Laman Webantu   KM2A1: 4997 File Size: 19.5 Kb *



TJ SP MGG: Dr. Mahathir Dan Durian Tua
By M.G.G. Pillai

18/7/2001 10:13 am Wed

MGG 1381

[Sesudah 20 tahun Mahathir ditampuk kuasa dia semakin nyata telah menyebabkan pelbagai masalah menghempap negara. Sebagai doktor dia sepatutnya merawat semua penyakit masyarakat tetapi dia telah membiakkan gejala korupsi, seks dan pilih-kasih sehingga musnah institusi keluarga sekarang ini. Bayangkan begitu banyak pembunuhan ngeri berlaku mutakhir ini akibat runtuhnya rohani kerana ceramah ugama telah digam dan mufti yang baik dibuang serta pegawai pencegah maksiat asyik dikecam.

Walaupun Mahathir begitu teruk menjahanamkan Malaysia dan menghina orang melayu, mereka tetap bersabar dan menyimpan semua benci itu untuk diledakkan secara bijaksana satu ketika nanti. Tidak perlu rakyat mengangkat senjata kerana Mahathir akan dihempap oleh masalah yang kronik akibat sentuhan dirinya jua. Dia semakin menambahkan kebencian terhadap dirinya dan itu bukan isu Anwar sahaja. Lama kelamaan dia tidak akan cukup tangan sehingga terbabas sendirian tanpa perlu pembangkang teruk menyerangnya. Isu rezab negara sekarang pun sudah pening kepala dia memikirkannya kerana apa yang ditelah tidak menjadi juga. Sekarang dia menambah musuh dengan kaum pelajar pula sedangkan di situlah bersarang peluru maut yang mungkin akan menumbangkannya sebagaimana yang berlaku di banyak negara...... - Editor]



Terjemahan SPAR-01-030

Malaysiakini Chiaroscuro:


Dr. Mahathir Dan Durian Tua

(Dr. M And The Durian Drop)

Oleh: MGG Pillai

Pada hari ini genap dua dekad lamanya Dr. Mahathir Mohamad memegang jawatannya. Namun ia merupakan satu jangkauan masa yang dia sendiri sanggup melupakannya. Dia telah gagal segagal-gagalnya mencapai apa yang dihasratkannya, untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani oleh dunia yang semakin ditelan globalisasi yang berunsurkan perindustrian.

Dia memang diberikan markah yang tinggi dalam usaha menukarkan rupabentuk kotaraya persis wilakota Barat, dan dengan transformasi itu dia mengharapkan pelancung Barat akan menjadi selesa menikmati persekitarannya, sedangkan itulah impian yang tidak mampu dikekalkannya.

Berbilion-bilion ringgit telah dihamburkannya di Malaysia untuk menggoncangkan pentadbiran negara, menswastakan harta kekayaan negara dengan alasan bahawa kerajaan harus memegang prinsip untuk tidak terlibat dengan mengendalikan perkhidmatan yang mampu dilaksanakan dengan baik oleh syarikat swasta, yang semuanya naik manja dengan segala rencananya. Pagi ini dia bangun dari tidurnya dengan satu kesedaran betapa negara pimpinannya sudah semakin lemas dalam samudera hutang-piutang yang begitu dalam seandainya semua itu ada di tangan pihak swasta, sudah menjerumuskan semua pihak dalam jurang kemuflisan.

Sambil dia merenung kembali dua dekad yang sudah berlalu, Mahathir sebenarnya sedang dihimbit kesepian. Hampir semua yang dirancangnya sejak mengangkat sumpah sebagai seorang perdana menteri pada 1981 dulu, tidak merupakan satu bahan kenangan yang menceriakannya. Dia telah menukarkan wajah Kuala Lumpur sehinggakan ia mirip sebuah kota Barat, dengan harga yang sungguh tinggi yang menjejaskan perbendaharaan, budaya dan unsur-unsur sosial bangsanya yang masih lagi belum selesai dinilaikan keaibannya. Inilah bahana apabila beliau lebih berminat kepada rupa bentuk dan wajah daripada semangat dan intipati idealismenya.

