Laman Webantu   KM2A1: 5023 File Size: 17.6 Kb *



TAG SP 216: Pindaan Perlembagaan Untuk Menghalalkan Pengundi Hantu [Likas MestiBaca]
By Kim Quek

20/7/2001 9:50 am Fri

[Pendedahan penggunaan pengundi hantu yang begitu halus di Sabah oleh Hakim Md Kamil telah menggusarkan BN kerana itu akan menimbulkan masalah kepada BN untuk menang mudah secara menipu. Dengan Rais meminda perlembagaan, sesiapa pun tidak lagi berhak mempertikaikan daftar SPR - sekaligus menyelamatkan beribu-ribu pengundi hantu. Ini juga bermakna hakim tidak boleh lagi mengadili kes seperti itu agar BN dan SPR tidak termalu.

Nampak sangat kerajaan BN begitu terdesak dan mahu melindungi SPR (dari dikutuk), pengundi hantu (dari dikaji) dan dirinya sendiri (dari termalu) dengan pindaan ini. Bayangkan tidak ada LANGSUNG pemimpin BN memuji Hakim Kamil yang membuktikan kes pengundi hantu. Ini bermakna mereka memang menggunakan pengundi hantu selama ini dan amat tidak senang jika pengundi penipu ini dinyahkan dari daftar SPR itu. Pengundi Sabah di Likas patut menghumban BN kerana tidak serik-serik mahu menipu. Sabah adalah penting buat BN kerana ia menyumbang banyak kerusi parlimen untuk menjajah terus negara ini. Patutlah ia begitu memerlukan pengundi hantu dan mengunci pintu agar keadilan tidak dapat lalu.
- Editor
]


Terjemahan SPAR-08-006


Satu Rayuan Khas Kepada Para Pengundi di Likas:


Pindaan Perlembagaan Untuk Menghalalkan Pengundi Hantu

(Constitutional Amendment To Legalise Phantom Voters)

19.07.2001.

Satu lagi usaha terdesak untuk meminda Perlembagaan untuk tujuan memperkasa dan memanjangkan cengkaman kuasa UMNO. Kali ini, ia merupakan pemindaan perlembagaan untuk menghalalkan pengundi hantu yang ramai di Sabah.

Menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang, Rais Yatim, telah pun membuat pengumuman bahawa BN akan membentangkan satu pindaan kapada Perlembagaan Persekutuan di Parlimen pada minggu depan: apabila daftar pengundi digazetkan, ia seharusnya diterima sebagai sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Akhbar 'The Sun' telah memetik Rais sebagai berkata:

.. 'Daftar pengundi tidak boleh dipertikaikan lagi di sebarang mahkamah sebaik sahaja senarai pendaftaran itu diumumkan dengan rasminya. Secara tidak langsung ini mengenepikan masalah pengundi hantu.'

Apabila disoal apakah Kerajaan akan meneruskan rencananya meminda Akta Kesalahan Pilihanraya (EOC: Election Offences Act) untuk membolehkan rayuan terhadap keputusan mahkamah pilihanraya, Rais menjawab perkara itu tidak diperlukan lagi. Dia menambah: 'Kita menyelam sambil minum air, dengan pindaan perlembagaan ini'.

Jelas kini tujuan sebenar dilaksanakan pindaan kepada perlembagaan itu ialah untuk menghalalkan ratusan ribu pengundi hantu di Sabah. Ini adalah satu kerja gampang untuk menutup buat selamanya kotak Pandora yang telah dibuka oleh Hakim Muhammad Kamil bin Awang ketika beliau mendedahkan wujudnya penipuan besar-besaan dalam pilihanraya Sabah. Penipuan jijik itu dilaksanakan melalui penggunaan puluhan ribu pendatang Filipina dan Indonesia yang dilaksanakan secara haram untuk membolehkan nama mereka mewarnai daftar pengundi Sabah.

Penghakiman Muhammad telah memansuhkan keputusan pemilu Likas dengan mendedahkan beberapa kisah berikut:



  1. Ratusan ribu nama bukan warga Malaysia telah digunakan dari kalangan pendatang tanpa izin Filipina dan Indonesia untuk dimasukkan dalam daftar pengundi di Sabah.

