Laman Webantu   KM2A1: 4958 File Size: 5.3 Kb *



TDPWN 4: B3 - B4 Sapu Menyapu CLOB - SIapa Naiman?
By Khalid Jafri

13/7/2001 6:53 pm Fri

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Soalnya disini siapakah yang memberi penyapu kepada Daim dan kroninya jika tidak Mahathir juga? Khalid Jafri asyik mengatakan 'semua orang tahu'. Tidakkah ini bermkna Mahathir pun tahu???? Malah polis dan BPR pun tahu......

Nampak sangat Khalid Jafri teramat dungu!! - Editor]


(Mukasurat 36-40)


BAB 3

Sapu Menyapu Pelaburan CLOB

(Tajuk asal: Daim Sapu 80% Akbar Khan 20%)


Kalangan antarabangsa menganggap Tun Daim Zainuddin adalah multi bilionaire dan orang yang lebih berpengaruh daripada Mahathir Mohamad dalam dunia bisnes.

Tetapi bagi kebanyakan orang Malaysia mengetahui Daim seorang Menteri Kewangan yang paling korup dan beliau mengatasi segala prosedur dan peraturan kerajaan bagi mendapatkan kekayaan menerusi keluarga dan kroni-kroni yang menjadi nominee.

Sedikit masa lalu, heboh pasal pelaburan dalam CLOB di Singapura. Daim sebagai Menteri Kewangan telah mengambil insiatif menyelesaikan masalah tersebut tetapi bermotifkan kepentingan peribadi.

Kerajaan Malaysia telah membayar RM300 juta kepada CLOB melalui sebuah syarikat tempatan bernama Effective Capital Sdn. Bhd. Syarikat tersebut adalah kepunyaan Akbar Khan, seorang ahli perniagaan Singapura. Persoalannya kenapa Kementerian Kewangan membayar kepada Akbar Khan?

Daim sepatutnya melantik syarikat-syarikat kepentingan kerajaan Malaysia seperti KLSE dan membereskan urusan pelaburan dalam CLOB. Daim sebagai Menteri Kewangan telah ketepikan hak kewangan negara. Dengan membayar terus kepada Effective Capital, Daim boleh dapat 80 peratus sementara 20 peratus lagi ke Akbar Khan sebagai servis menjadi nominee.

Untuk merapatkan perhubungan kroni-kroni dan nominee Daim, maka Tan Sri Halim Saadpun ditemukan jodoh dengan anak saudara Akbar Khan. Jadilah 'Marriage For Convenience'.

Sementara itu terdapat ramai ahli perniagaan Malaysia dan taikun yang berurus-niaga dengan Daim terpaksa membayar kepadanya berjuta-juta ringgit mendapatkan lesen-lesen dan konsesi.

Mereka yang tersenarai adalah seperti, Ananda Krishnan - diberi lesen loteri dan konsesi lumba kuda. Vincent Tan - diberi penswastaan Sports Toto dan juga konsesi lain yang diluluskan oleh Daim. Francis Yeo - lesen IPP dan beberapa projek pembinaan yang besar. TK Lim bekas tuanpunya Multi-Purpose Group mengeluarkan 30% SAHAM Bumiputra dalam Magnum kepada nominee Daim dengan harga yang rendah bagi dapat untung, dekat RM500 juta apabila saham-saham ini diniagakan. Maklumat ini sekarang senang dapat disahkan. Tan Sri Lim Goh Tong mengeluarkan 30% saham Bumiputra dalam Resort World Bhd kepada nominee Daim apabila lesen kasino Genting pindahkan kepada Resort World Bhd. Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah adalah nominee utama dalam urusniaga itu.

Ali Kadir Terperangkap

Ramai yang bertanya-tanya, mengapa Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Ali Abdul Kadir tidak berupaya menjalankan penyiasataan dan mengambil tindakan ke atas kesalahan yagn banyak dilakukan oleh Tun Daim Zainuddin dan kroni-kroninya dalam banyak hal?

Ada yang mengatakan bahawa Ali Abdul Kadir adalah orang kuat Daim dalam Suruhanjaya Sekuriti sehingga terpaksa menutup 'pekung' Daim yang sudah berbau busuk. Sampai bila Ali mahu tutup dan melindungi Daim dan kroni-kroninya?





Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara


(Mukasurat 41-42)


BAB 4

Siapakah Naimah Binti Abdul Khalid?

Siapa Naimah? Perempuan ini adalah isteri ketiga Tun Daim. Kalau Daim berkuasa sebagai menteri Kewangan dengan mengagihkan wang negara kepada keluarga dan kroni-kroni yang menjadi nomineenya, maka Naimah merupakan perempuan yang paling berkuasa dalam dunia business Malaysia. Berikut adalah penglibatan dua laki bini itu dalam business negara.

MUHIBBAH ENGINEERING (M) Bhd.

Akhbar The Edge keluaran 23 April 2001 menyiarkan satu artikel yang mempersoalkan MUHIBBAH sering diberi anugerah projek-projek yang mewah. Akhbar itu mendedahkan strong connections serta kerjasama antara MUHIBBAH dan HCM Engineering Sdn. Bhd. HCM Engineering juga mempunyai hubungan yang kuat berkaitan dengan politik

Pada awal tahun ini MUHIBBAH telah dianugerahkan kontrak berjumlah RM422 juta untuk membina sebuah kem tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Baru-baru ini MUHIBBAH juga mendapat satu lagi kontrak bernilai RM366 juta untuk membina sebuah Pusat Tentera Laut di Kota Kinabalu, Sabah.

Tahun lalu, MUHIBBAH melalui syarikat joint venturenya (JV) bernama ROADCARE (M) Sdn Bhd. telah memperolehi projek penyelenggaraan jalan persekutuan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan kontrak berniali RM850 juta untuk selama 15 tahun. Keuntungan bersih mereka dalam kontrak ini berjumlah RM297.750 juta.

Pemegang-pemegang saham dalam syarikat MUHIBBAH ialah Mac Ngan Boon dan Naimah Abd. Khalid sebagai pemegang saham utamanya.