Laman Webantu   KM2A1: 4954 File Size: 16.9 Kb *



TJ SP MGG: Memahami Perdebatan Mengenai UTAR
By M.G.G. Pillai

13/7/2001 6:30 pm Fri

[Membina universiti memerlukan banyak modal dalam bentuk wang, ilmu dan ketokohan. Itu semua sudah sukar dikutip sekarang kerana kebanyakkan pendidik dan cendiakawan Cina mengutuk Ling kerana tidak memihak kepada mereka dalam isu sekolah wawasan dan SRJKC. Lagipun derma oleh Chang Min Thien pun langsung tidak digunakan untuk membantu pendidikkan pelajar Cina. Kalaulah isu pendidikkan yang kecil-kecil pun gagal dijuarai oleh MCA apakah ia akan berjaya dalam isu yang lebih besar lagi?

Kaum Cina tentu masih belum lupa nasib koperasi mereka dikerjakan oleh pemimpin MCA. Tidak ada jaminan universiti pun akan selamat kerana Ling lebih berminat untuk menyelamatkan dirinya sahaja - jika tidak dia akan menyebelahi golongan cendiakawan Cina dalam isu Nanyang dan sekolah Cina. - Editor]

Terjemahan: SPAR-01-028


Malaysiakini

Memahami Perdebatan Mengenai UTAR

(Looking at UTAR in the mouth - The President's University)

Oleh: MGG Pillai

Presiden MCA, Ling Liong Sik, telah menerima tepukan gemuruh pada hari Ahad yang lalu. Demikianlah hebatnya sambutan yang diberikan ketika mesyuarat MCA Perak dilangsungkan. Dia mengumumkan kebenaran kerajaan terhadap penubuhan sebuah universiti. Dia menerima lebih dari apa yang diharapkannya: menaikkan taraf Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi sebuah universiti (UTAR).

Apakah benar laporan The Star bahawa itu merupakan satu 'peristiwa bersejarah'?. Tiga orang pegawai tertinggi parti, timbalan presiden Lim Ah Lek, naib presiden Chua Jui Meng dan Chan Kong Choy, yang merupakan seteru ketat Ling, terus duduk di kerusi mereka sedangkan yang lain berdiri bertepuk tangan. Mereka ini lebih memahami mud (mood) masyarakat Cina daripada apa yang Ling tahu. Mereka sedar apa sebenarnya makna penubuhan universiti itu walaupun ia merupakan satu realiti kepada penantian 32 tahun yang sudah laksana sebuah mimpi. Mereka sedar kalau tersalah langkah meneruskan impian itu akan membawa banyak padah.

Soalnya mereka sudah lama tahu apa yang para perwakilan belum tahu lagi ketika itu. Ling menerima surat mengenai penubuhan UTAR itu SATU TAHUN yang lalu, tanpa memberitahu majlis tertinggi parti dan sengaja memeramnya untuk tujuan politik dan keuntungan kewangan. Terpulanglah kepadanya, mengumumkan cerita itu pada ketika yang bersesuaian pada dirinya. Tetapi, itulah yang tidak dapat dipenuhinya kerana sokongan yang semakin menghilang daripadanya.

Ada cerita bahawa dia bercadang membuat pengumuman itu pada pemilihan majlis tertinggi parti pada tahun yang akan datang. Episod Nanyang Press dan kemelut Sekolah Wawasan dan keangkuhannya selama ini telah membuatkan perancangan itu kucar-kacir jadinya. Kumpulan Lapan mahukan jawapan yang dia tidak rela berikan. Akar umbi Cina sudah semakin memperlekehkannya seperti yang sedang dihadapinya dalam MCA sendiri. Itu sebabnya dia keluarkan kenyataan yang dramatik itu dengan harapan surat rasmi kerajaan dapat menyelamatkannya.

