Laman Webantu   KM2A1: 5016 File Size: 8.1 Kb *



TDPWN 11: B17 - B18 Bukan Soal Denda Tetapi Soal Tindakan Sebenarnya
By Khalid Jafri

19/7/2001 10:23 pm Thu

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Pelik dan anih takkan Khalid Jafri tidak tahu Mahathirlah yang menguasai polis selama ini tetapi tidak berbuat apa-apa pun terhadap Daim. Mengapa Daim tidak dituduh sahaja seperti Anwar? Tidakkah Umno sebenarnya amat sayangkan kerusi Merbok itu dari membersihkan negara sebersihnya?

Malaysia sebenarnya tidak mempunyai badan BEBAS yang memantau dan menegur kepincangan dalam negara kerana semuanya sudah diikat oleh Mahathir juga. Tidak guna undang-undang yang lebih dahsyat jika yang menyiasat diikat belaka. Sudah ada banyak skandal dalam negara dan itu semua banyak berlaku dalam era Mahathir tetapi semuanya tidak dikejar dan tiada sesiapa didenda. Kalaulah mereka itu semua diburu nescaya Daim tidak akan berani menyauk sebegitu banyak harta. Semuanya salah Mahathir juga. Mengapa Khalid Jafri tidak berfikir seperti itu pula?
- Editor
]


Muka surat 126 - 131

BAB 17

Sebat mandatori dan Penjara

Dewan telah meluluskan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 1993) yang membolehkan hukuman mandatori sebatan dan penjara ke atas penjenayah kolar putih agar lebih setimpal dengan jumlah nilai harta yang diselewengkan serta kesannya kepada orang awam dan ekonomi negara.

Mandatori sebatan dan penjara wajar dikenakan ke atas penjenayah kolar putih kerana denda wang sahaja tidak memadai sebagai hukuman pencegahan.

Apa yang jelas pindaan tersebut bukan hanya sekadar memperlihatkan sikap tegas Kerajaan dalam memerangi jenayah kolar putih, tetapi langkah tersebut dibuat adalah selaras dengan usaha kerajaan mahu menyemai nilai moral dan etika yang lebih tinggi kepada rakyat.

Pertambahan jumlah kes jenayah kolar putih sejak kebelakangan ini seperti pecah amanah, pelesapan harta dan penipuan jelas menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan dari segi bilangan dan nilai harta yang terlibat.

Berikutan kelonggaran undang-undang yang ada, kebanyakan penjenayah yang terbabit sukar untuk dibawa ke muka pengadilan kerana disebabkan cara mereka melakukan kesalahan adalah agak sofistikated dan memerlukan kepakaran tertentu untuk mengesannya.

Selain itu, penjenayah kolar putih yang dihadapkan ke mahkamah kerap berjaya mendapatkan pelepasan disebabkan kelonggaran peruntukian perundangan yang telah dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh peguambela-peguambela yang terlibat.

Manakala pengamatan tentang hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka yang disabitkan dengan kesalahan pula memperlihatkan bahawa ianya tidak setimpal kerana sekadar denda sahaja.

Hukuman denda juga didapati tidak mencukupi sebagai satu hukuman deteren. Dalam mengenakan hukuman, adalah difikirkan wajar agar kepentingan mangsa turut diambilkira, terutamanya bila ia menjejaskan sebahagian besar orang awam, misalnya pemegang-pemegang saham dalam syarikat yang mana tertuduh telah melakukan jenayah pecah amanah.

Setakat ini, tertuduh di dalam kes-kes yang dihadapkan ke mahkamah didapati terdiri dari golongan professional dan mempunyai kedudukan berpengaruh dalam syarikat umpamanya pengarah syarikat, akauntan, juruaudit dan peguam. Mereka telah menggunakan pengaruh dan peralatan terkini bagi melakukan kesalahan dan mengaburkan segala kesan kesalahan supaya sukar dikesan.

Berdasarkan kepada latar belakang tersebut, Kerajaan terpaksa membuat pindaan ke atas peruntukan Kanun Keseksaan agar ianya akan dapat mencerminkan pelaksanaan keadilan yang lebih saksama sesuai dengan kehendak semasa.

