Laman Webantu   KM2A1: 5013 File Size: 10.9 Kb *



TAG SP 214: Politik Ganas Yang Memperkasakan Mahathir
By Spirit of Truth

19/7/2001 9:19 pm Thu

[Ahli Umno hari ini sudah menjadi kaku laksana batu. Kini rakyat Malaysia pula mahu diikat oleh Mahathir supaya membisu. Tindakkannya menangkap pelajar, ingin mengubah AUKU, dan kini menyekat ceramah menunjukkan rakyat sudah semakin tidak bebas bersuara lagi tetapi Mahathir bebas pula berbicara sesuka hati. Rakyat Sabah perlu meneliti fenomena ini kerana itulah yang bakal terjadi kepada mereka jika memilih BN dan Umno. Mereka akan menjadi manusia yang mudah diperkuda dan ditipu sepanjang masa.

Mahathir telah banyak merusakkan institusi demokrasi di negara ini dengan menggunakan kata-kunci yang amat tidak relevan sebagai muslihat untuk mengekalkan kuasanya. Seolah-olah hanya dia yang betul belaka sehingga ceramah ugama pun hendak disekat juga. Akibatnya semakin rusak ahlak dan moral kaum remaja. Lihatlah masyarakat hari ini - nilainya sudah semakin musnah kerana sudah ada yang sanggup membunuh ahli keluarga sendiri. Malah amalan memuja setan pula telah ujud sekarang ini. Tidakkah semua itu bermula akibat ajaran pemimpin Umno sendiri?
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-06-006


FeU

Politik Ganas Yang Memperkasakan Mahathir

(Mahathir terrorising politics keeps him "alive")

Sebagai seorang penzalim yang sanggup menggelarkan dirinya dengan pelbagai nama jolokan, Mahathir telah menjerumuskan negara ini bergelumang dengan politik yang penuh keganasan. Menyedari yang dia tidak mampu kekal berkuasa secara demokratik, si haprak yang dibenci oleh rakyatnya, berjaya terus kekal mencengkam kuasa dengan memutar-belitkan keputusan pemilu (1999) yang lalu, namun dia mampu bermegah dengan satu kesombongan kelas pariah, yang memang kerap muncul dari wajah seorang diktator yang sedar bahawa dia tidak akan boleh menang dengan mengamalkan demokrasi tulen.

Hari ini Mahathir dicop sebagai momok politik setelah gagal meraih sokongan rakyat, dia telah menggunakan taktik jijik yang pernah diamalkan oleh Hitler, Stalin, Shah Iran, dan ramai lagi yang pernah menggunakan angkatan polis mereka untuk memberikan perlindungan terhadap kebangkitan rakyat marhaen. Seperti gelagat Ninja di zaman Shogun Jepun, Savak kepunyaan Shah Pahlavi, KGB di zaman Stalin, dan pengawal Republikan kepunyaan Saddam Hussein, Mahathir kini menggunakan tenaga kumpulan khas polis (Special Branch: SB) untuk mengekori, mengganas dan mendera para penentang politik yang diperangkapnya. Begitulah bangkrupnya moral Mahathir sehinggkan dia menjadi penjenayah untuk menyalah-gunakan pasukan Polis untuk menjamin kesinambungan kuasanya.

Mahathir Sebagai Tragedi Politik

Dalam usaha untuk terus bernafas lega, Mahathir bedebah sanggup menghancurkan negara ini. Dia telah menghamba-abdikan dan melacurkan badan kehakiman negara, melacurkan pasukan polis, menyalah-gunakan kuasa dan menjadikan media sabagai alat propaganda. Tindakannya mengada-adakan tuduhan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim telah menjadikan beliau seorang penjenayah yang paling jijik. Hari ini seluruh dunia mentertawakan beliau, walaupun beliau pura-pura tidak tahu akan isu itu. Mahthir kini dikenali sebagai ahli politik yang paling haprak yang pernah memerintah Malaysia. Selama dua puluh tahun dia telah mengabui mata rakyatnya dengan menjadikan anak-anaknya biliowan mega, menjadikan badan kehakiman negara hamba abdinya, anggota polis menjadi pasukan polis peribadinya, dan UMNO menjadi kuda politik tunggangan. Dengan menyogok semua pegawai yang di kelilingnya dan menyogok para menteri kabinet, beliau berjaya mengkasi mereka dalam bidang politk dan menjadikan mereka bertaraf khadam istana purba sahaja.

UMNO Menjadi Boneka Permainan Mahathir

Semua pemimpin parti komponen UMNOBN adalah laksana boneka mainan yang mempunyai tali-temalinya dikuasai oleh si bedebah yang zalim ini. Tidak ada sesiapa yang boleh bergerak tanpa arahannya, menyebabkan mereka menjadi kaku dan kematu. UMNOBN mudah lambung-lambung, disepak-terajang, dihenyak-lanyak dan disumpah-seranah oleh Mahathir seperti yang dilakukannya kepada persidangan UMNO di mana orang Melayu dianggap haprak kerana mereka dikatakannya mempunyai otak yang lemah, seolah-olah dia sahaja yang pintar dan bijaksana. Namun, setiap rakyat marhaen sedar mahathir sudah sewel dan tidak lagi waras pemikirannya, dan terlalu takut ditangkap dan dipenjarakan seandainya dia melepaskan kuasa.