Soalan Teka-teki

Kerelaannya membuat pengumuman itu pada satu mesyuarat di peringkat negeri dan tidak menunggu ketika berlangsungnya persidangan nasional bulan depan, mencetuskan keraguan dan ketakutan. Tercetus kini soalan berbentuk teka-teki. Bilakah kabinet memberikan kelulusan itu? Benarkah kelulusan itu dibuat oleh kabinet? Apakah kelulusan itu satu bentuk persetujuan setelah Ling bersetuju dengan pengurangan sekolah Cina untuk mendapatkan kelulusan sebuah universiti? Kenapakah Parlimen tidak pun diberitahu? Menteri Pendidikan mesti bersuara memberikan penjelasannya. Ling tidak menjangkakan masalah Sekolah Wawasan boleh timbul dalam masa yang singkat sehinggakan dia turut terjerat.

Kini, Ling tidak sanggup menanggung beban itu semua dan memberitahu perwakilan di Ipoh akan cerita UTAR itu. Dia telah merancangnya sebelum jawatankuasa pusat mengetahuinya. Dialah orangnya dan bukannya MCA yang berkuasa dalam hal ini. Dialah insannya dan bukannya MCA yang akan berbincang dengan kerajaan akan serba serbi mengenainya. Ling beranggapan bahawa UTAR adalah satu dalil yang padu untuk dia terus berkarat sebagai presiden parti selagi dia mahu. Ada satu desas-desus yang telah dinafikan oleh Ling, betapa dia inginkan seorang naib presiden dan kroninya dalam kabinet, Ong Ka Ting, menjadi timbalannya. Berita angin itu tidak pula kosong semata-mata. Ling tidak selesa kalau Kumpulan Lapan (Geng Lapan) ataupun sesiapa sahaja yang tidak merestui cadangannya cuba masuk campur untuk membetulkan keadaan.

Inilah caranya Ling mencemarkan MCA. Para pendidik Cina yang diketuai oleh Sim Mow Yee yang kini berusia sekitar 80-an, satu ketika dulu memperjuangkan penubuhan Universiti Merdeka. Inilah cadangan yang dijadikan tuntutan besar dalam pemilu 1969. Tunku Abdul Rahman yang menjadi perdana menteri ketika itu, bijak memujuk dan membenarkan MCA menubuhkan TAR College. Maktab itu terus membesar dengan bantuan kerajaan secara sumbangan setara jumlah ringgit yang diterima oleh Maktab itu melalui kutipan derma.

UTAR akan menerima sebahagian dan tidak semesti semua insentif yang pernah diterima oleh TARC. MCA tidak mampu menguruskannya secara sendirian, dan terpaksa bergantung kepada masyarakat Cina yang ditentanginya. Apabila Ling cuba memperlekehkan mereka dan juga partinya mengenai universiti ini, ia akan menyulitkan kedudukan parti dalam perkara ini. Sebuah universiti yang dikendalikan oleh masyarakat Cina sudah tentu merupakan satu bahan kutukan kepada alam politik Melayu selari dengan kutukan terhadap pendidikan bahasa Cina satu ketika dulu. Kalaulah MCA mahukan sokongan masyarakat Cina sepenuhnya, terpaksalah parti itu berfikiran waras untuk menerima kemasukan semula para pejuang pendidikan Cina dulu.

Pendidikan Cina

Yang pasti, UTAR akan dikecualikan daripada membayar harga lesen yang tinggi untuk penubuhan universiti swasta, yang dikatakan sekitar RM75 juta. Kalau TARC menjadi satu pedomannya, sudah tentu UTAR berkemungkinan menerima jaminan kerajaan, bantuan grant dan pelbagai sokongan untuk memancing semula pengundi Cina menyokong kerajaan. Melihatkan pergolakan semasa, pendidikan Cina akan menjerut penglibatan kerajaan bersimpul mati, apabila generasi baru Cina yang ada yang merupakan cucu-cicit generasi peneroka mereka dulu kala, memperkasakan kewujudan mereka melalui kerakyatan yang ada di tangan mereka.

MCA berada di luar tanggapan baru ini, seperti juga UMNO yang sudah tertinggal jauh daripada memahami tanggapan generasi baru masyarakat Melayu. Rekod penglibatan MCA dalam kemajuan pendidikan terlalu compang-camping. TARC merupakan pengecualiannya, kerana wujudnya bantuan kerajaan dan geran, dan lahir ketika pencarian untuk mendapatkan ijazah luar negara merupakan fesyen dunia pendidikan ketika itu. Sehingga kini masih ada sumbangan kerajaan yang semakin berkurangan dan sudah tentu akan berkurangan lagi apabila UTAR mula melangkah ke hadapan.