  2. Semua pengundi hantu ini dikategorikan sebagai:

    - Pemegang kad pengenalan biru yang diagihkan secara haram;

    - Pemegang IC (kad pengenalan) palsu dan IC sementara

    - Para pengundi yang diberikan nombor IC berpendua

    - Pengundi yang tidak diiktiraf melalui hukuman mahkamah

  3. Kempen yang berleluasa telah dilancarkan untuk mengagihkan IC biru yang tidak sah kepada pendatang haram, dan seterunya mendaftarkan nama mereka sebagai pengundi. Kempen ini dilancarkan oleh UMNO dan dibantu oleh pegawai-pegawai daripada jabatan Pendaftaran Kebangsaan (untuk IC) dan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya.

  4. Pemimpin pembangkang telah membuat beberapa aduan rasmi mengenai pengundi hantu ini dengan memberikan butiran lengkap identiti mereka, namun setakat ini belum lagi menerima jawapan Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihanraya dan juga pihak polis. Dalam hal ini. Pegawai-pegawai tinggi daripada Ibupejabat Suruhanjaya Pilihanraya di Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan tegas kepada pegawai pilihanraya di Sabah supaya tidak melayan sebarang bantahan rasmi terhadap pengundi hantu ini. Akibatnya, tidak ada pun sebarang perbincangan terbuka mengenai bantahan rasmi ini, yang sudah tentu merupakan satu kesalahan terhadap Peraturan Pilihanraya Sabah (Registration of Elections - Sabah) 1971.

  5. Hakim Yang Arif Muhammad pernah menerima panggilan telefon daripada mantan Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin, agar mengenepikan peisyen pilihanraya tanpa mendengarnya, namun bekas hakim itu enggan mematuhi arahan itu. Muhammad juga mendedahkan betapa hakim-hakim lain yang terbabit dengan petisyen pilihanraya pun telah menerima gangguan telefon seperti itu daripada Ketua Hakim Negara yang sama dengan arahan yang serupa.


Seandainya Kerajaan BN memang betul-betul ikhlas dan menghormati undang-undang, sudah tentu kerajaan telah mengambil tindakan pantas untuk membetulkan kepincangan undang-undang ini seperti yang dijelaskan oleh Hakim Muhammad seperti berikut:



  1. Melancarkan siasatan jenayah terhadap Ketua Hakim Negara itu kerana kemungkinan mencemar proses keadilan.

  2. Membuat kajian semula semua petisen pilihanraya di Sabah yang telah diketepikan oleh para hakim, kerana sebahagian mereka ataupun keseluruhannya dikatakan telah menerima arahan melalui telefon daripada mantan Ketua Hakim Negara untuk mengenepikan kes-kes itu.

  3. Mengenalpasti dan membatalkan semua IC biru yang diagihkan secara haram.

  4. Membersihkan daftar pengundi Sabah daripada nama pengundi hantu;

  5. Bertindak terhadap para pemimpin politik dan pegawai kerajaan ke muka pengadilan kerana terlibat dalam mengagihkan secara haram IC biru kepada penerima yang kemudiannya didafar sebagai pengundi hantu.


Akan tetapi, apakah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan? Tindakan yang songsang telah menjadi pilihan mereka. Tindakan itu ialah:



  1. Perdana Menteri dan menteri de facto kehakiman telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Hakim Muhammad dengan tuduhan palsu bahawa beliau mempunyai dendam kesumat terhadap kerajaan, cuba campur-tangan dengan urusan pentadbiran kerajaan, dan melibatkan dirinya dengan politik anti-kerajaan.

  2. Rais mengugut bahawa dia akan memperkenalkan peraturan baru menerusi Ketua Hakim Negara yang baru untuk mengetatkan disiplin di kalangan para hakim, supaya peristiwa Likas tidak akan berulang (seolah-olah membuat satu ugutan terhadap badan kehakiman);

  3. Pada asalnya, BN bercadang meminda undang-undang pilihanraya untuk membenarkan rayuan dibuat terhadap keputusan setiap mahkamah pilihanraya (kerana undang-undang yang ada tidak memberi peluang membuat rayuan) Tindakan ini jelas bertujuan memudahkan wakil BN yang ada, Yong Teck Lee, untuk bertanding semula sebagai calon pada pilihanraya kecil Likas, di samping menggunakan perundangan itu untuk menolak penghakiman yang dibuat oleh Hakim Muhammad.

