Laman Webantu   KM2A1: 4974 File Size: 4.3 Kb *



TDPWN 8: B11 - B12 Banyaknya Nominee Daim
By Khalid Jafri

15/7/2001 11:27 pm Sun

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Sekali lagi perkataan 'semua orang tahu' digunakan oleh Khalid Jafri. Setiap kali perkataan ini keluar dia sebenarnya telah mengaibkan Mahathir tanpa dia sedari. Itulah tahap minda Khalid Jafri yang mungkin menyebabkan dia tidak diterima untuk menjadi penulis hadapan akhbar kerajaan sendiri.

Kalau sudah tahu mengapa sekian lama membisu? Mengapa ditunggu sehingga Daim berundur baru mahu menulisnya? Bukankah laman pro-reformasi seperti free malaysia sudah lama memaparkan siapakah Daim sebelum ini? - Editor]


(Muka surat 75 - 79)


BAB 11

Sembilan Nominee Daim


Selain dari nama-nama yang disebut, berikut adalah nominee Tun Daim yang mempunyai kepentingan dalam berbagai syarikat.

1. ROBERT TAN HUA CHOO

Memegang syarkat Spanco Sdn Bhd. Bagi pihak Daim. Spanco menjalankan perniagaan penswastaan, pemilikan dan penyelenggaran kenderaan kerajaan, satu operasi yang sungguh beruntung sebab Kementerian Kewangan dikenakan caj berlebihan. Pemegang asal KL City Corp bagi pihak Daim sehingga nominee Naimah mengambilalih.

2. DATUK AMIN SHAH

Memegang poenswastaan Pelabuhan Lumut dan kontrak pembinaan kapal tentera laut bernilai RM6.0 juta bagi pihak Daim. Juga sebagai nominee di beberapa syarikat lain.

3. Tan Sri WAN AZMI WAN HAMZAH

Memegang banyak kepentingan bagi pihak Dajm. Yang paling baru adalah kepentingan dalam SPLASH - penswastaan air di Selangor.

4. MOHD. RAZALI MOHAMAD RAHMAN & HUSSAIN BIN CHIK ABAS

Menguasai bagi pihak Daim, Landmarks Bhd. Peremba Bhd. Dan Kumpulan Syarikat Saujana.

5. MOHD. AMIR MOHD SENAWI & MOHD. ANNUAR MOHD SENAWI

Kedua-dua mereka adalah anak saudara Daim di mana mereka memegang kepentingan yang luas bagi pihak Daim. Annuar yang menguasai Idris Hydraulic tengah berusaha untuk bergabung beberapa syarikat insuran untuk dibentuk sebagai satu syarikat insuran gergasi.

6. TAN SRI LIM YAN HAI

Memegang saham bagi pihak Daim dalam Bolton dan Malaysian Plantations Bhd. si mana ianya juga menguasai Alliance Banking Group. Juga merupakan Pengerusi Malaysian Plantations dan Alliance Banking Group.

7. LIM CHEE WAH

Anaklelaki Tan Sri Lim Goh Tong, Tauke Genting Bhd. Juga seorang kenalan business yang rapat dan seorang nominee Daim. Terlibat dalam perolehan beberapa kontrak dari Kementerian Kewangan melalui nominee lain. Juga ditawarkan projek multi-billion dalam pembinaan landasan keretapi tanpa tawaran terbuka.






Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara


(Mukasurat 80 - 85)


BAB 12

RM Untuk Selamatkan RENONG


Semua orang tahu Tun Daim menguasai RENONG BERHAD. Halim Saad cuma nomineenya sahaja.

Oleh kerana Kumpulan Renong sedang menuju ke paras bankrapsi, maka Daim terpaksa cari jalan untuk menyelamatkan syarikat gergasi itu.

Kementerian Kewangan mencadangkan untuk mengambilalih Putra dan LRT dengan harga keseluruhannya sebanyak RM 6 bilion. Putra sebanyak RM4.5 bilion manakala LRT RM1.5 bilion.

Untuk menyelamatkan Putra, Daim terpaksa melibatkan LRT untuk memberi gambaran yang molek-molek kononnya terpaksa menyelamatkan pengangkutan awam di Lembah Kelang.

Nampak sangat 'cover-up' ini. Pelabur-pelabur dan agensi kewangan agak terkejut dengan 'rescue' yang di luar jangkaan ini. Adalah dalam pengetahuan ahli-ahli korporat bahawa Putra dibangunkan dengan jumlah RM3.5 bilion maksima dan RM1.5 billion telahpun disedut keluar.....

Kenapakah menggunakan dana Pencen Pegawai Kerajaan, KWSP dan sistem bank untuk menyelamat Time Dotcom? Institusi ini mengalamai kerugian berjuta-juta ringgit. Senang saja, Kos Infrastruktur Time Dotcom dinaikkan berkali ganda untuk disedut keluar juga...

Tak kesian ke rakyat jelata. Duit pencen dan KWSP adalah duit titik peluh rakyat. Kalau orang Cina mereka kata 'Blood and Sweat Money'... Kalau salahguna parah akibatnya. Takut disumpah orang.