Laman Webantu   KM2A1: 4939 File Size: 13.6 Kb *



TAG SP 204: Hentikan Ugutan Terhadap Pelajar
By Aliran

11/7/2001 11:42 pm Wed

[Kebanyakkan negara maju membiarkan sahaja pelajarnya aktif di dalam politik atau mengkritik kerajaan kerana disitulah berputik pelbagai idea bernas yang berguna untuk membaiki negara. Kalaulah tindakkan pelajar itu tidak betul mengapa tidak didakwa sahaja? Apakah kerajaan takut dimalukan sekali lagi oleh hakim yang berwibawa? Sepatutnya hanya hakim yang BERHAK menentukan siapa yang betul-betul mengancam keselamatan negara - bukannya polis dan bukan menteri. Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh kerajaan selepas keputusan bersejarah Hakim Hishamuddin.

Negara sekarang ketandusan idea di saat kita amat memerlukannya. Itu termasuk idea baru politik, ekonomi dan teknologi. Mahathir sendiri sudah merungut agar dicari jalan agar ekonomi dapat memulih segera kerana sudah banyak formula yang dirancang tahun ini gagal belaka. Adalah sukar untuk pelajar membantu masalah kerajaan sekarang kerana kebencian itu sudah tidak terkira... - Editor]


Terjemahan: SPAR-03-034


Aliran 10 Julai

Hentikan Ugutan Terhadap Pelajar

(Cease All Intimidation of Students)

Aliran mengutuk cara kerajaan BN menggunakan Akta ISA yang zalim itu, yang pada kali ini digunakan untuk menahan dua orang pelajar: Khairul Anuar Ahmad dan Mohamad Fuad Mohd. Ikhwan.

Aliran menuntut agar Khairul Anuar dan Mohamad Fuad dibebaskan dengan segera dan tanpa syarat kerana kalau adapun 'jenayah' yang mereka lakukan ialah untuk menunjuk-perasaan terhadap regim yang ada kerana pemerintahan yang autokratik dan pengamalan kronisma yang berleluasa.

Aliran mendesak kerajaan BN menghentikan apa juga bentuk ugut-mengugut para pelajar yang telah bersuara lantang mengkritik kerajaan. Dalam beberapa minggu yang terkini, beberapa orang pelajar telah diheret di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ataupun beberapa hukum undang-undang yang lain seiring dengannya.

Dalam apa juga bentuk pemerintahan demokrasi, para pelajar mempunyai hak berhimpun untuk berbicara dan bersuara.

Khairul Anuar Ahmad, 24 ialah seorang penuntut kejuruteraan elektrik di IKM (Institiut Kemahiran MARA) yang telah ditahan di bawah ISA di Balai Polis Dang Wangi pada 5 Julai. Dia ke sana menemani enam orang aktivis pelajar yang diarah untuk menghadirkan diri berkaitan dengan satu tunjuk perasaan anti-ISA di hadapan Masjid Negara pada 8 Jun 2001.

Ada laporan mengatakan pihak polis telah membawa Khairul yang digari tangannya memasukki pejabatnya di Universiti Bangsar Utama (UBU) dan mengeledah pejabat itu serta membawa pergi beberapa barang kepunyaannya. UBU telah menganjurkan satu bentuk perubahan melalui pementasan teater dan telah memberikan khidmat kelas tuisyen percuma kepada anak-anak sekolah dari kalangan warga marhaen di persekitaran rumah pangsa dan Kuarters KTM di Bangsar Utama.

Pada 25 Jun, IKM telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Khairul, menuduhnya 'terlibat dengan bengkel motivasi reformasi dengan tujuan mengapi-apikan para reformis bertindak menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan jalanan.' Khairul telah dituduh lagi kerana memberikan sokongan, bersama 10 orang pemuda Melayu yang lain, mencampuri bantahan terhadap penutupan SJK(C) Damansara.

Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan, 22, ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Malaya. Dia telah ditahan pada 6 Julai di Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Pihak polis mendakwa Mohamad Fuad 'mengancam keselamatan negara dan ketenteramannya'.

