Laman Webantu   KM2A1: 4947 File Size: 3.2 Kb *



Satu Ringgit Untuk Anwar
By La Domeng3

13/7/2001 2:39 am Fri

Dalam kemelut orang tua ugut budak (Mahathed vs Mahasiswa) dan budak ugut orang tua (Puteri Umno vs NC UM)kita mungkin hampir terlupa ada insan yang terus menderita kerana mempertahankan prinsip perjuangannya (Abang Anwar) di Sg. Buluh.

Rakyat marhaen terus diugut supaya jangan menentang kehendak kerajaan yang kununnya mengamalkan demokrasi berparlimen. Apa sahaja dari kerajaan mesti betul tiada yang tidak betul. Rakyat kena ikut sahaja. Jangan banyak soal nanti kena ISA. Inilah untungnya jadi rakyat Malaysia. Kerajaan BN begitu prihatin dengan apa yang rakyat kata bukan apa yang rakyat deritai.

Isu demi isu timbul dan sengaja ditimbulkan. Rakyat terus menerus dipesongkan mindanya supaya jangan melawan kerajaan sebab kerajaan BN tradisinya membela(sah) rakyat.Apa sahaja yang keluar dari mulut busuk para pemimpin BN mesti dipatuhi. Kalau degil - ISA.

Rakyat sentiasa diugut dan ditakut-takutkan. Pelajar dan Pembangkang dituduh menggunakan tindakan militan (tanpa bukti sah) untuk menumbangkan kerajaan BN. Malangnya rakyat masih terlalu baik dan berdisiplin. Paling berdisiplin orang Melayu. Dikatakan mudah lupapun masih bertepuk setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Sang Presiden. Melayu tak tahu malu...takde maruah.

Berbalik kepada penderitaan Abang Anwar...kita yang mengaku berdiri teguh menegakkan keadilan dan menentang kezaliman harus bertindak segera sebelum terlambat. Saranan seorang pembaca Harakah beberapa minggu lalu dan CDB dalam tulisannya terkini, supaya kita sama-sama menyumbang SATU RINGGIT SEORANG UNTUK ABANG ANWAR mesti diberi perhatian dan diambil tindakan segera.

Dalam hal ini BA harus mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Khas Perubatan Anwar. Jangan diharap padi seberang. Entahkan masak entahkan tidak. Apa yang ada pada kita harus digembeling segera. Jangan buang masa nanti terkilan kita. Allah mengatasi segala-galanya tetapi jika tanpa usaha...dayus kita semua. Hanya menyalak kesini dan kesana, komen itu dan ini tapi bila ada kesempatan untuk berbakti kita diam menyepi diri...sampai bila kita harus begini...adakah kita harus menjadi Melayu subsidi seperti orang UMNO yang telah hilang harga diri.

Fikir dan bertindaklah. Jangan sekadar menadah tangan tanpa usaha berterusan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu tanpa usaha dari kalangan kaum itu sendiri untuk merubah nasib mereka sendiri.

Kerajaan BN akan terus menghimpit rakyat dengan berbagai rencana durjana mereka. Mereka tidak peduli apa yang rakyat kata. Yang mereka mahu rakyat mesti ikut apa yang mereka kata walaupun bertentangan dengan perintah Allah Subhanahu Wataala.

Kenapa Melayu masih mahu terus hanyut bersama Mahadet dan Kerajaan BN? Tepuk dada tanya iman. Sampai bila orang Melayu Islam mesti tunduk kepada makhluk? Apa ertinya syahadah yang kita baca disetiap solat yang kita lakukan? Sampai bila kita mahu menipu Allah?


La Domeng - terimakasih kepada mereka yang sudi hantar email. 12.7.2001