Laman Webantu   KM2A1: 4932 File Size: 22.0 Kb *



TAG SP 201: Apabila Jonah Dibawa Pergi
By Susan Loone

11/7/2001 4:53 pm Wed

[Perenggan terakhir rencana ini amat menarik. ISA tentunya telah merosakkan ikatan kasih sayang kekeluargaan yang akrab melalui perpisahan dan kesepian. Ini akan memutik satu bom berbentuk kebencian yang terperam yang mungkin meledak dengan penuh kejutan - serentak mengancam 'keselamatan negara'. Itulah apa yang pernah dicatat secara berkias oleh A. Samad Ismail dalam bukunya bertajuk Daerah Zeni dimana setiap lompong hidup itu pastinya akan cuba diisi.

Apabila Jonah dibawa pergi kerajaan sebenarnya mengundang kebencian yang meluap-luap yang tidak bertepi yang barangkali akan lebih mencederakan kerajaan Umno sendiri dengan lebih mudah lagi.... Alangkah dungunya kerajaan Mahathir bertindak sekarang ini. Kerana cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja - termasuk menempuh risiko yang amat berbahaya kerana itulah lambang kasih sayang sejati yang sukar diolah kata - apatah lagi cinta seorang isteri dan teman Jonah yang hebatnya pasti. Jika tidak takkan terlukir tulisan seperti ini.
- Editor
]


Apabila Jonah Dibawa Pergi

(When they took Jonah away)

Susan Loone


Antara reaksi masyarakat melihatkan Jonah dicekup polis pada Khamis lalu, ramai yang bertanya-tanya apakah kerajaan sudah sama (terikut Mahathir) naik gila.

Ruang kedai kopi dan warung-warung sudah kerap mendengarkan rintihan marhaen: 'Mereka sudahpun menangkap orang politik, para aktivis masyarakat, alim ulama, karyawan dan kini otak mereka sudah kemuflisan sehingga sanggup mencekup seorang aktivis pelajar".

'Sebelum ini mereka menangkap kumpulan suami, kanak-kanak, bapa, ibu, sahabat dan kekasih. Siapakah yang sanggup berkata mereka akan menghentikan semuanya?'

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang juga dikenali sebagai Jonah, adalah tahanan terbaru ISA. Beliau adalah seorang pelajar cemerlang jurusan kejuruteraan dan merupakan ahli satu kumpulan pelajar yang bergiat cergas dengan nama yang amat dikenali sebagai Universiti Bangsar Utama (UBU). Satu ketika dulu kumpulan pelajar ini dikenali dengan gelaran Gerakan Mahasiswa Lantang (Vocal Graduates Movement).

UBU telah berjaya melancarkan beberapa projek kemasyarakatan seperti menganjurkan tuisyen percuma kepada warga pelajar yang miskin di Bangsar-Pantai Dalam. Kumpulan siswa-siswi ini memang berbakat kerana adakalanya mereka berlakon dalam satu kumpulan teater bernama Kumpulan Teater Bukan Teater.

Jonah memang gemar berlepak di Restoren Mydin di Bangsar Utama. Dia amat risaukan kucing-kucing kepunyaan Hishamuddin Rais - seorang pengarah filem, karyawan dan kolumnis Malaysiakini - salah seorang antara enam insan yang ditahan di Kem Kamunting sejak 2 Jun, selama dua tahun di bawah ISA. Isyam adalah sahabat kumpulan ini.

Jonah sudah lama mengusahakan agar ada sesiapa yang sanggup menyewa bilik Isham kerana beliau tidak lagi mampu membayar hutang sewaannya sejak diajak menghuni tempat keramat itu.

Baru satu minggu yang berlalu, ketika Jonah memberitahu beberapa wartawan di kedai mamak itu: 'Isham telah muak membaca buku falsafah dan politik. Dia mahu mulakan membaca fiksyen, dan cerita percintaan. Dia mahu makan asam-asam kering dan juga bawang putih jeruk.'

