Laman Webantu   KM2A1: 4940 File Size: 7.4 Kb *



TAG SP 205: Musuh Ekonomi Mahathir Yg Paling Dahsyat Adalah Dirinya ..
By Mark L. Clifford

12/7/2001 12:23 am Thu

[Pelabur luar lebih rela melabur di Singapura walaupun sedikit mahal kosnya kerana kerajaan di sana lebih adil dan mesra pelabur - tidak seperti Malaysia kerana Mahathir asyik mempersalahkan orang asing sahaja. Yang peliknya hanya Mahathir seorang sahaja di rantau ini yang menyalahkan orang asing. Tidak ada pakar ekonomi yang berpendapat sedemikian. Kalaulah benar orang asing mahu menjahanamkan ekonomi sesuatu negara mereka tidak akan memilih untuk menyerang Malaysia kerana Mahathir sendiri akan memusnahkan ekonomi Malaysia..... - Editor]


Terjemahan : SPAR-09-021


Business Week


MUSUH EKONOMI MAHATHIR YANG PALING DAHSYAT ADALAH DIRINYA SENDIRI

(Mahathir's Worst Economic Enemy Is Himself)

Oleh: Mark L. Clifford

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad merayakan 20 tahun beliau memegang jawatan itu pada bulan ini, menjadikannya pemimpin politik Asia yang paling lama memerintah. Beliau layak untuk mendapat pujian yang melangit kerana berjaya mengubah Malaysia dari sebuah negara yang bergantung kepada bijih timah dan perladangan kelapa sawit dari segi ekonomi kepada pengeksport peralatan elektronik yang utama.

Namun daripada memperkatakan tentang kejayaannya, doktor perubatan-kini-politikus itu berasa marah dan kecewa. Empat tahun selepas krisis kewangan Asia, beliau masih mengecam musuh-musuhnya, yang nyata mahupun khayalan, di dalam mahupun di luar negara. Kebanyakan negara-negara di Asia berusaha untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan pada ekonomi dan kerajaan masing-masing. Tetapi Mahathir memainkan politik kebencian. Itu mendatangkan keburukan kepada Malaysia. Sekiranya ini dibiarkan merebak, ia juga boleh mendatangkan keburukan kepada Asia Tenggara, yang menghadapi risiko kehilangan pelabur-pelabur yang lari ke China seandainya iklim perniagaan masih tidak berubah. Berdasarkan kenyataan yang berbisa dari Mahathir, kuasa-kuasa besar globalisasi sedang bergerak untuk memusnahkan negara-negara sederhana seperti Malaysia. 'Terdapat banyak korporat gergasi yang sedang menunggu masa untuk membaham kita dengan gelojohnya,' beliau memberitahu ahli-ahli perniagaan asing di dalam satu ucapannya pada 27 Jun. 'Penjajahan besar-besaran Asia yang kedua sedang menanti kita.'

SENGATAN DARI SINGAPURA :

Malaysia mendapat permintaan yang hanya bernilai $1.5 bilion dalam pelaburan terus asing pada lima bulan pertama tahun ini, jauh ketinggalan berbanding dengan tahun 2000 apabila ia memperolehi $8 bilion. Setakat ini pada tahun ini, Pulau Pinang, yang merupakan pusat pengeluaran peralatan elektronik negara, telah memberhentikan sebanyak 8000 pekerjaan. Malaysia tidak boleh menyalahkan semuanya kepada kegagalan teknologi US. Dari tahun 1997 hingga 1999, ahli-ahli Persatuan Industri Elektronik Malaysia-Amerika, termasuk Intel, Seagate, dan Motorola, menetapkan bilangan pekerjaan pada 60,000 dan mengurangkan pelaburan mereka kepada setengah.

