Laman Webantu   KM2A1: 5002 File Size: 10.4 Kb *



TJ SP MGG: Libas Melibas Dalam Pilihanraya Likas
By M.G.G. Pillai

18/7/2001 7:44 pm Wed

MGG 1401

[BN semakin bercelaru kerana masih memilih calun yang terjebak dalam kes menipu. Makin tegang lagi kerana Umno Pusat berlebih sangat sehingga meminggirkan pendapat kepimpinan politik negeri. Ini akan mengundang kemarahan dalam bentuk undi kepada keADILan. Agak sukar untuk mereka yang belot kepada BN untuk menyokong PBS kerana mereka pernah disengat dari belakang.

KeADILan mempunyai banyak modal untuk menang kerana pemimpin muda mereka ditahan tanpa dibicarakan itu menunjukkan BN sudah tidak mampu mematahkan hujah dan serangan. Lagipun keputusan panjang lebar Hakim Muhd Kamil telah mendedahkan komplot penipuan terancang oleh pihak yang berkuasa yang tidak mampu ditepis oleh sesiapa lagi sekarang.

Apa yang menarik Dollah Badawi dan SPR tiba-tiba memberi kenyataan semua pengundi hantu sudah dibuang tetapi tidak pula menemui sebarang dalang. Tidakkah ini bermakna SPR dan kerajaan sedar dan tahu memang banyak hantu sudah berada di dalam tetapi sengaja dibiarkan? Sepatutnya mereka dibuang sejak dulu lagi - bukannya baru sekarang. - Editor]


Terjemahan : SPAR-01-032


Libas Melibas Dalam Pilihanraya Likas

(Strains In The Likas Byelection in Sabah)

UMNO sudah yakin bahawa kemenangan pilihanraya kecil Likas akan memihak kepada calon Barisan Nasional. Parti SAPP memang yakin juga kerana presiden parti yang juga bekas ketua menteri Sabah adalah calonnya. Ketua Menteri Sabah, Dato' Chong Kah Kiat, memang tidak ada alasan untuk bertegas bahawa orang yang sebolehnya tidak menerima sokongannya tetapi terpaksa kerana jawatan yang dipegangnya kini, akan menang besar juga. Semua mereka ini mempunyai pelbagai masalah yang sedang menghantui: apabila munculnya seorang calon di bawah lambang Parti Keadilan yang turut bertanding. Inilah yang menjadi perhatian laporan berita akhbar Malaysia.

Kenyataan memang berbeza. UMNO Sabah sudah berpecah-belah sehinggakan pengerusinya mantan ketua menteri Dato' Osu Sukam bertegas agar ditonjolkan seorang calon Melayu. Anak bekas gabenor negeri, Datin Saidatul Said Keruak sudah bersedia melanggar disiplin parti untuk menjadi calon bebas sehinggakan abangnya Dato' Salleh Said Keruak memujuk untuk membatalkan hasratnya itu. Demikianlah keadaan UMNO Sabah sehinggakan begitu ketara rekahannya membayangkan calonnya tidak mampu menang jika bertanding. Walaupun wujud 15,000 pengundi Melayu dan Muslim di situ, hanya penonjolan seorang calon Cina yang mampu meraih kemenangan untuk BN. Seorang lagi bekas ketua menteri Tan Sri Harris Salleh berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja calon BN asalkan orang itu bukannya Dato' Yong.

Terdapat empat orang calon Cina - setiap seorang daripada Barisan Nasional, PBS, Keadilan dan seorang calon bebas akan berentap. PBS tidak mampu memujuk Keadilan untuk bekecuali. UMNO yang merupakan musuh ketat PBS dan menyebabkan perpecahan pengundi Melayu di Likas, berkemungkinan memangkah calon Keadilan sehingga mencemarkann peluang BN. Inilah sebabnya UMNO dan BN menyerang Keadilan. Chong Eng Leang daripada PBS akan mendapatkan semula pengundian yang lama daripada orang Melayu yang anti PBS, di dalam dan di luar UMNO, sehingga memberikan sokongan kepada calon keadilan, Ms. Christina Liew yang dulunya seorang ahli PBS. Jika pembelotan itu menjadi lebih besar daripada jangkaan, besar kemungkinannya beliau akan menang.

Inilah satu kemenangan yang tidak direlakan oleh UMNO. Ia juga akan merupakan kemenangan pertama untuk Keadilan di Sarawak ataupun Sabah dan menggugat senario politik di Semenanjung. Itulah sebabnya wujudnya satu serangan habis-habisan oleh pemimpin Barisan Nasional ketika mereka berkempen. UMNO pusat mahukan Dato' Yong menang, walaupun rayuannya di mahkamah telah ditolak pada September dulu dan sesiapa sahaja yang mendapatkan pengundian yang paling banyak akan diistiharkan menang.