  4. Setelah memikirkannya semula, BN menggugurkan idea meminda perundangan untuk mengizinkan rayuan itu, kerana pindaan itu akan membuka semua petisen yang telah diketepikan oleh mahkamah daripada dirujukkan semula untuk dipertimbangkan kembali. Sebaliknya, BN memilih cadangan yang ada untuk meminda Perlembagaan, yang sudah pasti menghalalkan semua pengundi hantu, kerana daftar pengundi Sabah itu, (yang sudah pun digazetkan/diwartakan) tidak boleh dikenakan kajian penghakiman lagi. Dengan demikian pemilihan cadangan ini memberikan dua kesan yang membolehkan pencalonan Yong dengan mengenepikan penghakiman Hakim Mohammad, dan di waktu yang sama menyelaraskan masalah undi hantu itu dengan cara yang dikira sah. Inilah makud Rais apabila menyebut 'sambil menyelam sambil meminum air', lagipun pensahihan pengundi hantu itu telah dibayangkan oleh Rais secara berbahasa halus dengan tujuan yang haprak sebagai 'menghapuskan sama sekali masalah pengundi hantu.'

  5. Segala tindakan pembetulan untuk memperbetulkan kepincangan undang-undang seperti yang dinyatakan tadi, tidak ada satu pun yang dilaksanakan. Dengan lain perkataan, tidak ada sebarang tindakan terhadap mantan Ketua Hakim Negara Eusoff Chin, ataupun mengkaji semula semua petisen yang diketepikan oleh mahkamah berasaskan dalil yang mencurigakan, ataupun untuk memansuhkan semua IC yang diagihkan secara haram, ataupun menghapuskan semua nama pengundi hantu daripada daftar pengundi rasmi, ataupun menghukum semua penyangak yang menyebabkan segala penipuan besar ini.


Pendek kata, Kerajaan BN tidak sanggup melaksanakan sesuatu untuk menjamin keluhuran Perlembagaan dan mengembalikan martabat hak berpolitik rakyat Sabah untuk melantik wakil mereka tanpa sebarang pencemaran (yang memihak kepada UMNO) daripada gangguan para pendatang haram yang berlakon sebagai pengundi yang sah. Sebaliknya, Kerajaan BN bergantung harap kepada kekuasaan bilangannya yang besar di Parlimen untuk memutar-belit hak-hak rakyat Sabah, dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Apabila hari mengundi di pilihanraya kecil Likas bermula pada 21 Julai nanti, setiap rakyat yang berhak mengundi seharusnya menggunakan hak keemasan untuk mengundi dengan mennujukkan kejijikannya terhadap salahlaku BN yang derhaka dan curang kepada negara ini.

Kim Quek.

Terjemahan SPAR-08-006




Asal:


CONSTITUTIONAL AMENDMENT TO LEGALISE PHANTOM VOTERS

An Urgent Appeal toVoters in Likas By-election

19.01.2001

Another wanton attempt to amend the Constitution for political expediency to perpetuate UMNO's hold to power! This time, it is a constitutional amendment to legalise massive phantom voters in Sabah.

De facto Law Minister Rais Yatim has just announced that the ruling coalition Barisan Nasional (BN) will propose an amendment to the Federal Constitution in Parliament next week, such that once the electoral roll is gazetted, it is deemed true and non-disputable. The Sun quoted Rais as saying:

'It (the electoral roll) cannot be disputed any more in any court of law once the registration of new voters is gazetted. This will indirectly help eliminate the problem of phantom voters'.

Asked if the Government will pursue its earlier proposal to amend the Election Offences Act to allow for appeals against election court decisions, Rais said it was no longer necessary. He added: 'we are killing two birds with one stone with this constitutional amendment'.

It is clear that the purpose of this proposed constitutional amendment is to legalise the many tens of thousands of phantom voters in Sabah. It is a crude attempt to shut forever, the Pandora's box opened by Justice Muhammad Kamil bin Aawang when he revealed the existence of massive electoral frauds in Sabah through illegally injecting tens of thousands of illegal Philippine and Indonesian immigrants to the Sabah electoral roll.

