Laman Webantu   KM2A1: 5008 File Size: 7.2 Kb *



TAG SP 212: CNN: Mahathir Dihantui Cabaran Ekonomi Yang Membesar
By Geoff Hisc0ck

19/7/2001 7:01 pm Thu

[Orang Umno dan mereka yang bebal mungkin akan terus menyokong Mahathir tetapi jika ekonomi terus ranap mereka akan hilang sabar juga akhirnya. Sekarang hanya Mahathir sendiri yang menentukan halatuju ekonomi setelah Daim pergi. Oleh itu dia tidak mahu Malaysia nampak meleset kerana itu akan mencederakan lagi imejnya. Perhatikan banyak pengumuman angka untung dan jumlah dana diumumkan akhir-akhir ini sedangkan itu bukan ukuran kekuatan ekonomi. Pakar ekonomi tidak menggunakan angka seperti itu untuk menilai prestasi kerana itu bukan gambaran sebenar kehidupan rakyat negara ini.

Banyak pihak telah menjadi mangsa polisi ekonomi Mahathir sekarang terpaksa membuang pekerja untuk terus hidup. Jika keadaan berterusan mereka tidak akan mampu bertahan lagi dan akan memarahi Mahathir. Nampaknya Mahathir semakin menambah musuh lagi.... - Editor]



Terjemahan: SPAR-03-036


CNN: Mahathir Dihantui Cabaran Ekonomi Yang Membesar

(Mahathir Faces Increasing Economic Challenges)

http://asia.cnn.com/2001/BUSINESS/asia/07/15/malaysia.economy/index.html


Oleh: Geoff Hisc0ck

Malaysia telah memperolehi kemajuan ekonomi sepanjang pemerintahan Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sejak 20 tahun yang lalu. Namun, cabaran yang dihadapinya tidak akan menjadi lebih mudah untuk ditangani pemimpin veteran itu.

Insan yang tidak mudah mengikut cakap orang lain kini melihat ekonomi Malaysia menjadi sasaran kegawatan ekonomi sejagat dalam bidang barangan teknologi maklumat.

Walaupun henyakan kegawatan kali ini tidak seteruk krisis kewangan 1997 dulu, di mana Mahathir naik berang dan menuduh konspirasi kapitalis barat yang sengaja mahu menghancurkan ekonomi Malaysia, kegawatan di bidang IT kini yang sudahpun lembap sejak 12 bulan yang lalu, sedang menghenyak Malaysia dengan teruknya.

Sejak 1999 hingga 2000, lonjakan permintaan barangan semikonduktor dan peralatan komponen elektronik telah meransang pertumbuhan eksport negara.

Akan tetapi keadaan industri IT di Amerika dan Jepun telah menjadi mendatar ataupun mengecut sejak pertengahan tahun 2000, sehingga menjejaskan ekonomi Malaysia pada tahun ini. Pada suku-tahun pertama 2001, menunjukkan penguncupan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1998, ketika negara merasakan bahana kesan krisis kewangan Asia yang melanda pada 1997.

Berasaskan suku-tahun ke suku-tahun, KKN jatuh 3.8 peratus pada tiga bulan pertama tahun 2001.


Kegawatan


Beberapa pengamat percaya suku-tahun berakhir Jun ini akan menjadi negatif, bererti secara teknikalnya Malaysia juga akan dihenyak kegawatan. Kerajaan Malaysia berdegil dengan ramalannya pada bulan Mac akan wujudnya pertumbuhan KDNK antara 5 hingga 6 peratus tahun ini, walaupun wujudnya persefahaman antara beberapa pakar ekonomi swasta yang meramalkan pertumbuhan yang lebih rendah sekitar 1 hingga 2.5 peratus, bergantung kepada ketika dan bagaimanya cepatnya pasaran IT sejagat bangkit semula.

Ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada pengeksportan akan merasakan turun naik kelakonan itu disebabkan mudahnya ia dirasuk tekanan prestasi globalnya yang mampu menjejaskannya.

