Laman Webantu   KM2A1: 5009 File Size: 11.0 Kb *



TAG SP 213: AWSJ: Kerajaan Rancang Ambilalih Renong
By Leslie Lopez

19/7/2001 6:54 pm Thu

[Kerajaan sebenarnya tidak memulihkan ekonomi. Ia cuma mengengsotkan sahaja kesannya melalui pertukaran orang yang menerajui atau melalui tampungan dana milik rakyat seperti KWAP dan KWSP. Kroni yang membuat hal terlepas langsung tetapi rakyat pula yang terpaksa menanggung.

Hutang Renong yang bertimbun-timbun dan berlapuk itu telah membebankan institusi perbankan negara ini sehingga mereka pun sudah tidak sanggup lagi. Sebab itulah dana KWSP dan KWAP terpaksa 'dicuri' untukmu kroni.

Halim dan Renong sudah tidak berwang jika tidak ia akan membayar semua hutang-hutang itu dari poket sendiri. Bon-bon yang dikeluarkan itu akan menjadi bom jangka ekonomi yang akan memusnahkan negara jika tiada wang yang mencukupi bila sampai tempohnya nanti.

Sila juga membaca catatan dan komen penterjemah di akhir terjemahan ini.
]


Terjemahan: SPAR-03-037


The Asian Wall Street Journal

18 Julai 2001.


Kerajaan Rancang Ambilalih Renong

(Malaysian Government Plans To Wrest Control of Renong)


Oleh: Leslie Lopez

Kerajaan Malaysia sedang merancang untuk mengambil alih Kumpulan Renong daripada pemegang saham utamanya - dan ini dilihat sebagai satu isyarat stail baru menyelesaikan hutang bertapuk negara.

Sebagai salah satu konglomerat terbesar Malaysia, Renong mempunyai perniagaan menguruskan bank dan tol jalanraya, memiliki konsessi penggerudian minyak dan gas dan memajukan hartanah. Pada waktu yang sama konglomerat ini adalah syarikat korporat yang terlalu banyak berhutang. Sebagai bekas sebuah cabang pelaburan UMNO, Renong ternyata lembab melaksanakan penstrukturan hutang bertapuknya sebanyak 13 bilion ringgit (US$3.42 billion) sehingga mendesak kerajaan bertindak.

Mengikut cerita beberapa pegawai tinggi kewangan dan juga pegawai kerajaan, sebuah agensi kerajaan akan mengumumkan rencana pengambil-alihan United Engineers Malaysia Berhad, yang mempunyai pegangan saham Renong sebanyak 32.6%, seawal minggu hadapan. Disebabkan berkecamuknya skim penstrukturan Renong yang semakin bergelembung itu, usaha kerajaan mengambil-alih itu akan menyebabkan Halim Saad yang kini merupakan pemegang saham terbesar dan juga pengerusi ekskutif Renong kehilangan kuasa dalam empayar niaganya.

Perubahan hakmilik dalam Kumpulan Renong akan merupakan gegaran susulan yang sungguh besar ekoran peletakan jawatan mantan menteri kewangan Daim Zainuddin pada bulan Jun yang lalu.

Beberapa pegawai kanan kerajaan yang terlibat dengan pengambil-alihan UEM ini berkata, usaha tersebut akan melibatkan hampir dua bilion ringgit (wang rakyat Malaysia) yang dikendalikan sendiri oleh perdana menteri minggu lalu.

Azman Yahaya, pengarah urusan Danaharta, dikatakan akan menyelia segala usaha pengambil-alihan itu, mengikut laporan beberapa pegawai kewangan. Seandainya berjaya, Dato Azman dijangka akan menggantikan Tan Sri Halim sebagai ketua pasukan pengurusan yang terbaru di Kumpulan Renong.

Renong Bhd dan UEM adalah merupakan syarikat yang tersenarai. UEM memegang saham terbitan Renong, pada waktu yang sama Renong menguasai 37.1% saham UEM. Melalui satu rangkaian strutktur yang mengelirukan, dua syarikat gergasi ini menguasai pula sembilan lagi syarikat yang tersenarai di bursa saham, yang pada satu ketika dulu merupakan tumpuan pelaburan niaga UMNO. Tan Sri Halim memegang sekitar 16.5% ekuiti Renong dan secara teknikalnya menguasai keseluruhan kumpulan syarikat itu.

