Laman Webantu   KM2A1: 5014 File Size: 10.6 Kb *



TDPWN 9: B13 - B14 Bank Diam Daim - Peranan Md Nasir dan Abdul Mutalib
By Khalid Jafri

19/7/2001 9:05 pm Thu

[Persoalan di sini Mahathir sebenarnya sudah lama tahu Daim begitu aktif berniaga tetapi mengapa dia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Daim? Mahathir juga tahu kes Datuk Harun dan Daim mengapa dia tutup mata sahaja. Sebaliknya dia asyik berpura-pura ingin membanteras korupsi sambil menangis bagai si kecil yang hilang gulinya. Sepatutnya Daim sudah dipulas telinganya tetapi itu TIDAK PERNAH BERLAKU. Mahathir dan Daim adalah sama sahaja. Jika tidak mereka tidak akan berkawan sedemikian lama. Sebab itulah bila Daim tiada Mahathir memegang kesemuanya. Yang hilang tetap hilang juga. Itu bukan namanya membaiki negara.
- Editor
]


Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

(Mukasurat 97 - 100)


BAB 13

Penguasaan Daim dalam Industri Bank...

Penguasaan semula kepentingan Tun Daim dan rakan-rakannya dalam sektor kewangan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sebelum ini beliau pernah menguasai United Malayan Banking Corporation.

Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin kembali ke arena korporat negara khususnya sektor kewangan. Bekas Menteri Kewangan yang berpengaruh ini telah menguasai Hock Hua Bank (SABAH) apabila syarikatnya, Langkah Bahagia Sdn. Bhd. Membeli 51 peratus ekuiti bank tersebut pada 7 Mei lalu.

Langkah Bahagia, syarikat pelaburan yang diterajui oleh proksi Tun Daim, Mohd. Nasir Ali membeli Hock Hua Bank (Sabah) dari syarikat induknya, Hock Hua Bank Berhad, bank yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Syarikat pelaburan ini akan membayar RM190 juta kepada jutawan balak Sabah, Tan Sri Ling Beng Siew yang menguasai bank itu. Langkah Bahagia juga membuat cadangan untuk membeli keseluruhan modal berbayar Hock Hua Bank (Sabah). Nilai keseluruhan bank ini ialah RM360 juta.

Selama ini Tun Daim sering berselindung dalam pergerakan korporat walaupun banyak kali beliau dikaitkan degnan beberapa urusniaga di BSKL. Kali ini nampaknya beliau telah memberi restu kepada Mohd. Nasir untuk mendedahkan penglibatannya dalam urusniaga terbaru ini secara terbuka.

Mohd. Nasir yang merupakan pemegang saham terbesar Langkah Bahagia dalam sidang kahbarnya pada 7 Mei lalu menegaskan bahawa pegangannya dalam syarikat pelaburan itu adalah sebagai wakil Tun Daim.

'Saya adalah penama kepada sebahagian daripada saham beliau (Tun Daim) dalam Langkah Bahagia,' katanya. Mohd. Nasir bagaimanapun tidak memberitahu berapa jumlah sebenar saham Tun Daim dalam Langkah Bahagia. Pemegang saham lain dalam syarikat pelaburan itu ialah Lutfiah Ismail dan Loh Yeow Boo. Kedua-duanya juga merupakan rakan niaga bekas Menteri Kewangan itu.

Tun Daim dan rakan-rakannya itu telah dikaitkan dengan pengambilalihan Hock Hua bank sejak akhir tahun lalu lagi apabila berita mengenai penggabungan dan pengambilalihan bank-bank tempatan heboh diperkatakan.

Kehadiran semula Tun Daim ke sektor kewangan ini tidak memeranjatkan kerana sebelum ini beliau pernah menguasai United Malayan Banking Corporation (kini dikenali sebagai Sime Bank) pada awal tahun 1980-an dulu.

Yang memeranjatkan ialah tindakan beliau memilih Hock Hua Bank (Sabah), sebuah bank kecil yang tidak begitu dikenali. Ramai menjangkakan sebelum ini beliau akan mengambil alih bank yang lebih besar, iaitu bank Bumiputra Malaysia Berhad.

