruelty has now been unprecedentedly extended to university students opposed to the ruling power (one of them is the President of the Student Representative Council of the University of Malaya) on the pretext of looking for culprits in connection with the recent burning of a university hall. Based on the notorious record of the police in forcing false confessions from past ISA detainees, most prominently those in connection with the recent infamous trials of Anwar Ibrahim, these students who are detained incommunicado, are now at the mercy of the police, whose penchant to inflict physical and mental torture is by now legendary.

All the opposition political parties and NGOs in this Country have instantly demanded in unison the immediate release of these students or alternatively charge them in court. Even if this request is not acceded to immediately, the minimum the police should do, is to allow the detainees immediate access to their lawyers and family members. This is to allay fears of police abuse on these students, in view of the unfavourable police record and the Prime Minister's expressed vindictiveness towards these students.

It is bad enough to use the ISA to crush legitimate political opposition, but to extend that uncivilized cruelty on students, just because they are critical of the Prime Minister's leadership, is truly abhorrent and detestable. The Prime Minister may have been encouraged by the apparent ease with which he has got away with the recent abuse of ISA on his opponents, but it serves him well to be warned that he is now stretching the limit of tolerance of this Nation by descending to such despicable depth as to unlawfully victimize students in his ruthless quest to suppress legitimate political dissent.


-Kim Quek-