Jonah adalah seorang anak muda yang berbakat dan berhati mulia. Dia gemar berlepak dengan kawan dan taulannya untuk membincang dan berdebat akan masalah masyarakatnya, mengenai senario politik negara ini dan apakah yang patut mereka lakukan untuk meringani bebanan masyarakat, sebagai persiapan diri menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Pemusnah Kerukunan Rumahtangga

Semakin ramai rakyat Malaysia kini menganggap ISA sebagi pemusnah kerukunan rumahtangga; satu penceroboh, yang menghambat kerukunan pertalian persahabatan terbaik di dunia ini. Itu sebabnya mereka mengcop undang-undang jijik itu sebagai 'zalim', penuh 'kontroversi', 'drakonian'dan 'amat menakutkan' .

Ia tidak lagi setakat bagaimana anda diculik, diperam secara tidak menentu untuk bersendirian tanpa ada hubungan luar, dalam sebuah kamar kecil yang gelap gelita tanpa diberitahu kenapa - mereka berkata sesiapa yang mengheret anda tidak perlu memberitahu alasannya, di mana anda berada dan untuk berapa lama anda akan diperamnya.

Adalah mengaibkan kalau mereka berkata: 'Anda adalah satu ancaman kepada negara. Anda boleh mencetuskan ribut-ribut di jalanan. Anda boleh bikin negara tungang-langgang. Anda boleh bikin bakal pelabur lari pulang.-

Inilah kata mereka, 'Bahawa anda adalah berbahaya - dan ramai juga antara kita yang mempercayai mereka.

Bagaimanakah manusia seperti Jonah memerangi gangguan ini? Bagaimanakah mereka menangani ugutan demikian? Bagaimanakah mereka menenangkan fikiran bahawa 'Ini bukan penamatnya. Ini hanya permulaan. Ini bukannya mengenai pemenjaraan. Ini adalah kisah kebebasan.....?'

Seorang bekas tahanan pernah berkata bahawa cara terbaik memerangi ISA ialah dengan menghumbankan segala rasa ketakutan. Baru boleh jadi berani. Baru boleh berkata, 'Seandainya berfikir, bertindak dan bersuara bebas itu satu jenayah, ayuh...!!!! heretlah aku ke lubang tahanan, serahkan aku pada algojo, ke hadapan barisan penembak dengan penuh kerelaan. Aku hanya mempunyai satu nyawa sahaja untuk dikorbankan demi negaraku ini.'

Hidup Yang Penuh Pancaroba

Dalam bukunya 'The Joys of Living Dangerously', mendiang agamawan Osho pernah berkata; 'Keberanian itu bukan hasil hilangnya ketakutan. Sebetulnya ia merupakan kewujudan keseluruhan perasaan takut itu, sehingga menonjolkan keberanian untuk menghadapinya.'

'Setiap kali kita berdepan dengan tidak-ketentuan yang merobah hidup kita, ia sebetulnya merangsang satu sambutan untuk berceria. Daripada terus berpaut kepada yang kebiasaan, kita boleh menikmati peluang untuk meneroka dan mencuba, sambil menyelami teka-teki hidup ini dan juga dunia yang di sekeliling kita.'

Osho menambah, 'Inilah dia keberanian untuk melakukan perubahan apabila perubahan itu diperlukan, keberanian untuk mempertahankan kebenaran walaupun adanya suara sumbang menyanggahnya, dan keberanian untuk mencuba yang baru walaupun ada ketakutan kepada fahaman itu - dalam hubungan kita, dalam kerjaya kita, ataupun dalam pengembaraan untuk menyelami siapakah kita ini dan kenapakah kita berada di sini.'

Mungkin juga, rakyat akan terhibur seandainya Perdana Menteri Mahathir Mohamad dapat memberikan penjelasannya apa sebenarnya maksud beliau dengan perkataan 'keselamatan negara.'

Kenapkah untuk jenayah serupa itu, orang yang didakwa bersalah sebelum ia didapati tidak bersalah? Apakah yang sudah jadi kepada hakikat insani bahawa 'seseorang itu tetap tidak besalah selagi ia tidak didapati bersalah dengan bukti yang malampaui keraguan' di mahkamah undang-undang?

Mahathir sudahpun mempertahankan tindakan menangkap Jonah sambil berkata para pelajar tidak boleh mengatasi undang-undang. Dia mengatakan bahawa ISA boleh digunakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati mengancam 'keselamatan negara'.

Pengadilan Yang Saksama

Jadinya, jenayah yang mengancam keselamatan negara melayakkan penahanan tanpa perbicaraan. Alangkah hapraknya fahaman ini apabila bomoh Mona Fandey yang mengerat seorang pemimpin UMNO kepada 18 potongan boleh menerima pengadilan yang saksama. Dia kini sedang menunggu penghukumannya setelah dihukum gantung sampai mati.

Seorang pemandu bas yang dituduh merogol, dan kemudiannya membunuh mangsanya di Kelang baru-baru ini, sedang diadili di sebuah mahkamah terbuka.

'Binatang' yang baru-baru ini merogol dan membunuh seorang gadis sunti berusia 16 tahun di Melaka dengan tali beg sekolahnya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, sudah pasti akan dibicarakan dengan adilnya.

Namun, kepada ahli parti pembangkang dan aktivis pelajar seperti Jonah, undang-undang ISA itu hanyalah laksana satu undang-undang berfesyen sahaja - untuk dijadikan satu alasan yang popular oleh pihak yang berkuasa untuk mencabar hak-hak perlembagaan rakyatnya.

Bukankah kebebasan berbicara, kebebasan bersuara dan kebebasan perhimpunan manusia adalah termaktub dalam Deklarasi Sejagat Mengenai Hak Asasi Manusia yang merupakan hak yang dijamin dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dewasa ini, seandainya anda disyakki mengedar dadah, mengklon telefon bimbit, terbabit dengan kemusnahan ataupun ajaran sesat, anda berkemungkinan menerima nasib yang ditanggungi manusia seperti Jonah, yang dimangsakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, yang akan membuat ketentuan apakah anda akan merengkok selama dua tahun yang terdekat ini ataupun lebih lama lagi tempohnya dalam kem tahanan

Semakin ramai manusia yang sedar betapa sebab-musabab dihalang sesuatu upacara (sama ada berbentuk politik, sosial ataupun apa sahaja) dengan berasaskan ancaman terhadap 'keselamatan negara' itu merupakan hak mutlak kerajaan yang memerintah.

Tidak ada seorangpun rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan inginkan kemajuan negaranya merelakan keamanan itu tercemar sehingga menjejaskan keharmonian yang dinikmati oleh semua.

Namun kerana mahu maju, bertindak bijak dan berwawasan, rakyat Malaysia, terutama sekali warga pelajarnya, kerap mengemukakan soalan untuk mendalami pengetahuan mereka, bertanya-tanya apakah kemungkinan wjudnya kesalahan, ketidak-adilan, dan kepincangan perjalanan sistem negara (selaras dengan kempen kaedah berkualiti dan aspirasi kepincangan sifar persis yang tergambar pada poster yang terlekat di dinding pejabat kerajaan?)

Sebagai rakyat yang cintakan Malaysia, rakyat perlu bersatu padu, dan mengnyahkan apa juga bentuk keganasan dan kepincangan terhadap keadilan asasi, baik secara setempat ataupun sejagat. Ini memerlukan mereka mengamalkan kebebasan untuk membezakan apa yang salah dan apa yang hak, kebebasan untuk sama berjuang sebagai individu yang berwawasan yang mampu mencapai perjuangan itu.

NGO Yang Prihatin

Kesedian kerajaan melayan pertanyaan, membolehkan wujudnya satu pentadbiran yang terbuka dan tulus dan memudahkan pemerintahan yang bertanggungjawab. Apabila rakyat marhaen menyoal sesuatu ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kutukan, pengaiban ataupun ejekan. Seharusnya ia dianggap sebagai cadangan yang boeh membawa perubahan yang selaras dengan keazaman kerajaan untuk mentadibr dengan Bersih, Cekap dan Amanah untuk membolehkan negara memasuki gerbang abad ke-21 dan mencapai wawasan 2020.

Individu yang gemar menyibuk seperti para wartawan, dan persatuan-bukan-kerajaan (NGO) kerap sangat dihina oleh perdana menteri sebagai 'tidak bersyukur, berlagak sebagai agen asing, tidak patriotik dan bersekongkolan dengan pembangkang'. Para wartawan dan aktivis NGO sering menjadi mangsa kemarahan kerajaan melalui ISA sejak dulu lagi.

Sebenarnya para NGO wujud sebagai kumpulan sokongan kepada usaha kerajaan. Mereka mempunyai dana yang terhad dan kalau adapun aset yang mereka miliki terletak kepada 'individu yang perihatin dan punyai rasa tanggungajab' yang bertungkus lumus di sebalik tabir untuk membetulkan kepincangan sosial ke arah masyarakat yang lebih selesa hidupnya.

Mereka tidak menafikan adanya segelintir kambing hitam di mana juga, tetapi kebanyakan NGO wujud di negara ini untuk memberikan pandangan alternatif sebagai satu tambahan kepada pilihan dan sumber bagaimana menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih selesa untuk dihuni oleh semua.

Bagaimanakah semua usaha yang murni ini dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara? Lainlah kalau takrif 'keselamatan negara' itu mempunyai makna yang berbeza antara manusia di pelbagai tahap kehidupan mereka? Inilah yang tidak dapat dimengertikan oleh sesiapa sehinggalah dia diheret pergi kepada satu tempat yang tidakpun diketahui seperti yang dialami oleh Jonah.

Apabila hak hebebasan untuk berbicara disanggah dan dicabar, walaupun terpenjara pemikiran kita, dan terikat lidah yang ada; ia tidak mampu menyekat kemaraan semangat yang semakin hangat. Ini boleh merupakan satu ancaman yang lebih besar terhadap keselamatan negara daripada unsur yang lain rupanya.

Mereka yang taksub dengan penggunaan ISA harus memikirkan perkara ini.


Susan Loone
(wartawan Malaysiakini)




Asal:

http://www.malaysiakini.com/ News/2001/07/2001070803.php3

Sunday July 8

When they took Jonah away

Susan Loone

2:29pm, Sun: opinion When they took Jonah away last Thursday many wondered if the government had gone bonkers.

Anger buzzed in coffee shops "They have taken politicians, social activists, religious practitioners, artistes and now they have gone bankrupt of ideas and have nabbed a student activist.

"Before this they have taken husbands, children, fathers, mothers, friends and lovers. Whoever said they would stop?"

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, also known as Jonah, is the latest Internal Security Act (ISA) detainee. A bright engineering student, Jonah is a spirited young man and an active member of a pioneer student group popularly known as Universiti Bangsar Utama (UBU). These students used to call themselves Gerakan Mahasiswa Lantang (Vocal Graduates Movement).

The UBU has successfully organised a few community projects such as providing free tuition to poor students around Bangsar- Pantai Dalam. These undergraduates are a very talented lot and would sometimes play-act in a theater group called Kumpulan Teater Bukan Teater.

Jonah loves to lepak at the Mydin Restaurant in Bangsar Utama. He is most concerned about the cats belonging to Hishamuddin Rais - film director, artiste, and malaysiakini columnist - one of the six detained in the Kamunting detention camp since June 2 for a period of two years under the ISA. Isham was their friend.

Jonah has also been frantically searching for a suitable tenant for Isham's place as the latter is unable to pay his rent now that he is in that 'blessed' place.

Only last week, Jonah told a couple of journalists at the mamak shop, "Isham is tired of reading philosophical and political books. He wants to read fiction, even love stories. And he wants to eat dried fruits and garlic."

Jonah is a decent, progressive and capable young man. Lepak to him and his peers are about sharing discussion and debates about the kind of society we presently live in, about the political scenario of this country and of what future leaders like themselves can contribute to the rakyat.

'Home wrecker?

Many Malaysians these days view the ISA as a licensed ?home wrecker?; a menace, a stumbling block to some of the world's greatest friendships. No wonder they call it a ?controversial?, ?draconian?, ?dreadful? and ?most feared? law.

It is not so much that you are abducted, locked away indefinitely, incommunicado, in a dark and lonely cell without being told why - they say the ones who take you in do not have to tell you why, where you are and how long you'll be there.

It is worst when they say ?You are a threat to the nation. You can wreck havoc on the streets. You can turn the country topsy-turvy. You can drive potential investors away?.

But this is what they say, ?That you are dangerous? and some of us believe what they say.

How do people like Jonah fight this harassment? How do they cope with the threats? How do they console themselves that ?This is not the end. This is only the beginning. This is not about imprisonment. This is about freedom ... ??

A former detainee says that the only way to fight the ISA is to relinquish all sense of fear. It is to have courage. It is to say, "If thinking, acting and speaking independently is a crime, then take me to the dungeons, the gallows, before a firing squad, I am willing for I have only one life to lose for my country".

Living dangerously

In his book, The Joys of Living Dangerously, the late spiritual leader Osho says that "Courage is not the absence of fear. It is, rather, the total presence of fear, with the courage to face it.