Beliau menjual United Malayan Banking Corporation apabila dilantik sebagai Menteri Kewangan bagi mengelakkan kontroversi. Tun Daim bagaimanapun tidak akan terlibat dalam urusan harian Hock Hua Bank (Sabah) ini, kehadiran beliau lebih sebagai pelabur.

Ternyata sekali minat beliau terhadap perniagaan di sektor kewangan tidak pernah luput. Beliau memilih bank kecil seperti jalan untuk kembali ke sektor kewangan yang menawarkan potensi pertumbuhan dan keuntungan yang besar ini.

Nampaknya beliau memilih jalan panjang untuk kembali menguasai sektor kewangan negara. Tun Daim tidak menunjukkan sikap tamaknya kerana jika beliau mahu memilih jalan singkat, tentunya beliau boleh memilih Bank Bumiputra yang terbuka untuk diswastakan oleh kerajaan.

Hock Hua Bank (Sabah) menduduki tempat ke-23 daripada 24 buah bank tempatan yang ada. Ia hanya mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan 8 daripadanya terletak di Sabah.

Langkah Tun Daim dan sekutu-sekutunya memilih bank kecil ini berbanding bank-bank lain yang bersaiz sederhana seperti Southern Bank dan Oriental Bank atau Bank Bumiputra yang sudah mempunyai rangkaian cawangan yang besar dilihat sebagai satu langkah berpandangan jauh.

Mohd. Nasir dijangka menukar bank ini dari sebuah bank kecil yang selama ini diurus dengan baik oleh kumpulan pengurusan yang berhubung rapat antara satu sama lain menjadi sebuah bank yang besar dan agresif.

Hasrat pemilik baru bank ini ialah untuk menaikkan taraf bank ini ke taraf satu. Jumlah dana pemegang saham bank ini akan dinaikkan kepada RM1 bilion daripada RM70 juta sekaranga menjelang tahun 2000.

Dengan Tun Daim di belakangnya bank kecil ini wajar diperhatikan kemajuannya dalam tempoh terdekat ini. Ia dijangka akan melalui satu tempoh pembesaran yang sangat menarik kerana Tun Daim terkenal sebagai seorang yang gemar bergerak pantas dan kurang bercakap. Tentunya beliau tidak mahu Hock Hua Bank (Sabah) terus menduduki tangga ke-23 dari senarai bank-bank tempatan. Cawangan bank ini dijangka akan bertambah sekali ganda dalam masa dua tahun ini ke seluruh negara dan lebih banyak produk kewangan baru akan diperkenalkan untuk meningkat daya saingannya.

Bank ini juga dijangka akan mengembangkan operasinya ke pasaran serantau bagi memenuhi tuntutan perniagaan global. Sebagaimana kata Mohd. Nasir 'kita tidak dapat lari dari menjadi bank serantau atau bank global dalam dunia perniagaan kewangan yang kompetitif sekarang.'

Memandangkan hubungan baik Tun Daim dengan pucuk pimpinan negara ini, Hock Hua Bank (Sabah) dijangka tidak akan menghadapi banyak halangan untuk mengembangkan operasinya. Pegawai dan kakitangan bank ini serta para pelanggannya kini boleh mengharapkan masa depan yang cerah dan menarik. Bank-bank lain yang sebelum ini menganggap Hock Hua Bank (Sabah) sebagai tidak wujud kini perlu memberi perhatian serius kepada bank ini.

Penglibatan Tun Daim dalam industri bank ini dilihat oleh para pemerhati sebagai satu langkah ke arah agenda yang lebih besar. Kalau sebelum ini beliau dikaitkan dengan jatuh bangun Peremba Sdn. Bhd. dan kumpulan Renong, kini beliau dianggap cuba membangunkan empayar kewangannya pula.

Beliau kini mempunyai dua pilihan, sama ada mengapung sendiri bank ini atau melakukannya melalui pintu belakang dengan menyerapkan bank ini ke dalam sebuah syarikat yang sudah tersenarai di BSKL.