Muhammad's Judgment annulling the Likas election contains the following stunning revelations:



  1. Tens of thousands of non-citizens consisting of illegal immigrants from Philippines and Indonesia have been registered in the electoral roll in Sabah.

  2. These phantom voters are categorized as:

    - Holders of blue (for citizens only) identity cards illegally issued.

    - Holders of fake IC and temporary IC.

    - Electors with duplicate IC numbers.

    - Electors disqualified through court convictions.

  3. There have been massive campaigns to illegally issue blue IC to illegal immigrants, and subsequently to register them as voters, these campaigns being spearheaded by UMNO and collaborated by officials from the National Registration Department (for IC) and the Election Commission.

  4. Opposition leaders have repeatedly lodged official complaints of phantom voters with details of names and dubious IC numbers, but have not received any reply from the National Registration Department, the Election Commission and the police. In this respect, top officials from the Head Office of the Election Commission in Kuala Lumpur had issued strict instructions to the election officials in Sabah not to entertain these official objections of phantom voters. As a result, no Public Hearing on these objections has been held, which is in contravention of the Election (Registration of Electors) Regulations (Sabah) 1971.

  5. Justice Muhammad received a telephone instruction from the then Chief Justice Eusoff Chin to strike off the election petition without hearing, but the former refused to comply. Muhammad also disclosed that judges hearing other similar election petitions in Sabah had also received telephone instructions from the same Chief Justice to dismiss their cases.


If the BN Government has been honest and law-abiding, it would have immediately taken a series of measures to rectify the serious breach of law as outlined by Justice Muhammad, which should include:



  1. Crimininal investigations on the former Chief Justice for possible tampering of justice.

  2. Review of all the election petitions in Sabah that had been dismissed by the judges, some or all of whom had allegedly received telephone instructions from the former Chief Justice to dismiss their cases.

  3. Ascertain and cancel all blue IC illegally issued.

  4. Cleanse the Sabah electoral roll of phantom voters.

  5. Bring the politicians and government officials to justice for having been involved in illegally issuing blue IC and registering phantom voters.


But what has our BN Government done? It has done the exact opposite, which are:



  1. The Prime Minister and the De facto Law Minister have launched concerted attacks on Justice Muhammad for what they allege as bearing personal grudges against the Government, interfering with government administration, and indulging in anti-government politics.

  2. Rais intimated that he would be introducing measures through the current Chief Justice to tighten discipline among judges, so that the Likas case would not be repeated. (Couched threats on the Judiciary).

  3. Initially, BN proposed to amend the election law to allow appeals against decisions of an election court (present law does not allow for any appeal). This move was obviously intended to allow the incumbent BN representative Yong Teck Lee to stand as a candidate again in the coming Likas by-election, as well as to have the chance to overthrow Muhammad's Judgment.

  4. On second thought, BN abandoned the idea of amending the law to allow for appeal, as this amendment may open up the previously dismissed election petitions for future appeals. Instead, BN favours the present proposal to amend the Constitution, which will have the effect of legalizing the phantoms voters, as the Sabah electoral roll (which has already been gazetted) will not be subject to judicial review. So, it will have the dual effect of legalizing Yong's candidacy through overthrowing Muhammad's Judgment, and at the same time burying the phantom voters menace for good. This is what Rais meant by 'killing two birds with one stone'. And also, the legalizing of phantom voters was euphemistically described by Rais as 'eliminating the problem of phantom voters'.

  5. As for the various remedial actions to rectify the breach of law as described above, none has been carried out. That is to say, no action has been taken on former CJ Eusoff, or to review election petitions dismissed under dubious circumstances, or to cancel IC illegally issued, or to cleanse the electoral roll of phantom voters, or to nail the culprits for causing this massive scam.


In short, the BN Government has done nothing to uphold the Constitution and to restore the political rights of Sabahans to elect their representatives without massive distortion (in favour of UMNO) from the illegal immigrants posing as voters. Instead, it relies on its numerical superiority in Parliament to twist and turn the Constitution to cover up its gross violation of the democratic rights of Sabahans, and indeed, of all Malaysians.

Come polling day of the Likas by-election on 21st July, every citizen eligible to vote in that Constituency must treasure this golden opportunity to cast his vote to express his condemnation of this BN betrayal of this Country.


Kim Quek.