Yang lebih penting lagi, dia telah kehilangan arah kepentingan dan pandangan dunia orang Melayu yang diwakilinya dalam kerajaan. Dia telah memperlekehkan mereka sebagai haprak, bangang, dan terlalu berpaut kepada sejarah silam, dan banyak nama dan panggilan yang mengaibkan lagi - semua itu disuarakannya dengan lantang dan jelas pada persidangan tahunan UMNO. Akan tetapi orang Melayu sudah semakin mual dengan segala cemuhan itu, dan mengikut tradisi dan budaya Melayu, orang Melayu bangkit membantah untuk menarik sokongan mereka terhadapnya sambil bersabar menunggu saat beliau akan mengundurkan diri. Mereka menunggu dengan sabar itu persis kesabaran seorang tuanpunya kebun yang menunggu dengan penuh sabar akan jatuhnya durian yang ranum mencium bumi.

Perkataan ketua yang dihormati dalam istilah Melayu ialah 'pemimpin'. Perkataan ini mempunyai konotasi yang amat mendalam dan lebih bermakna kalau dibandingkan dengan konotasi perkataan tafsirannya dalam istilah Inggeris. 'pemimpin' membawa erti memimpin dengan berpegangan tangan. Kepimpinan mengikut takrif budaya Melayu bererti mengetuai masyarakat seseorang dengan memegang tangan mereka; seandainya ada yang terjatuh, masih ada tangan yang memimpin untuk mereka bangkit semula. Seandainya si pemimpin itu terjatuh, para pengikut itu pula akan menghulurkan tangan untuk membantu. Inilah caranya tiga perdana menteri Malaysia sebelum ini mengendalikan tugasan mereka.

Sogokan Paksa

Mahathir menunjukkan betapa beliau tidak sabar untuk memahami itu semua kerana berpendapat semua itu adalah kolot dan membuang masa. Laksana Rajiv Ghandi di India, yang naik memegang jawatannya dengan kebijaksanaan dan komputernya, Mahathir telah mencuba menyuap rakyat Malaysia untuk melangkah ke gerbang abad ke-21, tanpa menyedari bahawa orang Melayu lebih selesa dengan keadaan hidup mereka yang ada, dan tidak bersedia melepaskan pegangan hidup itu untuk mendapatkan kesenangan yang masih samar dan belum dianggap selesa lagi.

Seperti juga Rajiv Ghandi, Mahathir tidak faham akan selok budaya Melayu yang penting ini. Mereka berdua telah menongkah arus budaya bangsa mereka yang menonjol dan dianggap keramat itu. Mereka cuba menyogok secara paksa bangsa mereka untuk melangkah ke alam baru.

Bilionaier dan Pelbagai Slogan

Mahathir beranggapan dia mampu mencipta satu masyarakat Melayu yang bertaraf bilionaire, yang kemudiannya diharapkan untuk menyemai kembali bakti mereka untuk menyokong negara agar lebih maju. Sebaliknya inilah kumpulan musibat yang bertukaran isteri, gundik, kereta mewah, mahligai purba di Scotland, simpanan karya lukisan yang mahal-mahal, dan hutang bertapuk yang menggunung tingginya. Dua puluh tahun kemudiannya, hampir setiap manusia haprak ini adalah secara teknikalnya sudah muflis berkudis buta. Kerajaan terpaksa mewujudkan agensi khas untuk mengambil alih hutang mereka, jika tidak sistem perbankan negara akan merudum dan bersepai laksana kaca.

