Laman Webantu   KM2A1: 5012 File Size: 6.9 Kb *



TJ SP MGG: IWK Pasang Iklan
By M.G.G. Pillai

19/7/2001 7:56 pm Thu

MGG 1411

[IWK seperti kehilangan arah dalam tindakkannya akhir-akhir ini. Sentuhan Vincent Tan telah menyebabkan IWK semakin tidak popular kerana ia telah menjadi syarikat memburu harta dan wang pula. IWK lebih kelihatan atau lebih dikenali sebagai syarikat yang mengancam 'pengguna' - bukannya memberi layanan dan khidmat mesra kepada mereka.

Mengambil khidmat pengutip hutang menunjukkan betapa terdesak dan sesaknya IWK setelah diasuh (atau dikerjakan?) oleh Vincent Tan. Kini tiba-tiba ia merayu memujuk pula dengan iklan tetapi tidak pula memberi penjelasan undang-undang mengapa bilnya perlu dilunaskan. Selagi itu gagal dilaksanakan bau busuk IWK tidak akan hilang. IWK sepatutnya pergi berkursus cara hendak mengambil hati orang jika tidak ia akan sentiasa dihempap malang.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-01-033


IWK Pasang Iklan

(IWK Takes An Ad)

Indah Water Konsortium (IWK) telah memasang satu iklan di 'The Star' hari ini (Julai 18) yang berbunyi: Tanpa Indah Water bekalan harian air anda mudah tercemar. Kemudian dengan huruf yang kecil ada disebut: Di Indah Water kami bertekad menentukan bekalan air anda bebas daripada segala cemaran dan pengotoran. Perkara ini hanya dapat dilakukan melalu pengurusan kumbahan yang teratur. Tetapi, ini bukan kerja mudah. Itu sebabnya kami meminta anda melunaskan bil anda yang mungkin bernilai hanya RM2 setiap bulan. Tanpa bayaran itu, kami tidak dapat membantu anda. Fikirkanlah.... kerana alternatifnya amat busuk sekali. Ini hanya merupakan satu harga yang kecil untuk menentukan ketenteraman anda.'

Kita boleh memberi tahniah kepada IWK kerana langkah murninya mengenai bekalan air dan persekitaran. Ia seharusnya meneruskan apa yang mahu dilaksanakannya. Tetapi, apakah sangkut-paut langkah murninya itu dengan kita? IWK telah membuat tindakannya dengan mata yang terbuka. Ia fikir mampu memeras daripada 'pelanggannya' apa sahaja yang ia suka. Bukannya semudah itu. Tidak ada seorangpun rakyat Malaysia yang enggan membayar apa yang dimestikan. Tetapi, IWK tidak boleh mengarahkan mereka, seperti yang dilakukannya melalui kata-kata di iklan. IWK tidak pernah membuka perjanjian dengan para 'pelanggannya' untuk menyediakan khidmat kumbahan. IWK beranggapan dapat 'pelanggan' tanpa membuka sebarang kontrak. Tidak ada bil yang dikirimkan dan tidak ada penyelesaian masalah asas dengan masyarakatnya.

IWK sudahpun mengugut menghantar penagih hutang kepada para pelanggannya. Besar kemungkinan IWK akan menerima beberapa surat saman kerana tindakannya itu membawa anggapan bahawa IWK menganggap para 'pelanggan' berhutang kepadanya dan mesti membayar hutang itu pula. Apabila tidak ada kontrak bagaimana boleh wujud hutang? Bolehkah IWK dan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menjelaskan sejelas-jelasnya kepada rakyat Malaysia kenapa mereka dimestikan membayar sesuatu yang dianggap sebagai hutang tanpa sebarang perjanjian?

Terdapat dua isu di sini: Ada satu masalah besar IWK yang tidak ada kena-mengena dengan kita. Isu yang kecil itu menyangkuti usaha IWK mengutip duit daripada kita sedangkan tidak wujud sebarang perjanjian antara kita dengan syarikat itu. Inilah isu yang mesti diselesaikannya. Itu sebabnya mereka membeli ruang iklan untuk menjelaskan kenapa kita mesti membayar kepada mereka walaupun tidak ada perjanjian. Kenapakah IWK merayu agar pelanggan membayarnya sedangkan IWK sudahpun mengugut dengan penggunaan khidmat penagih hutang? Seandainya penagih hutang menunjukkan muka mereka di pintu rumah anda, suruh mereka berlalu sahaja ataupun laporkan mereka kepada polis sebagai cuba mengganggu anda. Itulah sebenarnya yang dilaksanakan oleh IWK apabila menugaskan tukang kutip hutang untuk menagih hutang yang tidakpun wujud. Itulah hal sebenarnya selagi tidak ada satu perjanjian yang sah antara anda dengan IWK.


M.G.G. Pillai

Terjemahan: SPAR-01-033




Asal:

IWK Takes An Ad

Indah Water Konsortium (IWK) in an ad in today's (July 18) Star says: Without Indah Water, your daily water supply can be contaminated. (Then in small type) At Indah Water, we're committed to ensuring that our water supply is free from contamination and pollution. It can only be done through proper sewerage management. But it is'nt easy. That's why all we ask is that you pay your bill of as low as RM2 a month. Without it, we really can't help you. Think about it ... because the alternative stinks. A small price to pay for your peace of mind"

IWK must be congratulated for its high noble concern for our water supply and the environment. It should get on with what it wants to do. But what has its noble concerns to do with us? IWK went into this with its eyes open. It presumed it could extort from its "customers" what it wants. It cannot. No Malaysian would refuse to pay what he must. IWK cannot order them to pay, which is what it does in this advertisement. It has signed no contract with its "customers" to provide sewerage service. It presumed that it could have "customers" without a contract with them. It does not send bills. It does not address these basic issues.

It threatens to send debt collectors to threaten customers. It would have law suits on its hands, since by sending debt collectors IWK presumes it is owed a debt by its "customers" and there is a legal obligation to pay. In the absence of a contract, there is none. Would IWK, and the minister for local government and housing, then tell Malaysians clearly, unequivocally, why they have to pay in the absence of a contract?

There are two issues here: there is IWK's larger issue, which does not concern us; and the minor one of it wanting to collect money from us without a contract, which does. It must address these issues. It should take out ads to explain why we must pay in the absence of a contract. Why is it pleading for "customers" to pay when it has threatened them with visits from debt collectors? If these debt collectors turn up at your door without the contract you signed with them for IWK's service, you should show them the door and lodge a police report that you are being harassed. For that is what IWK does when it sends debt collectors to collect a non-existent debt. Which without a contract between you and IWK, it is.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my