Ketika Tun Daim menjadi menteri kewangan, beberapa syarikat yang berhutang besar-besar yang mempunyai hubung-kait yang rapat dengan tuan-besar politik mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk bernafas lega sehinggakan menjadi fokus cerca rakyat marhaen.

Usaha kerajaan untuk mengambilalih UEM akan dilihat sebagai bukan satu usaha menyelamatkan syarikat itu oleh kerajaan 'ala-bailout'. Kerajaan menjangkakan rencana ini akan diterima dengan baiknya oleh warga perbankan yang menyimpan saham-saham UEM sebagai cagaran pinjaman ataupun kolateral kepada pinjaman Kumpulan Renong dulu dan juga daripada pemegang saham eceran syarikat itu.

Tambahan lagi, menghumbankan Halim Saad sebagai ketua Renong boleh dianggap sebagai satu isyarat betapa syarikat niaga yang mempunyai hubungan yang erat dan intim dengan kerajaan tidak lagi diberikan muka oleh kerajaan, dan barisan pucuk pengurusan atasan syarikat tersebut akan dikenakan tindakan kerana salahurus mereka yang sudah-sudah. Demikian laporan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Adalah dijangkakan kerajaan akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 45% saham UEM melalui usaha ini dengan harga tawaran kerajaan itu dijangka sedikit tinggi daripada harga pasaran. Spekulasi ini menyebabkan kegiatan luar biasa dalam urusan jualbeli saham UEM, yang ditutup tinggi sekitar 16% pada hari Selasa dengan harga penutup pada paras 3.56, naik 0.50 sen berbanding harga Isnin.

Bebanan Hutang Bertapuk

Pada pertengahan 1997, ketika Asia dihantui krisis kewangan, Renong dihenyak hutang yang berjumlah 26 bilion ringgit, bersamaan dengan 5% hutang yang ada dalam sistem perbankan di Malaysia. Sejak itu Renong dan juga UEM telah menjalini penstrukturan hutangnya yang disatukan sebanyak 8.4 bilion ringgit, melalui terbitan bon yang mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun bermula awal 1999. Renong telah membayar keseluruhan hutang yang berjumlah empat bilion ringgit yang dihutang oleh salah sebuah anak syarikatnya, Time Engineering Bhd pada awal tahun ini, daripada hasil kutipan penyenaraian salah sebuah anak syarikatnya yang bergiat dalam bidang telekomunikasi.


Akan tetapi sebanyak 13 bilion ringgit yang merupakan hutang bertapuk masih belum disusun-atur, tidak dikira pula rencana pembayaran balik bon yang diterbitkan pada awal 1999 itu. Pembayaran kupon tidak diperlukan, namun Renong dan sekutunya terpaksa membayar sejumlah 16 bilion ringgit kepada pemegang bon itu apabila ia matang pada 2006. (Hahaaaa... bukankah pemegang bon itu sekarang KWAP dan KWSP? - penterjemah)

Masalah hutang Renong ini dicemarkan lagi oleh masalah hutang peribadi Tan Sri Halim Saad yang berhutang besar dengan UEM. Hutang Halim terhadap UEM adalah berupa 'put option' yang dipersetujuinya pada awal 1998 yang memestikannya membeli pegangan UEM dalam Renong sekitar 32%. Sebahagian pembayaran yang berjadual berjumlah 100juta ringgit sepatutnya dilunaskan selaras dengan perjanjian 'put option' itu pada Sabtu yang lalu. Tetapi, Halim Saad diberikan sambungan masa untuk menarik nafas dan ngapnya, untuk selama 60 hari lagi. Ini merupakan sambungan manja untuk menarik ngap lagi untuk kali kedua sejak Februari dulu oleh lembaga pengarah UEM.

