Laman Webantu   KM2A1: 5001 File Size: 12.2 Kb *



TAG SP 211: Perjuangan Populis Menghakiskan Kuasa Mahathir [FT ]
By Douglas Wong

18/7/2001 7:16 pm Wed

[Kerana siapa pembangkang mungkin menang jika tidak kerana sikap dan tindak-tanduk Mahathir juga. Akibatnya negara dilanda krisis demi krisis yang tidak kunjung reda. Ekonomi sebenarnya rapuh kerana tunjangnya tiada. Kekayaan dan ekonomi memusat kepada kroni yang tidak pandai pun berniaga sehingga mereka runtuh bila ribut ekonomi melanda sedangkan syarikat yang tidak berkroni masih mampu hidup tanpa dibantu apa-apa. Dengan menyelamatkan kroni kepincangan Mahathir terbogel dengan sendirinya.

Anwar kini sudah menjadi ikon perjuangan reformasi yang sukar dibendung lagi walaupun beliau sudah tidak muncul untuk ditatapi. Rakyat sudah menghayati pengorbanannya untuk menempuh risiko yang amat dahsyat demi menyelamatkan negara. Itu satu sumbangan yang mahalnya tidak terkira sehingga menyentuh perasaan sesiapa tanpa perlu banyak berkata-kata.
- Editor
]


Terjemahan : SPAR-03-036

Financial Times UK


Perjuangan Populis Menghakiskan Kuasa Mahathir

(Populist causes sap Mahathir's power base)

Oleh: Douglas Wong

16 Julai, 2001.

Apabila Mahathir Mohamad mula-mula memegang jawatannya sebagai perdana menteri kira-kira 20 tahun yang lalu, tentera Soviet masih bertahan di Afghanistan. Ronald Reagan dan Margaret Thatcher masih lagi selesa di pejabat mereka sedangkan perjuangan revolusi Iran berada di kemuncaknya.

'Saya sudah bertemu bemacam jenis orang politik, saya sudah membaca pelbagai teori dan teologi. Saya fikir tempoh 20 tahun berada di jawatan itu, sudah tentu ada sesuatu yang telah dipelajari,' demikian katanya bulan lalu. Sebagai pemimpin negara yang paling lama perkhidmatannya di Asia, Dr. Mahathir telah berjaya memimpin gagasan parti politik BN memenangi lima pilihanraya umum dan sedang mencuba membawa negaranya daripada tahap dunia ketiga kepada ambang dunia pertama.

Akan tetapi, kemenangan pemilu 1999 dulu telah didampingi oleh satu hayunan yang menyanggah parti peneraju gagasan itu, UMNO, dan inilah hayunan yang sehingga kini masih tidak mampu diperbetulkan oleh Mahathir.

Untuk pertama kalinya bulan lalu, dia memberi amaran bahawa kemenangan pihak pembangkang dalam pemilu yang dijangkakan pada 2004, 'adalah serba mungkin' dengan munculnya pengundi baru dalam daftar pengundi.

Ekonomi Malaysia, yang telah berjaya pulih daripada krisis kewangan yang melanda Asia, dan kawalan matawang yang diperkenalkan sebagai langkah tindakannya, kini dihantui kegawatan ekonomi sejagat, yang sudahpun memukul negara jirannya Singapura untuk menangani pukulan kegawatan itu.

Sungguhpun Mahathir akan berusia 76 tahun pada tahun ini, dan pernah menjalani operasi injap jantungnya pada 1989 dulu, Dr. Mahathir masih tidak menunjukkan sebarang tanda dia bersedia mundur daripada jawatannya.

'Takkan saya boleh mengundurkan diri dan membiarkan negara ini dalam keadaan tidak bersedia meneruskan kemajuan negara,' kata beliau tahun lalu.

Pada tahap awalannya Mahathir muncul sebagai seorang juara kepada masyarakat Melayu yang merupakan lebih 60 peratus penduduk Malaysia yang berjumlah 23 juta. Namun, dia pernah berkata bahawa kejayaannya yang paling mengembirakan ialah menyatupadukan orang Melayu itu kepada masyarakat Cina dan India untuk hidup bersama.

