Laman Webantu   KM2A1: 4972 File Size: 4.6 Kb *



TDPWN 6: B7 - B8 Selamatkan MAS, Lenyapkan BBMB
By Khalid Jafri

15/7/2001 10:49 pm Sun

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Kalau Mahathir betul-betul cekap dan bersih semua ini tidak akan terjadi. Kes rasuah Datuk Harun sudah cukup untuk menilai siapakah Daim tetapi mengapa Mahathir buat-buat tidak tahu sahaja sedangkan polis dan BPR berada dalam cengkamannya?

Apa yang menarik banyak kes songlapan berjuta-juta berlaku pada era Mahathir tetapi ia hanyut dibuai masa tanpa tindakkan apa-apa. Kalaulah pencuri Perwaja boleh lari begitu sahaja jangan harap pencuri lain yang serupa akan didenda. Kes balak Khalil Yakob sekarang pun sudah senyap begitu sahaja. Bukankah kawan pencuri itu selalunya pencuri juga?
- Editor
]



(Muka surat 48 - 53)


BAB 7

Menyelamatkan MAS Demi Poket Sendiri

Tun Daim beria-ia berkata 'kita mesti selamatkan MAS demi maruah Malaysia.' Tiba-tiba yang diselamatkan oleh Daim ialah Tan Sri Tajuddin Ramli bukannya MAS.

Tajuddin mempunyai 29 peratus pegangan saham dalam MAS menjadikan ia pemegang individu terbesar.

Daim melalui Kementerian Kewangan telah menawarkan RM8.00 bagi satu saham untuk membeli kesemua 29 peratus saham milik Tajuddin yang bernilai RM 1.8 billion. Sedangkan harga pasaran MAS waktu itu ialah RM4.00 bagi satu saham.

Bagi Daim inilah kesempatan yang harus diambil kerana beliau sendirian adalah pemilik sebenar saham individu MAS. Tajuddin hanya nomineenya saja.

Kalau Daim kata untuk menyelamatkan MAS demi maruah Malaysia, kenapa tidak masukkan RM1.8 bilion wang tunai ke dalam MAS terus dan mengeluarkan saham baru kepada Kementerian Kewangan, memandangkan MAS sudah overgeared? Barangkali Daim rasa lebih menguntungkan masuk poket sendiri dari menjaga maruah Malaysia.

Ini bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang begitu banyak untuk menyelamatkan Tajuddin bukan menyelamatkan MAS.

MAS mengalami kegawatan akibat sikap boros Tajuddin sendiri yang menempah 25 pesawat baru yang bernilai berpuluh billion ringgit. Tajuddin juga menempah sebuah pesawat mewah tahun lalu hanya untuk disewa khas dengan bayaran RM32,300 setiap satu jam. Boeing 737-700 itu hanya menyediakan 16 tempat duduk saja dengan peralatan yang serba canggih. Bukankah ini satu pembaziran?





Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

(Muka surat 54 - 58)


BAB 8

Bank Bumiputra Menghilang Lagi


Bank Bumiputa, satu-satu bank Melayu yang ditubuhkan hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama telah lenyap sekelip mata apabila Tun Daim Zainuddin mengarahkan pergabungan antara bank Bumiputra dengan Bank of Commerce.

Bank of Commerce (BOC) dimiliki oleh nominee Daim mempunyai lebih kurang 50 cawangan dan Bank Bumiputra ada 200 cawangan menjadikan ia sebagai bank yang kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank.

Melalui nominee Daim, Bank Bumiputra telah diambil-alih dengan pembelian saham yang paling rendah iaitu 62 sen sesaham sedangkan harga pasaran ialah RM3.00.

Nilai pasaran saham sebenarnya ditentukan oleh Daim. Kalau pihaknya hendak menguasai satu-satu syarikat dia akan beli dengan harga paling rendah tetapi mengaut keuntungan berlebihan seperti saham MAS yang dibeli oleh Kementerian Kewangan dengan harga belipat ganda daripada RM4.00 kepada RM8.00, keuntungan berjumlah RM1.8 billion.

Bank Bumiputra telah dibeli oleh Daim melalui nominee dengan alasan mahu konsep penggabungan bank dilaksanakan maka berlakulah penggabungan antara Bank of Commerce (BOC) dengan bank Bumiputra (BBMB) pada 18 September 1998 sedangkan BBMB tidak perlu bergabung kerana kira-kira untung ruginya masih memperlihatkan BBMB untung sebanyak RM750 juta sedangkan Bank of Commerce (BOC) rugi sebanyak RM317 juta.

Penggabungan ini bukan sahaja merugikan orang Melayu tetapi melenyapkan Bank Bumiputra sebagai hak anak watan di tanahairnya.

(gambar Dato Md. Nor Yusuf Pengarah Urusan Kumpulan MAS yang baru menggantikan Tajuddin Ramli)

Beliau merupakan kroni dan nominee Daim yang bertanggungjawab memberikan pinjaman 'extremely friendly loan' sebanyak RM380 juta kepada Quantum Aspects.

Daim telah beri promotion kepada Md. Nor Md. Yusuf dengan meletakkannya sebagai CEO MAS menggantikan Tajuddin. Tidakkah pinjaman 'Extremely Friendly Loan' yang diberi kepada Quantum Aspects telah melanggar semua syarat-syarat kredit.