Ketika mula-mula memegang jawatannya, pada 1981, dia telah menunjukkan ketokohannya dengan pelbagai slogan - 'Pandang Ke Timur' adalah contohnya. 'Kepimpinan Melalui Teladan' adalah satu lagi contoh itu, dan begitulah seterusnya apabila dia memperkasakan kerajaannya dengan lebih banyak slogan lagi.

Wawasan Mahathir sebenarnya jauh menyimpang dan berbeza dengan pengharapan rakyat negaranya. Hanya segelintir mereka di tahap atasan, dan yang memang membalun banyak keuntungan daripada pelbagai dasarnya, yang sanggup melaung lantang akan sokongan mereka, tetapi mudah cabut lari sebaik sahaja air bah yang menyebabkan pantai berubah.

Ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabarnya untuk jawatan presiden UMNO, mahkamah telah bersidang dan membuat keputusan menyebabkan parti itu dibubarkan. Mahathir telah mewujudkan UMNO Baru (kini disebut UMNO Barua - penterjemah), merampas semua harta dan aset parti itu, dan menyingkirkan Razaleigh sehinggakan beliau beralih menjadi Pembangkang. Razaleigh akhirnya rujuk semula, tetapi UMNO yang dimasukkinya itu bukannya pergerakan politik yang diasaskan pada 1946 dulu. Cuma sebuah parti politik yang lahir daripada bahana perpecahan disebabkan yang asal sudah mati tanpa pusaranya.

Politik dan bukannya ekonomi

Mahathir tidak mahu menerimanya ataupun memang tidak memahami betapa setiap pergerakan politik yang mencetuskan kemerdekaan negaranya memunyai jangka-hayat sekitar tiga abad sahaja. Itupun mengikut penghitungan yang paling tinggi sekali. Kongres Parti di India telah diasaskan pada 1885 dan berjaya merangkul kemerdekaan pada 1947, tetapi berpecah kepada beberapa fraksi pada 1967, dan kini menduduki bangku pembangkang di Parlimen. UMNO telah menerajui kemerdekaan negara pada 1957, dan berpecah tiga abad kemudiannya.

UMNO pada hari ini tidak serupa UMNO pada 1957 dulu. Parti politik yang memerintah sekarang adalah sama dengan pergerakan pada 1957 dulu. Unsur ini sengaja dilupakan. Perpecahan masyarakat Melayu disebabkan tindakan Mahathir menubuhkan UMNO Baru telah menjadi lebih teruk lagi apabila dia mengaibkan timbalan perdana menterinya yang nombor tiga, Anwar Ibrahim. Dengan itu terhumbanlah segala kejayaan yang dicapainya sebelum itu. Sejak itu juga dia terpaksa bertungkus lumus menggapai nama dan ketokohan yang pernah dinikmatinya sebelum kejatuhan timbalannya yang setia itu.

Inilah dia bahana politik dan bukannya unsur ekonomi, yang menentukan bagaimana sejarah akan menghakiminya. Seseorang tidak memerlukan demokrasi untuk memahaminya. Setiap kali sokongan padu di akar umbi menghilang pergi dan menyepikan sokongan terhadap pemimpinnya, dia tidak akan mampu bergerak jauh lagi.

Inilah tragedi yang akan mengusungi watak Mahathir bin Mohamad. Sememangnya banyak yang telah dilakukan untuk menaikkan taraf orang Melayu daripada sikap sambil lewa mereka itu, dan membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara moden. Akan tetapi segala kaedahnya memang tidak mampu bertahan lama. Dia mengugut, mendesak dan menghina orang Melayu agar menyokongnya, dan inilah membuatkan orang Melayu membencinya.

Contoh yang Menggagalkan

Memang terdapat pelbagai dalil yang menunjukkan Mahathir telah meniru cara Lee Kuan Yew mentadbir Singapura sehingga berjaya menukarnya menjadi satu metropolis yang rancak denyutannya. Pendekatan yang digunakan oleh Lee memang berkesan di Singapura sahaja kerana tradisi ajaran Konfusi yang menjadi amalan sebilangan majoriti penduduk Cina yang membenarkan penggunaan kaedah yang keras untuk mentadbir mereka. Masyarakat Cina bersedia menerima pendekatan itu. Tetapi pemimpin Melayu seharusnya menggunakan pendekatan yang berbeza.