Pemerhati menjangkakan langkah yang mungkin dipilih ialah dengan memasukkan Hock Hua Bank (Sabah) ini ke dalam UCM Industrial Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di BSKL apabila tiba masanya. UCM juga dikaitkan dengan Tun Daim walaupun tiada pengakuan terbuka mengenainya. Mohd. Nasir dan Lutfiah Ismail juga merupakan pengarah UCM.

UCM yang kini merupakan pengeluar alat pendingin hawa juga mempunyai sebuah firma broker saham, iaitu KL City Securities Sdn Bhd. Mohd. Nasir adalah ketua Pegawai Ekskutif firma broker itu sekarang.

Jika Hock Hua bank (Sabah) diserapkan ke dalam UCM, syarikat pengeluar alat pendingin hawa ini akan bertukar menjadi sebuah syarikat berasaskan aktiviti kewangan dari sebuah syarikat pembuatan. Dengan mempunyai sebuah bank dan sebuah firma broker syarikat ini akan dapat membentuk satu asas yang kukuh untuk terlibat lebih jauh dalam industri kewangan. Mungkin selepas itu sebuah syarikat insuran, syarikat kewangan dalam bank saudagar akan bernaung di bawahnya.

Para pemerhati juga melihat Tun Daim sebagai sedang mencuba untuk melahirkan seorang tokoh kewangan bumiputra baru sebagaimana beliau berjaya mendidik Tan Sri Halim Saad menjadi gergasi dalam sektor infrastruktur dan kejuruteraan.

Tun Daim dilihat sebagai sedang mendidik Mohd. Nasir untuk tujuan itu. Oleh itu Hock Hua Bank (Sabah) yang kecil adalah ujian besar bagi Mohd. Nasir. Jika beliau berjaya melepasi ujian ini dan memenangi keyakinan Tun Daim beliau akan menjadi seperti Halim Saad.

Mampukah Mohd. Nasir melakukannya? Bukannya mudah untuk memenuhi impian Tun Daim kerana piawaian yang beliau gunakan sangat tinggi. Mohd. Nasir perlu bekerja keras untuk menyaingi saingannya dan memenangi keyakinan mentornya.

(Dipetik dari majallah MASSA keluaran 24 Mei 1997)






Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

(Mukasurat 97 - 100)


BAB 14

Setiausaha Politik Daim Yang Besar Kuasanya

Pada umumnya peranan setiausaha politik menteri adalah menjaga kawasan pilihanraya dan memelihara perhubungan rakyat dengan menteri. Tetapi setiausaha politik Tun Daim Zainuddin bernama Abdul Mutalib Alias mempunyai kuasa penuh di Kementerian Kewangan seolah-olah kuasa menteri.

Beliau telah menolak permohonan kerja untuk projek menaikan taraf jalan persekutuan di Pahang tanpa diberi arahan Menterinya dan merujuk kementerian tertentu untuk maklumat kepastian dan kesahihan projek.

Nampak nya bukan saja Daim boleh 'over rule' kabinet dan membelakangkan segala peraturan dan kriteria dalam meluluskan projek tetapi setiausaha politiknya pun 2x5.

Bila kita fikir dua kali barulah kita sedar bahawa kenapa Daim ambil orang-orang bebal macam Mutalib. Kalau ambil orang cerdik tentu dia akan mengetahui selok-belok Daim dalam mengabui mata rakyat.

Sebenarnya projek yang dikatakan tidak terdapat dalam RM7 terdapat dalam RM6 kemudian dilanjutkan ke RM7 dan sekarang dilanjutkan pula ke RM8.

Lazimnya setiausaha politik atau apa juga setiausaha termasuk setiausaha Parlimen mesti ambil arahan dari menteri terlebih dahulu, barulah surat yang dijawab akan berbunyi 'saya diarahkan oleh Menteri...'

Si bahalul Mutalib hanya mengatakan surat yang dirujuk kepada menteri Kewangan.....? Bermakna beliau mengarahkan diri sendiri menolak permohonan rakyat tanpa merujuk kepada Menteri dan jabatan lain seperti Unit Perancang Ekonomi dan JKR bagi mengesahkan projek tersebut ujud atau sebaliknya.