Laman Webantu   KM2A1: 4948 File Size: 5.4 Kb *



TDPWN 3: B1 - B2 Halim Saad Pinjam, Halim Ali (KWSP) Diam
By Khalid Jafri

13/7/2001 2:29 am Fri

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara


(Mukasurat 18-28)

BAB 1

Etika dan Moral Positif Untuk Memerangi Jenayah Ekonomi

Oleh: Mahathir Mohamad :27 April 1993

[Tidak perlu dipaparkan kerana ia lebih untuk mempertebalkan buku agar lebih laku. Namun begitu Khalid Jafri telah melakukan satu kesilapan yang sedikit dungu di sini kerana dengan mengepilkan ucapkata Mahathir dia sudah menonjolkan dengan siapa dia bekerja sebenarnya.
- Editor
]





Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Bukan sahaja Halim Ali yang diam tetapi Mahathir sendiri berdiam diri. Mengapa Khalid tidak menulis lanjut akan hal ini? Mengapa Puteri Umno tidak pula mengirim satu memorandum kepada perdana menteri agar meletak jawatan kerana anak-buahnya telah mengusik dana KWSP. KWSP perlu memberi tunjuk sebab kenapa ia memberi wang kepada Halim Saad, Apakah ada akta yang mengizinkan sedemikian? Kalau adapun apakah ia dibincangkan oleh panel pelaburan? Kalaulah bank sendiri pun tidak berani memberi pinjaman kepada Halim (kerana tidak layak dan amat berisiko tinggi) mengapa KWSP sanggup pula memperjudikan dana rakyat sehingga berjuta-juta diberi begitu sahaja?

Mahathir seorang yang kuat membaca - tidak mungkin beliau tidak mengetahui ini semua. Lagipun institusi polis berada dalam genggamannya. Malah apa yang terpapar di laman web pun turut dibacanya - jika tidak dia tidak akan mengutuk internet sekeras-kerasnya dalam perutusan merdeka dan Rais tidak akan merangka sesuatu untuk menyerang nanti. Kerana banyak membaca itulah antara punca Mahathir kekal berkuasa sampai hari ini. Malah apa yang berlaku di Aceh itu pun turut dibaca oleh Mahathir sehingga dia meniru beberapa perkara. - Editor]



(Mukasurat 29-35)

BAB 2

Halim Saad Pinjam, Halim Ali (KWSP) Diam

(Tajuk asal: Halim Saad Pinjam RM78 juta Dari KWSP)


Tan Sri Abdul Halim Saad merupakan tokoh korporat yang mendapat pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM78 juta. Beliau adalah seorang billionaire yang mempunyai aset lebih daripada satu billion.

Pengerusi RENONG ini tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan pinjaman dari KWSP kerana KWSP bukannya institusi bank, melainkan arahan pinjaman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Halim Saad bukan sahaja kroni Daim tetapi nominee beliau dalam urusan bisnes. Dari seorang akauntan di PEREMBA BHD. Anak syarikat UDA, Halim melonjak naik melalui Daim.

Berita mengenai orang korporat meminjam wang KWSP telah heboh baru-baru ini apabila pendedahan tersebut dibuat oleh Presiden MTUC Senator Datuk Zainal Rampak. Beliau tidak pula mengumumkan siapa orang korporat itu. Menurut beliau, pinjaman tersebut dipercayai telah diluluskan setelah tokoh korporat berkenaan menjadikan saham syarikat mereka sebagai cagaran.

Kita difahamkan juga ada beberapa tokoh korporat sedang mengguna pendekatan yang sama untuk mendapatkan pinjaman dari KWSP ini tidak sepatutnya berlaku.

Zainal yang juga Ahli Lembaga Pengarah KWSP mendakwa, langkah KWSP meluluskan pinjaman tersebut telah menyebabkan para pekerja merasa bimbang terhadap simpanan mereka selepas timbul pelbagai kontroversi sebelum ini.

Keraguan Zainal mempunyai alasan yang kukuh bahawa tokoh korporat tersebut dikenal-pasti sebagai kaya dan ada antaranya mempunyai simpanan sehingga RM1 billion. Sehubungan itu, MTUC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat bagaimana pinjaman tersebut boleh diluluskan serta nilai wang yang terlibat.

Saya tahu ada orang korporat yang menggunakan duit KWSP bagi menyelamatkan syarikat-syarikat mereka. Saya tidak akan minta maaf daripada golongan ini.

'Ada di antara mereka yang mempunyai duit sendiri berjumlah RM 1 bilion, kenapa tidak gunakan 10 peratus daripada aset peribadi itu untuk menyelamatkan syarikat mereka, kenapa harus pinjam duit dari KWSP,' katanya.

Zainal memberitahu, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada PM tanpa menyebut identiti mereka yang terlibat.

'Dalam suratnya (Dr. Mahathir) kepada MTUC, PM menulis dengan sejelas-jelasnya bahawa duit KWSP tidak boleh digunakan sama sekali untuk menyelamatkan syarikat yang tenat' ujarnya.

Zainal berkata, KWSP perlu lebih telus, bertanggungjawab dan mengamalkan pentadbiran yang baik dalam mengendalikan simpanan wang pekerja-pekerja. Menurut beliau, apabila MTUC merancang piket besar-besaran, ia bukan bererti pihaknya menentang kerajaan tetapi untuk menunjukkan bahawa kaum pekerja tidak suka wang KWSP disalahgunakan. Beliau memberitahu, MTUC akan menjemput pakar-pakar ekonomi tempatan untuk menganggotai jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah membabitkan KWSP.

'Kami belum memilih anggota jawatankuasa ini, tetapi kajian yang akan dijalankan itu memakan masa kira-kira tiga bulan untuk diselesaikan.

'Kita akan berusaha mengkaji cara-cara pelaburan KWSP supaya kaum pekerja kelak akan mendapat pulangan dividen yang lebih baik, sekurang-kurangnya lapan perastus seiap tahun,' katanya.