Mahathir kini merasakan bahana pendekatan yang silap itu. Mulalah dia menggunakan kaedah lama untuk menunjukkan keberangannya. Dia mula menekan pihak yang sanggup membantahnya, tetapi apabila pembantahan itu datang daripada masyarakat Melayu, kaedah yang digunakannya itu tidak akan mendatangkan apa-apa hasilnya. Mahathir sememangnya menguasai semua. Tetapi dia semakin dipulaukan. Yang lebih teruk lagi, orang Melayu sudah beralih kepada parti politik yang lain selain UMNO yang mampu menjaga kepentingan orang Melayu.

Penyata perakaunan selama dua puluh tahun panjangnya itu kini menunjukkan warna dakwat merah yang lebih mengatasi warna yang biru. Rakyat Malaysia sedang dihantui taraf kehidupan yang lebih jijik daripada tahap 1981 dulu. Segala-galanya yang dirujukkan kepada nilai matawang sudah menunjukkan betapa sukarnya untuk hidup selesa kerana sukarnya membuat bayaran; baik untuk rawatan hospital mahupun harga tol jalanan. Keadaan hidup semakin menekan lagi apabila kerajaan dibebani hutang yang lebih menekan disebabkan kegagalan projek penswastaan.

Pengunduran Daim sebagai menteri kewangan dan juga bendahari UMNO, menggambarkan kepincangan dan kegagalan kepimpinan Mahathir. Dia sudah mengaibkan persidangan tahunan UMNO menjadi satu dewan tepuk-tepuk ciptaan sendiri untuk memuaskan nafsu-nafsi. Dewan akan bersidang tanpa membincangkan isu menonjol yang sepatutnya dibincangkan secara terbuka.

Orang Melayu semakin sabar menunggu kejatuhan Mahathir (dan keruntuhan dinastinya). Inilah kepastian orang Melayu itu seperti pastinya mereka dengan kejatuhan durian yang pasti akan gugur juga.

MGG Pillai

Terjemahkan SPAR-01-030




Asal:


http://www.malaysiakini.com/Column/2001/07/2001071602.php3


Monday July 16

Dr M and the durian's drop

CHIAROSCURO
MGG Pillai

1:55pm, Mon: The Prime Minister Dr Mahathir Mohamad, completes two decades in office today, but it is a milestone not one he would like remembered. He failed in what he set out to do: to turn Malaysia into an important digit of the globalised and industrialised world.

He gained marks for how he transformed the cities into images of Western cities, and with it a modernity that the visiting Western tourist could come to terms with. But he could not sustain it.

The billions of ringgit he committed Malaysia to shake up the administration, privatise government assets on the spurious governing principle that government should stay out of services best done by private enterprise, all come home to roost. He wakes up this morning to a country in debt so voluminous that, in private hands, would hasten bankruptcy.

Mahathir on the morning of his completing two decades in office is in isolation. Almost everything he planned for when he took office in 1981 is not one he would like to be reminded about. He changed the face of Kuala Lumpur so that it now looks like a seedy Western city, but at a cost - monetary, cultural and social - yet to be calculated. He was more interested in the form, not substance, of his ideals.

Force-feeding

And, more important, he lost sight of the essential world view of the Malay he represented in government. He called them uncouth, unintelligent, living in the past, and other names - which he recounted yet again at the Umno general assembly. But the Malay has heard enough of it and, in the Malay tradition, rebels by not backing him and waits patiently for him to leave, in the manner of the farmer for his ripe durians to drop.