Pindaan yang dibuat merangkumi definisi ke atas kesalahn yang sedia ada seperti yang diperuntukkan di Fasal 2,3 dan 4 dalam Rang Undang-Undang. Pindaan juga dibuat bagi memasukkan definisi baru seperti yang disebut melalui Fasal 5. Pindaan-pindaan tafsiran berkenaan terknikal yang menjadi asas pelepasan mereka yang telah dituduh di mahkamah di samping melengkapkan peruntukan yang sedia ada agar kelonggaran peruntukan perundangan tidak dipergunakan sebagai asas pelepasan mereka yang terlibat.

Peningkatan kesalahan-kesalahan jenayah kolar putih sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan dan dikhuatiri akan mengganggu-gugat kepentingan awam dan sekaligus pertumbuhan ekonomi negara. Dengan itu, sewajarnya hukuman yang lebih deteren diadakan bagi menghukum mereka yang terlibat serta menjadi teladan kepada mereka yang mungkin teringin melakukannya.

Menerusi pindaan tersebut, adalah menjadi harapan semua pihak agar usaha membanteras dan membendung jenayah kolar putih akan tercapai demi menjaga kepentingan awam dan ekonomi negara.





Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

Mukasurat 132-137

BAB 18

Tindakan Bersepadu Perangi Lanun Ekonomi

Peningkatan kadar kes-kes jenayah kolar putih serta perkembangan semasa yang kian membimbangkan merupakan faktor terpenting yang mendorong Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan (CSJP), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengambil pendekatan penyiasatan dan tindakan yang proaktif.

Menerusi pendekatan ini, CSJP dengan kerjasama Pendaftar Syarikat, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil tindakan yang lebih bersepadu bagi mencegah dan mengekang sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh 'lanun-lanun ekonomi' sebelum ianya menggugat sistem dan iklim ekonomi negara.

Dalam soal ini, CSJP telah meningkatkan keupayaannya berasaskan kepada professionalisme yang mana pegawai-pegawai yang terbabit merupakan golongan yang terpilih, dedikasi serta mempunyai kelayakan akademik/professional yang bertepatan dengan kehendak penyiasatan serta pembanterasan jenayah tersebut.

Selain itu, keutamaan juga turut diberikan kepada aspek latihan kemahiran/kepakaran untuk memberikan keupayaan professionalisme yang diharapkan. Ini termasuk latihan-latihan khusus/teknikal dalam bidang-bidang relevan yang diadakan di dalam dan luar negeri, termasuk institusi pengajian tinggi.

Dalam hal ini, CSJP juga turut menjalin hubungan rapat dengan Bank Negara, Bursa Saham Kuala Lumpur, Bursa Komoditi Kuala Lumpur dan firma-firma swasta bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang perdagangan.

Hasil dari peningkatan dan kepakaran ini, CSJP telah berjaya membentuk beberapa unti khas seperti Unit Perakaunan, Panel Undang-Undang, Unit Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa serta Unit Risikan untuk membantu penyiasatan di samping memberi khidmat nasihat.

Usaha-usaha untuk meningkatkan lagi mutu penyiasatan serta memendekkan tempoh penyiasatan juga turut diberi perhatian oleh CSJP melalui penubuhan unit siasatan ala 'pasukan petugas.' Keanggotaan unit ini bukan hanya terdiri dari pegawai penyiasat yang berpengalaman tetapi juga terdiri dari golongan professional dalam bidang perakaunan, undang-undang, psikologi korporat, kriminologi, ekonomi dan bidang-bidang lain tertakluk kepada keperluan siasatan.

Pegawai-pegawai yang terbabit akan mempraktikan pengetahuan mereka dengan kaedah dan teknik mutakhir dalam usaha membendung dan membanteras jenayah kolar putih pada keseluruhan.

Oleh kerana kes-kes jenayah kolar putih lebih bersifat 'trans-boundary', CSJP turut mengemaskinikan rangkaian hubungannya dengan pihak polis antarabangsa. CSJP mendapat kerjasama dari INTERPOL bagi mendapatkan kemudahan bantuan risikan serta tindakan eksekutif dengan negara-negara anggota Interpol. Selain itu, CSJP juga mempunyai pertalian dengan Commonwealth Secretariat for Commercial Crime yang beribu pejabat di United Kingdom di samping hubungan dua hala yang rapat dengan Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan Fillipina mengenai pertukaran maklumat, keanggotaan dan tindakan eksekutif menerusi ASEANAPOL.