Malahan ada satu bancian rasmi tahun lalu yang menunjukkan betapa tidak wujud sebarang interaksi antara pelajar pelbagai kaum di Universiti Malaya. Para penganalis berkata salah satu sebab terjadinya perkara ini adalah kerana terhakisnya sokongan Melayu terhadap kerajaan, dan penonjolan imej tarikan ajaran Islam di kalangan masyarakat Melayu.

Parti pembangkang PAS, telah memenangi dua kerajaan negeri dan mengambil-alih peranan DAP sebagai parti pembangkang yang utama pada 1999 itu dan kini semakin yakin bahawa ia mampu menubuhkan kerajaan pusat yang akan datang.

Di sebalik usahanya menubuhkan sebuah negara Islam, PAS telah menganjurkan beberapa isu yang popular, seperti kebebasan badan kehakiman dan usana memerangi korupsi dan kronisma, untuk menarik sokongan yang lebih luas dan membolehkan satu jalinan hubungan baik dengan parti pembangkang yang lain seperti DAP.

Kerajaan pusat bertindak balas. Abdullah Badawi, yang merupakan timbalan Mahathir, telah membuat perakuan bulan lalu bahawa UMNO akan memberikan perhatian yang lebih luas terhadap hak asasi manusia, kebebasan bersuara, pengawasan korporat dan kebebasan badan kehakiman yang dianggap penting oleh generasi muda.

UMNO sudahpun bertindak terhadap 15 ahli parti yang terbabit dengan politik wang. Secara berasingan pula, anak lelaki kedua mahathir, Mokhzani, telah melepaskan perniagaannya dan juga politik. Daim Zainuddin pula telah melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan dan bendahari UMNO setelah dia menjadi sasaran kecaman kerana salahguna kuasa menggunakan dana kerajaan dan juga parti.

Dr. Mahathir telah memilih pendekatan Islam yang menyanggah PAS sebagai mengamalkan ajaran modenis. Di waktu yang sama dia telah melantik wanita ke dalam kabinetnya dan beberapa jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti menjadi Gabenor Bank Negara.

Sepanjang pemerintahannya selama dua dekad itu dia telah menonjolkan kemajuan sains dan teknologi sambil menekan kumpulan Islamis yang meniru aliran revolusi Iran.

Untuk menentukan keamanan dalam sebuah negara yang pelbagai kaum dan agama itu, Mahathir telah mengekalkan pelbagai undang-undang yang keras-keras seperti pengawalan terhadap media dan penahanan tanpa perbicaraan.

Dalam satu episod 1985, pasukan keselamatan (yang mabuk kerana dimabukkan) telah membunuh 15 pengikut seorang pengajar agama Islam (dengan kerajaan menuduh mereka cuba menegakkan sebuah negara Islam secara tindakan militan)

Mengikut Farish Noor, seorang ahli sains politik, kerajaan Mahathir berjaya menangani kritikan kumpulan agama dalam hal ini dan juga dalam banyak peristiwa yang lain disebabkan wibawa Anwar Ibrahim, yang mula menganggotai UMNO pada 1982.

Anwar naik melonjak sehinga menjadi calon pengganti jawatan yang dipegang oleh Mahathir. Akan tetapi, pada 1998, Anwar terhumban setelah mereka gagal menyetujui cara menangani krisis kewangan yang melanda negara (disebabkan Mahathir mahukan negara menyelamatkan semua syarikat anak-anaknya yang sudah terhenyak longlai).

Mahathir telah menjatuhkan tuduhan terhadap Anwar kerana korupsi dan kelakuan di luar tabii. Semua tuduhan itu ditolak oleh Anwar, namun dia akhirnya dikenakan hukuman yang kini sedang dirayukannya.

