Laman Webantu   KM2A1: 4999 File Size: 10.7 Kb *



TJ SP MGG: IWK Mendesak 'Pelanggan' Membayar
By M.G.G. Pillai

18/7/2001 6:59 pm Wed

MGG 1391

[Penswastaan sepatutnya semakin melegakan pengguna dan kerajaan tetapi IWK telah menyusahkan ramai pihak kerana bersikap terlalu pelahap. Akhirnya ia tercungap-cungap laksana orang yang bangkrap apabila rakyat tidak sudi membayar. IWK telah menambahkan masalah bukan sahaja kepada pengguna malah telah mengaibkan kerajaan sendiri. Nampak jelas tidak ada usaha dan kajian terperinci sehingga menjadi begitu bercelaru sekarang ini. Sepatutnya projek IWK tidak diberi kepada Vincent Tan sejak dulu lagi. Perkataan Konsortium pada nama IWK itu rupa-rupanya satu muslihat untuk menipu mereka yang tidak nampak.

Sila lihat komen menarik penterjemah di akhir artikel ini. - Editor]


Terjemahan : SPAR-01-031

IWK Mendesak 'Pelanggan' Membayar

(IWK Asks Its 'Customers' To Pay)

Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang satu ketika dulu dikendalikan secara mencelaru oleh peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya, kini menggaji agen tukang pengutip hutang untuk mengutip apa yang tidak dapat dilakukannya. IWK telah berpindah tangan beberapa kali, setiap kali itu mengugut para 'pelanggan' sedangkan tidak ada satu konrakpun yang wujud antara IWK dengan mereka yang diikhtirafnya sebagai pelanggan itu. Mereka mengugut untuk memotong bekalan air seandainya bill kumbahan tidak dibayar. Khidmat sistem saluran najis ialah merupakan perkhidmatan munisipal (perbandaran/majlis bandaran) yang dibayar oleh penghuni rumah melalui cukai tahunan. Namun, IWK yang kini diambil-alih oleh Ministry of Finance Incorporated (MoF Inc.) bertegas ia mesti juga dibayar walaupun tidak ada sebarang kontrak antaranya dengan pemilik rumah (anda). Seandainya kerajaan mengarahkan anda membayarnya, seperti yang ditegaskan oleh seorang pegawai IWK kepada saya, anda perlu membayarnya. Saya kata, kalau saya memerlukan talian telefon, saya tandatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia. Kalau saya perlukan bekalan elektrik, saya dapatkan kontrak dengan Tenaga Nasional. Oleh itu kalau saya perlukan khidmat IWK, sayapun dapatkan perjanjian itu.

IWK ialah satu perkhidmatan program penswastaan yang gagal segagal-gagalnya, yang telah diserahkan kepada seorang kroni untuk membalun wang rakyat tanpa tahu cara mana menguruskan syarikat yang diswastakan kepadanya. Inilah projek bidan terjun yang dilaksanakan pada sekitar 1990-an, sebelum diadakan pemilu, dan peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya itu telah cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan para menteri untuk membantunya. Dia gagal menjual temberangnya. IWK tidak mampu menjawab soalan asas sambil cuba berlagak menghabiskan sumber bekalan air. Dalam rancangan terbarunya ia telah menggunakan satu tema dan slogan terbaru: 'Kami memerlukan wang untuk meneruskan tugas menyediakan sistem kumbahan yang berkesan. Ini adalah tugas penting yang memerlukan banyak belanja.' Demikian satu kenyaaan IWK yang disiarkan semalam. Sememangnya demikianlah. Sayapun memuji akan perkhidmatan itu. Tetapi bolehkah IWK menjelaskan kenapakah mereka yang tidakpun mempunyai sebarang perjanjian dengannya mesti diperlukan membayar syarikat itu menyediakan khidmatnya?

Apabila IWK menggunakan khidmat tukang kutip hutang, ia menyatakan dakwaan untuk mendapatkan RM240 juta yang dikatakan hutang rakyat yang belum terlunas. Di Canning Garden East, di Ipoh, IWK telah mengugut suri rumah, ketika suami mereka keluar bekerja. Mereka mengugut dengan pelbagai ancaman yang termasuk melelong rumah kediaman mereka, seandainya 'hutang' itu tidak dibayar dengan segera. Ramai yang berkeliaran mencari wang untuk membayarnya. Kalau inilah caranya pengutip hutang menjalankan tugas mereka, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Ujian paling mudah untuk menentukan seandainya seseorang itu adalah seorang pelanggan ialah menyelidik apakah wujud satu perjanjian dengan IWK. Sesiapa antara anda yang mempunyai kontrak itu sudah tentu perlu membayarnya. Mereka yang tidak mempunyai kontrak itu, tidak perlu membayarnya. Lagipun, kalau saya tidak membayar bil telefon dan bil elektrik saya, bekalan utiliti itu dipotong sehinggalah saya melunaskan hutang yang tertunggak. IWK seharusnya memotong perkhidmatannya dan tidak menghantar tukang kutip hutang. Ada satu kenyataan yang menyebut betapa IWK bersikap serius untuk mengutip segala hutang yang tidak dilunaskan. Ini satu berita baik. Tetapi bagaimana caranya IWK mahu mengutip apa yang tidak pernah dihutangkan? Isu yang timbul sekarang ialah bukan mengenai iltizam IWK untuk 'menyediakan satu sistem saluran najis yang boleh memastikan penduduk dapat hidup dalam keadaan selesa'. Yang dipersoalkan sekarang ialah haknya mengutip wang daripada rakyat Malaysia tanpa sebarang perjanjian.

