Laman Webantu   KM2A1: 4985 File Size: 11.5 Kb *



TKite: Mahathir Bakar DTC Untuk Ubah AUKU?
By Tarabulsi

17/7/2001 1:53 am Tue

http://tranungkite.tripod.com/julai/tarabulsi79.htm

Sejak 3 Julai lagi saya katakan Mahathir bakar DTC untuk pinda Akta Universiti.

Assalamualaikum,


Pada Sabtu 14 Julai, 2001 Bernama News melaporkan bahawa Dr Mahathir semasa mengulas tentang penyiasatan ke atas kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) di Universiti Malaya telah juga menyatakan Akta Universiti dan Universiti Kolej mungkin dipinda atau peraturan kampus diketatkan agar pelajar memberikan perhatian sepenuhnya kepada akademik. Menurut Bernama Dr Mahathir telah juga berkata kerajaan akan mengetatkan lagi peraturan universiti bagi mengelakkan kampus-kampus dijadikan 'pusat kegiatan luaran.'

Kenyataan Dr Mahathir tersebut secara tidak langsung dan secara implikasinya ('by inference') mengesahkan maklumat yang telah saya terima pada 1hb Julai, 2001 yang menyatakan bahawa orang-orang Dr Mahathir terlibat dalam kebakaran DTC yang berlaku pada 29 Jun, 2001. Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikal saya yang bertajuk, 'Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir' (yang disiarkan oleh Tranung Kite pada 3 Julai, 2001) antara sebab DTC dibakar adalah untuk menambah sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta Universiti dan Kolej. Kini Dr Mahathir secara tidak sedar mengesahkan bahawa DTC dibakar untuk menjustifikasikan diketatkan lagi sekatan-sekatan ke atas pelajar-pelajar dibawah akta berkenaan. Dengan yang demikian pihak polis adalah digesa supaya memulakan penyiasatan ke atas Dr Mahathir dan konco-konconya dengan segera.

Dalam artikal saya 'Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir' yang dirujuk kembali itu, saya telah berani menuduh bahawa orang-orang Dr Mahathir bertanggungjawab membakar DTC kerana maklumat yang saya terima pada 1 Julai, 2001, iaitu dua hari selepas kebakaran itu berlaku, adalah dari 'orang dalam'.

Dalam artikal saya yang dirujuk itu, saya telah menulis dalam perenggan 6 seperti berikut:

Quote - 'Memang ada alasan untuk mensyakki DTC telah dibakar oleh 'orang-orang Dr Mahathir' dengan kerjasama SB dan UTK. Kebakaran tersebut merencatkan rancangan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi bagi membantah kedatangan Dr Mahathir ke kampus mereka. Kebakaran itu juga merencatkan hasrat pelajar-pelajar untuk menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej' - unquote.

Saya seterusnya menegaskan di perenggan 9 artikal saya itu seperti berikut:

Quote - 'Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar. Tidak akan memeranjatkan kalau sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta Universiti dan Kolej akan ditambah' - unquote.

Lihat bagaimana saya telah menyatakan dengan secara tegasnya di perenggan 9: ia-itu;

'Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar'

Saya harap artikal saya ini akan dicetak dan disebarkan dengan meluasnya. Diharap pihak polis yang memantau laman-laman web reformasi akan juga menagmbil perhatian dan akan memulakan siasatan. Mintak-mintaknya, jangan saya pulak disiasat oleh pihak polis (seperti yang berlaku kepada saudara Ezam yang diheret ke balai polis kerana membuat laporan berhubung salahlaku rasuah si Rafidah Aziz). Saya tidak perlu disiasat. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang setia kepada negara ini yang ingin membantu polis dalam siasatan mereka. Yang perlu disiasat oleh pihak polis adalah kemungkinan bahawa DTC dibakar oleh orang-orang Dr Mahathir untuk menjustifikasikan pindaan kepada Akta Universiti dan Universiti Kolej. Ini yang perlu disiasat dan dipastikan samada benar atau disebaliknya. Dan kalau hasil penyiasatan menunjukkan Dr Mahathir dan konco-konconya terlibat maka mereka hendaklah ditangkap dan dihadapkan di mahkamah.

