Laman Webantu   KM2A1: 4973 File Size: 4.3 Kb *



TDPWN 7: B9 - B10 Skandal MPHB dan Tender Sekolah
By Khalid Jafri

15/7/2001 11:58 pm Sun

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Perkataan 'tahu' begitu banyak digunakan oleh Khalid Jafri. Ini mengingatkan kita satu ketika dulu bila Mahathir begitu yakin atau 'tahu' Anwar terlibat dalam salah-laku seks kerana beliau 'menyiasat sendiri'. Tetapi Mahathir tidak pula berani datang ke mahkamah walaupun sekadar untuk menjadi saksi pembela.

Hmmmm... Nampaknya ada banyak persamaan 'tahu'. Soalnya mengapa tidak tampil dengan bukti dan sumber atau sengaja menunggu semua fail yang mensabitkan Mahathir hilang dulu..... - Editor]


(Muka surat 68 - 71)


BAB 9

MPHB: Multi-Purpose Holdings Bhd.

Kalangan ahli-ahli korporat mengetahui bahawa T.K. Lim menyerahkan pegangan Multi-Purpose kepada Tun Daim, dengan syarat segala kesalahan yang dilakukan T.K. Lim dalam kumpulan MPHB di selesaikan oleh Daim.

Bagi T K Lim ini tidak merugikannya kerana beliau telahpun mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari MPHB. Beliau telah menyerahkan 30 peratus saham ke syarikat Quantum Aspects Sdn. Bhd dengan percuma.

Dr. Chan Chin Cheng adalah nominee utama Daim dalam Quantum Aspects dengan Akhbar Khan (Effective Capital) menonjolkan diri dalam MPHB sebagai 'top honcho'. Untuk menguruskan kumpulan MPHB bagi pihak Daim.

Sekarang barulah semua orang faham kenapa Bank Multi-Purpose yang begitu lemah diurus, diberi status anchor bank (bank peneraju) iaitu daripada cadangan asas 6 anchor bank. Apabila bank-bank lain yang lebih matang, berwibawa dan berupaya seperti RHB, Arab-Malaysian dan Hong Leong terkeluar pada mulanya.

Terry Tham Ka Hon, kawan rapat Tan Sri Wan Azmi Hamzah (satu-satunya nominee Daim yang kuat) dengan beberapa rakan kongsi telah mengambil-alih Quantum Aspects sekitar RM 500 juta degnan kelulusan (Extremely Friendly Loan) dari Bumiputra Commerce sebanyak RM380 juta.

Banyak orang tahu bahawa Akbar Khan telah mengeluarkan RM600 juta dari Magnum Corp atas alasan pinjaman kepada seorang nominee. Magnum Corp telah melaporkan bahawa pinjaman ini tidak dapat dikutip balik dan sudahpun dibatalkan dalam list kutipan. Dengan RM 600 juta ini ditambah dengan RM500 juta yang dibayar oleh Terry Tham dan pengarah-pengarah untuk Quantum Aspects, Daim membolot RM1.1 bilion dari Multi-Purpose mungkin beberapa juta dibayar sebagai bayaran servis kepada nominee-nominee tertentu.

Datuk Dr. Mohammad Abdus Salim Cassim mempunyai 26.45 peratus atau 295 juta saham dalam Southern Bank. Dr. Salim juga memberitahu kroni-kroninya bahawa dia tidak suka berhutang dengan bank. Jika begitu, macam mana dia dapat duit untuk membayar 295 juta saham sekaligus, lebih satu billion ringgit? Durian runtuh kut... Saham dia sekarang bernilai lebih kurang RM450 juta. Sebenarnya saham itu bukan kepunyaan dia, dia cuma nominee untuk Daim. Semuanya ahli korporat tahu. Itulah sebabnya Southern bank yang begitu kecil adalah antara satu anchor bank daripada asas enam buah anchor bank.






Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

(Muka surat 54 - 58)


BAB 10

RM4 Bilion Kos Membina Sekolah


Tun Daim telah menganugerahkan RM4 Bilion untuk membina sekolah-sekolah di Malaysia kepada empat buah syarikat berikut:

1. Kinta Samudra Sdn. Bhd.

2. Worldworth Sdn. Bhd.

3. Ambangan Height Sdn Bhd.

4. Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd.

Keempat-empat syarikat tersebut adalah kepunyaan Daim melalui nominee.

Datin Umi Kalsum bt. Mohd. Noh adalah pemegang saham majoriti yang rasmi dalam Umi-Ross Project Management Sdn. Bhd. Syarikat ini telah diberi kontrak sebanyak RM2 bilion ringgit.

Umi Kalsum adalah bekas pegawai Kementerian Kewangan. Persoalannya pernahkah beliau berpengalaman sebagai seorang kontraktor sehingga dapat penganugerahan berbilion-bilion ringgit?

Manakala tiga Syarikat lagi juga diberi kontrak RM2 billion ringgit.