Laman Webantu   KM2A1: 4952 File Size: 17.9 Kb *



TAG SP 206: ISA - Kebimbangan Pelajar dan Menyelami Semangatnya
By Kariena Abdullah

13/7/2001 4:51 pm Fri

[Kalaulah pelajar memang mengancam keselamatan negara ada banyak lagi rakyat negara ini yang sepatutnya disumbat ke dalam ISA juga sehingga tidak akan muat bangunan berpuaka itu. Kerajaan sebenarnya mahu memenjarakan minda para pelajar kerana kecerdikkan mereka itu akan mengugat BN nanti. Mereka tidak akan mudah ditipu. Kalaulah benar orang melayu itu lemah dan dungu itu kerana sikap kerajaan sendiri yang membelenggu - dan ini semua berlaku di era Mahathir yang dikatakan amat berwawasan itu.....
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-021


Malaysiakini

ISA - Kebimbangan Pelajar dan Menyelami Semangatnya

(A student's fear and soul-searching)

Oleh: Kariena Abdullah

'Berhati-hatilah,' ibu saya menulis di dalam emailnya selepas keluar berita tentang Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang ditahan di bawah ISA. 'Kerajaan sedang memulakan pemburuannya untuk menindas pelajar-pelajar, tiada siapa yang tahu apa yang boleh berlaku.'

Saya benar-benar terkejut apabila mendengar berita bahawa dua pelajar telah ditahan di bawah ISA di Malaysia. Saya baru sahaja menerima hakikat bahawa Rafzan Ramli, pelajar UiTM, telah disingkirkan kerana penglibatannya di dalam perhimpunan anti-ISA. Dan kini berita ini pula. Selama ini saya merasakan bahawa ISA, sebagai hukuman yang paling berat sekali, akan menjadi senjata terakhir digunakan terhadap apa yang dipanggil 'golongan penentang'.

Nama-nama seperti Tian Chua, Ezam Mohd. Nor dan Hishamuddin Rais sering menjadi sasaran popular untuk dikenakan ISA oleh kerajaan yang semakin terdesak - tetapi untuk mereka menahan seorang pelajar, sesuatu yang tidak pernah saya dengar sebelum ini, tidak salah lagi adalah kerana kerajaan merasakan perlu untuk menghentikan gerakan yang semakin meningkat :

- Ia dengan jelas menunjukkan bahawa, sekurang-kurangnya, gerakan pelajar adalah satu badan yang disegani.

- Sebagai pelajar yang menuntut di luar negara, jauh dari Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mengongkong itu, saya bernasib baik kerana telah didedahkan kepada kegiatan pelajar dari mula saya menjejakkan kaki di sini. Secara ridak langsung, saya tidak perlu merasa bimbang ditangkap untuk apa sahaja yang saya kata atau tuliskan. Saya dilindungi oleh Kanun Amalan Kebebasan Untuk Bersuara (Code of Practice on Free Speech) yang mengikut Waad (covenant) Hak-hak Awam dan Politik, Artikel 19.

'Ancaman kepada keselamatan negara' :

Namun saya sedar bahawa rakan-rakan pelajar saya di Malaysia tidak dapat menikmati hak-hak yang sedemikian. Selepas mendengar berita tentang penahanan Khairul, saya terfikir akan semua perkara yang telah saya lakukan di sini yang mungkin boleh mensabitkan saya sebagai 'ancaman kepada keselamatan negara' seandainya saya berada di Malaysia.

Mari kita lihat - saya banyak menulis. Ia adalah cara saya untuk meluahkan pandangan saya dan mengutarakan apa yang saya fikirkan. Mungkinkah saya akan ditahan kerana berbuat demikian? Apa yang saya tulis adakalanya kritis terhadap kerajaan, tetapi saya tidak fikir yang saya mengancam nyawa sesiapa dengan berbuat demikian. Saya hanya mencurahkan pandangan saya pada kertas, dan orang boleh membacanya dan memutuskan sendiri sama ada mereka bersetuju dengan saya ataupun tidak.

Pada tahun yang lalu, saya menghadiri satu ceramah oleh Mohd. Ezam Mohd. Noor, Ketua Pemuda Keadilan, dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM, di London ini. Seorang kini sedang ditahan di bawah ISA, manakala yang satu lagi adalah bekas tahanan ISA. Malahan saya berpeluang untuk berjabat tangan dengan Ezam pada akhir sesi ceramah itu. Adakah itu bermakna saya adalah ahli kepada kumpulan subversif yang bercita-cita untuk menggulingkan kerajaan?