(Artikal saya 'Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir' yang telah disiarkan oleh Tranung Kite pada 3 Julai itu diperturunkan semula dibawah untuk memudahkan rujukan pembaca)

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
23 Rabiulakhir 1422
(15 Julai, 2001)




[Tulisan awal Tarabulsi di Tranungkite - Editor]


http://tranungkite.tripod.com/julai/tarabulsi75.htm

Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir

Assalamualaikum


Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya terbakar sehari sebelum menjadi venue bagi Dr Mahathir berucap kepada siswa-siswi di "Simposium Hala Tuju Penegasan Mahasiswa". Simposium tersebut terpaksa dialih ke dewan yang lain. Reaksi Dr Mahathir terhadap kebakaran DTC itu bagaikan beliau tahu ianya akan berlaku. Dr Mahathir dengan cepat telah menuduh kumpulan pelajar militant sebagai bertanggungjawab walau pun pada ketika itu pihak polis dan bomba baru memulakan siasatan. Tuduhan melulu yang dibuat oleh Dr Mahahtir terlalulah sangat tidak dapat diterima akal.

Tanyalah mereka yang pernah terlibat dalam mengatur kunjungan Perdana Menteri ke sesuatu tempat dan mereka akan menegaskan bahawa adalah menjadi 'standard procedure' bagi pihak polis (Special Branch) untuk melakukan 'security sweep' keatas kawasan yang akan dikunjungi oleh PM itu.'Security sweep' dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum kunjungan PM, dan selepas 'security sweep' tersebut, tempat berkenaan akan diawasi dengan rapi oleh SB dan Unit Tindakan Khas (yang berpakaian preman) secara 'round the clock' sehinggalah ketibaan dan kepulangan PM di hari keesokannya. Langkah-langkah keselamatan ini diambil untuk mencegah berlakunya sebarang kemungkinan buruk, terutamanya sabotaj. Malah dalam dua tiga tahun kebelakangan ini langkah-langkah keselamatan untuk Dr Mahathir telah ditingkatkan. Memang susah bagi pelajar-pelajar yang bukan professional dalam kerja sabotaj untuk menembusi kawalan keselamatan tersebut.

Sepatutnya pihak SB dan UTK meningkatkan pengawasan DTC di tahap 'high alert' memandangkan bahawa risalah-risalah telah diedarkan di kampus Universiti Malaya yang menyeru siswa-siswi supaya memboikot simposium tersebut. Lazimnya dalam tempoh 24 jam sebelum kunjungan PM itu, toksah kata yang memasukki DTC, tetapi sesiapa sahaja yang menghampiri DTC akan diawasi, dan yang mencurigakan akan diekori oleh SB yang berpakaian sebagai juruteknik, tukang cuci dan lain-lain pakaian menyamar. Malah pegawai-pegawai SB akan juga menyamar sebagai pelajar-pelajar dan menyelit dikalangan pelajar-pelajar untuk merisek maklumat. Maka timbul persoalan bagaimana pelajar-pelajar boleh menembusi pengawasan rapi oleh polis yang terlatih dan berpakaian preman itu.

Mereka yang berpengalaman dalam mengatur kunjungan PM akan ketawakan dakwaan Dr Mahathir. Tidak menasabah langsung untuk menuduh kebakaran DTC berpunca dari sabotaj oleh pelajar-pelajar kerana hanya mereka yang terlatih dan pakar dalam kerja sabotaj (highly trained professionals) sahaja yang boleh menembusi langkah-langkah keselamatan yang sangat rapi yang dikenakan oleh pihak polis sebelum dan semasa kunjungan PM ke sesuatu tempat itu.

Ramai dikalangan orang Melayu juga menolak dakwaan kononnya kebakaran DTC berpunca dari sabotaj pelajar militant (yang tidak pun ujud) atau dari pendawaian letrik yang 'faulty'. Pendapat umum dikalangan orang Melayu adalah kebakaran tersebut merupakan tindakan khianat oleh 'orang-orang Dr Mahathir' sendiri (dengan kerjasama SB dan UTK) untuk mencapai tujuan-tujuan politik tertentu. Ha..ha. Orang Melayu tidak mudah lupa kepada sandiwara Sauk, dan orang Melayu rata-rata menganggap kebakaran DTC sebagai satu lagi peristiwa yang dirancangkan oleh Dr Mahathir.