Bukannya mudah mencontohi sesuatu yang asli. Pada satu masa dulu, MCA menyumbang besar kepada pendidikan Cina; para menterinya menyanyi di khalayak ramai untuk mengutip derma. Majlis semacam itu sudah berkurangan kerana MCA bergiat mencari derma untuk sekolah Cina swasta sahaja. Itulah sebabnya Ling memerapkan berita penubuhan universiti itu sebagai satu rahsia. Banyak belanja yang diperlukan (ataupun dibuat) untuk menubuhkan UTAR itu.

MCA tidak seharusnya menguruskan UTAR, eloklah masyarakat Cina yang memainkan peranannya. UMNO pun tidak mengendalikan sebarang universiti. MIC cuma terbabit dengan sebuah fakulti perubatan, dan kini MCA pula mahu terlibat terus dengan sebuah universiti. Ia menganggapnya sebagai satu dalil akan kecekalannya. Ia memikirkan usahanya itu akan memberi kebanggaan kepada masyarakatnya. Sebaliknya akan terjadi. Sepatutnya semua itu harus diserahkan kepada satu jawatankuasa tertinggi di kalangan pemimpin masyarakatnya.

Kejayaan dan Kegagalan

Kita harus mengimbau bagaimana masyarakat Cina bangkit bersatu padu sekitar 1950-an hingga 1960-an dulu, untuk menubuhkan Nanyang Universiti di Singapura. Mereka berjaya membangkitkan kesedaran setiap lapisan masyarakat Cina, baik daripada kalangan pengemis jalanan sehinggalah kalangan jutawan, menyumbang terhadap satu kebangkitan gotong-royong orang Cina yang menyumbang sehingga terkumpul beratus juta (kalau mengikut nilai sekarang bertaraf puluhan bilion) dollar. Nanyang universiti telah dibina bukan untuk memuaskan nafsu-nafsi para kroni tetapi terhadap pencapaian idealisme yang lebih besar ke arah pendidikan.

Kegagalan idealisme itu bermula apabila kerajaan mengambil-alih pentadbirannya. Tindakan kerajaan itu berpunca daripada tercetusnya aktiviti anti kerajaan di kampus. Para pengasas masyarakat sudah pun mati dan lama pergi, yang baru tidak pula berminat menyokongnya dengan iltizam yang sama ditunjukkan generasi yang terdahulu. Pembiayaan menjadi satu masalah yang menghambat kemajuan, dan ini mencetuskan muslihat politik sehinggakan ia tidak mampu bergerak bebas lagi.

Satu ketika dulu seorang hartawan, Chang Min Thien, telah menderma RM10 juta kepada sebuah agensi milik MCA untuk penubuhan sebuah yayasan pendidikan. Tidak ada satu pun derma itu yang diagihkan sehingga terpaksa dipulangkan semula wang yang didermakan. Pada 1970-an beberapa pemimpin MCA dipenjarakan, dan diaibkan kerana dana yang terkumpul dalam Kojadi - sebuah syarikat koperasi untuk membantu pelajar dengan memberikan wang biasiswa dan dermasiswa, telah lesap begitu sahaja.

Kini, UTAR akan terbina, tetapi mampukah ia dibina berasaskan tapak yang goyah seperti yang menyanggah MCA sekarang ini?

MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-028




Asal:

www.malaysiakini.com

Wednesday, 11 July 01


Looking at UTAR in the mouth


CHIAROSCURO

MGG Pillai


The MCA president, Ling Liong Sik, received a standing ovation when he announced on Sunday, at the Perak MCA annual general meeting, the party is allowed, at last, a university. He got more than he dared hope: upgrade Tunku Abdul Rahman College to a university.

Was it, as the Star reported, a "historic moment"? Three men -- deputy president Lim Ah Lek, vice-presidents Chua Jui Meng and Chan Kong Choy, intractible political foes of Ling -- remained seated, did not join in. They read the Chinese mood better than Ling, knew what it meant to the Chinese, a 32-year-old dream come true. A misstep would cause them plenty.