Memang tidak dinafikan, para pelajar Malaysia telah sedar dan bangkit untuk menuntut reformasi politik dan mahukan hak asasi mereka sebagai rakyat Malaysia. Seperti juga warga Malaysia yang lebih tua, dan juga rakan seperjuangan mereka yang masih muda di negera lain di rantau Asia Tenggara, pelajar Malaysia sudah naik jelak dengan cara para pemimpin negara ini menyalah-gunakan kuasa dan memajukan kronisma dan nepotisma. Malahan seperti juga keseluruhan warga muda mudi sejagat, para pelajar Malaysia turut juga mempunyai semangat dan idealisma untuk melihatkan wujudnya satu bentuk kerajaan yang lebih berwibawa dan masyarakat yang lebih selesa hidupnya. Api semangat ini harus digalakkan terutama sekali melihatkan ia berbentuk aman dan damai. Ia tidak seharusnya ditekan untuk padam.

Berbekalkan semangat idealism ini para pelajar telah menubuhkan satu organisasi yang tidak formal seperti Gabungan Mahasiswa SeMalaysia (GAMIS) dan Gerakan Pelajar Anti-ISA. Penubuhan pergerakan ini adalah disebabkan hambatan yang diwujudkan oleh AUKU yang menyekat para pelajar untuk bersuara bebas.

Sejak beberapa bulan yang lalu, beberapa kisah ugutan yang menggunakan AUKU dan akta yang sama bisanya. Antara peristiwa itu ialah:



  1. Penahanan tujuh orang pelajar kerana membantah ISA dihadapan Masjid Negara pada 8 Jun 2001;

  2. Penyingkiran Rafzan b Ramli seorang pelajar UiTM pada 22 Jun, 2001 kerana terlibat dengan bantahan di hadapan Masjid Negara pada 8 Jun;

  3. Penggeledahan rumah Mohd. Faizal Abdul Rahman, Setiausaha Agung GAMIS, dan presiden PMIUM dilaporkan pada 5 Julai 2001;

  4. Soalsiasat terhadap tiga pelajar UIA, di bawah AUKU mengenai pelancaran kempen anti ISA, dilaporkan pada 4 Julai;

  5. Penggeledahan rumah kediaman Abu Zaki Ismail, seorang mantan pemimpin pelajar di Universiti Malaya, yang kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta, dilaporkan pada 5 Julai;

  6. Tindakan disiplin yang sedang dipertimbangkan terhadap enam pelajar Universiti Sains Malysia, yang menjadi ahli Peratuan Bahasa Cina kerana melibatkan diri dalam satu perdebatan mengenai 'globalisasi' di Singapura tanpa izin pihak berkuasa USM dan kerana menghadiri persidangan akhbar mengenainya. Salah seorang pelajar itu telah didakwa kerana menjual pelekat anti-ISA kepada seorang pengawal keselamatan universti yang berpakain preman dan yang telah menipu pelajar untuk menjualnya kepada beliau.


Jelas kini, betapa kerajaan BN menggunakan tipu muslihat dan kekerasan termasuk ISA, untuk menghalang para pelajar daripada menyerlahkan kritikan mereka mengenai isu yang hangat. Namun semakin jelas kini, bukan sahaja para pelajar yang prihatin malahan juga semakin ramai rakyat Malaysia menjadi semakin geram dan mengkritik kerajaan kerana gelagat menangani masalah semasa. Sepatutnya kerajaan gunakan hukum undang-undang untuk mengembalikan keadilan, dan membasmi kronisma dan salahlaku berlebihan. Sebaliknya kerajaan sengaja mengambil jalan mudah untuk menggunakan pelbagai undang-undang yang keras-keras untuk menentukan ia terus mencengkam kuasa.

Semakin jelas kini kenapa kerajaan amat gemar menggunakan undang-undang zalim ISA dan hukum-hakam yang lain tetapi sama hebat kekerasannya.

Demi keadilan dan kesusilaan, Aliran mendesak agar kerajaan BN membebaskan Khairul Anuar, Mohamad Fuad dan semua tahanan ISA dengan segera.

Untuk faedah masa depan negara, kerajaan BN seharusnya menghentikan apa jua bentuk gertakan terhadap muda-mudi Malaysia yang mempunyai minat yang membara untuk menegakkan keluhuran keadilan dan demokrasi. Inilah yang sepatutnya digalakkan dan bukannya sengaja ditekan.


Majlis Tertinggi Aliran.
10 Julai, 2001.

Terjemahan: SPAR-03-034




Aliran Media Statement
http://www.malaysia.net/aliran/

Cease All Intimidation of Students

Aliran condemns the Barisan Nasional (BN) government's use of the obnoxious ISA once again, this time to detain two students: Khairul Anuar Ahmad and Mohamad Fuad Mohd Ikhwan.