Sementara itu, negara jiran Singapura berjaya merebut projek-projek besar - walaupun kadar gaji di sana lebih tinggi. Dalam bulan Disember, United Microelectronics Corp. dari Taiwan mengumumkan akan membina sebuah loji semikonduktor yang bernilai $3.6 bilion. Toshiba Corp dan Matsushita Electronic Industrial Co. pula merancang untuk membina sebuah kilang membuat paparan liquid kristal yang bernilai $1 bilion. Mengapa Singapura? 'Ia adalah berkaitan dengan kestabilan politik,' Richard Gabrys berkata, yang merupakan naib pengerusi Deloitte & Touche. 'Kami mendapat tahu perkara ini di mana-mana sahaja dari syarikat-syarikat kebelakangan ini.' Syarikat-syarikat lain terus menjauhi Asia Tenggara dan membina kilang-kilang mereka di negeri China.

Dalam ucapannya pada 27 Jun, Mahathir terus meluahkan kekesalannya bahawa 'Pada hari ini tidak ada lagi harimau ekonomi di Asia.' Itu adalah kerana 'mereka telah dimusnahkan' oleh pedagang-pedagang matawang asing. Benarkah? Sepertimana yang ditunjukkan oleh perangkaan pengaliran-modal, pemiutang-pemiutang asing dan pelabur-pelabur saham dan bon telah lama menghilang diri. Keputusan Mahathir untuk mengenakan kawalan modal dan menetapkan nilai pada RM3.80 :1 Dollar US tiga tahun lalu itu boleh dipuji. Langkah tersebut dengan segera dapat menghindarkan krisis. Namun Mahathir tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal kroni yang menguasai korporat dan sistem kewangan, lantas menyebabkan para pelabur asing melihat bahawa tiada sebab untuk mereka kembali semula.

Dengan meningkatnya kebimbangan terhadap keadaan politik, ahli-ahli perniagaan Malaysia sendiri yang sebenarnya menyebabkan masalah-imbangan-bayaran --dengan menyimpan wang mereka di luar negara dari menukarkannya kepada matawang ringgit. Dengan kawalan modal yang hampir gagal, rizab asing telah menyusut dari $32 bilion setahun yang lalu kepada $26 bilion pada pertengahan Mei. Dan ini berlaku sekalipun terdapat lebihan (surplus) dagangan yang besar. Ahli ekonomi Merrill Lynch & Co. Vincent Low telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2001 yang dibuatnya dari 4% kepada 2.5%.

PENERBANGAN YANG BERKURANGAN :

Satu tanda yang menunjukkan penguncupan perdagangan adalah perjalanan udara. Empat syarikat penerbangan, termasuk British Airways PLC, telah membatalkan perkhidmatan ke Kuala Lumpur disebabkan oleh kurangnya permintaan. Sementara itu, Malaysia, dalam keghairahan utuk mempertahankan industri-industri tempatan seperti syarikat automobil Proton, berpatah balik ke arah dasar perlindungan.

Apa yang benar-benar membimbangkan adalah bahawa Thailand dan Indonesia juga mula memikirkan untuk memencilkan diri. Itu adalah sesuatu yang tragis. Asia Tenggara masih mempunyai tenaga pekerja muda, usahawan-usahawan yang bertenaga, dan kaya dengan sumber semulajadinya. Tetapi ia boleh tertinggal dari peta pelaburan memandangkan China membuka peluang-peluang pelaburan yang meluas. Filipina, di bawah Presiden reformis Gloria Arroyo-Macapagal, masih dapat memahami hakikat ini dan mahu mengekalkan pasaran terbuka. Pada hari yang sama Mahathir membuat kecaman, bekas Presiden Filipina Fidel V.Ramos juga berucap di Kuala Lumpur. 'Krisis ekonomi,' katanya, 'menunjukkan dengan jelas kepada semua negara kita akan bahaya yang terdapat di dalam sistem kewangan kita, ketiadaan kemampuan yang sama di dalam ekonomi kita, ciri-ciri pecah amanah yang melanda politik kita.' Ramos tidak boleh mendakwa negaranya sendiri sebagai pusat perdagangan bebas yang tulin. Namun, tidak seperti Mahathir, beliau menyedari isu-isu yang sebenar.


Terjemahan : SPAR-09-021




Asal:

KM2 4930: Mahathir's Worst Economic Enemy Is Himself

Link Reference : Mahathir's Worst Economic Enemy Is Himself