Pengundi Sabah mesti menolak UMNOBN dan memilih jalan untuk mendapatkan integrasi yang menyeluruh di negara ini. Seandainya pengundi Sabah mahu bebas daripda belenggu politik purba yang sempit ini mereka mesti humbankan UMNOBN dan memilih sebuah parti pelbagai kaum yang tidak ada unsur-unsur perkauman, kedaerahan, dan fikiran sempit. Perkauman sudah lama menjadi satu kuasa kepalsuan yang berjaya menjerumuskan rakyat Sabah dalam satu terowong kegelapan. Manusia yang terbawa-bawa dengan unsur perkauman mudah jatuh terperangkap oleh kelemahannya. Parti politik yang berbau perkauman, berpuak-puak dan bersifat ekstrem seharusnya di tolak. Nilai hidup kita ini mesti mengnyahkan perkauman, UMNOBN mesti diganti oleh parti politik yang pelbagai kaum bentuknya.

Rakyat Mesti Bertindak Agar Mahathir Didakwa Kerana Jenayahnya

Walaupun hidup terkapai-kapai di samudera suka dan duka, rakyat marhaen seharusnya menggunakan kuasa mendesak agar Mahathir ditangkap kerana segala bentuk jenayah yang telah dilakukannya. Si bedebah ini sudah menyalahgunakan kuasa, menyalurkan kontrak yang besar-besar kepada anak-anaknya, mengarahkan para hakim mengikut arahannya dalam mengeluarkan penghakiman, mengugut rakyat dan; memaksa mereka untuk menjadi saksi dan berbohong di mahkamah, membalun harta negara, memusnahkan musuh politiknya, dan menjadikan negara ini bertaraf negara pariah. Penyangak yang sedang hidup bebas kerana menyalah-gunakan kuasa polis seharusnya tidak dibenarkan lari daripada segala jenayahnya dan mesti ditangkap untuk dipenjarakan.

Janganlah kita berlengah lagi, seranglah diktator ini kerana telah menjahanamkan negara ini. Apapun yang akan terjadi, jangan izinkan si bedebah ini terlepas daripada penghakiman. Jangan dengar segala propagandanya, janganlah beli akhbarnya, boikotlah dia dan lakukanlah sabotaj terhadap segala rencana dan tipu muslihat politiknya.



Semangat Kebenaran
-SOT-

Terjemahan: SPAR-06-006




Asal:

http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_89.html

Mahathir terrorising politics keeps him "alive"

Mahathir, the self styled tyrant, has made the whole nation stink with politics of terrorism. Unable to survive democratically, this people rejected tyrant , who managed to remain in power by rigging the last election, gloats with a pariah kind of pride, that usually comes out from a dictator who knows he cannot survive in a true democracy. Today Mahathir is branded as a political monster, having failed to command the support of the people, had resorted to tactics which was used by Hitler, Stalin, Shah of Iran and others, who used the police force , to protect them against the onslaught of people power. Just like the ninja of the Japanese shogun, the savak of the Shah Pahlavi, the KGB of Stalin, Republican guards of Saddam Hussein, Mahathir is now using the special branch to trace, terrorise, attack and imprison political opponents. So bankrupt he has become until he has to become criminal and abuse the police force for his very own survival.

Mahathir is a political tragedy

In his attempt to survive , the tyrant Mahathir has ruined the nation, he has enslaved and prostituted the judiciary, prostituted the police, abused his powers and propagandised the media. His act to use fabricated charges to imprison Anwar has made him a criminal of the worst kind.Today the whole worlds laughs at him, even though he plays dumb on the issue. Mahathir is now ranked as the most idiotic politicians who has ruled Malaysia, for twenty years he has hoodwinked the people, made his children mega billionaires, made the judiciary his slave, the police force his private army and UMNO his political horse to ride on. By tactfully corrupting all his aides and cabinet ministers he has managed to castrate them politically making them his most loyal slaves.

UMNOBN is Mahathir's toy

All leaders of the UMNOBN coalition are like puppets whose strings are all well controlled by the tyrant. No one can move without the tyrants orders, leaving them effete and effeminate. UMNOBN is tossed, kicked, beaten, and spat at by Mahathir, recently he lambasted UMNO Malays as "hapraks" who have weak and faulty brains,claiming that he is supper smart, but every one knows Mahathir is mentally deranged, sick in the head, and frightened of being caught and imprisoned if he gives up power.

Sabahans must reject UMNOBN and opt for total integration with the nation.

If Sabahans want to come out from primitive parochialism, they must dump UMNOBN, and opt a multiethnic party which has no racism, regionalism or parochialism attached to it. Racism is the fallacious force that has kept the Sabahans backwards and in the dark. People who get carried away with racism will in the end fall prey to its own weakness. Parties which are racist, clanish, or extremists must be rejected. Human value must pave the way for racism, UMNOBN must be replaced by multiethnic political party.

People must force Mahathir to be arrested for his crimes.

Unrelentlessly amidst trials and tribulations, the people must put pressure to force the arrest of Mahathir, who has committed innumerable crimes . He has abused power, gave huge contracts to his kids, he ordered judges to say his judgment, threatened people and forced them to give false witnesses, plundered the nations wealth, killed people for political trickery and deception, and made the nation into a pariah state. This scoundrel who has been escaping by abusing the police force must not be allowed to get away from the crimes, he must be caught and imprisoned.

Let us not wait a moment, attack the dictator who has ruined the nation, come what may but never let this political monster to escape from justice. Do not listen to his propaganda, do not read his papers, do not support him, boycott him and sabotage his plans and political trickery.


- Spirit of Truth -