Dengan lain perkataan, mahkamah akan menentukan siapa yang menjadi pemenang akhirnya. Perkara semacam ini pernah berlaku satu ketika dulu. Waktu itu MP Bukit Bintang, Wee Choo Keong telah kalah rayuannya menunggukan pilihanraya semula. Mahkamah telah memerintah calon yang kalah menjadi pemenangnya. Barisan Nasional sudah bersedia memilih jalan seperti ini: adalah lebih mudah daripada kemenangan di pihak Keadilan. Namun, hanya ada empat hari lagi sebelum hari mengundi. Chong daripada PBS nampaknya mempunyai peluang yang terbaik. Barisan nasional nampaknya sanggup menerima kemenangan PBS, walaupun wujud 15,000 pengundi Melayu dan bumiputra yang beragama Islam, 7,000 pengundi Cina dan bakinya orang Kadazan. Sepatutnya keputusan sebaliknya yang seharusnya terjadi.

Apa yang tidak disebut selalu ialah sikap ketuanan UMNO, dan peranannya yang mudah menyerah kepada arahan UMNO pusat sambil memperlekehkan perasaan dan sensitiviti tempatan. Semua itu akan dicabar seandainya Keadilan menang nanti. Ketua terulung parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai penyokong setia di Sabah, mencemarkan keselesaan Perdana Menteri Dato' Dr. Mohamad Mohamad. Mengikut congakan UMNO, ia tidak akan menang. Barisan Nasional sedang tercabar di bahagian tengah, utara dan timur semenanjung. Ia bergantung harap kepada Johor, Sarawak dan Sabah untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

Kemungkinan munculnya Keadilan dalam dewan undangan negeri Sabah, walaupun tidak berapa bertenaga, akan menukar ragam politik negeri itu sekali lagi. Seandainya kemenangan memihak kepada Keadilan ia akan mengulangi kemenangan hebat di Lunas, Kedah. Permainan sorok-sorok di Sarawak, mengenai tarikh pilihanraya dewan perundangan negeri mempunyai kaitan dengan fenomena ini. Ia juga ada kaitannya dengan keinginan UMNO untuk menyerlahkan kehadirannya di negeri itu.

M.G.G. Pillai

Terjemahan: SPAR-01-032




Asal:


Strains In the Likas Byelection in Sabah

UMNO is sure the Likas byelection is the National Front's. The SAPP is certain victory is its president and former chief minister, Dato' Yong Teck Lee's. The Sabah chief minister, Dato' Chong Kah Kiat, has no qualms to insist that the man he would rather not have supported but has to in view of his exalted position would win hands down. All of them have a niggling problem: they are worried sick of the entry of Parti Keadilan Negara in the electoral fray. This is the sense of the news reports in the Malaysian press.

But the reality is something else. Sabah UMNO is split so many ways that its chairman and former chief minister, Dato' Osu Sukam, insisted the candidate should be a Malay. The sister of a former chief minister, Datin Saidatul Said Keruak, was ready to defy party discipline to stand as an independent, until her brother, Dato' Salleh Said Keruak, dissuaded her. The superficial UMNO unity hides cracks so wide that its candidate could not possibly have won in Likas, despite 15,000 of its electorate being Malays and Muslims; only a Chinese candidate could. Another former chief minister, Tan Sri Harris Salleh, says he would back any National Front candidate but Dato' Yong.

Four Chinese candidates -- from the National Front, PBS, Keadilan, and an independent -- are in the fray. The PBS could not persuade Keadilan to stay away. UMNO, with its animosity towards PBS and the split Malay electorate in Likas, could well vote for the Keadilan candidate to the detriment of the National Front. Which is why UMNO and the National Front attacks the Keadilan. The PBS's Chong Eng Leang would garner the votes it got the last time, with the anti-PBS Malays, in UMNO and outside, could well swing their support towards the Keadilan candidate, Ms Christina Liew, formerly with PBS. If the drift is larger than expected, though unlikely, she could be returned.

It is a win UMNO cannot accept. It would be Keadilan's first victory in Sarawak and Sabah, and threatens UMNO's eventually in the peninsula. Which accounts for the onslaught against Keadilan from National Front politicians during the campaign. National UMNO wants Dato' Yong to win, even if his appeal against disqualification fails in September and whoever got the next highest vote elected.

In other words, the courts would elect the winner. This happened once. When the MP for Bukit Bintang, Mr Wee Choo Keong, lost an appeal pending at election time, the courts ordered the loser elected. The National Front is prepared to take this gamble: it is a far better course than a Keadilan win. But, with four more days for pollings, PBS's Chong has the edge. The National Front can accept a PBS win, though with 15,000 Malays and Muslim voters, 7,000 Chinese and the balance Kadazans, it should have been the other way around.

Unmentioned is UMNO's dominating role, and its unquestioned bowing to federal demands and dictates and ignorning local sensitivities, is resented. That would be challenged if Keadilan won. Its eminence grise, Dato' Seri Anwar Ibrahim, still has much residual support in Sabah, much to the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed's chagrin. In UMNO's view, it cannot win. The National Front is challenged in the centre, north and east of the peninsula, it looks upon Johore, Sarawak and Sabah to see it through to power in future elections.

Keadilan's entry, into the Sabah legislative assembly, ineffectual as it is, would alter this equation yet again. If it wins, it repeats the stunning victory in Lunas, in Kedah. The cat-and-mouse game in Sarawak on when its Council Negri elections would be has to do with this, and UMNO's own desire for a presence in the state.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my