But they knew what the delegates did not: Ling got the letter about Universiti Tunku Abdul Rahman College a year ago, did not inform the central committee, kept it to himself and his cronies for political and financial gain. It was left to him to announce it at his propitious convenience. He could not; he had to shore up his flagging support.

Word is he was to announce it during the MCA party elections next year. The Nanyang Press and the Vision School fiascos combined with his arrogance threw his plans out of gear. The Gang of Eight wanted answers he would not give. The Chinese ground is dismissive of him, as the MCA now. He had to make a dramatic statement. So, he fished out the letter.

Niggling questions

That he did at a state party meeting now and not at the MCA convention next month reflects both worry and fright. Niggling questions remain. When did the cabinet approve it? Did it at all? Did Ling agree to few Chinese language schools in return for a university? Why was Parliament not apprised of it? The education ministry must clear the air. Ling did not expect the Vision School problem to surface so soon, and got caught.

He wants no more, so he told the MCA delegates in Ipoh, than make UTAR come true. He plans for it, even before his central committee knows of it. It is he, not MCA, in charge. He, not MCA, shall discuss the details with the government. UTAR is yet one more reason, in his view, to let him remain in office as long as he likes. The rumour, which Ling has denied, that he wants his vice-presidential and cabinet crony, Ong Ka Ting, as his deputy, cannot be far wrong. He does not want the Gang of Eight or any other who does not share his flawed vision to correct it.

But Ling helps MCA stumble. Chinese educationists, led by the redoubtable (and now octogenarian) Sim Mow Yee, wanted a Chinese-run Merdeka University, and an important demand in the 1969 general elections. The then prime minister, Tunku Abdul Rahman, deflected it by allowing MCA to run TAR College, and it survives with little mentioned government grants and ringgit-for-ringgit contributions.

UTAR would get some, but not all, incentives TARC got. MCA cannot run it on its own and needs the very groups in the Chinese community it opposes. So, when Ling plays hide-and-seek with them, and his party, over it, it faces more problems than it bargained for. A Chinese-run university is anathema to the Malay political community as Chinese-language education is. If MCA wants Chinese community support, it must let go and bring the Chinese educationists in.

Chinese education

UTAR would no doubt be exempted from the high licence fees for private universities, said to be RM75 million. If TARC is any guide, it would get government guarantees, grants-in-aid, and any other help to bring Chinese support back to the government. As events proved, Chinese education will tie the government in knots, as the newer generation of Chinese, the grandchildren of the founding fathers, strengthen their citizenship in their cultural confidence.

The MCA does not fit into this worldview, as UMNO does not to the Malay grandchildren's. Its record in education is patchy. TARC is an exception, with government grants and aid, and was there when the explosion of tutorial classes for foreign degrees was the vogue. It still gets sizeable donations annually, which would trickle when UTAR claims are more pressing.

It cannot be replicated. MCA did, in the early days, do much for Chinese education; ministers sang for their supper, but that is now rare as MCA raising funds for Chinese independent schools. So, Ling, in keeping news of the university secret, is true to form: billions or ringgit would be spent (and made?) in establishing UTAR.

It should not be MCA which should run UTAR, but the Chinese community. UMNO does not run any universities, MIC dabbles in a medical faculty, and MCA now in a university. It is seen as proof of its commitment. It thinks it does the community proud. It does not. It should instead leave it to a high-level committee of community leaders.

Success and failure

Look at how the Chinese community rose in unison, in the 1950s and 1960s, to establish Nanyang University in Singapore: millionaires to beggars, in what is best described as a Chinese gotong royong, contributed their mite to collect hundreds of millions (read billions, in today's devalued currency) of dollars. It was built not to favour cronies, but to the larger ideal of education.

But its failure -- it was eventually taken over by the government -- came when it was seen as a hotbed of anti-government activity. The old stalwarts in the community died, and the newer ones did not support it as their parents did. Funding became a problem, and with its political complications, it could not survive independently.

When the business man Chang Min Thien offered an MCA agency RM10 million to set up a foundation for education, none of it was distributed, before it was forced to return it. In the 1980s, several MCA leaders went to jail, was disgraced, when funds in the Kojadi deposit-taking co-operative, meant to help students with their fees, vanished into thin air. UTAR would be built, but could it last if it is built on shaky foundations as MCA is in?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my