Saya telah membaca buku Dr. Syed Husin yang bertajuk 'Dua Wajah'. Bahkan saya meminjamkan buku tersebut kepada beberapa teman saya yang berminat. Kami berbincang tentangnya dan kami bersetuju bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu undang-undang yang kejam. Adakah dengan itu saya akan dianggap sebagai 'menerima arahan dari ahli-ahli politik pembangkang' untuk menyatukan sokongan pelajar terhadap reformasi?

Hmm... baru-baru ini saya telah menandatangani satu rayuan petisyen yang menggesa ISA dimansuhkan dan membebaskan kesemua tahanan ISA dengan segera. Saya juga melaungkan 'Bebaskan Tian Chua' pada satu demonstrasi awam. Adakah itu bermakna saya adalah musuh negara?

Saya pernah melihat Tian Chua pada satu perhimpunan tahun lalu di KL; beliau tidak pula kelihatan seperti seseorang yang berupaya untuk membawa bersamanya pelancar grenad, namun beliau kini ditempatkan di pusat tahanan Kamunting - jadi apa yang boleh menghalang pihak polis dari mengatakan yang saya juga berkeupayaan untuk melakukan perkara yang sama?

Oh, saya juga mempunyai tabiat menghantar email kepada rakan-rakan Malaysia saya di sini tentang semua perkembangan terbaru dari Malaysia. Adakah ini juga merupakan satu 'ancaman kepada keselamatan negara'? Ini telah membuatkan saya semakin tidak popular di kalangan rakyat Malaysia di sini, yang lebih suka berbicara tentang keputusan terbaru Formula One atau rancangan TV 'Big Brother'. Kebanyakan dari mereka tidak ambil peduli kerana ternyata mereka tidak akan pulang ke tanah air.

Dengan menggesa rakan-rakan Malaysia saya untuk lebih peka terhadap apa yang sedang berlaku di tanah air, adakah saya telah melakukan sesuatu yang melampaui batas? Bukankah saya telah menyebabkan mereka berfikir tentang hak-hak mereka? Bukankah saya telah membolehkan mereka membandingkan apa yang mereka dapat di sini dan apa yang mereka tidak akan dapat di tanah air?

Umpama robot :

Saya telah menonton sebuah filem yang berkisar tentang kes 'Guildford Four', di mana Akta Pencegahan Keganasan telah salah digunakan untuk membabitkan perbuatan mengebom sebuah pub dengan empat orang yang tidak bersalah. Ia kemudiannya telah membuatkan saya terfikir bahawa penahanan tanpa bicara ternyata adalah satu ketidakadilan yang sangat kejam. Ianya sangat tidak adil dan tidak demokratik.

Penahanan Khairul (dan kemudiannya penahanan Ahmad Fuad) begitu menyentuh perasaan saya kerana kedua-duanya merupakan golongan pelajar, sama seperti saya. Ya, kami sedang dalam pencarian untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi itu tidak menjadikan kami seperti robot yang hanya berminat untuk menghafal buku-buku teks bagi membolehkan kami merangkul ijazah kepujian kelas pertama.

Kami adalah di dalam pencarian untuk mendapatkan pendidikan. Ia merupakan bahagian yang penting dalam usaha intelektual kami untuk melihat sekeliling kami dan menyoal kembali, untuk terlibat di dalam perbincangan dan melatih minda kami untuk berfikir. Dengan melakukan itu, kami tidak boleh diharapkan untuk hanya mendiamkan diri dan 'mengambilnya sambil lewa'. Kami perlu menjadikan suara kami didengari.

Apabila UiTM menyingkirkan Rafzan Ramli pada 22 Jun, ia sebenarnya telah memburukkan imejnya sendiri sebagai pusat akademik di mata pelajar-pelajar. Mengapa ia perlu menghukum minda mereka yang sepatutnya dididik dan dipupuk?

'Tidak dididik begitu' :

Saya terpaksa mengakui, penahanan ISA telah sedikit sebanyak menggerunkan saya. Ia membuatkan saya merasa takut. Saya hidup dalam kebimbangan terhadap ISA, bimbang bahawa kerajaan saya sendiri akan menghukum saya kerana perjuangan saya.

