Laman Webantu   KM2A1: 5000 File Size: 11.5 Kb *



TAG SP 210: Tidak Ada Petanda Mahathir Akan Bersara
By Ian Stewart

18/7/2001 6:54 pm Wed

[Mahathir berjaya menundukkan semua timbalannya dengan keaiban yang berbagai cara, tetapi Anwarlah yang paling teruk sekali dicemuhnya namun Anwar tidak juga terpadam walaupun sudah sekian lama. Sebaliknya Umno dan Mahathir sendiri yang teraib apabila sedikit demi sedikit 'kisah benar' menjelma. Mulalah Mahathir mencapai polis bertopeng belaannya dan akta ISA untuk menangkap sesiapa sahaja kerana bimbang semakin merebak 'kisah benar' sehingga menggugat dirinya. Tetapi dia terlalu gopoh sehingga mengundang lebih bencana buat Umno dan dirinya. Akibatnya, sekarang bukan isu Anwar sahaja yang telah menjerutnya dan semua isu itu kritikal belaka.

Mahathir sudah kehilangan tumpuan sehingga dia meradang tidak tentu hala yang tentunya semakin mencederakan Umno dan dirinya jua. Sekarang hanya golongan haprak sahaja yang menyokongnya. Itupun ramai yang berpura untuk mendapatkan sesuatu darinya. Apabila rakyat menang nanti mereka akan lari juga meninggalkannya sebagaimana yang terserlah di Serbia. Mereka itu kaki tumpang yang oportunis kebanyakannya. - Editor]


Terjemahan : SPAR-03-035


Tidak Ada Petanda Mahathir Akan Bersara

(Mahathir Shows No Sign of Going)

Ian Stewart

The South China Morning Post HK

16 Julai, 2001.

Dua puluh tahun dulu, dia telah ditabalkan sebagai perdana menteri. Kini, Mahathir Mohamad masih tegap menguasai kerajaannya dan bebas membuat keputusan bila dia akan bersara.

Tidak ada sesiapa dalam pucuk kepimpinan partinya UMNO, ataupun di kalangan gagasan parti BN yang mendesak beliau berundur. Lagipun dia masih belum menunjukkan sebarang tanda untuk bersara.

Sambil memerintah negaranya yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum itu, Mahathir menunjukkan kesungguhan dan amalan pragmatiknya, sambil mengumpulkan sebanyak seteru mengikut sebanyak bilangan sahabat yang ada. Walaupun ramai rakan seperjuangan di pucuk pimpinan parti tidak nampak adanya saingan kepada peranannya sebagai orang kuat parti, semakin ramai yang runsing, lagi lama dia mencengkam kuasa lagi berat bebanan yang akan ditanggungi oleh parti.

Sebagai perdana menteri Malaysia yang keempat pada Julai 16, 1981, Mahathir merupakan pemimpin yang paling lama khidmatnya dan mencengkam kuasanya lebih ketat lagi berbanding orang-orang yang mendahuluinya. Kuasa dan pengaruhnya menyeluruhi segenap lapisan pentadbiran dan segala dasar pentadbiran membayangkan citarasanya sebagai seorang perdana menteri.

Wajah Kuala Lumpur yang dihiasai menara kembar Petronas, yang merupakan bangunan tertinggi dunia ketika dirasmikan pada 1998, dan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran baru kerajaaannya, menggambarkan wawasan kemodenan yang mahu disogokkan kepada bangsanya.

Hanya gangguan kesihatan yang mampu menumpulkan minat Mahathir untuk terus mengetuai kerajaan untuk beberapa tahun lagi. Oleh kerana dia kelihatan segar bugar walaupun usia sudah melewati 75 tahun, ramai rakyat Malaysia yang menjangkakan beliau mampu terus mencengkam kuasa melepasi usia 80 tahun pada 2005.

Akan tetapi, alangkah baiknya kalaulah Mahathir sudah berundur pada 1996 ataupun 1997 dulu, sebelum rantau ini dilanda krisis kewangan yang turut menyebabkan Malaysia diasak kegawatan ekonominya. Sehinggalah 1997, Malaysia telah menikmati ketumbuhan ekonomi yang mencanak selama 10 tahun. Pada 1995 UMNO dan rakan gagasannya telah mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum.

Seandainya Mahathir telah bertindak memberi peluang kepada Anwar Ibrahim, yang ketika itu merupakan timbalan dan calon penggantinya, sebelum Malaysia dilanda krisis kewangan yang teruk itu, tentu sekali Mahathir sudah dikenang sebagai insan yang berjaya menerajui satu ekonomi negara yang berjaya yang mencetuskan suasana politik yang aman damai.

Akan tetapi, hubungannya dengan Anwar menjadi masam apabila mantan timbalan perdana menteri itu mencuba walaupun gagal untuk mengengsotkannya keluar daripada jawatan dengan cara mengulangi tekanan politik yang berjaya menjatuhkan presiden Suharto di Indonesia. Pada waktu yang sama, sebagai seorang Menteri Kewangan, Anwar sedang melaksanakan dasar ekonomi yang bertentangan dengan selera Mahathir.

Pada September 1998, Mahathir menggugurkan Anwar daripada kabinetnya sambil membuat kenyataan betapa Anwar tidak layak menjadi pemimpin negara. Anwar akhirnya ditangkap (dan dihenyak serta dilebamkan mata ketika tangannya bergari di bahagian belakang - penterjemah). Setelah dihadapkan kepada satu proses penghakiman yang menyebelahi pihak Mahathir, Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Tuntutan Anwar betapa dia menjadi mangsa satu konspirasi telah dipercayai oleh para pengikutnya yang tidak percaya betapa tuduhan salah laku boleh difitnah ke atas seorang yang alim.

