Laman Webantu   KM2A1: 4992 File Size: 11.4 Kb *



TJ SP MGG: Mula-mula UTAR, Kemudian PUTAR
By M.G.G. Pillai

17/7/2001 11:34 pm Tue

MGG 1371

[Dengan UTAR diputar ketika isu Likas dan Nanyang berlegar nampak jelas ia menjadi gula-gula politik Ling setelah tercedera teruk di mata masyarakat Cina. Lesen itu sudah lama diberi mengapa dia membisu seribu bahasa ketika meletup isu kuota? Tidakkah itu kerana dia bimbang diserang oleh Nanyang yang ketika itu sedang mempersoalkan masalah kekurangan tempat untuk pelajar Cina. Tentunya Nanyang akan mempersoalkan kenapa diperap lesen itu sebegitu lama tatkala kurangnya tempat untuk pelajar Cina.

Ling sedang terjerut dan terpaksa berbaik semula dengan masyarakat Cina yang telah ditekannya acap kali itu untuk menjayakan UTAR. Tanpa mereka UTAR akan berputar di awang-awangan tanpa menjelma di alam realiti. Itulah yang berlaku kepada tabung Chang Min Thien dulu. Universiti memerlukan bukan sekadar lesen atau derma wang sahaja. Tetapi masyarakat yang lebih penting dari segala-galanya tetapi Ling asyik meminggirkan pandangan mereka sahaja. - Editor]



Terjemahan SPAR-01-029


Mula-mula UTAR, Kemudian PUTAR

(First UTAR, Then The Spin)

Oleh: MGG Pillai

Setelah diberikan lesen penubuhan UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) apakah gerangannya tindakan MCA seterusnya? Ia tidakpun tahu, kerana belum membincangkan perkara itu. Perkara ini belum dibincangkan lagi kerana sedikit sangat manusia yang tidak sangsi. Adalah menjadi satu amalan dalam parti Barisan Nasional membincangkan secara terbuka sesuatu perkara, asalkan perbincangan tertumpu kepada perihal memuji-muja dan mendewakan wawasan ketuanya.

Presiden Dato' Seri Ling Liong Sik berpendapat universiti itu akan menonjolkan Malaysia sebagai satu pusat pengajian tinggi yang berwibawa. Bukan begitu pula pendapat setiausaha agung parti, Dato Seri Ting Chew Peh. Dia yakin universiti itu bertujuan untuk menyatu padukan parti. Kita boleh jangkakan betapa MCA mampu menonjolkan keadaan yang mencelaru dalam usaha cuba memutar minda apa yang boleh dilakukannya. Sepatutnya para pemimpin parti hentikan semua cerita dongeng ini dan tumpukan usaha terhadap usaha menubuhkan universiti itu.

Tapak bangunan universiti belum diketahui lagi, namun Dr. Ling sudah sibuk mahu menarik pelajar luar negara pula. Masyarakat Cina mahukan sebuah universiti menampung pelajar Cina yang tidak dapat memasuki universiti tempatan. Sememangnya Ling pintar dalam kerja putar-memutar. Kerana itu dia yakin UTAR akan menjadi universiti yang diminati. Kalau kita ikut cakap dia UTAR akan merancakkan kemajuan ekonomi, pelancongan, perumahan dan bisnes eceran negara. Yang pasti, UTAR tidak akan bergantung harap kepada masyarakat Cina sahaja. Tetapi, setiausaha agung parti mempunyai pendapat yang berbeza.

Dr. Ling telah mencemuh orang lain, seperti PAS, yang mempertikaikan kewujudan universti seperti UTAR, yang akan diuruskan oleh parti politik. Mereka cemburu, katanya, sambil memperlekehkan institusi pendidikan tajaan PAS. Seperti biasalah, kepala ikan yang mereput memang tidak mampu berfikiran waras. Dia tidak tahu nilai apa yang dicakapkannya itu.

MCA sudah menjadi rakan parti yang memerintah negara sejak 1952, dan menjadikan yang penting dalam komposisi barisan nasional sejak penubuhan Universiti Merdeka dikemukakan sekitar 1969. Kenapakah lama sangat baru lesen penubuhan universiti itu diluluskan? Jawapannya adalah disebabkan UMNO yang menentang permohonan itu. Kerana itu tidak ada menteri kanan yang mengendos penubuhan universiti MCA itu. Menteri Pendidikan, yang mengepalai kementerian yang mengeluarkan lesen tersebutpun bersikap membisu sahaja. Ini menunjukkan betapa MCA semakin dipulaukan dalam Barisan Nasional.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Lesen itu telah dikeluarkan satu tahun dulu lagi untuk membolehkan Dr. Ling mengumumkannya mengikut masa yang dipilihnya. Apabila tercetus kemelut Nanyang Press dan kisah tekanan masyarakat Cina yang menyusulnya, Dr. Ling umumkan kisah lesen universiti itu sedangkan dia bercadang melakukannya tahun hadapan untuk menjamin kemenangan pemilihannya semula. Kerana himpitan majlis tertinggi parti yang diketuai oleh timbalan presiden MCA, Dato' Lim Ah Lek, yang menyanggah setiap gerak gerinya, UTARpun menjadi bahan perbalahan yang diserabuti oleh segala tekanan dalaman itu.