Seorang pegawai kerajaan yang terlibat dengan pengambil-alihan UEM itu memberitahu: seandainya rencana itu berjaya, Renong kelolaan Danaharta yang dipimpin oleh Datuk Azman bercadang menjual sebahagian aset kumpulan itu untuk merehatkan hutang lapuk. Apa yang lebih menyulitkan ialah cara mana menyelesaikan hutang Renung yang dibuatnya melalui terbitan bon, kerana menyelesaikan masalah ini adalah satu 'pening kepala' yang amat besar sekali.

Beberapa pegawai kewangan yang terlibat dengan rencana kerajaan ini memberitahu: Dr. Mahathir bertindak mendapatkan penglibatan Danaharta kerana pengalaman dan 'track record' Datuk Azman yang baru berusia 37 tahun, sudah mempunyai rekod kerja yang cemerlang dalam memperbaiki sistem perbankan negara ini.

Datuk Azman enggan membuat sebarang komen.

Catatan penterjemah:

Mengikut Qalam Kencana, semua ini adalah sebahagian skrip lakonan pengunduran Daim sebagai menteri kewangan. 'Manakan mudah 'isi' berenggang daripada 'kulitnya' ' kata beliau. Lagipun Malaysia sejak Daim menjadi Menteri Kewangan dulu lagi telah bergiat cergas dengan terbitan bon yang diklassifikasikan sebagai 'hybrid bond' yang menjadi amalan negara yang bebas pergerakan sistem perbankannya.

Apabila Malaysia mengamalkan konsep 'hybrid bond' ia sebenarnya memperlekehkan status negara itu sebagai negara yang bebas dalam pergerakan kewangannya, sedangkan keluar masuk dana dikawal dan bank yang muflis dibiarkan terus hidup kerana yang membuatnya muflis adalah para menteri kabinet dan pemimpin UMNOBN.

Salah satu musibah penggunaan 'hybrid bond' ini pernah dituliskan oleh Harun Rashid. Di Malaysia, syarikat yang amat pintar dan suka menggunakan hybrid bond adalah syarikat yang berstatus, pak-pacak, dan kroni sahaja kerana putar belit mereka mendapat restu Raja Penyangak.

Oleh kerana sebahagian besar pemimpin UMNO adalah lepasan sekolah menengah sahaja ataupun diploma tempatan yang diperolehi secara skim engsotan markah kelayakannya, berapa ramaikan antara pemimpin UMNO itu yang faham selok-belok kewangan global?

Kemudian, lihat pula kepada kelayakan dan taraf pemikiran penulis 'unggulan' bertaraf upahan UMNO BN? Kita bukan mencaci mereka tetapi apabila mereka memperbodohkan orang Melayu yang sebangsa dengan mereka walaupun ada antara mereka yang tidakpun mempunyai setitik darah Melayu, kita berhak mempertahankan diri kita. Siapakah Zam Senator yang pernah menjadi Ketua Pengarang U.Melayu? Beliau adalah lulusan darjah lima Sekolah Melayu. Bagaimana pula dengan Pak Habib bekas tukang kebun dan penjual ensiklopedia yang sudah menjual hampir 40 buku? Apakah kepintarannya selain menulis mengikut sistem 'cut and paste'? Oleh kerana penulis semacam ini yang mengabui pemikiran orang Melayu di tahap tertinggi, orang bawahanpun terikut sama. Laksana perjalanan keretapi, Apabila kepala masuk selekoh, gerabak di belakangpun ikut mengiring sama.....!!

Selagi konsep 'hybrid bond' ini tidak dimansuhkan, sebarang usaha Raja Penyangak untuk apa yang dikatakannya memperbaiki sistem kewangan negara ini adalah tidak jauh sasarannya daripada apa yang disebut sebagai 'Tikus Memperbaiki Labu.' Apabila tikus besar terkencing merata, sesiapa yang mendekatinya akan dijangkiti 'hawar tikus' juga... Haahaahaaa.... memang 'Melayu' haprak dibuat oleh Mahathir...!!!!


Terjemahan: SPAR-03-037





Asal:

http://interactive.wsj.com/

atau KM2 5005: AWSJ: Malaysian Government Plans To Wrest Control of Renong