Saya telah memberitahu IWK kesediaan membayar apa yang saya hutang dengan syarat mereka terlebih dulu tunjukkan satu perjanjian yang saya tandatangani untuk perkhidmatan mereka. Anda tentu ingat bagaimana mereka mengirimkan saya tiga bil dalam tiga alamat yang tidakpun saya kenali. Setiap bil yang dikirimkan itu harga yang patut dibayar semakin meninggi. Di kawasan kondo dan rumah pangsa, IWK menyatakan mereka boleh mengutip wang perkhidmatan daripada sesiapa juga yang menghuninya. Sebenarnya ini ada satu kesalahan kerana IWK perlu mewujudkan perjanjian berasingan dengan setiap penghuni di situ. Inilah yang enggan diselesaikan oleh pengurusan IWK. Kalaulah perkara ini dikemukakan di mahkamah, seperti beberapa kes yang saya tahu, sudah tentu IWK akan menghadapi banyak masalah lagi. Peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya itu sudahpun membalun segala wang yang ada dan melepaskan tahi yang tinggal ke tangan MoF Inc. untuk menyelesaikan segala masalah yang ada.

M.G.G. Pillai

Terjemahan : SPAR-01-031


Catatan Penterjemah:

Pada satu ketika dulu Marhaintua ada menyentuh akan projek La Colmer ala-Malaysia di Jandabaik. Inilah projek meniru sebuah pekan kecil Peranchis di bahagian Timur Peranchis, kerana PM meminati latar belakang pekan kecil itu. Tugas meniru pekan Peranchis itu diserahkan kepada Vincent Tan. Dari manakah dia dapatkan modal pembinaan itu??? Cuba fikirkan. Kisah ini akan meleret-leret laksana saluran najis di negara ini panjangnya.
- Penterjemah




Asal:


IWK Asks Its "Customers" To Pay

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, once run, and messed up, by that international business man of unquestioned repute, now employs debt-recovery agents to collect what it cannot. It went through several hands, each threatening its "customers" it did not have any contract with, threatening to have water cut off if sewage bills were not paid, and is now in the hands of the federal government. Sewage is a municipal service, which assessments take care of. Yet IWK, now owned by Ministry of Finance Incorporated, insists it must also be paid even if does not have a contract with you. If the government orders you to pay, as one IWK official told me bluntly, you should. I said if I need a telephone, I have to sign a contract with Telekom Malaysia, for electricity with Tenaga Nasional, so if I need IWK service, I shall contact it.

IWK is a failed privatisation service, issued to a crony to make money but without working out how he could. It was rushed through in 1990, before the general elections, and this international business man of unquestioned repute huffed and puffed and threatened and got cabinet ministers on his side but it did not work. IWK would not answer basic questions, but go on a high horse of depleting water resources. In the latest exercise, it returns to that theme: "We need the money to carry out our task in providing a proper and efficient sewerage system. It is an important and costly task," an IWK statement said yesterday. Indeed, it is. I commend it for its public service. But could IWK explain why those who do not have a contract with it should provide the funds for its public service?

When IWK employs debt-collectors to collect RM240 million it claims it is owed by its customers. In Canning Garden East, in Ipoh, it threatened housewives, when their men were at work, of dire consequences, which included auctioning of their houses, if they did not pay what was owed immediately. Many rushed to borrow money and pay. If this is how these debt collectors do their work, something surely is wrong.

The simple test of whether one is a customer is if one has signed a contract with IWK. Those of you who has would have to pay. Those who have not are not customers. Besides, if I do not pay my telephone or electricity bills, the utility is cut off until payment is made. IWK should cut off service instead of sending in debt-collectors. The statement says IWK is serious and are fully committed to collect all the money due to us. An admirable thought. But how can IWK collect what it is not owed? The issue is not IWK's commitment to a "proper and efficient sewerage system" but its right to collect from Malaysians without an agreement. And the arrogance of its officers.

I have told IWK I am happy to pay what I owe provided it produces a contract I signed for its service. If you would recall, it sent me three bills, in three different and unknown names, but with the totals rising with each. In condominiums and flats, IWK insists it can collect from those who run it and residents would have to pay. It cannot. It would have to sign individual contracts with each resident. But the IWK management does not want to address these issues. If this comes to court, and several I know have been summoned and intend to fight it out, it would throw more odium on IWK. The international business man of unquestioned repute took the money and the MoF inc eventually the execreta that IWK's stock-in-trade.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my