Dalam fikiran saya berkata : Usah merepek. Anda tidak melakukan apa-apa yang mengancam keselamatan negara anda. Kehidupan sesiapapun tidak ada yang terjejas dengan apa yang anda lakukan. Rakan-rakan anda masih berbual tentang Formula One dan Big Brother. Mereka yang di tanah air masih melalui kehidupan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Itulah 'keindahan' ISA. Pihak polis tidak perlu membuktikan apa-apa terhadap anda. Mereka tidak perlu untuk menunjukkan bukti melampaui keraguan yang munasabah bahawa anda memang sebenarnya merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara. Apa yang mereka perlu lakukan adalah untuk menuduh anda melakukan perkara itu. Dan mereka sudah pasti cukup bersedia untuk menuduh saya, atau sesiapa sahaja, untuk perkara itu.

Ia hanya memerlukan beberapa daya imaginasi untuk melemparkan beberapa tuduhan terhadap saya. Saya boleh dikatakan seorang 'agen asing' kerana mengambil bahagian di dalam kempen Amnesty International. Saya boleh dikatakan 'bersubahat dengan pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan', kerana telah berjabat tangan dengan Ezam selepas sesi ceramah itu. Saya boleh dikatakan sebagai 'pencetus kekacauan awam' kerana menghantar email berkenaan anti-ISA. Saya boleh dikatakan bersalah melakukan 'aktiviti-aktiviti subversif' kerana menulis di dalam Malaysiakini.

Namun saya tidak sedikitpun merasa kesal. Semua yang saya lakukan, saya percaya, saya telah melakukannya dengan kerelaan hati saya sendiri, dari tubuh dan minda yang sihat, dan saya bercakap dari hati nurani saya sendiri. Saya hanyalah bertindak, hakikatnya, sebagai seorang pelajar. Dan ini adalah sebahagian dari perkara-perkara yang boleh dibuat oleh seseorang pelajar, selain dari menghadiri kuliah-kuliah, mengulangkaji untuk peperiksaan, berbual tentang Formula One dan lain-lain serta membasuh pakaian.

Dan sekalipun saya merasa takut ditahan di bawah ISA, saya tidak fikir saya patut mendiamkan diri. Saya juga mempunyai pendirian yang hampir sama dengan Khairul, Rafzan atau Ahmad Fuad. Kami mewakili sekumpulan individu yang mempunyai tahap kesedaran dan keprihatinan yang tinggi, dan kami tidak boleh, biarpun kami cuba, untuk mendiamkan diri terhadap semua ketidakadilan ini.

Kami bukannya dididik untuk bersikap begitu.



KARIENA ABDULLAH kini sedang menuntut di London.

Terjemahan: SPAR-09-021




Asal:

http://www.malaysiakini.com/ News/2001/07/2001070904.php3

Monday July 9

ISA - A student's fear and soul-searching

Kariena Abdullah

2:43pm, Mon: opinion 'Be careful,' my mother wrote in her e-mail after the news that Khairul Anuar Ahmad Zainuddin was arrested under the Internal Security Act (ISA) came out. 'The government is beginning a crackdown on students, you never know what might happen.'

I was absolutely shocked when I heard the news that two students have been detained under the ISA in Malaysia. I am still recovering from the news that Rafzan Ramli, a Universiti Teknologi Mara (UiTM) student, had been expelled for his involvement in an anti-ISA rally. And now this. I have always thought that the ISA, being the harshest punishment of all, would be the last resort used against so-called 'dissidents'.

Names like Tian Chua, Mohamad Ezam Mohd Nor and Hishamuddin Rais were always going to be popular targets for the ISA by an increasingly desperate government - but for them to arrest a student, one I had never heard of before, must say something about the need by the government to silence an ever-growing movement.

It evidently shows that, at the very least, the student movement is a force to be reckoned with. Whether it realises it or not, the government has certainly given the students a sense of strength and importance.

As a student studying overseas, far away from the stifling Universities and University Colleges Act, I have been fortunate to be exposed to student activism from the start of my time here. In a way, I have never had to worry about being arrested for whatever I say or write. I am protected by the Code of Practice on Free Speech, which in turn complies with the UN Covenant on Civil and Political Rights, Article 19.

'Threat to national security'

Yet I know that my fellow students in Malaysia do not enjoy such rights. After hearing the news about Khairul's arrest, I thought about all the things I have done here which could have branded me as a 'threat to national security' if I were back in Malaysia.