Pada Jun 1999, Dr. Mahahir berkata, bahawa episod Anwar akan hanya 'merupakan satu peristiwa sejarah yang mudah dilupakan'. Namun, Anwar masih menjadi tumpuan masyarakat melalui aktiviti mereka yang menyokongnya, dan tuntutan pembangkang yang berterusan mahukan beliau dibebaskan. Pada waktu yang sama para peguam Anwar terus berusaha meminta kebenaran beliau dibenarkan pergi keluar negara untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit belakangnya.

Kemelut Anwar telah menghantui kemuafakatan masyarakat Melayu, menyebabkan ramai pengikut setia UMNO beralih kepada PAS yang sudahpun semakin perkasa mengembangkan pengaruhnya pada pemilu 1999 dulu, dan parti Keadilan pimpinan isteri Anwar Wan Azizah Ismail.

UMNO memang sedang menanggung aib cemuhan umum terhadap para pemimpinnya yang korup dan dirasuk wang. Dr. Mahathir telah berusaha memperbaiki imej parti tetapi oleh kerana beliau merupakan presiden UMNO dan juga Perdana Menteri sepanjang tempoh kereputan itu, ramai rakyat Malaysia menuduhnya turut terlibat dengan segala kejijikan itu.

Ramai juga pemimpin UMNO yang bersetuju dengan pendapat Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, bahawa Mahathir tidak mampu memulihkan kereputan UMNO kerana dialah yang merupakan masalah besar UMNO.

Namun demikian, kesungguhan Mahathir nampaknya mengatasi unsur pragmatiknya sambil beliau cuba sedaya upaya menahan gelonsoran sokongan terhadap UMNO.

Terjemahan SPAR-03-035




Asal:

The South China Morning Post, HK
16th July 2001

Mahathir shows no sign of going

Country's longest-serving leader is struggling to repair his party's battered image

IAN STEWART in Kuala Lumpur

Mahathir Mohamad: pragmatist

Twenty years after he was installed as prime minister, Mahathir Mohamad remains firmly in control of the Government and free to decide on his own terms when he will retire.

Nobody in the senior leadership of his party, the United Malays National Organisation (Umno), or its coalition partners, is pressing him to go and he is showing no signs of making an early exit.

Ruling his multi-racial nation with a combination of passion and pragmatism, he has made as many enemies as friends, and while his top Umno associates see no immediate alternative to his strongman role, many worry that the longer he stays the more of a liability he will become.

Dr Mahathir, who became Malaysia's fourth prime minister on July 16, 1981, is already the country's longest-serving leader and keeps a tighter hold on the levers of power than his predecessors. His authority or influence extends throughout the administration, and policy almost invariably reflects the personal preference of the Prime Minister.

Even the skyline of Kuala Lumpur, with its Petronas Twin Towers, the world's tallest buildings when they opened in 1998, and Putrajaya, the fancy new centre of Government, mirror Dr Mahathir's modernist vision of how his country should look.

Only failing health can prevent him from continuing to head the Government for several more years if he chooses. Since he appears to be in excellent condition for a man of 75, many Malaysians expect him to be still in the job when he reaches his 80th birthday in 2005.

But it might have been better for Dr Mahathir to have stepped down in 1996 or 1997 before the region was swept by the financial crisis that plunged Malaysia into recession.

Up until 1997, Malaysia had experienced 10 years of dynamic growth. In 1995 Umno and its partners achieved their biggest win in a general election.

If Dr Mahathir had stood aside for Anwar Ibrahim, who was then his deputy and anointed successor, before Malaysia felt the full impact of the financial crisis, he would have been remembered for presiding over a long period of economic boom and political stability.

But his relations with Anwar turned sour when the former deputy prime minister sought unsuccessfully to ease him out of office by trying to duplicate in Malaysia the pressure for political change that had led to the downfall of Indonesia's president Suharto. At the same time Anwar, in his role as finance minister, was pursuing economic policies that Dr Mahathir opposed.

In September 1998, Dr Mahathir sacked Anwar, declaring he was unfit to be the nation's leader. Anwar was later arrested, and at successive trials convicted of corruption and s###my and jailed for a total of 15 years. His claim that he was a victim of a high-level political conspiracy was believed by many Malays who did not accept that a man of his reputed piety could be guilty of the sexual charges preferred against him.

In June, 1999, Dr Mahathir said the Anwar affair had become "an historical event which over time would be forgotten". But Anwar has continued to remain in the public eye through the activities of his followers, the opposition's periodic calls for his release and his lawyers' efforts to secure him the right to go abroad for treatment of a back problem.

The Anwar affair split the Malay community, driving many former Umno voters to the opposition fundamentalist Parti Islam-se Malaysia, which made solid gains in the 1999 election at the dominant government party's expense, and to the new National Justice Party headed by Anwar's wife, Wan Azizah Ismail.

Umno has also suffered from a public perception that its leaders are corrupt and money-driven. Dr Mahathir has set himself the task of changing this unfavourable image but since he has been Umno president as long as he has been Prime Minister, many Malaysians associate him with the party's faults.

Some Umno leaders agree with Lim Kit Siang, chairman of the opposition Democratic Action Party, that Dr Mahathir cannot provide the solution to Umno's decline, as he is "a major part of the problem".

But Dr Mahathir's passion seems to have overruled his pragmatism as he doggedly pursues his efforts to stop the erosion of support for Umno.

http://www.scmp.com