Majlis tertinggi mengalukan UTAR seperti juga DAP memuji MCA kerana mendapatkan lesen sebuah universiti. Tetapi, kerajaan sudahpun menyatakan pendiriannya mengenai sokongan selanjutnya. Masyarakat Cina perlu menanggung beban penubuhan universiti. Tetapi, apabila Dr. Ting berpendapat bahawa universiti itu akan merapatkan MCA, rancangan penubuhan universiti akan menjadi satu kerja yang sukar. Keadaan dulu ketika UTAR ditubuhkan, memang amat berbeza sekarang. Ketika itu banyak bantuan kerajaan yang telah diterima. Tetapi, layanan semacam ini tidak akan diberikan kepada UTAR. Terpaksalah dianjurkan pengutipan derma, dan masyarakat Cina perlu dilibatkan sama. Satu ketika dulu, MCA mampu mengawal dan mempengaruhi masyarakat Cina persis gaya UMNO mempengaruhi orang Melayu. Perkara semacam itu sudahpun lama berlalu.

Kalaulah Dr.Ling mempunyai niat yang tidak berbau politik, dia sudah mampu menubuhkan beberapa jawatan kuasa trertinggi yang dianggotai oleh beberapa insan daripada masyarakat Cina yang dipilih kerana ketokohan mereka dan bukan kerana pembabitan politik mereka. Setakat ini, Ling hanya memiliki sehelai keratas memberikan keizinan kepada MCA untuk menubuhkan sebuah unversiti. Sepatutnya dia menggembleng tenaga masyarakatnya untuk berunding dengan kerajaan.

Selagi ini tidak direncana, UTAR akan menjadi satu kertas keramat sahaja. Para pemimpin MCA, bermula daripada presidennya harus hentikan perdebatan mereka dan mula hubungkan jambatan menghubungkan mereka dengan akar umbi, yang telah lama mereka musuhi. Memang boleh dijangka masalah yang akan muncul pula. Mula-mula MCA mesti tunaikan janjinya untuk menjual kebanyakan saham Nanyang Press itu. Dr. Ling telah meracau untuk menunjukkan siapa ketua dalam organisasinya. Tindakannya itu memudaratkan masyarakat yang diwakilinya. Masa depan UTAR amat bergantung kepada kemampuan MCA mempunyai kuasa mengawal Nanyang Press. MCA terpaksa bertanggungjawab dengan masalah itu dan bukan masyarakat yang diwakilinya.


MGG Pillai.

Terjemahan SPAR-01-029





Asal:

First UTAR, Then The Spin

Now that MCA has its Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), what does it plan to do? It does not know. It has not discussed it. It cannot discuss it because there are few who have grave doubts about it. A free flow of discussion is allowed, as in all National Front political parties, if it is only to praise the leader's vision.

Its president, Dato' Seri Ling Liong Sik, knows it would promote Malaysia as a centre of academic excellence. Not so, says its secretary-general, Dato' Seri Ting Chew Peh. It is to enforce party unity, above all. The MCA can be expected to prove itself without doubt how it could mess up what it sets out to do. Its leaders should shut up and work at its setting up, instead of casual words of hope and intent off the cuff.

The site plans are not yet even drawn, but Dr Ling already wants to attract students from overseas. The Chinese community had wanted a university for Chinese who could not enter local universities. He is good at spinning a tale: he is sure UTAR would be the most sought out to study. It would, he tells us with a straight face, spur economic growth, tourism, housing and retailing businesses. Of course, UTAR is not to curry favour with the Chinese community. But his secretary-general has other designs.

Dr Ling hits out at those, like PAS, which questions political party-run universities, as UTAR, would be. It is sour grapes, he says, pointing to the educational institutions PAS runs. As usual, the Rotting Fish Head cannot think straight. He does not understand the import of what he says.

Since MCA has been in the governing coalition since 1952, an important partner in the National Front coalition since the demand for Merdeka University was made circa 1969, why did it take MCA this long to get a licence to run a university? UMNO was against it. Interestingly, no senior Malaysian minister has endorsed it. The education minister, whose ministry issued the licence is strangely silent. If anything, it shows how isolated MCA is in the National Front.

This means something went awry. The licence itself was issued a year earlier for Dr Ling to announce it at a propritous time. In the light of the Nanyang Press blunder, and the corresponding pressures from the Chinese community, he brought out the letter which he had intended to release it to ensure his re-election next year. Because this is clouded in an MCA central committee rump led by the deputy president, Dato' Lim Ah Lek, challenging his every move, UTAR is right in the thick of internal MCA pressures.

The community welcomed UTAR, as did the DAP, for having got the university. But the government is sanguine of further support. The community would have to bear the burden. If as Dr Ting says UTAR is to strengthen MCA, it would face an uphill task. TAR College is different: it gets considerable government aid. That option is not on, as far as is known, for UTAR. So, fundraising is important to sustain it, and the community must be involved. Once MCA could, like UMNO, represent the community. It does not now.

What Dr Ling should have done, if his intention was not political, was to appoint high ranking committees, drawn from the Chinese community and chosen for their standing not their political orientation, and involve them in the effort. So far, all he has is a piece of paper allowing the MCA to set up a university. He should involve the community in the detailed negotiations with the government.

Until then, UTAR must be no more than the piece of paper it now is. MCA leaders from the president down should shut up and start building bridges with the community they deliberately destroyed. There is a problem, of course. MCA must first fulfill its promise to sell off most of its shares in Nanyang Press. He has made too many moves to show he is boss, and not for the benefit of the community he claims to represent. The future of UTAR is inextricably linked to MCA's continued control of Nanyang Press. And MCA must take the blame for that. Not the community.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my