Apakah dua orang pemimpin ini dapat bermaaf-maafan semula ataupun Mahathir berjaya mencari jalan untuk memintas cabaran yang dimajukan oleh PAS dan perjuangan populis yang dianjurkannya, akan berkemungkinan merupakan episod terakhir dalam pemerintahannya.

Douglas Wong

Terjemahan SPAR-03-036







Asal:

http://www.ft.com

The Financial Times, UK
16th July 2001

Populist causes sap Mahathir's power base

By Douglas Wong

When Mahathir Mohamad became Malaysia's prime minister 20 years ago, Soviet troops were in Afghanistan, Ronald Reagan and Margaret Thatcher were still settling into office and the Iranian revolution was at its height.

"I have seen all kinds of politicians, I have seen various theories and theologies, I think that being 20 years in the office, you must have learned something," he said last month. As Asia's longest serving leader, Dr Mahathir has led his multiracial coalition to five election victories and his country from third world to within sight of the first.

But the last election victory in 1999 was accompanied by a swing against the coalition's anchor party, the United Malays National Organisation (Umno), which Dr Mahathir has so far been unable to reverse.

For the first time last month, he warned that an opposition victory in elections, due by 2004 when over 1m new young voters will be on the rolls, "is no longer that difficult".

Malaysia's economy, having survived the Asian financial crisis and the capital control measures which Dr Mahathir instituted in response, now faces a global slowdown, which has already tipped neighbouring Singapore into recession.

But while he will be 76 this year, and had a heart bypass operation in 1989, Dr Mahathir has shown no signs that he is ready to step down.

"I just cannot walk out and leave everything in a state of not being prepared for continuing the progress of this country," he said last year.

Although he entered office as a champion of his Malay community, which accounts for over 60 per cent of Malaysia's 23m population, Dr Mahathir once said that his proudest achievement in office was bringing them closer to Malaysia's Chinese and Indian communities.

In fact, an official survey last year showed that there was almost no social interaction between students of different races at University Malaya.

Analysts say that one reason for this, and the erosion of Malay support for the government, has been the rising appeal of traditional Islam to the Malay community.

Pas, the Islamic opposition party, won two state governments and overtook the Chinese-based Democratic Action party (Dap) as the main parliamentary opposition in 1999 and is now confident that it can form the next federal government.

While its stated objective is to create an Islamic state, Pas has espoused popular issues, such as judicial independence and fighting corruption and cronyism, to attract broader support and has formed an uneasy alliance with other opposition parties, such as the Dap.

The government is responding. Abdullah Badawi, Dr Mahathir's deputy, pledged last month that Umno would pay greater attention to issues such as human rights, freedom of speech, corporate governance and judicial independence, which are important to the younger generation.

Umno has cracked down on 15 party members found to have breached rules against money politics. Separately, Dr Mahathir's second son, Mokhzani, quit business and politics and Daim Zainuddin, who as finance minister and Umno treasurer had been the target of criticism for improper use of government and party funds, quit all his posts.

Dr Mahathir's brand of Islam with which he confronts the Pas is a modernist one. He has appointed women to his cabinet and key government positions, such as the governor of the central bank.

A consistent thread in his two decades of rule has been the embrace of science and technology and opposition to Islamist groups following the example of Iran's revolution.

Keeping the peace in multiracial and multireligious Malaysia has been the justification for many of the country's restrictive practices, such as control of the media and detention without trial.

In a 1985 showdown, security forces killed 15 Islamists who had called for the need to create an Islamic state through revolutionary means.

According to Farish Noor, a political scientist, Dr Mahathir's government was able to withstand Muslim critics in this and other cases because of the strong Islamic credentials of Anwar Ibrahim, who had joined Umno in 1982.

Mr Anwar rose rapidly to become Mahathir's designated successor but in 1998 was sacked after they fell out over how to respond to the financial crisis.

Dr Mahathir also accused Mr Anwar of corruption and s###my, charges which Mr Anwar denied but was later convicted of in judgments he is appealing.

Whether the two leaders can be reconciled, or Dr Mahathir can find another way to address the challenge posed by Pas and the populist causes it espouses, is likely to be the last episode of his rule.