Aliran demands that Khairul Anuar and Mohamad Fuad be released immediately and unconditionally without conditions since the only "crime" they have committed is to protest against the present regime for its authoritarian rule and widespread practice of cronyism.

Aliran also calls upon the BN government to cease all other forms of intimidation of students who have been critical of the government. In recent weeks, such students have been hauled up under the Universities and University Colleges Act (UUCA) or some other coercive act.

In any democracy worth its name, students have the right to assemble, to associate, and to express themselves.

Khairul Anuar Ahmad, 24, an electrical engineering student at Institut Kemahiran MARA (IKM), was detained under the ISA at Dang Wangi police station in Kuala Lumpur on 5 July. He was accompanying six student activists who were told to present themselves there in connection with an anti-ISA demonstration in front of the National Mosque on 8 June 2001.

The police reportedly took a handcuffed Khairul back to his Universiti Bangsar Utama (UBU) office and raided it, seizing various items. The UBU had been promoting the idea of reform through theatre and had been providing free tuition to secondary school students in the working class community around the flats and KTM staff quarters near Bangsar Utama.

Earlier on 25 June, IKM issued a show cause letter to Khairul, accusing him of "being involved in a reformasi motivational workshop intended to spur reformists to carry out plans to overthrow the government via street demonstrations." Khairul was further accused of showing support, along with 10 other Malay youths, for the protests against the closure of SJK(C) Damansara.

Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan, 22, on the other hand, is the president of the Students Representative Council of University of Malaya. He was picked up on 6 July in Jalan Sentul, Kuala Lumpur. The police have claimed that Mohamad Fuad "threatened national security and peace."

Undeniably, Malaysian students have awakened and are demanding political reforms and are reclaiming their rights as Malaysian citizens. Like older Malaysians, as well as their youthful counterparts in other Southeast Asian countries, Malaysian students are fed up with the way their leaders have abused their power and promoted cronyism and nepotism. Indeed, like youths throughout the world, Malaysian students too are driven by idealism and are striving to build better governments and civil societies. This flame of enthusiasm should be encouraged, especially since it is non-violent. It should not be snuffed out.

It is in this spirit of idealism that the students have also formed new informal organisations like Gabungan Mahasiswa SeMalaysia (GAMIS) and the Students Against the ISA Movement. This is due to the unnecessary constraints of the UUCA which seek only to prevent Malaysian students from expressing themselves.

The detention of Khairul Anuar and Mohamad Fuad under the obnoxious ISA is the most publicised case in the recent intimidation of students by the authorities.

Over the past months several other cases of intimidation using the UUCA and other coercive acts have also occurred. Among these are:

· the arrest of seven students for protesting against the ISA in front of the National Mosque on 8 June 2001;

· the expulsion of Rafzan b Ramli, a student of Universiti Institute of Technology MARA (UiTM) on 22 June 2001 for participating in the same protest in front of the National Mosque on 8 June;

· the raiding of the house of Mohd. Faisal Abdul Rahman, the secretary-general of GAMIS and president of PMIUM (Muslim Students Association of the University of Malaya), reportedly on 5 July 2001;

· the querying of three students from the International Islamic University under the UUCA about the launch of an anti-ISA protest, reportedly on 4 July;

· the raiding of the house of Abu Zaki Ismail, a former student leader at the University of Malaya, now a lecturer in a private college, reportedly on 5 July; and

· disciplinary action being taken against six Universiti Sains Malaysia students belonging to the Chinese Language Society for taking part in a debate on "globalisation" in Singapore without the permission of the USM authorities and for holding press conferences about the matter. One of the students has also been charged for selling an anti-ISA sticker to a USM security guard who was in mufti and had tricked the student into doing so.

It appears, therefore, that the BN government has begun to resort to strong-arm tactics, including the use of the ISA, to prevent students from expressing critical views on crucial issues of the day. Yet it is clear that it is not only the students but an increasing number of Malaysians who have become critical of the government and its handling of issues. However, instead of restoring justice and the rule of law and eliminating cronyism and highhandedness, the BN government further resorts to its arsenal of coercive laws to maintain itself in power.

It is all the more clear why the obnoxious ISA and other coercive laws must be repealed.

In the name of decency and justice, Aliran calls upon the BN government to release Khairul Anuar, Mohamad Fuad and all other ISA detainees immediately.

In the interest of our nation's future, the BN government should also cease all intimidation of Malaysian youths whose burning sense of idealism concerning justice and democracy should be encouraged, not snuffed out.


Aliran Executive Committee
10 July 2001