Memang ada alasan untuk mensyakki DTC telah dibakar oleh 'orang-orang Dr Mahathir" dengan kerjasama SB dan UTK. Kebakaran tersebut merencatkan rancangan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi bagi membantah kedatangan Dr Mahathir ke kampus mereka. Kebakaran itu juga merencatkan hasrat pelajar-pelajar untuk menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej.

Kebakaran DTC tersebut ada hubungkait yang rapat dengan hujah-hujah yang disampaikan Dr Mahathir dalam ucapannya di simposium tersebut. Dr Mahathir telah menyeru pelajar-pelajar supaya jangan bertindak secara yang boleh memusnahkan ekonomi dan keamanan negara yang bakal mereka warisi. DTC dibakar untuk memastikan apa yang disampaikan oleh Dr Mahathir kepada siswa-siswi akan mempunyai kesan yang diiginkan ("the desired impact").

Kebakaran DTC tersebut juga memberi Dr Mahathir ruang untuk menuduh pihak pembangkang sebagai telah menghasut pelajar-pelajar untuk membakar dewan tersebut. Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk menghalang pihak pembangkang dari memasukki kampus.

Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar. Tidak akan memeranjatkan kalau sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta Universiti dan Kolej akan ditambah.

Sememangnya kebakaran DTC adalah selaras dengan niat busuk Dr Mahathir untuk menghapuskan semua 'landmark' negara yang bersejarah yang dikaitkan pembinaannya dengan jasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Kita sudah melihat Subang Airport yang dibina di zaman Tunku sudah pun dirobohkan. Keputusan sudah lama dibuat untuk meruntuhkan Stadium Merdeka. Beberapa tahun yang lalu ada cadangan supaya Masjid Negara dirobohkan dan tapak masjid tersebut diberi kepada Sukom Bhd dan Berjaya Group untuk dibangunkan. Ha..ha..jangan ingat Melayu mudah lupa dengan cadangan Dr Mahathir untuk merobohkan Masjid Negara dan memberi kawasan itu kepada ipar beliau, General (Menangis) Tan Sri Hashim Ali.

Jangan hairan kalau Dr Mahathir ada rancangan untuk mengalihkan kampus UM ke kawasan yang lain sebab kampus sekarang ini di Lembah Pantai juga dikaitkan dengan jasa Allahyarham Tunku. Dan sudah tentu Dr Mahathir akan merasmikan kampus baru tersebut seperti yang beliau lakukan di kampus baru UIA. Malah ada kedengaran khabar-khabar angin seketika waktu dahulu kononnya kroni-kroni Dr Mahathir telah mencadangkan supaya UM dialih ke kawasan Putra Jaya atau berhampiran Sepang yang akan memberi mereka keuntungan yang besar dalam pembinaan kampus baru tersebut.

Kalau pun kampus UM tidak dialaih, kebakaran DTC bermakna ianya perlu dibina semula. Sebenarnya sudah lama kroni-kroni Dr Mahathir mencadangkan supaya DTC diroboh dan dibina semula.

Jelas dari huraian diatas bahawa Dr Mahathir punyai berbagai motif untuk membakar DTC. Malangnya bagi Dr Mahathir segala 'political mileage' yang diperolehi dari kebakaran tersebut telah dimusnahkan (was shortlived) oleh ketua Puteri UMNO, Azlina yang telah secara melulu dan tidak kena pada tempat mendesak Naib Canselor UM meletakkan jawatan. Tuntutan Azlina tersebut dianggap keterlaluan oleh ramai pihak.

Sesama kita tunggu hasil penyiasatan ke atas punca kebakaran DTC tersebut. Dicadangkan supaya pihak polis terlebih dahulu menyiasat Dr Mahathir dan Rahim Thamby Chik (penaja simposium). Mungkin kedua-dua pemimpin UMNO haprak ini boleh membantu pihak polis dalam sisatan mencari punca kebakaran tersebut.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi