Laman Webantu   KM2A1: 4935 File Size: 8.1 Kb *



TAG SP 203: Erti Sebuah Keadilan
By Jane Manning

11/7/2001 7:51 pm Wed

[Rais Yatim dan Mahathir tidak seharusnya terkilan jika sesuatu pengadilan hakim itu tidak memihak kepada kerajaan. Jika kerajaan tidak senang, ia sepatutnya mencabar keputusan itu di mahkamah kerana di situlah tersedianya ruang - bukan di akhbar harian. Sebagai pemimpin, mereka berdua harus sedar dalam mahkamah keadilan yang mesti menang biarpun ia menghenyak kerajaan.

Sejarah Islam merakam Sayyidina Ali akur kepada keputusan hakim tidak memulangkan satu barang yang memang miliknya kepada seorang pencuri kerana beliau ketiadaan bukti dan saksi yang mencukupi walaupun beliau seorang sahabat Nabi yang kebenarannya tidak boleh diragui. Ini menunjukkan syarat dan keadilan hukum Islam itu lebih penting walaupun beliau dijamin tidak berbohong sendiri oleh Nabi. Yang peliknya Mahathir yang dikatakan 'wali' oleh segelintir ahli Umno itu tidak pula mempamirkan sikap sebegini... - Editor]

FAC

Erti Sebuah Keadilan

(The Meaning of Justice)

Oleh: Jane Manning, London


Saya merujuk kepada artikel yang telah disiarkan pada 1 Julai 2001 bertajuk 'Para hakim tidak perlu terlalu ghairah untuk membuktikan sesuatu perkara', satu petikan kata-kata daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apa yang berlaku kepada badan kehakiman di Malaysia begitu menyedihkan dan ia seolah-olah mengesahkan dakwaan-dakwaan yang mengatakan bahawa badan kehakiman Malaysia tidak bebas apabila seorang tokoh utama kerajaan merasakan adalah wajar baginya untuk memperlekehkan hakim-hakim yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka kepada mahkamah dan negara dengan menentang ketidakadilan.

Adalah merupakan satu prinsip yang asas bagi perlembagaan mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi di mana konsep Pengasingan Kuasa adalah asas untuk memastikan proses yang lancar dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di dalam negara. Teori Pengasingan Kuasa menyebut bahawa kewujudan badan kehakiman mestilah benar-benar bebas dari sebarang proses kerajaan.

Hakim-hakim bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan. Mereka tidak berfungsi untuk 'membuktikan sesuatu perkara kepada kerajaan'. Terlalu banyak keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada masa-masa yang lalu yang tidak demokrasi tetapi kondusif (bersesuaian) kepada kerajaan. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mahkamah-mahkamah telah digunakan untuk kepentingan politik secara agak terang-terangan. Apabila keadilan yang sebenar dilaksanakan juga akhirnya, ia telah dilihat sebagai satu penghinaan terhadap kerajaan. Di sini satu persamaan (equation) yang nampaknya telah digunakan adalah 'keadilan=sesuatu yang sama dengan penderhakaan'.

Kerajaan yang dipilih boleh disingkirkan sekiranya para pengundi memutuskan yang kerajaan tersebut tidak wajar diberikan kuasa pemerintahan untuk sepenggal lagi. Walau bagaimanapun, para pengundi perlu didedahkan dengan maklumat melalui perdebatan-perdebatan, perbincangan-perbincangan yang terbuka dan bebas dan media yang bebas bagi membolehkan mereka menyedari hakikat bahawa kerajaan telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada mereka. Apabila suara pembangkang dibendung, rakyat diugut untuk dipenjarakan hanya kerana mereka menuntut hak-hak untuk bebas bersuara dan berhimpun secara aman dan akhbar-akhbar dikongkong maka dengan itu badan kehakiman perlulah, pada dasarnya, kekal menjadi benteng untuk memutuskan mana yang benar dan yang salah. Masyarakat perlu mempunyai jalan keluar (untuk mendapatkan pertolongan) pada satu badan yang tidak berat sebelah. Badan kehakiman yang tercemar hanya layak bekerja seiring dengan jentera rasmi kerajaan sebuah masyarakat yang korup.

Jika anda membaca rencana ini dan tidak bersetuju dengan analisa saya maka lupakanlah segala peraturan falsafah perundangan dan pertimbangkan pula kisah yang ringkas ini.

Dr. Wan Azizah menceritakan kisah bagaimana anak-anaknya berebut-rebut untuk melihat Anwar di dalam penjara semasa sesi lawatan mereka. Pembahagi cermin berkabut memisahkan mereka darinya. Kesemua anak-anaknya akan menjerit pada masa yang sama dengan cerita-cerita terpendam mereka untuk mendapatkan perhatiannya. Salah seorang menjerit mengatakan 'gigi saya sudah luruh'.

Ia adalah saat yang memilukan kerana beribu-ribu bapa di Malaysia mungkin diberitahu akan cerita seperti ini oleh anak-anak mereka setiap hari. Tetapi anak ini terpaksa menunggu saat yang jarang-jarang sekali bersama bapanya untuk meluahkan berita yang seringkas ini. Mengapa?

Kerana para hakim di suatu tempat bekerja untuk satu agenda yang berbeza. Kepada hakim-hakim sebegini persamaan (equation) yang digunakan adalah 'keadilan=siapa peduli'?.


Terjemahan oleh: SPAR-09-020




Asal:

http://www.freeanwar.com/letters/janemanning070701.htm

The Meaning of Justice

I refer to the article published on 1 July 2001 titled "Judges must not go oberboard to prove a point", a quote attributed to Malaysia's Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

It is a sad indictment of the sorry state of affairs that the Malaysian judiciary is in and it lends credence to the allegations that the Malaysian judiciary is not independent when a prominent member of the government feels justified in speaking out against judges who have simply done their duty to the courts and the country by striking out injustice.

It is a basic tenet of the constitution of any democratic country that the concept of the Separation of Powers is a cornerstone of ensuring the smooth process of maintaining peace and stability in a country. The theory of Separation of Powers dictates that the judiciary should exist independently of the process of government.

Judges dispense justice. They do not 'prove a point to the government'. So many decisions passed by the courts in the past have been undemocratic but conducive to the government. It is fair to say that the courts were used to further political aims quite blatantly. When true justice was finally dispensed, it was seen as a slight against the government. The equation seems to stand as being 'fairness=something akin to treason'.

Elected governments can be voted out if voters decide that the government does not merit another term in office. However, voters have to be fed information via debates, frank and free discussions and a free press so as to enable them to realise that the government has failed them. When the opposition's voice is stiffled, people threatened with imprisonment for asserting their rights of free speech and to demonstrate peacefully and the press is a muzzled Alsatian then the judiciary must, essentially, remain a bastion for deciding between right and wrong. Society has to have recourse to an unbiased body. A tainted judiciary will only serve to work in cohorts with the official machinery of a corrupt society.

If you who are reading this do not agree with my analysis then forget the formalities of legal philosophy and consider this simple tale.

Dr. Wan Azizah tells the tale of how her children rush up see Anwar in jail during their visits. A murky glass partition separates them from him. The children all shouted at once with pent up stories to get his attention. One shouts 'my tooth has fallen out'.

It is a poignant moment because thousands of fathers in Malaysia are probably being told this tale by their children every day. But this child had to wait for a rare moment with his father to reveal this simple news. Why?

Because judges somewhere were working to a different agenda. To these judges the equation was 'justice=who cares?'.

Jane Manning
London