Mahathir yang kini sudah pun memikul tanggungjawab menteri kewangan sejak pengunduran Tun Daim, telah mengakui betapa Belanjawan 2002 yang akan dibentangkannya bulan Oktober nanti akan menganjurkan perbelanjaan tempatan dan pelaburannya, daripada memberi penekanan kepada pelaburan asing.

Mahathir memang telah lama mahukan perjalanan ekonomi Malaysia itu mengikut rentak ragam acuannya dan tidak ditentukan oleh orang asing seperti IMF ataupun pengurus dana tabung pencen Amerika Syarikat.

Dinafikan Beperanan di Malaysia

Ketika krisis kewangan 1997 menghenyak Malaysia, Mahathir telah berdegil menidakkan peranan IMF di Malaysia. Dia naik berang apabila tercetusnya pengaliran tunai daripada ekonomi Malaysia dan menuduh para spekulator Barat telah menghancurkan ekonomi negaranya.

Akan tetapi, keadaan bursa saham Kuala Lumpur jatuh terperusuk - kehilangan 65 peratus nilainya antara Julai 1997 hingga Januari 1998 (dalam masa enam bulan sahaja - penterjemah) bukanlah disebabkan oleh pengunduran pelaburan asing sahaja. Sekitar 70 peratus penjualan itu adalah oleh pelabur tempatan yang rungsing akan keadaan negara untuk jangka masa yang panjang.

Salah satu cara tindak balas Mahathir terjadi pada September 1998 dengan cara mengenakan kawalan pengaliran modal. Tindakan ini menyebabkan ramai pengurus dana berinstitusi yang menjadi gusar untuk kembali ke pasaran Malaysia. Apatahlagi setelah ditetapkan kadar tukaran matawang pada tahap RM3.8 bagi setiap dollar Amerika.

Strategi ini memang kena pada masanya sekitar 1999 hingga 2000 apabila ringgit diturunkan nilainya berbanding matawang serantau. Lagipun ia membantu menampan negara daripada tekanan inflasi.

Akan tetapi, kejatuhan matawang negara lain seperti di Singapura (dollar) dan Filipina (Peso) sudahpun menjejaskan usaha pengeksportan Malaysia, menyebabkan para pengeksport Malaysia mendesak agar dilaksanakan perubahan terhadap pencapaian penurunan matawang yang dapat bersaing. Walaupun Mahathir masih bertegas tidak akan dilakukannya anjakan kepada kadar tukaran matawang itu. Namun kemungkinan adanya satu perubahan pada September nanti sudahpun diambil kira dalam ramalan para pengamat.

George Washington, ketua pakar ekonomi Asia Pasifik untuk syarikat pengamat IFR ada membuat catatan terbarunya: 'Apabila tanggapan ekonomi itu menjadi buruk dan tapak langkah kegawatan ekonomi itu semakin lantang bunyinya untuk mengiringi usaha terbaik Mahathir melindungi negaranya daripada pengaruh asing, wawasan Mahathir akan semakin terhakis dan tercemar sehinggakan para penyokongnya pun akan naik bengis dan kehilangan sabar.'

Salah satu bahagian warisan itu ialah latar-langit Kuala Lumpur yang amat mempesonakan tetapi tidak menjanjikan sebarang keuntungan. Yang lagi satu ialah lonjakan KDNK daripada 27 billion dollar ketika Mahathir menaiki takhta pada Julai 1981, naik empat kali ganda kepada $100 billion pada hari ini, dan pendapatan per kapita kurang sedikit daripada $2000 pada 1981 menjadi sekitar $4500 sekarang ini.

Mahathir telah menyanggah para kritik dan pesaing sepanjang dua dekad yang sungguh mencabar itu. Ekonomi negara diserang senggugut, kini. Mampukah dia menanganinya sekali lagi?

Tamat

Terjemahan: SPAR-03-036




Asal:

http://asia.cnn.com/2001/BUSINESS/asia/ 07/15/malaysia.economy/index.html

atau KM2 5004: Mahathir Faces Increasing Economic Challenges