Leader in Malay is pemimpin and means more than its English rendering. It means to lead by holding hands. Leadership in the Malay tradition is to lead one's folk by holding their hands so that if they stumble one is there to right them and if one does, they, too. This is how the three Malaysian prime ministers before Mahathir conducted their affairs.

An impatient Mahathir thought all this old-fashioned, and, in a sense, like Rajiv Gandhi in India, came to office with his intellect and his computers to force-feed Malaysia into the 21st century, little realising that the Malay was comfortable in his current existence and not about to give up his known creature comforts for something unknown.

Mahathir, like Rajiv Gandhi, did not understand this important cultural trait. Both went against the predominant culture of their people, to force-feed their countries into the modern age.

Billionaires, slogans

Mahathir thought he could do this best by creating Malay billionaires who would then do their bit to buck the country up. They, instead, acquired wives, mistresses, expensive cars, country castles in Scotland, works of arts, debt beyond the needs of Croesus. Twenty years later, every one of them is technically bankrupt. The government had to set up special agencies to take care of their debt; otherwise the banking system would have crumbled.

When he came to office in 1981, he put his mark on the country by a series of slogans - 'Look East' was one, 'Leadership by Example' another - and he strengthened his rule with more slogans.

But his vision was out of touch with the country he led, with only a veneer at the top, those who benefitted from his policies, who proudly proclaimed their support, and who quickly fled, when the tide turned.

When Tengku Razaleigh Hamzah challenged him for the Umno presidency, a court case arising out of it led to Umno's disbandment. He formed Umno Baru, took over the assets, and forced the Razaleigh into the Opposition. Razaleigh eventually came back into Umno, but the Umno was not the political movement founded in 1946 but the political party that arose out of its disbandment.

Politics, not economics

Mahathir did not accept, or understand, that the political movement that brings a country independence, has a shelf life of three decades, at most. The Congress Party of India, founded in 1885, brought independence in 1947, but split into several factions in 1967, and now sits in the Opposition benches of Parliament. Umno led the country to independence in 1957, but was split three decades later.

The Umno today is not the Umno of 1957; the political party rules now as the movement did then. But this is ignored. The split in the Malay community Mahathir caused by forming Umno Baru worsened when he humiliated his third deputy prime minister, Anwar Ibrahim. Whatever he had achieved in office took a back seat. And he struggles to return to the stature he had before Anwar's fall.

It is politics, not economics, which dictate how history would judge him. Without a stable political society, economic growth is not possible. One does not need a democracy for that. When the undercurrents are not in a leader's favour, he cannot move forward.

That eventually is the tragedy of Mahathir Mohamad. He did much to lift the Malays out of their complacency, turn Malaysia into a modern nation. But his methods were not what would have worked. He hectored, cajoled, shouted at the Malay to follow him; and the Malay wrote him off.

Role model failed

There is some reason to believe he took as a model how Lee Kuan Yew turned a sleepy entrepot into the bustling metropolis Singapore is. But Lee's methods worked in Singapore because the Confucian tradition of the majority of its Chinese population allowed the harsh methods he employed. The Chinese accepted it. The Malay pemimpin must use a different approach.

And Mahathir pays the price for it. He returns to the harsh methods of his anger. He cracks down hard on dissent, but since the dissent comes from the Malay community, his method is counter-productive. He is in control. He is isolated. Worse, the Malay looks for a political party other than Umno to look after Malay needs.

The balance sheet of 20 years has more red ink than black. The Malaysian is worse off today than in 1981. Everything is reduced to a monetary value beyond one's capacity to pay, be it hospital treatment or tolls. He is further inconvenienced when the government is put into more debt by the failure of privatisation.

The quitting of Daim Zainuddin as Finance minister and as treasurer of Umno, reflects a failure of his governance. For he has reduced the Umno general assembly to one of his creation, that it would not raise issues it should. The Malay now waits patiently for Mahathir to fall. He is sure of that as he is of his durian.