Laman Webantu   KM2A1: 4980 File Size: 4.8 Kb *



GEMPAR LAGI JOHOR
By La Domeng3

16/7/2001 8:25 pm Mon

Jika diizinkan Allah, tidak lama lagi kita akan melihat betapa UMNO Johor yang dikatakan menjadi benteng kuat terakhir BN di selatan akan mengalami beberapa perubahan dalaman. Para pemimpin UMNO Johor sudah tidak sebulu lagi kebelakangan ini.

Selepas kena sembur dengan mentera Sang Presiden - Melayu Mudah Lupa di perhimpunan agung baru-baru ini, ada pemimpin UMNO Johor yang begitu terkilan dengan kenyataan Sang Presiden UMNO itu kerana hanya bercakap ikut sedap mulut. Kalau dulu cuma desas-desus sahaja tetapi akhir-akhir ini ketidakstabilan pimpinan UMNO Johor semakin dirasai oleh para penyokongnya. Perasaan syak wasangka sesama pemimpinnya semakin ketara. Abang Ghani diberitakan akan meninggalkan kerusi MB tidak lama lagi dan Baharom Ghani juga semakin panas bontot. Mungkinkah akan ada pilihanraya kecil di DUN Tanjung Kupang jika YB Baharom terpaksa letak jawatan kerana menghina mahkamah?

Menjelang pengagihan semula kawasan parlimen di Johor, telah ada puak-puak dalam UMNO mula melobi kesana kemari, kununnya mereka ini telah mendapat restu dari pihak MT UMNO untuk menggerakkan jentera kempen pilihanraya yang mungkin diadakan awal dari yang dijangkakan. Tujuan mereka ini tiada lain untuk menerajui bahagian parlimen yang baru itu nanti dan kemungkinan akan diberi kepercayaan oleh Sang Presiden untuk bertanding.

Bukan kita tidak tahu dan tidak kenal perangai orang UMNO. Sebenarnya orang yang meminta-minta jawatan tidak boleh diangkat menjadi pemimpin. Orang seperti itu sebenarnya mengejar jawatan dan tidak akan bertanggungjawab kepada jawatannya. Kaki glamor semacam inilah yang melanda UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Melayu Umno mudah lupa.

Menurut ramalan beberapa pemerhati politik veteran, pilihanraya ke-11 mungkin akan diadakan akhir 2002. Bermakna hanya sekitar 18 bulan dari sekarang. BN dan UMNO sudah tidak boleh menunggu lama lagi kerana masalah budget. Jika tunggu lebih lama, budget mereka tambah parah. Para korporat yang selama ini menyumbang untuk UMNO, ramai yang telah lari menyertai BA. Budget kerajaanpun telah hampir kering mereka sedut selama ini dan rakyatpun sudah tidak dapat dibohongi lagi. Tanpa budget yang banyak, UMNO / BN susah hendak menang. Tradisinya UMNO / BN memang pemurah menjelang pilihanraya. Mereka belanja sakan macam duit mak-bapak mereka sendiri. Janji sana, janji sini hingga mereka terlupa apa yang telah mereka janjikan untuk pengundi. Memang dasar Melayu Umno mudah lupa. Sebab itu bila Sang Presiden sebut dalam perhimpunan agung mereka cuma ketawa.

PAS semakin menampakkan keunggulan dan kemantapannya di Johor. Barisan kepimpinan PAS Johor menampakkan kematangan dengan melantik muka-muka baru yang berkaliber dan berilmu. Anak-anak Johor juga telah mendapat kepercayaan peringkat pusat, seperti Salahuddin Ayub telah menjadi salah seorang AJK Pusat. Inilah yang merunsingkan UMNO Johor. Sang Presiden turun ke Johor sebelum perhimpunan agung tempoh hari adalah untuk mententeramkan perwakilan Johor yang pada mulanya ada ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Presiden. Nyata orang UMNO Johor tidak bermaya unruk melawan 'pukau' Sang Presiden di hari perhimpunan agung. Hingga dikatakan Melayu Mudah Lupapun disambut denga tepukan gemuruh. Bukankah aib dan tidak bermaruah sungguh kelihatannya Melayu UMNO ini.

Dalam satu sesi perjumpaan tertutup antara Pesuruhjaya PAS Johor dengan penyokong UMNO (yang telah pening lalat) baru-baru ini, mereka telah menyatakan untuk menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang dengan syarat PAS mesti boleh melindungi mereka dari di pulaukan oleh pihak UMNO sendiri. Mereka ini termasuklah ahli korporat yang selama ini banyak membantu UMNO dan masih ragu-ragu dengan kemampuan PAS untuk melindungi perniagaann mereka.

Dalam hal ini suka saya hendak mengingatkan mereka semua (penyokong UMNO - terutama ahli korporat) bahawa pada hakikatnya yang boleh melindungi kita semua hanyalah Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai hakikat ini hendaklah kita semua bergabung atau bersekutu dengan jemaah atau parti yang benar-benar menuju jalan Allah iaitu PAS - Parti Islam SeMalaysia. Logik akalnya memanglah kalau menyertai PAS ini menyusahkan diri dan perniagaan. Kalau tidak percaya tanyalah YB Dato' Dr. Hasan Ali atau YB Ustaz Ismail Kamus. Tetapi apa yang penting adalah akidah kita. Menyertai parti seperti UMNO yang mana para pemimpinnya menyokong kezaliman adalah bertentang dengan syariat Islam dan bukan setakat itu sahaja, malah tindakan menyokong dan membantu mereka merencana dan melakukan kezaliman tidak kira kepada siapa sekalipun boleh membawa kita keluar daripada Islam itu sendiri.


La Domeng - 16.7.2001