Let's see - I do a lot of writing. It is my way of expressing my views and getting my point across. Could I get arrested for that? What I write is sometimes very critical of the government, but I don't think I am threatening anyone's life by doing so. I am merely putting my thoughts down on paper, and people can read and decide whether they agree with me or not.

Last year, I attended a lecture by Ezam, the youth chief of Keadilan, and Dr Syed Husin Ali, the president of PRM, here in London. One is a current ISA detainee, the other, a former. I even shook Ezam's hand at the end of the lecture. Does that make me a member of a 'subversive' group aimed at toppling the government?

I had read Dr Syed Husin's book Two Faces. I even lent the book to a couple of friends who were interested. We discussed about it and we agreed that the ISA is a draconian piece of legislation. Could I then be perceived as 'taking orders from opposition politicians' to rally student's support for reformasi?

Hmm... I recently signed a petition appeal calling for the abolishment of the ISA and the immediate release of all ISA detainees. I also chanted 'Free Tian Chua' at a public demonstration. Does that mean I am an enemy of the state?

I saw Tian Chua at a public gathering once last year in KL; he did not look like someone capable of carrying around with him a grenade launcher, yet he is now in the Kamunting detention centre - so what's to stop the police from saying that I am capable of doing so?

Oh, I also have this habit of sending out e-mail to my Malaysian friends here about all the latest news from Malaysia. Does this constitute a 'threat to national security'? This has made me increasingly unpopular among the Malaysians here, who would rather talk about the latest Formula One results or the Big Brother reality TV show. Most of them don't care because they are not going back home anyway.

By urging my Malaysian friends to be more aware of what's happening back home, have I done the unthinkable? Have I made them think about their rights? Have I made them compare what they have here now with what they will not have back home?

Automatons

I watched the movie about the 'Guildford Four' case, where the Prevention of Terrorism Act was used to wrongly implicate four innocent people of bombing a pub. It made me think then that detention without trial is certainly the most cruel act of injustice. It is most unfair and most undemocratic.

Khairul's arrest (and the following day, Universiti Malaya student leader Mohamad Fuad Mohd Ikhwan's arrest) touched a chord in me because both are students, just like me. Yes, we are in a quest of getting a degree but that does not make us automatons whose only concern is to memorise textbooks so that we may score Firsts.

We are in a quest of getting an education. It is part and parcel of our intellectual pursuit to look around us and ask questions, to get involved in discourse and put our mind to work. Having done that, we cannot be expected to merely keep quiet and 'take it as it comes'. We need to make our voices heard.

When UiTM expelled Rafzan Ramli on June 22, all it did was tarnish its own image as an academic seat in the eyes of students. Why was it punishing the very minds it was meant to educate and nurture?

'Not taught like that'

I must admit, the ISA arrests sent chills down my spine. It made me scared. I live in fear of the ISA, in fear that my own government will punish me for my struggles.

My head says: Don't be ridiculous. You have done nothing that threatens the security of your country. No one's life has been affected by what you do. Your friends still talk about Formula One and Big Brother. People back home still go through life as if nothing has happened.

That's the 'beauty' of the ISA. The police do not need to prove anything against you. They do not need to show beyond a reasonable doubt that you are actually a threat to national security. All they need to do is to accuse you of being one. And they certainly have enough to accuse me, or anyone else, for that matter.

It only takes some imagination to throw some accusations against me. I could be a 'foreign agent' for having taken part in an Amnesty International campaign. I could be 'conspiring with the opposition to topple the government', having shook Ezam's hand after that lecture. I could be an 'instigator of public unrest' for sending out anti-ISA e-mail. I could be guilty of 'subversive activities' for writing in malaysiakini.

But I have no regrets whatsoever. Everything I did, I believe, I was acting out of my own free will, of sound body and mind, and I spoke out of my own conscience. I am just, as it is, being a student. And these are some of the things that students do, apart from attending lectures, revising for exams, talking about Formula One, etc. and doing the laundry

And though I am scared of being arrested under the ISA, I don't think it will do for me to keep quiet. I am very much like Khairul, Rafzan or Ahmad Fuad. All we are, is a bunch of individuals who have a high degree of awareness and concern, and we cannot, even if we try, keep quiet in the face of all this injustice.

We were just not taught like that.


KARIENA ABDULLAH is currently studying in London.