"Whenever we are faced with uncertainty and change in our lives it is actually a cause for celebration. Instead of trying to hang on to the familiar and the known, we can learn to enjoy these situations as opportunities for adventure, and for deepening our understanding of ourselves and the world around us".

He added, "This is the courage to change when change is needed, the courage to stand up for our own truth even against the opinions of others, and the courage to embrace the unknown in spite of our fears - in our relationships, in our careers, or in the ongoing journey of understanding who we are and why we are here".

Perhaps the rakyat would appreciate if Prime Minister Dr Mahathir Mohamad could explain to his nation what he really means by ?national security?.

Why is it for such crimes, the alleged offenders are guilty until proven innocent? Whatever happened to the popular legal maxim ?innocent until proven guilty beyond all reasonable doubts? in a court of law?

Mahathir has defended Jonah's arrest, saying students were not above the law. He said the ISA, would be applied against anyone found to undermine ?national security?.

Fair trial

So the crime against national security warrants detention without trial. This sounds illogical when Malaysia's most notorious bomoh Mona Fandey chopped a minister into 18 pieces and got a fair trial. She is awaiting her death sentence now.

The bus driver who allegedly raped, s###mised and killed a woman in Klang recently, is undergoing a fair trial in an open court.

The ?beast? who raped, s###mised and killed a 16-year-old girl in Melaka with her school bag strap while she was on her way back from school, will most certainly get a fair trial as well.

However, for political dissidents and student activists such as Jonah, the ISA is nothing but a fashionable law ... a popular excuse employed by the powers that be to challenge the constitutional rights of its citizens.

Never mind that freedom of expression, freedom of speech and freedom of assembly are all articles provided for under the Universal Declaration On Human Rights. Rights, which are also guaranteed in the country's most supreme law, the Federal Constitution.

These days, if you are suspected of drug trafficking, cloning hand phones, involved in arson or deviant teachings, rumour mongering on the Internet and attending peaceful demonstrations, you may join people like Jonah, who is at the mercy of the Home Affairs Minister, the one who will eventually decide if you are to spend the next two years or more of your life in a detention camp.

People are well aware that the reasons for preventing an event ( whether political, social or otherwise) from materialising due to threats of ?national security? is the prerogative of the ruling government.

No peace-loving and reasonable citizen of Malaysia would desire any development that would disrupt the existing peace and harmony enjoyed so abundantly in this country.

Yet, in order to be progressive, intelligent and visionary, Malaysians, especially students, would ask questions to seek knowledge, to probe on whether there are possibilities of illegality, unreasonableness and procedural impropriety in the system (is this not the ?Quality? method of the zero-defect aspiration we see on posters hanging on walls of government offices?).

Surely as caring Malaysians, the people must stand united and reject all forms of violence and breaches of natural justice, locally or globally. Surely, they must also have the freedom to discern right from wrong, the right to struggle together with like minded individuals for their causes.

Inquisitive NGOs

By entertaining queries, the government is opening the way for truly just, transparent and accountable governance. By questioning, the people are not necessarily doing so to condemn, defame or insult the party in question but to suggest improvements, to live-up to the government's very own principles of Bersih, Cekap dan Amanah as the nation zooms into the 21st century and Vision 2020!

Inquisitive individuals such as journalists and non-governmental organisations (NGOs) are often lambasted by the prime minister for being ?ungrateful, foreign agents, unpatriotic and consorting with the opposition?. Journalists and NGO activists have been victims of the government's wrath via the ISA before.

In defence, the NGOs claim that they are here to complement government efforts. Their funds are limited and their only assets are ?the committed and morally responsible individuals? who work behind the scenes to help redeem a social condition for the betterment of society.

They are not denying that there are bound to be black sheep but most NGOs are here to provide an alternative view, an added option and resources on how to make this world a safer place to live in.

How could all this noble intentions be deemed to be a threat to national security? Unless the notion of 'national security' has a completely different meaning to different levels of individuals. One that no one can comprehend until one is taken away to an unknown location, like Jonah.

When the right to freedom of expression is challenged and suppressed, thoughts imprisoned and tongues tied, tension builds up. That could be a bigger threat to national security than anything else.

Ardent fans of the ISA should think about this.


SUSAN LOONE is a malaysiakini journalist.